Thursday, January 17

big fat breakfast


saya namakan sarapan saya ni sebagai sarapan besar lagi menggemukkan 
atau dalam bahasa lainnya big FAT breakfast
atau kalau nak macam ala-ala sikit english breakfast ecehss :)


kita terus ke bahan-bahanlah yer


Bahan-bahan: (untuk dua orang makan)
1 biji potato (rebus dulu utk cepatkan proses menggoreng nanti)
1 biji tomato (dipotong sederhana tebal)
2 biji bawang besar (dimayang)
2 biji telur
2 keping burger daging (saya guna lebihan burger bakar dulu)
sedikit garam, black pepper 
olive oil 


Cara-cara:
layukan bawang besar dengan sedikit olive oil
perisakan dengan sedikit garam 
potato yang direbus tadi dipotong sederhana tebal
saya guna kuali leper (yg macam org nk goreng roti canai tu)
saya masukkan semua sekali (potato, tomato, daging burger)
lemak2 dr daging burger tu akan bagi satu rasa yg best kepada potato & tomato
last sekali goreng telur


cara nak hidang,
bahagikan semua benda kepada dua
satu untuk awak, satu untuk saya
taburkan black pepper untuk bagi rasa pedas2 sikit
dan siaplah.... :)

makan ni tak muak sangat
kekeyangan tu boleh tahan sampai 2 jam je. 
(bagi perut mcm saya lah hihi)

 ok.
boleh try untuk breakfast hujung minggu nanti

bye.

Thursday, January 10

cry me a river


menangis pun comel
jadi kita ambil gambar dululah
hihi

:)

Wednesday, January 9

homemade burger bakar

sebab burger bakar di kedai-kedai burger bakar yang heboh diperkatakan taklah sesedap mana pun
dan
sebab dalam usaha memboikot McD

maka terhasillah burger bakar oleh Chef En.mm

resepi diambil daripada Jamie Oliver
dan beberapa bahan rahsia yang ditambah sesuka hati oleh chef
yang saya sendiri tak perasan apa dia
dan entah bila dia tambah pun saya tak tahu

tapi...tapi...
sedap...
diakui oleh mummy

bila diakui sedap oleh mummy
maknanya memang sedap la tu hihi :)
(harap tak ada yang kembang semangkuk)


Bahan-bahan (patty):
2 bungkus daging kisar (kalau nak lagi sedap guna yang fresh dan hancurkan sendiri)
4 keping roti (dikisar halus)
1 biji telur
2 keping cheese (saya guna cheesedale. nak guna jenis lain pun boleh)
5 biji bawang besar (dilayukan terlebih dahulu dengan olive oil)
sedikit serbuk oregano, paprika, lada hitam, parsley, thyme
garam secukup rasa
olive oil

Cara-cara:
gaulkan kesemua bahan di atas sehingga sebati dan rata
bentukkan seperti kepingan burger (saiz ikut suka hati)
sebelum bakar, titiskan sedikit olive oil
dan bakar sehingga masak

untuk menghidang
lapiskan dengan salad, tomato, cheese, sedikit sos bbq, mastard, mayonis dan cili sos

makan panas-panas!

dah siap
tak payah dah beratur kat kedai
tak payah dah beli McD
hihi :)

Monday, January 7

red rubies


Bahan-bahan:
sengkuang cina
santan pekat
gula
nangka
daun pandan
tepung ubi kayu
pewarna makanan (merah)
ais


Cara-cara:
buang kulit sengkuang cina. kemudian potong dadu. (kecik-kecik)
rendam sengkuang cina di dalam pewarna merah selama 1 jam
kemudian salutkan dengan tepung ubi kayu
panaskan air hingga menggelegak
masukkan sengkuang cina yang dah bersalut tepung ubi tadi
biarkan hingga timbul (macam buat onde-onde)
bila dah timbul, masukkan dalam air sejuk (untuk elakkan dia melekat)
masak air gula bersama-sama daun pandan
campurkan air gula dengan santan.
hiris halus nangka.
masukkan red rubies, nangka, santan dan beberapa ketul ais



semua bahan saya tak letak kuantiti dia
sebab semuanya macam secukup rasa masing-masing
kalau nak banyak red rubies nya beli la banyak
kalau nak merah, titiklah pewarna banyak sikit
kalau suka makan dengan kuah yang banyak, banyakkanlah santan tu


easy pizziii :)


Sunday, January 6

asam pedas daging

saya tak pernah tahu ada macam jenis asam pedas dalam dunia ni (dalam malaysia ni laa)
yang saya tahu cuma asam pedas ikan kembung atau ikan tenggiri
tapi bila sebilik dengan orang melaka dulu,
baru saya tahu ada asam pedas ayam laa daging laaa
roomate saya pernah bawa bekal dari rumah asam pedas daging
sedap sangat sampai teringat-teringat sampai sekarang :)

dah mengidam nak buat dah lama
cuma baru semalam baru berkesempatan nak buat
pastu tanya sikit-sikit resepi dari kawan yang juga orang melaka

dan waallllaaaaahhh...terhasilah asam pedas daging ala cik sapphire

jom tengok bahan apa yang perlu

Bahan-bahan: (untuk 2 orang makan)
1 mangkuk daging (dihiris kecil kecil)
2 sudu besar cili giling (kalau nak pedas boleh tambah lagi)
3 sudu besar bawang yang telah dikisar
sedikit kunyit hidup dan lengkuas (ditumbuk)
1 batang serai
1 kuntum bunga kantan
sedikit daun kesum
sedikit belacan yang telah dibakar
3 sudu kecil pes asam jawa (saya guna cap adabi)
1 biji tomato (dipotong 4)
garam dan gula secukup rasa


Cara-cara:
tumiskan cili giling dan bawang kisar hingga garing (guna api kecik ye)
masukkan kunyit hidup, lengkuas, serai, belacan
biar sekejap
masukkan daging..gaul biar rata
bancuhkan pes asam jawa dengan semangkuk sederhana dengan air
(atau sehingga air menutupi daging tadi...biar daging tenggelam sikit je)
 masukkan bunga kantan dan daun kesum
perisakan dengan garam dan gula
biar mendidih hingga daging lembut,masukkan tomato


dah siap.... senang je kan hihi
renehkan lama sikit pun takpe...takut daging tak cukup empuk
ada yang tercabut gigi kang.. :)

nak lagi sedap
boleh tiru kombinasi lauk yang saya makan semalam
en.mm cakap sodap hingga menjilat jari :)


selamat menjadi master chef semua!!
:)

Friday, January 4

dua belas

tahun 2012 dah memutarkan kehidupan saya kepada 360 darjah
berpusing-pusing tunggang tebalik
happy sedih happy balik
semua ada :)

Januari saya dapat adik ipar
yang mana kawan sekelas saya masa darjah 6 Seroja di SRSS2
sekarang adik dah ke UK menemani husbandnya yang sambung study kat sana
dan dah dikurniakan seorang baby boy yang comel, Uwais namanya. :)


separuh dari 2012 saya dihabiskan dengan mengusung Umar dalam perut hihi
*boleh ke cakap macam tu :D*
makanya setengah tahun tu keinginan untuk makan tu membuak-buak
menjadikan saya rajin nak masak apa yang Umar inginkan
salah satunya mini chocolate muffin ni
kalau nak resepi boleh pergi ke page Now Everyone Can Cook


apa yang mengembirakan saya dan menyedihkan saya untuk tahun 2012 ni ialah
bulan March saya ada apply scholarship untuk study ke luar negara under MARA
dan yeay!!! yeay!!! permohonan saya diterima..happy sampai rasa nak melompat-lompat
eh betul tau...
sebab saya dah cuba apply yang sama tahun 2011.tapi tak dapat.
dan tahun lepas try lagi. dapat!! yeay!! :)
 tempat di UK pun dah ada..iaitu di Uni of Leichester.
so saya fikir, sebaik sahaja lahirkan Umar terus gerak ke UK..ecehss..

tapi nak buat macam mana
semua kuasa terletak pada Allah
perancang terbaik yang tiada bandingnya

sepanjang berbulan-bulan menunggu Umar dilahirkan
macam-macam benda dah berlaku
tak adalah macam-macam sangat
tapi adalah benda yang perlu difikirkan betul-betul
sebelum buat keputusan study kat sana

akhirnya
saya dah tolak tawaran belajar di UK
sedih ok.

sangatlah berat hati nak tekan button send masa reply email ni dulu.
tapi nak buat macam mana.
boleh je saya jadi seorang yang pentingkan diri sendiri
pergi ke sana dan biarkan semua benda di Malaysia ni orang lain yang uruskan.
tapi fikir-fikir balik. tak baiknya.

Tuhan saja yang tahu perasaan saya dulu sampai sekarang
lebih-lebih lagi bila tengok gambar adik yang sekarang dah kat UK.
tapi paling kurang, Allah dah bagi saya rasa manisnya perasaan bila sebelah kaki dah kat sana
bila impian sejak kecil hampir tercapai
Tuhan tu Maha Kaya.
mungkin esok rezeki saya ke sana. siapa tahu kan. :)


ini gambar semasa mengandungkan Umar . dah nak masuk 8 bulan masa ni.
satu-satunya pengalaman yang tak dapat saya lupakan.
Alhamdulillah. sepanjang mengandungkan Umar, tak banyak ragamnya
tak ada morning sickness. boleh makan semua benda yang diidamkan.
dan sekarang. Umar dah nak masuk 6 bulan.
kejap je kan. dah banyak akal dah sekarang.
kalau kita pakai tudung, dia tahu kita nak keluar. dan dan tu la dia nak kita dukung dia.
Umar pun tak banyak ragamnya. sangat good boy.
Alhamdulillah. Thank you Allah. Thank you Umar for being such a good boy all this while. :)


lagi apa lagi perkara besar yang berlaku tahun lepas
saya rasa tu je kot :)
biasalah pergi kerja balik kerja
pergi interview kerja sana sini
dapat tawaran kerja dengan offer double dari tempat kerja sekarang
makan tidur makan tidur
susukan umar. pam susu umar. panaskan susu umar.
boringkan. :)


so apa pulak resolusi untuk tahun 2013 ni?
hmm. semoga apa yang saya idamkan menjadi kenyataan.
semoga Allah permudahkan perjalanan hidup untuk tahun ni.
semoga semua orang happy. semoga semua orang dibawah lindunganNya.
semoga semuanya baik-baik belaka.
Amin. Amin. Amin.
:)


Thursday, January 3

telur rebus

saya baru teknik sebetulnya nak masak telur rebus
dengan telur kuningnya sedikit cair
kalau makan dengan kicap
atau dengan nasi lemak
aaaaa sedapnya.... :)



Bahan-bahan:
semestinya telur lah (berapa biji pun ikut suka hihi)
air untuk merebus

Cara-cara:
masak air hingga menggelegak
bila dah menggelegak baru masukkan telur
masukkan pelan-pelan menggunakan sudu
ini untuk mengelakkan kulit telur tu merekah
sebab kejutan budaya suhu dari peti sejuk ke air panas menggelegak
biarkan selama 7 minit setengah
siap!!



dan rupanya akan jadi macam ni 



rupanya teknik saya merebus telur selama ni salah lah eh? 


selamat mencuba
selamat tahun baru

:) :) :)