Wednesday, February 19

berat hati


rasa berat hati nak hantar umar ke taska
tapi macam nak tak nak kena hantar jugak

bulan 3 research dah kena start dengan seriusnya
tak boleh ponteng ponteng
atau study dari rumah 
bulan 3 dah kena ada dekat lab dari pagi sampai petang
macam office hour

hmm
dan bulan 3 
mummy akan jaga 3 orang budak kecik
satu 3 tahun, satu 2 tahun, satu 1 tahun
macam mana tu
mummy yang dah 60an nak jaga tiga-tiga ni seorang diri?
saya sendiri pun tak larat
apatah lah mummy kan

sebelum ni ada cari juga taska-taska area shah alam
tapi disebabkan berat hati 
jadi dilambat-lambatkan nak contact pemilik taska ni semua

tapi kali ni serius
serius!!

ada sesiapa yang tahu taska yang elok dan best untuk budak 2 tahun?
lokasinya mesti area shah alam

HELP!!!
:(

Thursday, February 13

tazkirah lah sangat

supervisor saya masa study dulu
kalau jumpa suka bagi nasihat
dalam borak panjang lebar pasal rumahlah baglah studentlah
akan ada terselit satu dua tiga empat lima nasihat
yang kadang-kadang terkena batang hidung sendiri

haha
padan muka kau cik nilam :p

tadi jumpa kejap
sebab nak minta sign
bawak umar sekali

kali ni nasihat dia pasal study
katanya Allah suka uji saya dalam hal-hal study
memang
dari degree sampailah master
macam-macam hal

10 tahun
kenal supervisor
mungkin dia pun dah kenal saya
ujian yang macam mana

katanya
mungkin Allah nak uji proses study saya
tapi Allah bagi rezeki tang benda lain
katanya
Umar handsome
suami yang baik 
keluarga yang ok

katanya
walau macam mana sekali pun
bersyukur dan redha 

memang sangat terkena batang hidung 
(padan muka sekali lagi...dush dush dush :p)

kadang-kadang kita lupakan 
bila kena uji sikit
lupa dah nikmat lain yang lagi banyak Allah bagi kat kita
ish ish ish teruknya saya

jadi
rasanya azam tahun ni
selain nak maju dalam study
lebih baik kita (saya la tu) belajar untuk bersyukur dan redha

ok
sampai sini saja taskirah petang khamis 
nanti saya update kisah saya ke Melbourne baru-baru ni
baibai