Thursday, October 13

masak&masak

saya rasa minggu ni dapur saya tak berasap langsung
sangatlah contoh yang paling terbaikkan?
please jadikan ia sebagai satu tauladan hehe

entah
bila sampai mood "kerajinan" memang macam tu lah jadinya 
isnin makan luar
selasa makan bungkus dari pasar malam
semalm makan luar
hari ni? 
semoga diberi kerajinan yang tinggi untuk masak balik nanti
doakan eh :)

jadi
jomlah kita throwback sikit apa je yang dah saya masak selama minggu lepas

nasi goreng cina (tak cina mana lah) dan kepok lekor cheese untuk breakfast weekend lepas
dari breakfast langsung ke lunch
dinner hari tu tak ingat dah makan apa

dinner entah hari apa pun tak ingat dah
ayam masak kicap, telur dadar dan kobis goreng sama carrot
lauk idea daripada en.MM .. habis licin malam tu juga...
eosk kena masak lain
haaa...hari ni kita masak kari ayam la..hmmm ok

yang ni.....hmmmm....akibat sesekali ku rasa teringin
dah tua-tua ni nak menghabiskan sebungkus maggi memang tak mampu dah
lebih-lebih lagi tgh pregnant plak..
jadi...ikut hati...kita beli yg dalam cup je..
jadikan tauladan ye...

agar-agar santan rose kegemaran semua orang hehe
hari tu saya dah buat satu bekas pastu hantar sikit ke rumah mummy
sekali tak cukup pulak..kakak sayadapat rasa sekeping je hahahha
maka terpaksa la buat lagi sekali..sebekas sorang...haha puas hati
resepi saya tiru dari blog Azie Kitchen..senang macam kacang

yang ni pulak...
Chef Umar sedang beraksi di dapur di sejadah mummy yang nak solat magrib 
time kita nak solat..semua nak berkumpul kat sejadah
pastu bawak segala macam toys main kat tepi kita ...adoiiiii
ni sebenarnya fatimah punya...tak sedar dah byk set masak-masak dah dibeli
yg murah2 je pun...tapi selalnya umar yg suka main
harap dah besar nanti rajin la masakkan untuk mummy...untuk bakal isteri...ececee

ok lah
tu je
baru balik dari cimb ni..nak transfer duit ke bank india
sekali tak boleh plak...dah la cimb dari fakulti engine ni jauh ya ampunn
sabor je lah..
so malam ni nak masak apa?
kari ayam?ikan kering? sayur kacang panjang dan telur hancur?
ok.
semoga diberi kekuatan
doakan eh :)
bye!

Tuesday, October 11

antic

sedar tak sedar
dah 6 tahun usia laptop saya
beli masa tahun 2010..masa tu kat ukm tengah siapkan tesis master
dell warna pink..

so minggu lepas jumpa kawan yang terer gilas dengan GIS
punya slow melow laptop antic saya tu
sampai dah zoom in dengan paling dekat pun tak nampak nampak lagi sungai yang dicari-cari
kecewa lah i canni

akhirnya ke low yat saya weekend baru ni
format dan kena tambah ram sebab untuk analisis data saya kena guna 2-3 software
lagi yang mengecewakan saya takde dah ram yang terjual untuk laptop antic saya tu haha
nasib baik ada kedai yang jual ram secondhand untuk laptop antik2 hahaha
kesian tak? nak jual sayang...huhu

so skang dah sihat sejahtera dah laptop pink lagi antik saya ni
asalnya virus kat dalam punya la banyak sampai kalau cucuk pendrive mesti takleh baca
pastu kalau click kat mana2 website berjuta2 iklan yang keluar
stress betul...rasa nak baling keluar tingkap je laptop yang comel itewww
tapi sabor..sabor.... huhu

tahu je la kan..kalau nak tgk korean drama ke greys anatomy ke mesti buka website yg byk iklan kan
so lepas ni.....hmmm....lunch hour takleh dah la tgk greys anatomy hukhukhuk

ke low yat dengan dua orang askar ni
umar duk cakap " umar taknak gi kedai ni...umar nak gi kedai umar" 
amboi2...kedai umar? kedai mainan la tu...
fatimah ok duk dalam stroller

saya kan...kalau nak beli laptop baru
nak yang kecik-kecik je
yang boleh simpan dalam handbag...
taknak yg besar dah..berat...tak larat nak pikul huhu
tapi apa kan daya..laptop kecik takleh guna untuk software yang berat2...T_T

ok lah itu je
mari kita sambung writting guna laptop yang bebeas virus virus cinta hehe

bye!

Tuesday, September 27

breakfast & test

breakfast pagi tadi
misi nak habiskan roti dan telur yang dah agak lama dibeli
tarikh luput roti pun dah nak dekat
jadi marilah merajinkan diri makan roti huhu

malam tadi pun makan roti je
tapi kali ni bukan sebab nak habiskan roti
sebab mafalasfas huhu
bila ada hari kita malas semalasnya
malas nak masak
malas nak kemas balik dapur bila dah siap masak
ish ish ish tak baik sungguh
nasib baiklah tak ada baju-baju yang perlu dilipat time malas tahap tinggi ni huhu

 hari ni umar ada assessment kat school
sepanjang minggu ni sebenarnya
ada paper bahasa melayu, english, math & agam islam
tapi satu apa pun tak study huhuu
haihhhhhh should i be worried???
bila teacher hantar gambar...umar macam duk berangan je haihhh
risaunya laaa

takpe laaa
harap umar boleh buat apa yang termampu
semoga dietrangkan hati sepanjang exam minggu ni 

canne kalau umar dah nak kena ambil exam UPSR?
sepanjang exam saya amik cuti huhu

Monday, September 26

pampers-less

dah masuk 2 minggu umar dah start tak pakai pampers lagi
woohooooo satu lagi pencapaian yang patut dibangga sebagai seorang mummy! #lompatbintang
semuanya bermula bila teacher umar kat school sorokkan pampers umar
nangis-nangis juga umar katanya sebab dia nak pakai pampers lagi
kalau ikutkan saya...rasa macam tak mampu lagi nak potty train si umar ni
sebabnya kang kalau terbabas dan ter wee wee kat atas carpet canne?
saya juga yang kena bersihkan hahahaha dasar sangat kan

jadi sejak hari tu sampai la ke malam umar tak pakai pampers dah
risau gak saya hehe
setiap masa tanya nak wee wee tak..
sampaikan umar tanya "bakpe mummy tanya nak wee wee ke tak ni?"bosan la tu huhu
hari pertama..umar tak terbabas langsung! wohooooo! good job umar!!
hari kedua dan seterusnya teacher umar cakap umar tak terbabs langsung jugak kat school
fuhh lega betul ...risau juga kalau terbabas...teacher marah2 ke..kesian jugak kan
balik rumah ada sekali terbabas..sbb duk ralit sangat sepah2 kan bilik dengan fatimah
terbabaslah buat pertama kalinya..nasib baik atas lantai..kalau tak pensan mummy nak angkat carpet

hari-hari seterusnya camtu la
cumanya saya tak yakin lagi nak bawa umar keluar jalan-jalan lama2
takut ter-wee wee dalam seluar atau tiba2 dia cakap nk wee wee dan toilet nun jauh di sana canne?
so seminggu dua ni kita bertapa je la kat rumah ye hehe
setakat pergi playground tu ok lagi laaa

cuma sejak weekend lepas saya perasan umar dha boleh bagitau dia nak pi toilet
dia akan cepat2 lari ke toilet
kalau nak poo poo pun sama..
kira boleh bertenang juga la..cumanya still kena tanya selalu jugak...
kot kot la terlupa kan hehehe
malam je umar pakai pampers lagi...baru lagi kan..
tengok esok lusa ke ... kita try ... :)

saya teringat
mummy cerita yang kami 4 orang adik beradik ni masuk umur 3 tahun je memang dah tak pakai pampers
sebab dulu pampers mahal weh...berkira-kira betul mummy dulu..
satu hari cuma boleh 1 pampers..yang lain2 nya pakai kain lampin dengan plastik tu
siapa geng kain lampin dulu2 masa kecik-kecik? hehehe
maklum orang "ada-ada" ni pakai kain lampin je la kan...tak mampu...
tapi sekarang Alhamdulillah..rezeki umar dah fatimah ada lebih kat pampers...

nanti turn fatimah canne la plak kisahnya.. :)

Friday, September 23

cerpen minggu ini

seminggu yang lepas saya rasa hari yang paling takde mood sekalai dalam dunia ini haha
entah...macam-macam yang berlaku...
dari sepatutnya happy menjadi satu kerunsingan langsung masuk fasa entah apa-apa je
en.MM was not around to talk to
makanya pendam la sebuah luka yang lara hehehe #overtau

tapi tu la
ALhamdulillah...dengan ada YB Umar dan Mek Fatimah
boleh buat-buat happy dan bergelak ketawa
boleh la lupa kejap masalah yang melanda
padahal dalam hati .... rasa nak lari ke hutan belok ke pantai je

tapi bila budak dua orang ni buat perangai
memang tepat la pada waktunya...kena la marah sebakul dua hehehe
sorry umar
sorry fatimah

sabor je la kan :)

tugas-tugas seharian saya
(kalau en.MM offshore)

masak..kalau en.MM ada ..akan ada hari-hari yang bila malas masak boleh gi makan kat luarkan..tapi kalau bertiga je dengan budak dua orang ni...nak taknak kena masak juga la..masak simple simple je pun tapi nya
 kalau ada hari balik dari UM awal..macam semalam...bawak budak2 ni main kat playground...kesian umar..balik sekolah asyik nk main slide je..tapi dah kalau sampai rumah pukul 6..canne?? nak masak lagi..nak rehat2 kejap lagi... T_T
 hantar dan ambil umar kat school...hantar dan ambil fatimah kat rumah tokma..
mandikan...tidurkan...suapkan makanan...segala macam lagi #sayapatutdapatbagLVsatu hehehe

nak gajikan maid tak mampu
tapi kalau ada maid kena fikir pasal maid plak 
ada orang asing plak dalam rumah
tak best..tak best...

sabor je la
syurga menanti mu cik nilam :)

semalam pergi checkup kat Dr. Siti Mariam
doktor siti ni yang sambut kelahiran Fatimah dulu
in sha Allah doktor yang sama akan sambut yang ketiga nanti
aduhhh berdebornya..T_T

saya dah minggu ke 33 dan 5 hari
doktor siti cakap baby kecik..tapi sesuaila dengan keadaan tubuh badan saya ni
berat baby 1.7kg
nampak tak gambar scan tu..
baby buka mata 

macam nak cakap
"takpe mummy...everything will be ok..sabar ok"

ok lah..
selamat berhujung minggu
minggu ni mungkin tak ke mana
sebab minggu depan Umar ada exam
nak kena practise tulis ABC 123
baca buku pun tak lancar lagi
tahun depan nak masuk 5years dah..
doakan eh!

Ki wo tsukete!!!

Wednesday, September 21

agar-agar santan pandan


isnin lepas
tiba-tiba saya rasa nak makan agar-agar santan pandan
yang warna hijau. dua lapis. bahagian santan kat atas. yang kosong bahagian bawah.
atau ada juga versi agar-agar santan sirap rose. warna pink.
tapi tekak rasa nak makan yang warna hijau.

maka gigihlah google resepi
gigihlah cari agar-agar, daun pandan, pewarna hijau.
padahal correction untuk proposal hari tu tak siap lagi ni.
ada lagi masa google resepi agar-agar. :D

so lepas google macam-macam jenis resepi yang di-share
saya rasa saya akan follow resepi adari Yatie Memories
sebab macam mudah. sukatan pun macam senang.
since kita takde masa. kita pilih yang senang-senang je lah k.
Resepinya ialah:
 Bahan-Bahan:
  • 10gm serbuk agar-agar
  • 1 cawan gula pasir
  • 4 cawan air
  • 200 ml santan kotak+ 50 ml air
  • 1 biji telur dipukul dengan santan tadi
  • secubit garam
  • 2 helai daun pandan
  • pewarna hijau dan perisa pandan
Caranya:
  1. Masak air dengan gula pasir dan daun pandan.
  2. Bila gula sudah larut masukkan serbuk agar-agar dan kacau hingga semuanya larut
  3. Kecilkan api. Masukkan pewarna hijau dan perisa pandan.
  4. Kemudian tuangkan campuran santan dengan telur, garam dan kacau terus hingga mendidih.Guna api sederhana je dan sentiasa di kacau.
  5. Bila dah siap, tutup api dan bolehlah di tuang ke dlm acuan kegemaran.
  6. Sejukkan baru di didinginkan dalam peti sejuk!

senangkan. dan ini hasilnya...
yang warna hijau tu k hehehe
 ini cuma bekal untuk kunyah-kunyah time buat correction je
bukan lunchbox ke apa
kalau tengah writting ke analyse data ke mesti rasa nak kunyah-kunyah kan
rasa nak makan je...so bekalkan la sikit apa-apa yang ada kat dapur
harap berat naik la sikit...takla nurse klinik kesihatan bising pasal berat tak naik-naik hehehe

ok
selamat mencuba!!
dan selamat menyiapkan tesis semuanya!! :)

Thursday, September 15

2nd

birthday Fatimah selalu je jatuh pada waktu yang saya busy
busy dengan PD..dengan data collection...macam-macam
kesian fatimah
beli birthdya cake pun sangat-sangat last minute
sorry Fatimah
tahun tahun depan kita plan betul-betul ok

macam abg umar juga
takde apa yang mummy nak 
tiap hari tiap masa mummy doakan segala kebaikan untuk fatimah dan abg umar
semoga sentiasa dibawah rahmat Allah swt
semoga menjadi anak yang solehah..anak yang good girl..yang menyenangkan semua orang
semoga sentiasa dilindungi Allah swt walau apa pun yang fatimah lakukan dan kat mana fatimah pergi
semoga berjaya didunia dan di akhirat
semoga segala yang baik-baik sahaja untuk fatimah amani!

tahun depan
(harap mummy tak busy dan aboh is around)
kita buat birthday party sekali dengan abg umar ok!

PD

kalaulah PD yang cuba saya ceritakan ni ialah portdickson
haihhhh saya lah wanita yang paling bahagia (buat masa sekarang)
sebab macam dah lama sangat-sangat tak pergi holiday
stay dua tiga hari di hotel
bangun pagi pergi breakfast
mandi manda di swimming pool sampai tangan kedut-kedut

tapi jangan nak mimpi

PD yang saya maksudkan ni ialah proposal defense
satu acara kita sebagai student post grad meng-defense-kan research kita
dihadapan 2 orang assessor yang mungkin dari fakulti yang sama atau fakulti yang berlainan
kalau kita tak meyakinkan assessor mungkin kena repeat PD hukhukhuk #mimpingeri

tapi Alhamdulillah
semuanya berjalan sangat lancar
assessor saya satu dari fakulti sains dan satu lagi dari fakulti alam bina
yang mana mempunyai bidang yang sama dengan apa yg kaji
saya pun tak kenal pun diorang. diorg pun lagi lah kan hehe

 sehari sebelum PD tu, saya punya supervisor nak tengok dulu apa yang akan saya present esoknya
nasib baiklah sv nak buat pd trial ni..kalau tak mungkin banyak persoalan yang timbul esok fuhhhh
thank you sv

saya mengaku saya memang tak kreatif sangat dalam buat slide presentation ni
sebelum kena baiki...bahagian introduction saya banyak sangat perkataan..which is not good lah kan
sape nak baca kau punya karangan kan hehehhe
bila dah kena komen dengan sv..barulah kurang sikit perkataan2 tu
satu lagi yg tak bestnya saya suka baca dari slide T_T super doper tak baguskan??? i know!!!
tapi..........skill presentation saya dah lama sangat ke laut dalam yang tak berpenghuni
but again...thanks sangat kat sv sebab buat PD trial...kalau tak........nangis tak berlagu la saya T_T

 hari yang ditunggu-tunggu sudah tiba
kita cuba apa yang termampu
jawab persoalan mana yang mampu
(ada satu soalan yang saya blur yg amat sangat..terkedu saya dikerusi T_T)
slide presentation was just much better than yesterday
the way i presentated pun..way better...no more read from the slide hahahah
segala persoalan pasal objective .... ALhamdulillah...berjaya dijawab dengan agak bergaya :p

tapi kalaulah viva dengan tak dapat jawab satu persoalan tu
saya rasa......arrghhhhhh.......
semoga waktu viva nanti saya dapat jawab segala persoalan dengan penuh bergaya dan yakin 
doakan eh!!!! :)

sekarang saya tengah cuba siapkan review paper saya
one last part je lagi yg tak siap
conclusion!
doakan paper ni berjaya jadi ISI journal k! :)

Tuesday, August 30

umar's first sports day

subjek yang paling saya tak suka sekali masa sekolah ialah pendidikan jasmani atau kelas PJ
dari sekolah rendah sampai sekolah menengah...kalau ada PJ mesti macam...duhhh...boringgg
entah...memang bukan sejenis yang suka bersukan

saya ingat lagi masa sekolah rendah..satu hari tu cikgu PJ arwah cikgu Hisham suruh lompat satu ebnda ni..yg rasanya digunakan untuk orang-orang gimnastik kot..
saya try berjuta-juta kali tak lepas...semua orang dah gelakkan saya hahaha
(yg paling clear sekali masa tu muka hazrin...bukan main lagi gelakkan saya ek..hampeh mung xeringg)
pastu masuk sekolah menengah pun sama...lebih-lebih lagi kalau dtaang musim sukan tara
adoiii...tak gemarnya...semua orang kena try semua jenis sukan untuk buat pemilihan
saya memang awal-awal lagi out la kan...hahaha

cumanya masa tadika bila tiba sukaneka, mummy saya cakap saya ok juga
takde la dapat nombor dua dari belakang macam umar last week hahahaha
umar.....beratur dah paling depan..sekali dia yang paling belakang
adoiiii laaaa...

teacher dah siap-siap letak dia paling depan...sebab tahu kelajuan umar canne kan hahaha...
umar dalam rumah kuning..

acara sports day umar tahun ni biasa-biasa je. takde acara lari dalam guni ke..cari gula-gula dalam tepung ke...isi air dalam botol ke..cuma satu acara itu laluan berhalangan..menurut teacher tahun ni terpaksa buat kat sini je sebab tak dapat padang dan masalh cuaca yang tidak menentukan sekarang ni...
takpe la..yang penting anak-anak happy...mak mak pun super happy jadi chear leader yang tak bertauliah hahahah...kita bagi sorakkan pun umar still nombor dua dari belakang...molek sangat la tu...sama dengan kawan dia yang dalam gambar tu hahahha

since ada satu acara je..semua orang dapat gold medal masing-masing...termasuk la umar hehehe dah boleh dapat pencen dah ni :p

satu je yang paling saya lega sangat-sangat. umar tak nangis-nanngis nak bertempek dengan saya...cuma umar cari-cari juga mana saya..dah balik ek mummy aku ni hahaha...ada juga kawan-kawan umar yang nangis-nangis sebab mak ayah ada datang tengok kan...alhamdulillah umar good boy sangat! mungkin juga exicted...tapi still...hahahah..you are still number one in my heart!!!

kan best kalau Aboh ada sama dalam semua meraikan acara/perbuatan/apa-apa sahaja yang "kali pertama" umar dan fatimah

Friday, August 26

roti paung

 dua minggu lepas sebab teringinsangat nak buat sendiri roti paung pojaan hati
bukan teringin nak makan...tapi teringin nak buat haha boleh? :p
maka pagi-pagi lagi hari sabtu dah siap2 timbang bahan-bahan yang perlu
tepung, gula, yis, telur, butter, susu bla bla bla
dari kecik tengok mummy buat macam senang je...macam je la..
hakikatnya....sampai ada bunyi yang pelik kat mixer saya hahaha
macam kena beli mixer yang baru dah T_T

resepinya saya tiru dari Hana's Family (mana dia menghilang ek? lama dia update blog)
sebenarnya dah selalu minta resepi dari mummy...tapi mummy selalu lupa nak bagi
jadinya kita search je la kat internet
ada macam jenis resepi...yg simple sampai lah yg susah haha
untuk permulaan kita ikut resepi yang senang je k :)

Bahan-bahan
  • 6 cawan tepung gandum - guna tepung roti
  • 1 ¾ cawan susu cair/ susu segar
  • ¾ cawan gula halus
  • 1 paket (11 gm) yis
  • 3 biji telur
  • ¼ cawan mentega, dicairkan - guna marjerin sama ngan kak.suzi
  • sedikit pewarna kuning
Cara-cara
  • Campurkan susu cair/ susu segar, telur, gula dan yis. Kacau sehingga sebati dan biar yisnya berbuih sedikit.
  • Kemudian campurkan mentega yang telah dicairkan dan sedikit pewarna kuning. (no need pewarna lah)
  • Masukkan tepung kedalam bread machine (saya guna mixer biasa je) dan uli sehingga ia menjadi doh yang lembut dan sebati.
  • Perapkan adunan sehingga ia naik dua kali ganda. Bila adunan telah naik dua kali ganda tumbuk doh dan uli lagi.
  • Kemudian ambil setiap doh adunan seberat 80 gram dan bentukkan bulat.(hana timbang 50g je)
  • Sapukan loyang bulat dengan mentega dan susun doh yang telah dibulatkan ke dalam loyang.
  • Perap lagi doh sehingga ia naik dua kali ganda. Setelah doh naik letakkan sedikit mentega diatas doh roti. Bakar dalam ketuhar pada suhu 160 – 170’C selama 20 minit sehingga ia kekuningan.
hasilnya? canni la sebelum dibakar
nampak macam ada potensi untuk buat bisness haha #mariberangan
kalau ikut dalam resepi setiap biji paung tu kita timbang dalm 50-80g tapi saya agak2 je
ambil je sikit dan masukkan planta dan bulatkan jadi macam dalam gambar

selepas dibakar..hasilnya...hehehe ok laaa :D
sedikit keras sebenarnya tak macam roti paung yang selalu beli kat Jalan Nesan Empat, Trg
tak selembut roti paung yang mummy selalu buat dulu-dulu
tak berapa menjadi sebenarnya
agak frust...tapi laku keras
habis semuanya hahaha

next time
saya rasa masa nak masukkan tepung, saya kena masukkan sikit demi sikit
supaya tak terlebih tepung dan roti tak keras dikemudian hari huhu
atau bila kita nak uli tu...agak2 macam keras..mummy cakap boleh tambahkan susu/air
dan masa nak membulatkan doh tu kena buat licin..so that nanti dah bakar permukaan dia cantik
atau balik Terengganu je la..beli je senang habis cerita hahahaha 

frust betul...
tapi takpe..
nanti kita try buat lagi..



Tuesday, August 23

ruang kosong

weekend baru ni untuk pertama kalinya saya ke Ikea Cheras
sama je macam ikea damansara..cuma cafe nya luas sikit...dan ntah sama je la hehe
pergi saja je sebenarnya... tak plan nak beli pape pun
walaupun dalam hati geram je tengok hehe
tapi sila la bawak bersabar :p

dah round punya round tetiba terjumpa meja kecik ni
dah lama sebenarnya cari meja kecil untuk letak kat ruang kosong kat dapur
tapi selalunya jumpa besar la ... mahal la... 
tapi baru  ni terjumpa yang macam muat-muat dengan ruang kecil kt dapur tu
alasannya sebab selalu tak cukup tempat nak letak bahan-bahan masak
pastu alasan lain sbb tak nak sepah sepahkan dining area kat depan tu
so nanti lunch ke dinner ke makan kat sini je
jadinya seminggu sekali sapu pun ok la kan... sesuai la dengan tahap kerajinan saya sekarang huhu :p

first time juga saya pasang sendiri kerusi meja ni semua
sellau kalau ada en.MM dia je yang buat...kita jadi tukang sorak je kat tepi hehe
tapi kali ni saya angkut dari kereta, saya yang pasang berapa banyak skru ntah
fuhhhhh...berpeluh juga laaa hehe...tapi melihat hasilnya.... syabas nilam!!! syabas nilam!! :p

ok tak?
mungkin lepas ni nak cari alas meja dan carpet ..pastu lengkap la ruang ni.. 
puas hati...sbb dah lama sangat nk isi ruang kosong ni
mata pun lega sikit..kalau tak penuh dengan kotak2 apa ntah..serabut je duk situ hehe

ok la
meh nak belanja makan perasmian meja dan kerusi baru 
nasi goreng dan kepok keping ikang parang 

bye!

Friday, August 19

zootopia

saya ingat lagi kali pertama saya 'berjauhan' dengan mummy masa saya darjah 6
dah memang jadi azara tahunan sekolah student darjah 6 akan berkhemah kat padang sekolah
satu malam camtu je kot..saya tak berminat nak join pun sebenarnya... 
tapi memang diwajibkan dan mummy pun cakap ok..jadi ok kan je la
berkhemahlaa kat padang sekolah..sekali hujan plak malam tu
semua student diarahkan tidur dalam kelas..
biasalah bila beralih tempat susah sikit la nk lelapkan matakan
malam tu...dah lewat dah kot...saya nampak seseorang kat meja cikgu
saya rasa tak mungkin malam-malam cikgu buat kerja lagi kat meja cikgu..dalam gelap plak tu
jadi tutup muka dengan selimut dan tertidur sendiri...
fuhhh..

kalai kedua plak...tak jadi...haha
lepas dapat result upsr...saya dapat tawaran ke Tun Fatimah..
(macam tak percaya juga..tapi itulah hakikatnya hehe)
tapi saya cakap kat mummy...tak nak pergi...
saya pun kurang pasti kenapa hahaha..mungkin merasakan diri ini kecik lagi kot
mummy pun cakap ok...jadinya bersekolah la saya di sekolah harian biasa

kali ketiga ialah bila dapat masuk mrsm kota putra
kali ni saya yang apply dan memang saya nak pergi sangat
entah kenapa..mungkin nak merasa suasana baru kot hahha
mummy cakap ok...jadinya dapatlah A sikit je untuk spm sebab banyak sangat main hahaha

saya tak pasti apa perasaan mummy masa lepaskan saya masuk asrama
itu kali pertama betul2 berjauhan...sebelum kalau ada lawatan ke apa ke mummy memang tak benarkan
tapi saya rasa dengan berat hati juga mummy benarkan saya pindah sekolah
sama perasaannya bila satu hari teacher Umar cakap akan ada lawatan ke zoo
saya macam...oh mannnn....boleh ke umar dalam bus tu nanti
ok ke umar kat zoo nanti..kalau dia panas canne...
pergi zoo je pun...perasaan dia macam nak hantar masuk sekolah asrama haha

jadinya 10 Ogos yang lepas berlakulah hari ini dalam sejarah
umar pergi ikut lawatan ke zoo dengan kawan kawan dia yang lain
naik bus sekolah tanpa mummy disisi hukhukhuk
saya tengok parents lain pun camtu...anak-anak happy je dapat naik bus..parents yg lebih2 haha

plannya memang tak nak ikut...sebab biarlah umar merasa macam mana naik bus dengan classmate dia
pergi tengok animals dengan teachers semua...kang kalau mummy ikut nak menepek dengan mummy je
sekali...tiba-tiba mummy pun terikut sekali join lawatan hahahah dasar sangat kan 
nasib dapat tiket murah ... rm80 sekali dengan makan...kalau tak mau ratusan gak kan :)
ni zoo kecik je...wild life park kat sunway lagoon tu je..bukan ke zoo negara pun...
tapi dia punya risau lain macam betul hahaha

 Class of 2016 - Ibnu Kathir

penat juga berjalan kaki round satu wild life park ni
walaupun takde la besar mana pun tapi...dengan keadaan sekarang..fuhhh..mencabar sungguh
umar dan kawan-kawan happy betul tengok
waaa...sini,...waaaa...sana
maklum la bukan selalu dapat jumpa animals ni semua kan
selalunya tengok dalam Zootopia je hehehe

umar dan cikgu kelas 

akhir sekali 
thanks so much kepada teacher teacher umar yang sangat pandai mengawal 20 orang budak yang 20 macam ragam
kita yang 2 orang pun rasa nak pengsan..apa tah lagi 20 orang...
konsep dia senang je..parents bagi kepercayaan kepada teacher..teacher pegang kepercayaan tu dengan baik
dan semuanya akan berjalan lancar...in shaa Allah... :)

next time nak bawa umar dan fatimah ke zoo negara plak
hari tu banyak juga animals yang takde
macam giraffe, elephant, tiger, monkey
next time ok Umar


Thursday, August 18

jalan yang dipilih

memang la sejenis perjalanan yang lonely
lunch pun sorang-sorang
tengok cite korea pun yang tahun bila punya
sebab takde sape nak bagi cite korea yang baru 
heheheh over lah..

padahal memang suka makan kat work station
sebab sambil-sambil tu boleh tengok apa-apa cerita dalam external hard disc
saja...boleh kurangkan  pening kepala yang melanda 

harap sangat dapat habiskan cepat
atau harap sangat tahun depan dapat pergi jalan-jalan (luar negara semestinya)
saja...boleh kurangkan pening kepala yang  melanda ini... :p

doakan eh semua!

Monday, August 8

A&M

sebelum ni saya duk merungut bila la boleh balik Trg
dah la raya tahun ni giliran Semenyih
bukan apa...saya teringin nak makan makanan Trg
macam nasi lemok ikang, ikang celup tepung, kepok lekor, kuih muih...tu je
sekali sebelum raya dapat balik Trg...berpuasa kat Trg dua tiga hari
pastu tiba-tiba En.MM bagi green light balik raya kat Trg...
pastu seminggu lepas tu balik Trg lagi sebab cousin kahwin
memang puasa hati betul dapat menunaikan hajat dihati ini... :p

yang cousin kahwin ni saya rasa macam tak dapat balik dah
sebab yer r baru balik raya pastu nak balik lagi
sekali En.MM cakap ok plak...so ok la...balik la trg kita lagi woohooo

cousin kali yg kahwin kali ni ialah cucu kedua terakhir dalam keluarga sebelah mummy saya
kiranya cucu yang ke 23...ada sorang lagi yang bongsu yang masih study kat UKM
lepas tu habis la kisah kenduri kahwin cousin..
lepas ni kisah anak sepupu kahwin plak...
tapi dah banyak dah anak sepupu saya yang dah kahwin..yg dah ada anak sebaya umar pun dah ada

 kalau sebelah mummy
theme color untuk baju yg nak kena pakai masa majlis memang sangat-sangat penting
awal tahun dah bagitahu warna apa...kalau belum ada kena lah tempah dari sekarang
kalau dah ada takde hal la kan...tapi saya...pakai aje yg color nak dekat2 heheheh
(jimat cermat amalan mulia) :p
kebetulan theme color untuk majlis nikah ialah hijau petronas...
jadi saya sefamily pakai je baju time adik bongsu saya kahwin dulu
theme color untuk majlis bersanding plak purple..lagi la senang
pakai je baju raya 4 tahun yg lepas...fuhhhh....selesai satu masalah :)

cousin saya yang lelaki yang suka buat muka bila kita nak amik gambor tu :p
alhamdulillah dah selemat jadi suami orang dah
dulu masa tinggal sekali kat rumah arwan Wan..dia la yang paling ..... entah...hahahha
ala...budak-budak...saya pun budak-budak lagi masa tu...
pasal bola sebiji pun nak gaduh...pasal sape dapat ngaji nombor satu pun nak gaduh...ahahahah

majlis diadakan di Masjid Kristal yang setiap masa ada je pelawat asing
dari china la...dari uk la...dari india laa..
kebetulan masa majlis tu ada pelawat dari France dan China
suka la diorg dapat tengok adat perkahwinan orang melayu...siap bergambar lagi... :)

because we take things seriously...hehehe...semua orang dari yg kecik sampai yg paling tua pakai baju warna sama...

untuk majlis bersanding pula diadakan di Muzium Negeri Terengganu
majlis ni terus untuk kedua-dua belah pihak..senang..jimat masa dan tenaga
(saya pun takyah fikir baju apa plak nak pakai kalau ada majlis sambut menantu ke apa)
tak sempat nak bergambar dengan keluarga yang lain
sebab masing-masing busy..
jadinya kita bergambar dengan keluarga kecil kita je :)
thema: purple raya tahun-tahun lepas hahaha

4 tahun lepas vs tahun ni
muat lagi baju kurung dan baju melayu tu 
jadinya cari baju untuk umar dan fatimah je..

akhir sekali
nak share hasil seni tangan umar bila amik gambar
ada seni juga... sebijik macam mummy dia hehehe

oksekian
lepas ni turn siapa plak nak kahwin?
nak cari baju siap-siap ni 
:) :) :)