Tuesday, May 29, 2018

bangun pagi buka periuk

dah tua-tua ni
bilasampai hari tak boleh puasa. rasa macam hari-hari biasa jugak
bukannya boleh makan pun kan
even kalau kat rumah pun. takde rasa nak makan pun.
rasa macam kalau la boleh puasa haha
skang masuk hari ke 4 dah tak puasa
(saya perlu cerita. sbb follower perlu tahu ni haha)
bangun sahur macam biasa. sahur makan kurma tiga biji mcm biasa.
minum air banyak2. buka puasa pun macam biasa.
cuma semangat nak cari baju raya je masih sama macam dulu2 haha
kalau boleh nak cari karpet raya. balang kuih raya. pinggan raya. semua raya. haha
korang dah start buat persiapan raya ke?

Tuesday, May 22, 2018

sleepy bird

bulan puasa ni. lapar dahaga tuok lagi. boleh tahan.
(hari-hari pun bukannya makan mana pun)
yg paling seksa bila tahap mengantuk tahap tinggi bila otw pergi dan balik UM
Tuhan je tahu betapa stressnya bila mengantuk sambil drive.
semalam sebab mengantuk sangat saya stop kat stesen minyak. tidur kejap.
baru gerak balik. tu pun punya lah jauh nak boleh ke sampai ke stesen minyak.
kawan-kawan semua. kalau ngantuk stop tepi tau. jangan paksa diri. bahaya.
semoga kita semua dilindungi Allah swt.
selamat berpuasa. 

Saturday, May 19, 2018

1st time

kat school umar sekarang, teacher class dia menggalakkan budak2 berpuasa
walaupun budak tu sahur pukul 7. tapi teacher nk budak2 ni puasa
atleast separuh hari. habis waktu sekolah boleh berbuka kat daycare
tapi bergantung juga, kalau budak2 tu tak larat teacher bagi je makan
ramai je yang berjaya puasa sampai petang (berbuka bila sampai rumah)
ada jugak yang berjaya sampai magrib
jadinya umar pun terlibat samalah. sahur pukul 7 la tapinya haha
memang dia nak try. tapi bangun pagi nak susu hehe
tapi lepas tu tak makan dah sampai tengahari (ok la kan)
semalam berapa kali dah cakap suruh kita kejutkan bangun sahur
bila kita kejutkan tak nak bangun plak haha
(macam mommy kecik2 dulu je haha)
saya kalau hari sekolah macam kesian nk kejutkan bangun sahur
sebab takut dia ngantuk. bangun pukul 5. kalau kita pun ngantuk nak gi kerja. budak2 lagila
tapi parents ada yang cakap, anak2 diorg bangun sahur tapi tidur balik sampai pukul 7-8.
kalau pukul 8 baru bangun. alamatnya pukul 10 la mommy baru gerak gi UM.
canne tu?? lambatnya. pukul 3 mesti nak kena keluar dari UM dah
kalau tak mesti kena mengadap jam yg teruk kat federal
(kawan cakap nk boleh keluar dari UM pun dah jam)

takpe umar kita try slow slow
separuh hari pun dah ok
mommy dulu darjah 3 baru belajar puasa penuh
tu pun tak penuh 30 hari hehe
ok lah..hari ni nak masak apa untuk berbuka??

Wednesday, May 16, 2018

esok puasa!!

pejam celik. pejam celik. esok dah masuk bulan puasa.
Alhamdulillah. tak sabarnya.
rutin bulan puasa saya macam hari hari biasa je
(cuma takde makanan nak kunyah-kunyah time buat kerja hehe)
mungkin akan jarang ke UM sebab traffic mesti sangat teruk
nak nak kalau keluar selepas pukul 4. alamatnya pukul 7 la baru sampai rumah
nasib baik ada library shah alam yg best. boleh buat kerja kat sana
(cuma internet la. super slow.)
tahun ni nak sambung baca quran yg dah masuk juzuk 13
memandangkan tahun ni mungkin akan ada "hari cuti"
harap dapat khatam 17 juzuk lagi tu. doakan eh.
yg lain-lainnya. biasa je
takde menu berbuka selama sebulan. apatah lagi menu sahur.
masak apa yg sempat je. kalau tak sempat tumpang berbuka kat rumah mami je hehe
(tp klu berbuka kat rumah mami mesti balik rumah lambat)
(pastu mesti mami suruh tdo sana je. )
(tapi kalau tdo sana mesti esoknya ada drama taknak pergi school)
(arrgghhhhh. malas)
hajat di hati nak beli telekung baru. telekung kain cotton biasa je.
tapi tak sempat. klu kat jalan TAR byk sket pilihan. tgklah canne.
harap tahun ni rajin bangun solat malam. dan rajin stay up siapkan thesis hehe. doakan eh

ok lah
sebelum terlupa.
selamat menyambut bulan ramadhan yang mulia kepada semua pembaca kesayangan saya
semoga amalan kita diterima dan semoga istiqomah untuk bulan2 seterusnya
semoga doa-doa kita dimakbulkan. semoga diberikan kesihatan yg baik sepanjang bulan ni
semoga.............berbuka tu berpada-pada. jangan tamak haloba tau!!
bai! :)

Monday, May 14, 2018

a new day has come

apa yang saya boleh kata dengan GE tahun ni
Alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah
saya mengundi di Trg (lupa nak tukar kerakyatan hehe)
(tapi ada alasan nak balik kampungkan. ala 5 tahun sekali je pun)
dan suami plak mengundi di shah alam (tukar kerakyatan dah hehe)
jadinya pagi tu suami keluar mengundi awal2 pagi. pastu gerak balik trg.
sampai terengganu dalam pukul 2 lebih terus ke tempat mengundi. Alhamdulillah sempat
cat hitam kat jari pun tak hilang-hilang lagi
habis mengundi duk refresh twitter je (tempat utama saya check update terkini)
(padahal ada je yang lebih boleh dipercayai. tapi ntah. twitter lebih laju hehe)
dia punya berdebar menunggu keputusan tu macam nak tunggu result spm
betul tak?? hehe
sebabnya saya taknak dah kecewa macam 5 tahun lepas
sukanya tahun ni bangun pagi keputusan memihak kepada PH
(tak larat tunggu sampai SPR umum keputusan. takat pukul 2 je)
rasa nak marah betul bila dapat tahun adik mengundi dacing
mak saya memang selamanya dacing. memang tak boleh apa. (tp macam frust jugak)
dan terengganu jatuh ke tangan bulan hahaha macam....what???!!! why??? haha
takpe la. harap pentadbiran baru di trg dapat berikan yang terbaik
dan untuk malaysia seluruhnya. semoga malaysia akan kembali menjadi lebih baik
taknak dah dengar cerita2 cincin berharga juta2. derma wang berbillion ke acc sendiri
cukup2 lah. letih dah. kalau cakap pasal malaysia. jadi bahan gelak.
semoga dibawah pemerintahan PH, malaysia akan dipandnag tinggi macam dulu2
tapi jangan harapkan pemerintah je yang baru
rakyat pun boleh dah kot berubah menjadi lebih baik
ala benda2 simple macam kemas meja lepas makan kat McD ke
jangan berebut lift dengan mereka yang lebih memerlukan (yg bawak stroller)
jangan buang sampah dari tingkap kereta
be punctual. no more malaysian time. please.
saya dulu macam pelik juga angkat dulang lepas makan kat McD
tapi lama-lama terbiasa jugak lah. yups. kadang2 org pandang semacam. tapi lantaklah.
sama-sama kita jayakan New Malaysia, New Malaysian.ok?

ok
bai. back to work. 

Monday, May 7, 2018

thirtyfour

alhamdulillah
untuk kali ke 34
semoga segala yang dihajiti dimakbulkan
semoga tahun ni lebih baik dari tahun-tahun lepas
amin.

yang sedih.
tahun ni takde birthday cake
even wish pun takde. paling hambar.
takpe. saya pun tak buat reminder kat fb
nampak sangat takde sape ingat birthday saya kalau takde reminder tu huhu
takpe. fatimah dah nyanyikan pagi semalam. thanks fatimah :)

lagi pun abang ipar kena dimasukkan hospital
(tak best pulak org tgk risau risau kita bersuka ria plak)
ada something kat bahagian dada katanya
dan doktor cakap kena operate dengan kadar segera
dan alhamdulillah dah selamat operate pagi tadi

 itu je la update hari jadi tahun ni
happy birthday to you, ciksapphire



Thursday, May 3, 2018

idaman

selalu kalau otw nak pergi um saya akan guna jalan untuk ke gate KL
(macam nak menghala ke midvalley)
kadang-kadang bila agak-agak jam je saya suka guna jalan nak menghala ke amcorp mall tu
so nanti akan susur ke kiri ke kawasan perumahan dan nanti akan masuk gate PJ
bila lalu kawasan perumahan ni suka tau berangan bestnya kalau ada rumah landed
ada tanah sikit kat untuk anak-anak main basikal petang
atau untuk anak-anak mandi mandi guna swimming pool yang tiup tu
atau saya boleh la tanam pokok mangga ke. betik ke. nangka ke.
(macam dulu-dulu kat rumah kat kampung hehe)
tapi rumah landed skang mahal jugak
kalau nak beli kena join loan baru la mampu
yang suka lalu kat perumahan PJ ni sebab rumah-rumah dia klasik betul
ala rumah quaters kerajaan. klasik 80an kan. tapi ada juga rumah yang besar2. kereta besar2. hehe

kalau otw balik pulak. kalau jalan depan ppum ni agak2 macam jam je
saya suka jalan dari mahsa kolej. pastu masuk kawasan perumahan. lebih cepat.
boleh la cuci mata dengan tgk rumah rumah orang yang cantik haha
rumah rumah yang setingkat pun cantik. laman pun bersih je kemas. bestnya.

Ya Allah...berangan je la dulu kan haha
rumah kat shah alam pun mahal.
nak murah kat area kota kemuning ke puncak alam ke
kat area alam impian dan bukit raja pun dah mahal
tak mampu.....
harap bila dah kerja nanti mampu la nak beli satu hehe
(beli berpinjam hehe)

ok lah.
done berangan.
jom buat kerja.
bai.

Wednesday, May 2, 2018

too old

saya tak jadi pergi check gigi dekat klinik hari tu
sebabnya ic tertinggal. sigh
maka balik dan pergi tukar tayar kereta. empat2 tayar dah macam haus gila.
nak tayar yg murah boleh pergi kedai Oscar Tyre, kota kemuning
cumanya lama gila. hahah. dari pagi sampai  ke petang.
maklumla murah. orang ramaikan.
bila gigi dah tak sakit, demam la pulop
demam urat ke apa ntah
badan rasa lenguh-lenguh betul
ni semua sebab join 5km fun run baru ni kot
orang yang tak pernah exercise. tiba-tiba lari 5km
(lari sikit je. jalan yang banyak. hehe)
tapi demam pun, kerja rumah kena buat jugak
layankan juga anak-anak nak apa. makan apa. susu la. poo poo la
saya rasa dulu2 kalau demam ok lagi. kejap je dah baik (dalam sehari camtu)
tapi kali ni hari ketiga dah. siap rasa nak muntah.
(seriously rasa macam 2-3 bulan awal pregnant. tgk ayam rasa loya. tgk kari asam pedas fuhhh)
(tapi jangan risau. saya tak pregnant. not at this moment hehe)
sampaikan tak larat sangat saya pasangkan je favorite movie budak2 ni
biarkan diorg tgk. saya berbaring dalam bilik.
(untung2 boleh terlelap kejap hehe)
ya Allah...terasa diri ini dah tua.
ni pun demam lagi. day 3. tapi datang juga ke um.
takut SV cari untuk publish paper.
yups. baru dapat text pukul 230 kena pergi mengadap.
harap2 tak lama.
kalau tak mungkin ada yang termuntah dalam bilik sv.
doakan saya eh.
bai.