31.12.15

the best nine

the last day of 2015
time flies really fast
now i need to plan my 2016 goals

so here are my very best of 2015

tahun 2015 start dengan umar officially to school. Not the real school just a daycare but we love to call it as school. you know. hehe. with the uniform. school bag. student's file. He's grown up. besar dah Umar. teachar cakap umar pendiam. dan dia ada geng pendiam kat school. katanya bercakap melalui kuasa minda. haha. kalau nak mandi umar dah boleh take off baju sendiri. pakai kasut sendiri. makan sendiri. tahun depan starting 7th January he will be in 4years class. the real class. reading class. phonics class. art class. solat class. etc. dan paling best baru-baru i just found out he already knwo abz to z and 123 to 10. at 3 years. kalau saya masa umur 3 tahun dulu mungkin saya tahu abc je kot. huhu. so mentang mentang dah kenal abc kat mana mana kalau jumpa perkataan yang besar umar akan baca huruf satu satu. happy sangat tengok. :) so canne nak ajar baca pulak? any ideas?

my baby sister is married. the last one in the family. Alhamdulillah. bertemu jodoh dengan orang Penang. kawan kepada abag ipar saya juga. dulu susah betul nak ke penang. ye la macam tak ada alasan. sekarang macam tiap tiap tahun mesti sekali at least saya ke penang. tapi adik dan husband PJJ. sorang si shah alam. sorang di penang. setiap weekend diorg akan bergilir balik shah alam. minggu depan balik penang. macam tu lah sampai.....tak tahu bila. mungkin bila husbandnya dapat tukar kerja kat putrajaya. semoga emi bahagia selalu sampai bila. dikurniakan anak anak yang soleh solehah.
 
 officially registered as a phd student in UM. session 2014/2015. saya registered on semester kedua sebab masa semester pertama yang sepatutnya semua orang register saya ada hal apa ntah. lupa dah. tapi Alhamdulillah. semua ok. mula-mula sangat risau dengan yuran pendaftaran yang tinggi. kalau boleh tak nak menyusahkan sesiapa lagi. nasib baik by the time saya nak register tu mybrain saya dah diluluskan. so masa registration tu cuma bawa surat tawaran byrain dan walaaahhh selesai. Alhamdulillah.


first time dalam hidup saya masak untuk sejumlah tetamu. tetamunya keluarga saya dan keluarga mertua je pun. hahaha. tapi ramai juga la (bagi saya). dan the menu was soto, puding, sate, fruits, kek, dan sirap. yang saya masak soto je pun. tapi leceh kot nak buat soto. dengan begedilnya. dengan isi ayam yang perlu dicarik-carik. tauge yang perluu dicelur dan dibuang ekor. lada kicap. fuhhhh. berpeluh jugak r. dan Alhamdulillah semua memberikan kritikan yang sungguh membina. katanya ada yang teringat-ingat soto saya. hahaha. thanks for coming for our open house kecil-kecilan. :)

 berpantang kali ke 3. but this time is so special. :) tak lama sangat. dan tak ketat sangat. ikan bakar dengan olive oil, garam, lada hitam, kunyit dan nasi kosong. yumsss. but still no ice for 100 days. yang ni tak boleh mengelat. angkat barang berat2 pun tak boleh. ada hikmah disebalik semuanya. fatimah is not ready to be kakak. umar still need my full attention. really need to focus on my research. tapi seriously baby, mummy more then happy to have you. walaupun tesis sangat tensen. mummy tak ada gaji cuma mybrain. walaupun kakak fatimah sokmo manja manja. mummy is always ready. :) sepatutnya bulan 4. saya rasa kali ni macam baby boy. entah. heee. InsyaAllah...ada la tu nanti... :)

 got to meet my Prof Paul Brunner. the guru in material flow analysis. it was so nice to finally meet him. the way he comment and gave suggestion during the conference. we know he is such walking reference for many books especially waste. harap satu hari nanti dapat bekerjsama dengan beliau.

berita sedih untuk seluruh keluarga. Pagi jumaat yang redup dan mendung arwah PakHitam pergi selamanya. arwah macam ketua keluarga. segala macam keputusan mesti mendapat persetujuan atau at least pandangan arwah. seorang yang banyak tolong especially keluarga saya. macam-macam. semoga arwah pakhitam bahagia di sana dan ditempatkan dengan mereka-mereka yang beriman.

lepas beberapa abad meninggalkan kerja-kerja di lab. tahun ni saya terpaksa-rela melibatkan diri sekali lagi dalam dunia labwork. keluar ke tempat tempat yang tak diketahui. ambil sample seharian suntuk. balik kena sambung buat labwork. dan labwork berlanjutan sehingga seminggu. dan analisis data. dan submit progress report. Alhamdulillah. lepas beberapa kali cuba untuk dapatkan data dan gagal. doing the labwork at least saya ada data sendiri. walaupun penatnya. (maklumlah usia dah senja...) so this labwork thing akan berakhir hujung tahun depan. InsyaAllah. amin. dan saya konvo. amin amin amin. heeee #berangan semoga segalanya berjalan lancar. amin amin. doakan eh semua :)

so the highlights of the year is the Japan Trip of course. hehe. never dream to have this chance to actually go and be student in kyoto uni walaupun cuma 2 minggu. kihkihkih...student lah sangat kan. tapi ala-ala la. dapat study di luar negara adalah impian yang saya tunggu tunggu selama ni. dah melepaskan peluang belajar di luar malaysia dua kali. atas sebab sebab tertentu. kalau peluang tu datang lagi. saya rasa saya takkan tolak. i will go for it. and angkut semua sekali ikut sama. hehehe paling best juga bila dapat kenal kawan japan yang sangat berpengetahuan dalam bidang yang sama dengan saya. dapat kenal  lecturers dari ukm um unisza utm. at least ada connection dan hopefully dapat la buat research sama sama nanti. hehehe berangan sungguh. harap dapat lagi peluang sebegini tahun tahun akan datang. amin. 

so itu je
Alhamdulillah untuk segala rezeki untuk tahun 2015
ada banyak lagi rezeki yang tak terluahkan kat sini
rezeki yang kecil. yang besar. Alhamdulillah
tak lupa juga untuk segala sakit dan ujian
segalanya ada hikmat di sebalik.

untuk tahun 2016
saya berharap segalanya baik baik belaka
rezeki yang murah dan diredhai
kesihatan yang baik
dan bukan sahaja untuk saya tapi untuk semua
umar, fatimah, encik MM dan family.  
begitu juga kepada pembaca-pembaca blog saya yang setia
(ada yang membaca ke?? hehe)

selamat tahun baru
jumpa lagi tahun depan.
bye!








30.12.15

sampling month

selepas beberapa kali postpone
Alhamdulillah...semalam sampling untuk kali kedua berjaya juga akhirnya
berjaya juga dilaksanakan selepas beberapa masalah came up
tak ada transport
transport ada driver pulak tak ada
cuti krismas dan maulidur rasul yang panjang
lupa nak book transport lagi
apa apa lah
yang penting semalam dah berjaya ambil sample

gerak dari UM pukul 930 pagi
selesai sampling dan sampai balik kat UM pukul 7
sampai UM sambung buat e.coli test
selesai buat e.coli test pukul 930
sampai kat rumah pukul 10
pengsan pengsan pengsan

kalau lah hari ni boleh cuti
tapi tetap kena datang lab untuk buat bod test cod test bla bla bla
badan rasa sangat lemau

 at one of the sampling point.
 The Help. Thank God ada dua orang ni kalau tak saya lah yang kena turun sendiri ke tebing sungai yang lembik dan licin untuk ambil sample. Can't imagine. Taher from Palastine. Phd student. Baru je register. Adham from Bangladesh. Phd student. tapi dah nak habis dah. dah nak candidature defense. dan Siti (not in the picture) pu banyak tolong especially dalam handle the google map untuk cari setiap sampling point yang super ke dalam ladang kelapa sawit dan super entah di mana-mana dan super duper susah nak ingat walaupun this is the second time. mungkin the last sampling day baru semua orang ingat. dan dah terlambat. haha. dengan masalah internet. semua orang macam agak tensen. tapi Alhamdulillah. in the end semua ok.

untuk sampai ke sampling point ni kena melalui ladang ladang kelapa sawit, sekumpulan lembu yang berehat kat bawah pokok kelapa sawit, tanah lecak lembik dan sikit lagi nak jadi kolam kecik dan thank God driver sangat terer bawa van boleh sampai ke beberapa meter sebelum sampai ke sampling point. fuhhh fuhhh. bukan nak mengeluh. tapi saja nak meluahkan. hahaha. 

Alhamdulillah hari tak hujan
kalau tak akan bertambah bertambah lagi masalahnya
so macam tu lah... 
hopefully next sampling semuanya semakin mudah dan teratur.
need to plan dengan telitinya lagi nanti.

bye
off to the lab!!

25.12.15

osaka-des

bersambung lagi kita ke edisi berjalan-jalan di Jepun
kali ni kita ke Osaka!!
kalau dalam train tu...bila tiba kat satu-satu station
driver train tu akan cakap "Osaka des...osaka des" "Ritto des...Ritto des"
entah la apa maksud "des" tu... (nanti google)

saya ke Osaka seorang diri...balik hari je pun
sebab kawan saya ke Tokyo
(saya taknak gi tokyo dua kali..plus duit tak cukup #jujursungguh)
saya pergi pada hari sibuk satu dunia #prayforparis
yups masa kejadian tembak menembak di paris tu
tapi bila dah sampai hotel baru saya tahu pasal berita ni
sebab handphone xde internet kan
(dan jepun mana ada wifi seluruhnya. tipu semata)
kalau dah tahu....mungkin saya stay kat hotel je kot

nak ke osaka senang je
kalau dari bandar Ritto akan ambil masa lebih kurang 2 jam
kalau dari Kyoto station dalam 1jam je
dan kena naik turun tukar train dan subway
boleh google train apa..subway apa...platform apa...
yang saya tahu last sekali saya turun di subway station Shinmori Furuichi
sebab paling dekat dengan rumah kawan saya yang dah 4 tahun tinggal di Osaka
kawan saya ni kawan masa undergrad kat UKM dulu
sekarang dia kat osaka sebab ikut husband yang kerja kat Panasonic kat sana

dalam perjalanan

dari Shinmori Furuichi subway station kita ke jalan sikitlah untuk sampai ke rumah kawan
osaka ni macam kyoto juga kot...bandar kecil je...tak ramai orang yang kelihatan huhu
mana pergi semua orang? 

selepas berhari-hari makan tempura-rendang daging brahims
datang ke osaka ni dapat la merasa nasi lemak ikan bilis
dan dapat jumpa Darwish dan Alesya dan kembarnya Aleya
terubat rindu kat Umar dan Fatimah
darwish sangat banyak cakap..dan cepat mesra dengan orang
kejap je dah nak aunty ... nk solat dengan aunty...nk makan dgn aunty hehehe
adakah saya sangat aunty aunty yang disukai ramai? hahahaa

comelkan budak dua orang ni
sebijik macam umar dan fatimah

lepas makan nasi lemak
borak borak - main game dengan darwish
kami bergerak ke Osaka Castle..satu2nya tempat yg saya pergi kat osaka
sebab money constrain dan time constrain heee
tapi paling kurang dapat bawa kawan saya berjalan ambil angin juga hehe

saya tak ingat dah macam mana nak ke osaka castle ni
rasanya kena ambil subway dan akan stop betul betul depan taman sebelum sampai ke osaka castle ni
tapi disebabkan tiba-tiba je hujan
agak lebat jugak dan kami tak bawa payung plak
(padahal ramalan dah cakap dah akan hujan...tapi degil taknak percaya)
makanya saya tak pergi pun ke osaka castle
sempat berjalan-jalan kat taman ni je
tapi cantik.......sangat! kalau musim bunga mesti lagi cantik...
nampak tak osaka castle kat belakang?
sayangnya tak dapat pergi T_T
 
 
typical gambar hehe
kalau nak hantar kat utusan bulan puasa nanti pun ok gak ni
hahaha
tapi cantiknya...
dan camtu je la
balik tu kitorang ke Yodobashi
just next to osaka station
tiap kali ke yodobashi mesti rasa nak beli semua toys yang ada
mesti rasa nak beli semua peralatan elektri yg comel2
harap ada rezeki lagi untuk explore osaka

 thanks Has sebab masak nasi lemak dan bawa jalan-jalan
kat malaysia punya lah susah nak jumpa
bila kat tempat orang berusaha sungguh nak jumpa hehehe

****

winter di tokyo
summer di melbourne
authum di kyoto-osaka
spring kat mana plak nanti?

23.12.15

ini hari

baru habis progress report meeting dengan SV
SV masa master super duper garang...
tapi takde plak rasa se-stress ni bila meeting dengan SV sekarang
(tahukah anda phd tu tak semudah yang disangka?? tahu dok ni? dok tahu lagi ke? #cubitsket)

rasa nak berlari ke pantai
belok hutan
tapi esok dan lusa cuti pun kerja kena siapkan report lagi
macam mana nak belok ke pantai tanpa memikirkan tesis kesayangan?
gi mana sih?? tolong gue deh
#menangisbawahmeja


umar pun duk cakap
"banyaknya mummy work..." (sambil depakan tangan) (comel sangat lah hehe)
fatimah plak...abang dia dah tidur dia duk sibuk lagi kacau kita buat kerja
kita dah bagi kertas kosong nak jugak kacau kertas kita...

sambil-sambil siapkan progress report..saya duk cuba siapkan full paper untuk join conference bulan 4 ni
abstract dah hantar...tapi takde feedback lagi...harap diterima...
english saya dah tak berapa nak bagus sangat
kalau kat UKM dulu translate je ke BM..ni semua rujukan in english..nak kena tulis pun in english
makanya...slow melow sikit la pergerakannya...
ada sesiapa kat sini ada tips tak untuk memudahkan penulisan research paper/ tesis
(tesis pun dah lama tak tulis...adoiiii...HELP!!!)

buku nota yang saya guna sejak tahun 2014
bila belek-belek balik banyak sungguh kenangan dalam buku ni
mungkin start tahun baru ni kita warna-warnikan sikit lah buku ni
nak cari planner baru sebenarnya...tapi sayang plak dengan buku conteng yang byk berjasa ni
korang tahu tak mana nak cari hobonochi yang murah2...
acah acah nak join planneraddictmalaysia r tahun depan hehe
nanti saya buat acc instagram khas untuk planner saya tu ecececee
(bajet ramai akan follow je :p)

ok lah
paper tak siap lagi
journal dah berlambak dalam laptop..tapi asyik rasa tak cukup je
camno tu hah??

selamat beructi ye kawan-kawan
ingat daku dalam kegembiraan mu bercuti
sebab saya mungkin bercuti dirumah je kot
ok bye bye!

22.12.15

Fushimi Inari Shrine


hari ni kita berjalan-jalan ke Fushimi Inari Shrine
kalau korang pernah nonton The Memoirs of Geisha satu masa dulu
inilah salah satu lokai pengambarannya
seja dari tu saya tanam angan-angan nak ke Jepun satu hari nanti. Tak kira!! hehe
nasib baiklah berangan tu free. jadinya asyik berangan je dari dulu sampai sekarang :p

nak ke Fushimi Inari Shrine ni senang je
Saya gerak dari Kyoto Station amik train ke Inari Station di platform 8,9,10
harga tiket murah je 240yen je
inari Station ni betul2 depan Fushimi Inari Shrine ni

waktu saya pergi hujan renyai renyai manja
maka station ni agak kotor dengan air hujan
dan pelancong luar pun bukan main ramai
especially dari China
sempat juga bertegur sapa dengan 1 group ni dari Thailand...islam..bertudung
bila terserempak masing2 macam eh ...bertudung...islam...dalam ramai2 org cina ada org islam
(camtu la kot perasaan kami masa tu hahaha)
pastu mula la tanya itu ni..dari mana ke mana dengan siapa


dari Inari Station tu jalan sikit dah boleh nampak pintu masuk ke Fushimi Inari SHrine ni
besar...kalau tak nampak jugak tak tahu lah hehehe
hari hujan jadinya sejuk sikitlah...tapi bila nak mendaki ke atas tu...berpeluh jugak lah :D
 dari pintu masuk , disebelah kiri akan ada deret kedai kedai cenderamata yang jual magnet, keychain, torri macam macam...kat sini tak boleh tawar menawar (saya dah try hehe..tak jugak dia bagi harga murah sikit)
pastu ada juga deret gerai yang jual makanan panas panas ...tak pasti apa...tapi nampak macam sedap

sebelah kanan pula ada tempat basuh tangan ni
kat situ ada gambar cara-cara yang betul untuk basuh tangan...berkumur dengan guna cebok ni..
(cebok ke namanya.....entah )
air nya sejuk....katanya air dari bukit kat belakang

ok ini namanya Senbon Torii yang bermaksud thousands of torii gates
setiap satu daripada torii gates ni adalah hasil daripada derma sama ada daripada individu atau pun daripada syarikat-syarikat besar
kalau perasan setiap satunya mempunyai saiz yang berbeza..ada yang kecik halus je..ada yang besar nak peluk pun tak sampai tangan
setiap saiz ini bermaksud jumlah yang didermakan...kalausaiz besar besarlah dermanya..kalau kecik keciklah kan...harga setiap satu tu bermula dari 400,000 yen hingga boleh mencapai jutaan yen
dan tulisan tulisan tu merupakan nama dan jumla dermaan nya


cantikkan? Kalau berjalan ke depan takkan nampak tulisan2 tadi
kalau otw balik akan nampak
kalaulah faham tulisan jepun...boleh tahu company mana yang pernah derma utk bina torii ni

ribu ribu torii ni sebenarnya menuju ke puncak gunung (tak ingat dah nama gunung apa)
tapi untuk sampai ke puncak akan ambil masa 2 hingga 3 jam
saya sampai suku je...tak larat dah...
plus hari nak gelap dah...kalau datang awal pagi boleh cuba jalan sampai ke puncak

dari atas sampai bawah akan ada banyak torii yang kecik kecik ni
saya rasa macam diorg guna untuk tulis doa-doa untuk disembahkan kepada Inari, iaitu god of rice yang bersemadi kat situ
dan kalau perasan juga kat sini banyak betul statue musang...dari atas smapai ke bawah...
kat atas lagi banyak....kecik besar..semua ada
mengikut kepercayaan diorg, musang ni macam messenger r kot kepada Inari tadi...

ok tu je
next sesi jalan jalan kita ke Osaka wohoooo!!!
bye!