Thursday, September 18

Nur Fatimah Amani




Alhamdulillah
6 September 2014 yang lepas
saya telah selamat melahirkan anak kedua saya
perempuan, seberat 2.2kg dan sangat comel :)

nama diberi
Nur Fatimah Amani binti Marwan

InsyaAllah
nanti bila dah habis tempoh berpantang
(sekarang tengah curi-curi guna laptop tanpa pengetahuan mummy)
saya akan tulis dari mula sampai habis 
pengalaman saya melahirkan cik fatimah kita ni

fatimah pun dah tidur
saya pun nak join sekalilah
bye
:)

Wednesday, September 3

serba salah


Processed with VSCOcam with c1 preset IMG_8257 IMG_8863 IMG_8868



kita takkan tahu apa yang ada dalam fikiran seseorang
sesiapa pun
termasuklah anak-anak/budak-budak
kadang-kadang bila duk perhati Umar
saya terfikir sendiri
apa laa yang ada dalam fikiran Umar
apa yang dia rasa
perasaan dia
terutamanya bila bergelut nak kena mandikan dia pagi-pagi
untuk pergi ke school
kadang-kadang senang je
kadang-kadang punya lah susah
macam-macam karenah si Umar ni tau
bila panggil buat tak tahu je
mula la buat-buat tengok tv
padahal MHI pagi-pagi tu bukan best sangat pun
nampak tak kat situ

ok
kat rumah
Umar ada dua orang lagi cousin yang tinggal sekali
jadi bila Umar buat karenah tak nak pergi school
saya jadi terfikir
mungkin……mungkin la kot…
dalam fikiran Umar
kenapa dia kena pergi school…yang lain tak payah pergi school?
kenapa dia kena mandi awal…bangun awal…yang lain boleh bangun lambat
mungkin lah kot kan…
entah lah..

harapnya
Umar happy la kat school
sekarang kalau hantar still menangis lagi
(tak boleh tahan betul tengok Umar nangis-nangis)
tapi masa nak ambil waktu petang dah ok dah…tak nangis-nangis lagi dah

jadinya
walau penat dan betapa sakit belakang nak drive dari shah alam ke um
kena kuatkan semangat jugak
sebab umar pun bukan nak sangat pergi school
tapi nak buat canne
so saya pun kena la merajinkan diri ke school jugak
tak boleh malas-malas
tak boleh la…Umar dihantarnya ke school…kita bersuka ria kat shopping mall (contohnya)
kalau tak…. baik takyah la hantar umar pergi school
betul tak?




mak-mak sekalian
terutama yang hantar anak ke school (taska)
ada yang berperasaan sama dengan saya tak?

Tuesday, September 2

journal oh journal

photo1

bersiaran secara langsung terus menerus daripada Institut Sains Biologi, UM
sedang sangat mengantuk
dah tertidur 5 minit (lebih kot) tadi

tengah baca journal sebenarnya nih
kata orang
pelajar PhD paling kurang kena baca 1 journal 1 hari
just to keep the nervousness away time viva nanti (suka hati je)
tapi saya…dah nak pukul 4 baru masuk bahagian method
camno ni haaa?

canne la orang boleh habiskan 8 journal dalam 1 hari
saya 1 pun terkial-kial lagi ni
dah la macam baca je
faham tu belakang kira
haiiihhhh risau nih risau nih

atau ….. atau ….
saya kena baca basic dulu
baca buku text dulu
baru start dengan journal saintifik yang penuh dengan ayat-ayat kebaboom tu?

help me please!!!
(nangis bawah meja)