Showing posts with label event. Show all posts
Showing posts with label event. Show all posts

Thursday, June 5, 2014

Baju Raya Project



Jom happykan mereka-mereka yang lebih memerlukan
saya yakin korang semua mesti ada banyak baju yang masih elok
tapi tak tahu nak letak mana
nak pakai pun macam dah muat
nak derma pun tak tahu nak derma kat siapa

haaa

Sabtu ni, 7 Jun 2014
Baju Raya Project sekali lagi mengadakan Program Amal Baju Raya Project 2014
di Masjid UPM, Serdang
jam 8.30 pagi hingga 2.00 petang

seelok-eloknya baju tu yang masih elok la ye
(banyaknya elok hihi)
sebab mereka pun nak bergaya dengan baju raya yang cantik

inshaAllah
bila kita happykan orang lain
Allah akan balas dengan happy happy yang lebih berlipat ganda

jumpa di sana k!!

Monday, September 19, 2011

some where over the rainbow

Salam,

entah kenapa blog ala-ala ni sudah tidak bermaya lagi
kurang penjagaan dari tuan punya
dan tuan punya pun macam apa entah. malas dah eh nak blog blog?
jawab skang tunya punya! jawab! :p

ok.
banyak sebenarnya yang berlaku dua tiga hari ni
mulanya banyak je idea nak tulis
tapi bila cerita dah agak basi jadi tak tahu nak tulis apa.
oh. maafkan saya yer blog ala-ala.

jom lah kita pergi ke point pertama.

satu: saya dengan rasminya menjadi Cik Lang

ok. ini bukan Cik Lang kepada anak sepupu atau Cik Nang kepada adam
tapi kepada kakak saya yang sulong
Alhamdulillah. semuanya selamat pada 3.45ptg 14.9.2011 yang lepas.
baby sangatlah comel dengan berat cuma 2.8 kg dan panjang 42 cm
nama diberi: Putri Darrin Zinnirah (Putri Bunga Zinnirah) :)

 DSCN4359-pola DSCN4364-pola DSCN4371-pola

dua: egg tart

mood untuk bereksperimen di dapur membuak-buak sekarang
macam mood nak update tumblr. bila dah taksub tu taksub benar
setiap masa nak upload gambar.
tapi harapnya mood berekperimen di dapur tak surut lah.
sabtu lepas saya berjaya buat egg tart.
bahan-bahan dah ada cuma sarang jer yang takde.
cari punya cari ada sarang mini.
maka jadilah mini egg tart ala sapphire.  :)
mudah jer rupanya buat egg tart ni. (mentang2 dah menjadi :p)

DSCN4382-pola DSCN4383-pola DSCN4393-pola

tiga: open house dan reunion SMSS

open house di rumah cousin di Ara Damansara sabtu lepas
ok.mkn-mkn. pukul gambar. mkn-mkn lagi.
oh. char kuew teow panas-panas memang sedapkan.
tiba-tiba ternampak seseorang macam pernah ku lihat tapi di mana yer.
siasat punya siasat , rupanya Teacher Kartika masa kat SMSS dulu
saya macam tak ingat dia ajar saya time bila. sama ada form 1 atau form 2.
Teacher Kartika rupanya classmate cousin masa belajar kat SS dulu jugak.
super senior lah kiranya. dan Teacher masih hot macam dulu-dulu jugak :)

DSCN0259-pola DSCN0263-pola DSCN4399-pola

empat: jubah oh jubah

sabtu lepas saya jugak saya pergi ambil jubah untuk graduasi isnin depan
ramai betul yang dah berjaya habis masters
phd tak ramai sangat tapi ramai jugak lah
macam biasa saiz paling kecik dah habis dan terpaksa la saya singkatkan sendiri
terjumpa kawan-kawan seperjuangan (ecece): amalina dan ng keong
terjumpa jugak adik yang ramah gila time nak submit tesis. ingat lagi dia kat saya :)
(bayangkan bilangan masters holder dah berduyung2. nnt nk cari kerja atleast kena ada master macam mana?..ok jom sambung phd cepat2)

090527_161259-pola 100324_202444-pola P4040018-pola

lima: raya dan raya di rumah Puteri

ok. bukan baby Putri yer. tapi Puteri, cousinnya en.mm di KGSA.
perhatian ini adalah cerita basi dah nak berkulat.
tapi nak jugak cerita. hihi.
kali kedua pergi rumah Puteri. cantik. dan kawasan perumahan tu pun haihh
terus berangan kalau ada duit nanti nak beli rumah kt situ jugak
mungkin 20 tahun akan datang kot. :p
dapat lah jugak jumpa saudara mara sebelah en.mm :)
tapi saya tak amik gambar banyak pun. s.e.g.a.n.

dan masa yang sama kat rumah saya mami masak mee penang yg menjilat jari. :)

DSCN4295-pola DSCN4302-1-pola DSCN4323-pola

enam: hari jadi Cik Moh ke 72

cik Moh, mak saudara paling tua sebelah mummy. sabtu lepas hari jadi cik moh yang ke 72
tapi masih muda remaja. boleh drive dari KL ke Muar sendiri. gagah tak gagah.
dan semalam kebetulan cik moh datang KL nak pergi kenduri kahwin dan nak tengok baby kakak
mummy buat kezutan kecil-kecilan. ala-ala sambutan hari jadi jugak la kot.
bukan potong kek tapi potong pavlova
siap dengan majlis suap menyuap cik moh dengan pak hitam 
oh sungguh slumber dan romantis :)

DSCN4404-pola DSCN4406-pola DSCN4408-pola
tujuh: sampai nombor 7?apa lagi eh? tak ada apa dah kot. ok.bye. terima kasih sebab sudi baca entry panjang lebar. harap dapat pengajaran. *apakah?* :p ok nak gi cari filem untuk camera antik ni jap. bye bye. :)

DSC01641-pola

Friday, July 29, 2011

harimaumau

DSCN9749 DSCN9755 DSCN9758

al-kisahnya
pulang dari stadium semalam dengan kecewa hik
sepanjang penglibatan saya dalam arena menonton bola di stadium [apakah], tak pernah lagi team yang saya sokong tak menang. semua menang. kelantan vs terengganu. malaysia vs taipei. menang.
tapi tak apa lah. [harap tak ada yang comment baru tengok dua kali nk kecoh. mcm mkn durian pun nak kecoh?]

kata orang: macam kita jer lah nak perlawanan semalam menang. mereka-mereka yang duk kejar-kejar bola kat tengah padang tu 100 kali ganda nak menang. berat mata memandang. berat lagi bahu yang memikul.ececece.

[tapi kenapa saya nampak safee sali dan kfc jer yang bersungguh?]

apa apa pun. Malaysia tetap tanah tumpah darah ku ! bergema satu stadium bila lebih 85,000 lautan biru kuning nyanyi lagu Negaraku. :)

harimau-harimau ku selamat bersolat jumaat.

:)

Wednesday, July 20, 2011

jempol fc

DSCN9450-1DSCN9463-1DSCN9466

apa apa pun saya harap harimau malaya menang.
ok. bak kata en.mm “jangan berangan tinggi2. mcm mat jenin..bukannya lawan jempol fc”
yer la..harimau harimau ku sekalian. buat yang terbaik mungkin.
xpe lah tak ramai penyokong pun.

dari dulu saya tertanya-tanya
kenapa orang boleh sokong chelsea dan bukan Man U atau bukan jempol fc?
apa yang korang pilih untuk sokong mana-mana team tu eh?
kalau zaman saya form 1 dulu. kawan saya sokong liverpool sebab owen tu hencem.
kepada penyokong lelaki kenapa eh?

DSCN9476-1 saya rasa macam nak gi tengok. tapi tak ada tiket.
sape ada tiket lebih? nak dua boleh? hiii
boleh la saya bawak en.mm skali pastu jerit2 sambil makan burger kosong harga rm5
atau. tiket untuk penyokong harimau bagi free saja laaa.
[suka hati jer kan]

ok bye.

Tuesday, June 14, 2011

weekend

tumblr_lmpi56ygEP1qlr88ko1_500_largeSelamat pagi semua…

sebelum basi, saya share sikit sikit gambar final piala FA Sabtu lepas.

dan gambar kat atas itu bukan gambar breakfast saya. hari ini saya breakfast poached egg with potato and roti bakaq.. :) first time buat poached egg ececece padahal telur rebus. mengada nak bunyi HOT sikit kononya. saya belajar dari Allrecipes.

ok. kembali ke point utama.

lautan merah. serius saya tak tahu apa masalah ktorg. selalu jer tersesat dalam lautan merah. cari-cari gak mana la lautan hitam putih tapi tak ada. takut gak saya. yer r dari berita berita bakar-bakar semua tu kan…tapi….

kelantan ngn ganu mana ada baloh baloh..kita bestfriend kan..?hihi…entah sape-sape ntah…boleh pulak ambil gambar sama-sama…. :)

sepanjang hari tu. saya rasa orang kelantan memang sangat semangat ke-negerian. serius. tengok saja lautan merah yang kadang-kadang rasa macam bukan kat bukit jalil. tapi kat kelantan. diorg pun kreatif jugak. macam-macam “pesengan”. hihi. orang ganu kite pun boleh laaa….orang kata “mangak pelek”. siap buat penyu tuu.. :)

pastu tak pasal-pasal saya jumpa kawan lama masa kat MRSM KOPU dulu. Emma !! omg. sangat tak sangka. hihi. anak emma dah besar dah. saya baru jer kahwin….erm..apa kaitannya..? teringat plak zaman kanak-kanak riang kat KOPU dulu..rindu mindu….. :)

New folder 

jersi tu saya beli yang saiz XL untuk kanak-kanak..hee..kalau saiz M untuk dewasa mesti besor debok nya…memang semangak ngak ar…. :p first time la katakan….eh eh..bukan..2nd time.. tapi this one is the most fun of all…rasa macam nak pergi lagi…. :)

masa nih saya dah ajak en.mm balik. sebab kononnya tak ada harapan r ganu nih. buang masa jer. orang kelantan plak duk bersuka ria kat sebelah . orang ganu dah buat muka tikus. dalam siap siap nak balik tiba-tiba GOOOoooLLL!!! hihi.. memang rugi r sape yang balik… :p

skang orang kelantan plak wat muka tikus. bila gol kali kedua double the tikus face. haha !! sorry orang kelantan..orang ganu balik dengan muka gajoh tahun nih. tahun depan cuba lagi eh. :)

tahu kan ada peribahasa “pergi muka gajoh..balik muka tikus” . cikgu bahasa sila buat homework kalau tak tahu :)

ok.itu sahaja. dah gembira sangat kan. panas plak. semua orang buat aksi sexeeyy bukak baju. sabo jer la.. :)  

DSCN9256 DSCN9259

mummy dah selamat sampai. skang macam tak sihat. mungkin sebab perubahan cuaca kot. and musim umrah skang. ramai orang orang arab bawak family buat umrah. riuh masjid kata mummy. bila time kita plak…??

 

ok bye! :)

Monday, June 13, 2011

WonderWife

 

Salam semua.

saya nak cerita pasal hal-hal di hari weekend dlm satu entry jer. tapi saya tertinggal camera kat rumah. banyak gambar yang belum transfer. entry blog tanpa gambar memang tak sah kan.

jadi hari nih [dan tak tahu bila saya akan update lagi pasal bola peteh ganu peteh dan mummy balik umrah dan….] saya cerita hal-hal pagi sabtu di WonderMilk bersama Cik Ajjah sahaja ok.

ini bukan kali pertama saya ke WM. kali kedua. tapi kalau diikutkan sejarah kalau kali kedua ada kemungkinan besar akan sesat. tapi yakin boleh, bukannya nak google siap-siap. dan yes tepat sekali. saya dan en.mm sesat pusing-pusing damansara . dan lewat setengah jam. dan menimbulkan gelora perut en.mm. hehe thanks sebab sanggup bersabor. love you. :)

[kawan saya kat meja sebelah skang tengah syok tidur. dan saya cuba untuk “Katakan tidak kepada Kesalahan Ejaan”] - iklan

saya ke WM untuk satu party yang sangat comel. dan kalau ada lagi lepas nih saya sanggup join lagi. Cik Ajjah yang ajak duduk semeja dan dia dah register siap-siap sebab rm15 jer. huhu. :)

[dalam hati.segan pulak duduk semeja dengan pakar pembuat bag. tapi macam biasa yakin boleh. redah saja maa. dan …yeay tidak sia-sia]

CraftParty nih anjuran Mimpi Murni dari HandMadeKL. kalau nak tahu lebih lanjut better terus ke blog Murni. dan kita cuma perlu bawa t-shirt yang dah lama untuk dihias menjadi cantik dan baru dan rasa nak pakai balik.

dan saya bawak tshirt kosong hijau yang seingat saya, saya beli lebih 3tahun lepas.

61819_429585934422_587294422_5006075_1085477_n

dan nak tengok hasil akhir..? kejap eh…… :)

bahan-bahan. pinjam mummy punya sikit.

110611the material buffet. owh sungguh jatuh hati. :) :) :) rambang mata nak makan pilih apa. sebab semuanya macam comel comel. dan saya pilih renda sahaja. kalau ada lebih masa boleh jahit macam macam sampai tahap Project Runway :p

the beautiful and creative Ajjah. boleh ke blog ajjah skang. sbb dia dah update pasal party nih. :)

craft1 

tengok lah gaya budak baru belajar. jahit sikit amik gambar. jahit sikit amik gambar. bila mau siap?? :)

saya macam tak ada idea nak buat apa. duk tengok ajjah jahit butterfly. saya..? blank blank. dah la lewat setengah jam. orang lain dah nak siap dah. saya baru nak mula. last sekali saya cuma jahit renda kat bawah. pastu jahit bunga bunga cinta sikit. simple tapi saya bangga dengan hasil yang comel dan kanak-kanak ini hahah. owh sorry dengan keterperasanan ini. :)

 

dan hasil akhir….

244327_10150208913167740_620447739_7290360_1261603_o

tema ktorg :: muka legend. hati cute. bunga bunga cinta :)

harap next craft party dapat join lagi. say no to bazaar :)

 

note: template bertukar lagi . :)