Wednesday, February 29

menu

saya akan masak sehingga saya rasa saya dah bosan dengan masakan sendiri 
sehingga saya rasa nak makan makanan orang lain masak atau makanan kedai..... :)

*nampak sangat bukanlah tukang masak yang tegar*

Monday, February 27

my weekend

keadaan di federal highway hari jumaat lepas.
tak bergerak langsung. langsung!
saya terperangkap dari jam 5 dan sampai shah alam jam 8. oh my.
federal tak pernah sekejam ini kat saya. :'(

kerajaan mesti buat sesuatu dengan kesesakan kat federal ni
hmm.. bukan federal je tapi mana2 tempat yang selalu jer jam

takkkan rakyat je nak kena cari alternatif?
beli motor
car pooling
naik public transport bla bla bla

saya tak kisah guna public transport
kalau ada KTM dari tempat kerja saya dan terus ke shah alam
masalahnya tak ada. yang ada cuma lrt putra (stesen univeristi) atau ktm stesen midvalley
nak ke sana kena naik bus atau taxi
dan bus atau taxi ni terpaksa menghadapi federal yang jam jugak
habis...? selesai masalah..?


satu pagi
saya dari semenyih nak ke tempat kerja (PJ)
jalan yang lepas dari tol merah kat cheras tu jam tak bergerak
menyebabkan saya sampai office jam 9. 30 minit lewat.
saya tak pernah lewat pergi kerja.

tengah kereta tak bergerak
dan tahap kesabaran saya dah hampir zero
tiba2 ada polis pengiring kereta vvvvvvvip mana entah yang selfish mengada
mintak bagi laluan.
banyak cantik muka awak.
beratur la weh.

saya degil
dan saya tak bagi laluan. huhu
penat kita terperangkap berjam-jam
dia senang-senang nak suruh bagi laluan

dan polis2 akhirnya
buat pengumuman
"kereta WSU sila bagi laluan" "sila bagi laluan"
saya biar kejap sampai dia ulang kali ketiga
baru saya elak

haihhh
geram tau dak. :(

ok. habis cerita. ni gambar federal hari Ahad. lengang. saya suka. dan sanggup kerja setiap weekend :)

hal weekend saya:

mini pavlova : kalau nak tempah call Emy (0133189358)

 pagi Ahad pagi bekerja. 

menu tengahari Ahad... semuanya oleh chef Ya.. :) Chef N tutup dapur :)
sabtu: ke Motherhood Expo. tak tahu nak beli apa. mungkin next expo kat Midvalley baru kita borong apa yang patut :)
dan SimSimi yang mengada! :)

Friday, February 24

tiada lagi hujung minggu


jadual kelas untuk degree dah keluar
maka dengan ini saya mengistiharkan perintah berkurung di office bermula April hingga Jun

habis
bila plak nak belajar masak ni..? eceehhs alasan...

*pengsan*

tak apa..en.mm kata rezeki ... :')

Thursday, February 23

teringin

saya paling kurang gemar masak bila salah satu bahannya ialah santan
walaupun sebenarnya saya suka lah jugak makan masak lemak sayur kacang panjang
kari ayam atau kari ikan ke
atau masak lemak telur masin
haiiihhh.... makan plak dengan nasi panas
tambah dengan lauk ikan kering atau sambal belacan sket
yumsss..

tapi apa kan daya
saya semacam fobia ke apa entah dengan cik santan

kalau masak tak guna santan..
sambil-sambil tunggu mendidih boleh la jemur baju ke
sambung tengok drama ke
main internet kejap ke...


bila kita masak apa-apa pun dengan santan
kita mesti 100% bagi tumpuan
kena kacau tanpa henti
nanti mula la berketul-ketul
pastu dah tak cantik
bila tak cantik mesti lah tak jadi kan
bila tak jadi mestilah ..... down down down -__-"


*atau saya je ada masalah santanfobia ni..?*


so semalam
sebab teringin sangat
buat pertama kalinya saya try buat masak lemak cili padi ikan terubuk masin
tanpa bantuan mummy...hanya berpandu dengan resepi kat internet semata
biasanya mummy ada untuk jadi walking buku resepi..

dan dan..
woohooo.... menjadi...weehoooo weehoo
*eh tu pun nk heboh satu duniakah? :p*
lompat bintang sekarang!

dan inilah hasilnya...
bangga tak bangga tak....?? :p
lauk sampingan: sambal tempe ikan bilis


kawan saya tanya macam mana boleh ada kekuatan balik kerja nak masak itu ini
lepas mengharungi jam federal..marking paper...kelas....
saya pun...fikir 3 saat... tak lain tak bukan... sebab teringin sangat nak makan... :)
*walaupun yang makan cuma saya seorang....hiks*



dan ... dan ... 
semalam saya try buat puding roti marble
untuk bawa ke office sebab boss buat makan-makan hari ni
kali pertama jugak
dan.... ehem...ehem.... menjadi :D

inilah dia puding roti marble ala chef N


terima kasih kepada cik Hana untuk resepi puding roti
dan terima kasih jugak untuk cik Min untuk resepi masak lemak ikan terubuk masin
jasa anda dikenang sampai bila-bila... :)

kawan-kawan yang lain boleh try ye!

sekian......

Tuesday, February 21

kopu

saya ada banyak benda nak cerita
tapi selalu jer malas tak ada masa nak tulis

entry pasal sarawak
entry pasal chef N
entry pasal aipong
entry pasal 20 minggu
entry pasal mummy
entry pasal…….

ok

malam ni nak update pasal sekolah lama saya
mrsm kota putra

masa kenduri adik hari tu
sempat singgah kejap

sekolah ni saya masuk masa form 4
first time tinggal berjauhan dengan family
basuh baju sendiri – basuh tangan plak tu
*tak biasa basuh baju la katakan hiks*

ingat lagi
masa masuk form 4
macam ada geng-geng
geng ex-mara
geng KL
geng kelate
geng ganu
tapi bila dah masuk form 5 dah bercampur
kelas pun tak ada yg semua ex-mara atau semua org Trg
campur-campur… :)

banyak kenangan best saya kat sini
kenangan bersekolah paling best !!

sekarang dah banyak berubah
sekarang student dari form 1-5
bangunan asrama pun dah banyak
dah ada dewan sendiri
(dulu time grad terpaksa tumpang dewan orang lain)

cikgu-cikgu pun ramai jugak yang dah pindah
yang tinggal cuma cikgu jamal, cikgu shukri, ustazah fatimah, dan beberapa lagi yg lupa la plak namanya :)

time saya pergi hari tu
kebetulan diorang ada majlis apa entah
jadi tak sempat nak jumpa cikgu
mungkin next time la kot….


IMG_0402 IMG_0403 IMG_0407
Pantai Bukit Kluang… kat sini jer la tempat kalau ada majlis akhir tahun ke, bbq dengan club ke, perjumapaan akhir tahun dengan homeroom ke… tak ada tempat lain dah huhu… masih sama …tak banyak yang berubah… :)

IMG_0409 
Tangki air… dari jauh dah boleh nampak..kalau dah nampak tangki air ni..maknanya nak dekat dah tu sampai kopu… :)

IMG_0410 
IMG_0411
Blok bilik guru…
IMG_0413
Pusat Sumber Pembelajaran = PSP … ramai jugak yang dating kat sini time prep petang.. :)
IMG_0414
Bilik guru…. dulu kt bawah tu ada mesin air kedegang tu…malam-malam kalau boring sangat study mesti beli setin air kedegang ni…dia punya bunyi kedegang tu boleh dengar sampai ke kelas prep :)

IMG_0415
Dataran Putra..nope…bukan… Dataran Putra, Putrajaya… :p kat sini perhimpunan setiap ahad dan senamrobik pagi-pagi sebelum masuk kelas dengan cikgu zamzam… mana dia skang eh… :)

IMG_0416
Stage Biru.. dulu stage ni kayu je.. skang dah batu dah…kat sini tiap2 malam jumaat , setiap kelas akan bertanding buat persembahan.. dan langkah paling senang ialah dengan nyanyi lagu nasyid jer… dan yang jadi hakim nya senior-senior… kelas saya tak pernah menang kot :)

IMG_0417
Dewan Selera = DS … tempat makan pagi, minum pagi, makan tengahari, minum petang, makan malam, supper.. dan juga tempat cuci mata :p

IMG_0418
Laluan dari kelas ke DS… redup je… :)
IMG_0419
dulu tak ada ni …. dinding ni dulu kosong je…warna biru kalau tak silap… dah meriah dah skang dinding-dinding …
IMG_0420
dulu baju outing adalah uniform sekolah yang warna biru, coklat, pink, hijau atau putih…dah nak last-last tu baju outing baju suka hati… skang semua ada baju batik…. dan dan….. yang perempuan semuanya bertudung labuh dan kat tangan mesti ada quran…. mcm sekolah agama plak… :)


rindu sangat-sangat kat geng-geng kopu
nadirah, diana, nina, baini, aishah……
bila kita nak buat reunion kt kopu ni…??

Tuesday, February 14

Aneh


 

mintalah,
apa saja
asalkan bukan magis.
setidak-tidaknya kau harus percaya
pertemuan antara kita nanti bukan sekadar
betul-betul sepadan.


katalah,
apa saja
asalkan bukan magis.
setidak-tidaknya aku masih percaya
pertemuan aneh antara kita nanti cuma
betul-betul kebetulan.
ah!

oleh:mosyuki borhan

-------------------------------------------------------------

en.mm selalu mengomel
dulu masa bercinta
bukan main banyak lagi “note” saya tujukan untuk dia kat FB
sekarang…. zero… heee :D

bukan tak minat
minaaatt…
cuma mungkin….tak ada “note” mengena dengan hati saya eceh..

jadi
”note” ini saya tujukan khas untuk awak yang seorang, en.mm

pertemuan kita memang betul-betul kebetulan..
selamat ulang tahun ke 9 bulan, 2 minggu dan 1 hari
love you.. :)

250869_10150183849969423_587294422_6888323_6959135_n

Friday, February 10

bila lapar

Salam Jumaat semua,

hari ni permulaan Jumaat saya tak berapa nak best
ujian terperangkap dalam jam yang sangat luar biasa dari Semenyih - Tol Batu 9 - exit ke Federal
dan akhirnya buat kali pertama kali saya sampai office lewat.

tapi malas lah nak ingat pasal benda tak best ni
baik fikir pasal benda-benda sedap dan best sahaja ok :)

balik Terengganu baru ni
misi untuk makan makanan yang diidamkan tercapai
hampir semua

tengok sahaja gambar kat bawah....

Nasi Minyak Terengganu
Nasi Lemak Ikan
Laksam kuah putih
Ikan celup tepung
kuih-kuih

ada setengah yang saya lupa nak ambil gambar
terus ngap ngap ngap dan masuk perut

itu sahaja
sorry sebab buat semua lapar
sekian.

Wednesday, February 8

TGL & Azwadi


dan semuanya selesai sudah...
Alhamdulillah...
orang paling lega semestinya Mummy yang seorang... :)

dan Adik pun dah sah jadi isteri orang
my classmate back in 6 Seroja , Sek. Keb. Sultan Sulaiman II 96'
dunia memang kecil
dan jodoh tu. kalau Allah nak bagi sekelip mata. plink. dialah jodoh kita. :)

kalau soalan wajib bagi cik emi yang satu-satunya lagi yang tinggal
ialah "emy bila pulok..? tahun depan ke?"
soalan wajib untuk saya yang menjaga ketibaan tetamu dan door gift
"sape ni eh...anak Nah hok (yang) bongsu ke?"
Alhamdulillah... muda lagi saya rupanya hihi... :)
*mungkin juga perut tak berapa nak nampak kot*

apa-apa pun..
Tahniah untuk Adik dan Azwadi :)