Thursday, April 28

01052011


saya sendiri tak tahu nak cakap canne
tak tahu nak gambarkan perasaan canne 
saya akan kahwin dalam masa 1 hari lagi
yups..SATU HARI lagi..dapat bayangkan tak..? :)
ok.jom bayangkan sama-sama secara berjemaah...

kahwin..?satu benda besar .yang bukan boley buat main.
dan saya dah sampai ke arah itu. Alhamdulillah.
akhirnya jodoh saya sampai. :)
[lama tau saya tunggu...hehe]

saya mula start countdown hari kebesaran nih sejak lepas majlis kakak saya
cuba kira berapa lama. dari 10 december 2010. berapa hari tu..?
dan sekarang dah tinggal 1 hari jer lagi.
ish ish.how time flies... :)
sedar tak sedar kan....

dua tiga hari nih memang sangat bz.
malam nih jer macam free sket.
so, boley la update sikit. :)

doakan semuanya berjalan lancar eh.
doakan semua orang gembira di hari majlis tu nanti.
doakan disihatkan semua orang.
doakan yang baik-baik sahaja ok.

.
.
.
.
.
.
.


ini.
saya paparkan secara exclusive.
en.mm kesayangan semua org saya yang satu xde lain. :)
[ececece..bajet misteri sangat r tu huhu]

gambar nih time majlis merisik 11july2010 
:)

Monday, April 25

tentang terengganu

  • asalnya saya nak sangat study (check), bekerja (check check) berfamily (owh belum lagi) dan tinggal luar dari terengganu (10x check)..sekarang betapa saya rasa nak tinggal dan berkeluarga di terengganu lah pulak kan... org kata walau hujan batu di negeri sendiri pun tetap best tak macam di negeri orang lain...kan..?

  • asalnya keluarga saya memang dari terengganu. wan, ki, ku & mummy. semuanya dari terengganu. saya sendiri lahir kat terengganu. cuma selalu orang salah anggap saya ada darah arab. ...? ada rupa ke..? paling pelik bila orang kata rupa saya macam orang cina...haiyoo amma appa.. :p

  • en.mm pun sama lahir di dungun, terengganu. tapi kawan-kawan kat office pandai eh buat saya gelak. diorg cakap en.mm nih org mana..?orang jowo ke..? hihi..iya iya laah..namanya mirip orang jowo sih.. :p
 
  • dah nama lagi orang terengganu, tentulah majlis kahwin pun buat kat terengganu kan. kalau boleh nak buat kat rumah kuala ibai tu. tapi...semua orang harapkan buat kat shah alam. haihhh..mana buleh gitu.. :D [tapi adik ckp kt mummy, turn dia nanti dia nak buat kat shah alam , saya n emy ckp kita tunggu dan lihat saja hihi]

  • tinggal kat terengganu - KL memang jauh bezanya kan

  •  sekarang jam 430 pagi. saya baru terjaga. nak packing barang2 yang nak kena wat balik terengganu hari nih. adam pun ikut sama.

  • tiba-tiba rindukan office 6sigma saya -_-"

Friday, April 22

7months

teringat masa kecil-kecil dulu
masa tu kalau tak silap dalam umur 5-6 tahun kot
tak pun mungkin dalam darjah 1 atau 2

sama ada saya, atau kakak saya atau adik atau emy
semuanya pernah ikut mummy gi office lepas balik sekolah
sekolah tadika kan 12.30. jadi sementara tunggu lunch hour mummy bawak gi office dulu
sebelum balik rumah kat Kuala Ibai . masa tu Kak Dah yang jaga..
[teringat petang2 kadang ikut Kak Dah balik rumah sebab nak main pantai :)] 

masa tu saya ingat lagi
macam kagum tengok kawan-kawan mummy yang duk type guna typewritter..lajuuuu
[kalau saya nk type laju-laju , jari mesti terlekat kat celah-celah huruf tu] 
kagum gak tengok komputer yang super besor yang ada keyboard yang bila tekan-tekan bunyi dia mcm bijok je heee..suka tekan-tekan kononnya saya lah pandai menaipkan hihi...


hari nih boss saya bawak anak dia ke office,nama dia Dania , dua setengah tahun
comel  - skirt pink strawberry - crocs pink hello kitty - bag kecik color purple - sepit rambut pink minie mouse
dia malu-malu tapi bila cakap nak pukul gambar laju jer :)


hari nih 
hari terakhir saya bekerja sebagai seorang yang bergelar Cik Sapphire
lepas nih anak-anak murid kena mula panggil dengan Madam Sapphire la kot :)
macam pelik jer bunyinya..bila madam nih macam orang tua la plak rasa..heee
hari isnin saya akan balik Terengganu untuk siap-siapkan pape yang patut kt rumah - follow up dengan abg nuar - follow up dengan nasi minyak en.aziz - dah boley start letak penanda arah ke..?hehe semangat gila nih :p

dan juga hari terakhir saya di puchong - tractors malaysia 
nampaknya kita betul-betul tak jodoh
xpe..jumpa lagi bila saya nak beli tractors untuk kebun sayur nanti eh 
bye! bye! 
jangan nakal nakal
:)

Tuesday, April 19

the check list

big day dah tak lama sangat lagi dah
betapa cepat masa tu berlarikan
sedar tak sedar tak sampai 2 minggu jer lagi

dan
inilah perkara-perkara saya tengok tiap tiap hari
[saya dah lama x tengok sebenarnya...sebab.....??]
thanks to ajjah yang buat check list nih...banyak membantu dan banyak buat panic juga hihi
[sebab progress cik ajjah sangatlah bagus...tu yg buat saya risau semacam tu]
tapi panic itu bagus [tiba-tiba kan] :p

jadi,
jom kita check apa jer yang belum siap..?


procedures
kursus kawin - done
hiv test
borang nikah
jumpa kadi

book pengapit - xtahu lagi sape..suraya?? aliya..?awin..?
wali - call abg.hisham


makan
caterer nikah - masjid kristal
caterer dewan - en.aziz
wedding cake
bunga telur

baju & accessories
baju nikah
baju dewan
baju family
mekap - primadona
henna - cik long
accessories - mummy's


favor
favor nikah
favor dewan
favor vip

favor budak kecik - on going

pelamin & deko
kusyen nikah - anuar
pelamin dewan - anuar
deko meja makan beradap - anuar
bunga manggar - sendiri

deko bilik pengantin - sendiri
bunga rampai utk merenjis - cik long

dewan
nikah - masjid kristal
dewan sanding - dewan sri ammar - pak hitam

p.a system - anuar
m.c - anuar

songs lagu apekah? -
atucara majlis - sendiri

multimedia
photographer - fotokahwin
videographer - xyah laa :p

slide show - sendiri buat (nak buat ke xyah eh..?)


cards
500 pcs - insyaAllah i like card
list of guests - sendiri
penanda arah - sendiri


hantaran
11 dulang
mak adam yang buat...on going 


tambahan
guest book - diy
meja hadiah - sendiri
bakul untuk favor - done
bunga org2 kuat 30pcs - diy 

homestay rombongan lelaki - musa batu buruk 
thank you sticker - emy (on going)

paling penting: tarikh
30th April - nikah
1st may - bersanding
7th may - semenyih - bertandang


kepada bakal pengantin
[cakap macam dah jadi pengantin jer kaaan]
 boleh la guna checklist nih untuk panduan
ecece..bunyi mcm sangat berpengalaman jer kann :p
[org yg baru abes viva macam lah gayanya..pelik sket]

bye!
:)

Friday, April 8

pembebelan kali terakhir



[tak rasa ke minggu nih cepat tul habiskan..?]

minggu depan saya ada satu acara yang berkaitan dengan hidup dan mati yang boleh buat jantung berguguran satu-satu [eh ada berapa banyak jantung nih?]. doakan saya boleh buat yang terbaik k.. TQ :)

minggu satu lagi plak saya ada satu lagi acara yang dah lama sangat tunggu.akhirnya ia datang time saya tengah kelam kabut dengan persiapan big day. xpe xpe. mungkin ini sebahagian ujian orang nak kahwin hehe. doakan saya lulus cemerlang ok.. TQ :)

dan minggu akhir bulan empat pulak , acara paling besar dalam sejarah hidup saya. jeng jeng jeng. nervous nih. tak tahu la macam mananya nanti bila jadi raja dalam satu hari. raja yang ditayangkan kepada semua orang. raja yang duduk atas pentas yang dihias cantik. hehe. serius saya sangat nervous. doakan semuanya berjalan lancar yer follower-follower ku sekalian TQ :)

ok lah.
dah pukul 4 nih. kejap lagi ada audit 5S plak. nasib baik department kecik jer.so xyah nak susah-susah kemas. hehe.

ok.
ini adalah pembebelan kali terakhir sebelum saya balik Terengganu esok.
ada sesiapa nak kirim kepok lekor losong..?
meh bagi duit meh.. :)

Wednesday, April 6

baca tulisan yang bold peach dulu kemudian baca dari mula

ia adalah "uji diri" siapa berbaik sangka atau buruk sangka..
seni bahasa yang satira tampaknya tidak bermakna kita sekadar menyindir namun tujuan utama perlu kita tanyakan,
antaranya adalah "agar apa?"

pandangan kita semua mungkin berbeza, adalah kerana pemikiran manusia yang ada diantaranya berbentuk horizontal, vertical, spiral atau circular. Ia mungkin bebas, namun ada dwa titik utama pada tiap hujung pemikiran..

. __________________________________ .

ini contoh orang yang "lurus" pemikirannya. yang horizontal..tetap ia memerlukan yang vertical agar tertegak mereka diatas dua pertemuan itu.
lihat lambang Cross sebagai contoh.
asas bentuk ada dua, satu vertical dan satu lagi horizontal.
yang dikatakan Tidak betul dan Salah bagi kita menggunakan lambang ini adalah kerana ia tidak seimbang. Terlampau diatas..bukan ditengah-tengah.
jika ditengah sekalipun, Islam melarang memakai Lambang tersebut, kenapa?
kerana Islam menyeluruh bentuk pemikirannya. ia adalah Spiral-Circular-Vertical dan pada awal sekalian adalah Horizontal.
tak percaya, cuba lihat pada setiap lambang Agama lain-lain dan Islam dengan pemikiran yang mungkin pluralisme atau monotheisme pada TEMPAT-TEMPATnya..nilaikan SIAPA sebenarnya kita TANPA agama-agama yang tlah tersedia ada sebelum kita?
Agama adalah Ideology yang diperturunkan oleh orang tertentu seperti Musa,Daud,Isa atau Muhammad bin Abdullah. terpecah dari itu pula adalah Guru Nanak, Siddharta Gautama Buddha, Judas dan sebagainya...ia maseh tetap sebuah Ideology, cara bentuk fikir agar dipandu kepada sesebuah jalan yang kita sendiri bakal tempuhi..Masehlah yang membawa jalan tersebut itu, diri kita sendiri.
cuba baca artikel saya dalam note, PORNO dan PERANAN.saya ada selitkan ia dalam kadar subliminal dan mengguna "sarcastical" sebagai sentapan hati yang terasa agar kita consider apa kita baca, dan bottomline adalah untuk ajak semua berfikiran lebih luas..

Benar, penjara bagi setiap mukmin itu adalah Dunia. Mukmin dalam bahasa Arab, tukar bahasa Melayu maksudnya adalah Pemelihara.dari Asma Ul Husna Allah, Al Mukmin.
Kita hari ni tak boleh nafi bahawa apa kita buat yang kita rasa betul disisi agama seperti menutup aurat sebagai contohnya.. ia maseh ditakat "suggestion" walau berpuluh-puluh ayat Quran mengatakan ia Haram buat Wanita. Maseh lah ditakat suggestion yang saya maksudkan tadi. Nabi adalah manusia yang kita anggap suci, sejauhmana kita menjaga kesucian diri, sedekat itu kita fahami apa maksudnya menjadi Nabi, tolong jangan salah sangka saya kata macamni semua orang boleh jadi Nabi namun menjadikan Rasul atau Nabi atau Isteri Nabi(untuk wanita khususinya) sebagai "Inspirasi", pemangkin kekuatan agar dicapai kesucian yang sama. Allah taala boleh je nak jadikan Nabi atau Rasul makhluk lain yang baharu diatas kehendakNya namun dijadikan mereka itu maseh Manusia, yang sama. Kenapa?
bermakna kita mampu berusaha pada tahap kesucian yang sama, namun yang menilai dan memilih tetap Allah taala.

Pada gugusan Tanah, Adam dijadikan bersama Hawa.
kemudian setelah perkembangan tamadun manusia, kita makin manusia. Setelah Idris, dizaman Nuh, Dunia dikiamatkan kerana KELALAIAN UMAT ketika itu dan berlakulah Bah besar. dulu saya berandaian dan tertanya juga, apa Agama Islam ni untuk Arab sahaja ke? dan apa Kisah Nuh itu Banjir besarnya cuma di Jazeerah Arab ke?
ternyata saya salah sama sekali andaian saya. Bila memahami Islam untuk semua maka banjirnya adalah full scale kadarnya, satu dunia banjir. dan hanya ada 7 "pulau" yang tinggal atas kehendak Nya.. dan tujuan utama Nuh menyelamatkan berpasang-pasangan binatang, serta lelaki-wanita dan seorang orang tua agar diagih-agihkan ia ke 7 pulau yang ada, disetiap "Package kehidupan" tu Nuh turunkan ke setiap 7 "pulau" tersebut. Agar bermula lah hidup yang baharu..as time pass by, banjir pun surutlah..turun sedikit demi sedikit hingga hari ini kita lihat "pulau" yang saya sengaja quote kan itu adalah sebuah Gunung. ya, kita bermula di Gunung. Kehidupan berkelompok itu bermula. Manusia mula merantau..namun belum di Bangsa kan.

yang membangsakan kita adalah Bapa sekalian Nabi. Ibrahim Alihisalam.. yang beristeri kan Sarah, Hajar dan Keturah.
kerana Anak-anak Ibrahim tersebut lah melahirkan pemimpin bangsa-bangsa tersebut. Berpandukan Moyang mereka iaitu : Sham, Ham, Yaspith, Kanaan.
dari Sham melahirkan "Arab",
dari Ham melahirkan "Khurasan"-African,
dari Yaspith melahirkan "Cina"-Mongoloid.
dari Kanaan melahirkan orang European.kita Panggil "Aryan".

dizaman Ibrahim lahir keturunan "Jawiyah".."kaum" pertama adalah Jawa(dibawahnya ada Sunda dan seterusnya yg dulu di Tanah Jawa), Bugis, Aceh dan Melaka..
(jika berminat boleh kita ceritakan lain kali secara lebih terperinci bab ni..insyaAllah. )
harapan saya mungkin jelas difikiran awak bahawa soalan "kenapa di tahyat akhir kita ada sebut nama Nabi Ibrahim selepas selawat kita turunkan setelah Syahadah..kenapa bukan Nabi lain turut disebut?"
nah, inilah jawapannya, Jika Ibrahim Bapa Bangsa, Muhammad itu Bapa Agama.
dan menyatakan bahwa betapa PENTING kedua-dua ini dalam mengorak arah kembali pada Tuhan yang dinamakan ALLAH.

hingga lah hari ni.
kita rasa kita tahu, pasalnya kita tak perlu cari dah "ilmu" kerana dah sedia ada belaka dalam kadar sempurna belaka.
tak ada susah payah dan sebagainya. Akhirnya kita beryakinkan buku atau bahan media lainnya..itu maseh "considerable" sebab hak kita untuk mengetahui, memahami, mengamali, dan akhirnya mengerti apa kita disuruh atau disyorkan oleh buku atau kitab.
bagi saya, percaya dengan kata buku itu tak adil, bahkan memegang Al-Quran sendiri ada lebih baik kita bagi orang Kafir je lah. kerana kita hari ni terlalu tekan bab bacaan makhraj, hukum tanwin dan sebagainya..sedangkan ia maseh dalam konteks Bahasa Arab. sementara kita sekadar "Baca" tapi tak faham apa isinya dan paling paling teruk adalah kita tak tahu pun idea sebenar yang ada sebalik kata-kata tersebut secara subliminally sedangkan "perjuangan itu adalah perlaksanaan kata-kata",
yang membikinnya adalah Saidina Osman radhiallahuanhu, dia yang menyalin ulang wahyu Rasul serta compile kesemua dalam bentuk Al-Kitab kita namainya Al-Quran Al Kareem.
Publish serata dunia sewaktu Kekalifahannya.
Pembawa Al-Quran cetakan pertama itu adalah Syarif Muhammad Al-Baghdadi. beliau bawa dari Makkah ke Hadralmaut bersama Nakhoda Sheikh Ismail yang dimakamkan di Kedah.
disitu mungkin barangkali pertemuan mereka dengan Merah Silu, Raja bagi rakyat masa itu. kemudian dapat mimpi Rasul datang padanya, ajar Mengucap kalimah syahadah kemudian diludahi kedalam mulut maka jadi fasih membaca quran..itu berlaku sebelum kedatangan Syarif dan Nakhoda Sheikh Ismail, dan bila sampai mereka esok hari dah pandai baca quran. Diberi Quran sebagai Amanat. Namun tidak dibaca semata-mata sebab infact, dia dah pandai bacapun.
Hanya dijadikan sebagai "manual" kepada mengislamkan rakyatnya. Makam akhir Merah Silu di Aceh sementara Nakhoda Ismail di Kedah
dan tempat akhir buat Syarif Muhammad yang merupakan keturunan Abu Bakar Al Siddiq Radhiallahuanhu, awak bahkan akan terkejut agaknya,
adalah di sini,
Terengganu.
sebab itu kita dinamai Darul Iman. kerana "Program Iman" bermula disini, untuk beramal di Kedah Darul Aman, untuk mengalami di Perak Darul Ridzuan dan Melaka dijadikan "Madinah"..tempat berpengkalan, pertemuan, penyebaran Agama, atau pelabuhan itu terserah...namun disini semua menunaikan maksud Darul Salam.
Sama macam Aceh, pun Darul Salam. Patani suatu masa dulu kita dengar atau mungkin tak pernah dengar gelarannya Darul Salam dan digelar juga "Serambi Makkah"..bukan semata-mata menunjukkan arah tuju geografis kita pada seberang sana,namun disini. Iman yang ada di Terengganu..

mungkin disini sedikit sebanyak awak dah faham bagaimana perjalanan kita. walaupun dibenak fikiran awak atau saya yang menyangka bahawa awak bingung, "apa dia nak bagitahu ni?" dan "apa kaitannya?"

tenang.

ok kita faham Bangsa lahir darimana usul nya.. Agama, no comment pasal memang basically kita dah sedia tau.
Agama yang mana jadi pilihan, jika anda pilih Islam ia adalah dari Quran al Karim bawaan Nabi Muhammad, Kristian, sebuah bentuk fahaman bermula dari injil Isa alaihissalam kemudian dirubah semua oleh sahabatnya. Zabur Daud alaihissalam. Taurat dari Musa alaihissalam dan sebagainya...
Fahami semua agama maka awak akan faham bahawa Hindu BUKAN agama, ia adalah BUDAYA dan Kisah bagi Jin. Jika benar Hindu itu agama, ia perlu pada monoteisme, kerana tiada Tuhan itu dua atau tiga atau empat atau lima yang sebenarnya..kita tengok dewa berapa ribu depa ada..faham-fahamlah.

Tengok sejarah dan kenal siapa Melayu, dan pastikan usul sebelum Melayu..Pengaruh Hindu itu ada. kini maseh ada..
contoh? kegilaan dan obsesi kita pada emas,itu salah satunya.
yang pada hakikatnya, bukan kita yang rasakan ia berharga, atau rasa ia sangat hebat..tapi yang "bersama" kita.

bersambung........... 

bab Tudung, memanglah dasarnya menutup aurat, dan ia bukan dan tidaklah satu kesalahan seandainya diperagakan macamanapun, the fact is kita tak boleh lari dari budaya Jin yang ada bersama kita yang saling meragakan diri dengan kecantikan atau kejelitaan atau kehebatan. ini contoh kedua.
dan pada kenyataan Islam bermula dari Arab,
berjubah jadi Sunnah, Berketayap jadi Sunnah, Bersugi jadi Sunnah..yang disegar amal oleh Nabi Muhammad salalahualaihi wasalam..
namun sedarkah kita apa tujuan Sunnah sebenarnya dan tahukah bahawa Sunnah itu maksudnya "Susunan"..
bagi fahaman saya yang kurang seberapa dan mungkin un educated dengan pengajian tinggi seperti di Eropah ke mana-mana, cuba consider purpose sebenar penyusunan berlaku?
kenapa berjubah,ketayap,serban,janggut atau bertudung jadi Sunnah, tidakkah untuk menutupi diri yang digelar Aurat, yang sebenarnya membela keistimewaan diri sebagai manusia yang pada halnya..
wanita yang bertudung pula, sesetengah mazhab berkata perlu tutup semua hingga berniqab atau hijab..(ala-ala ninja turtle tu)..
andai kita kaji apa tu mazhab dan kenapa 4 mazhab utama mula timbul, kerana usaha melaksanakan keluasan islam sebenar. mengikut keadaan dan darurat dan sebagainyalah..
but bottomline, kita tahu bahawa mazhab yang mula dari Hambali,Syafie,Maliki atau Hanafi kemudian terpecah jadi berpuluh-ratus..ia masehlah satu yang teoris sifatnya. Maksud saya, untuk amalkan kita perlu lihat keadaan dan kesesuaiannya..dan jangan kata sesat pula pada sesetengah Mazhab kata bertatoo atau minum arak itu tak apa, kerana ia adalah percubaan atau method untuk ajak umat berbaik dan melihat kebaikkan Islam..namun harini sedih, kita berbalah dan langsung berpecahbelah hanya kerana Mazhab, atau Tarikah atau sebagainya yang kita pilih..
Sunni dan Wahabi berperang sesama sendiri, sebabnya cuma salah-faham. Akibatnya ditanggung adalah anak cucu juga.
disini kita hilang pedoman atau contoh atau bukti KENAPA ISLAM AGAMA SEMPURNA sedangkan semua elemen ketuhanan,filosofi atau cara hidup lebih-kurang je.
seperti: kita humble..atau bukankah kerana kita terima fakta bahwa kita Hamba,
kita ada arts..kerana kehalusan Zabur buat kita menyanyikan namaNya yang sama?,
kita bermeditasi..bukan ke atas dasar memahami diri sendiri dalam alunan Zikir?..

itu semua kita lupa, sebaliknya kita hukum.

maksud sebenar status saya tu ada dikomen bawah tu je sebenarnya..tak ada disini.. hahahahahahaha

jadikan Inspirasi, agar kita memerhati diri, bukanlah fashion. coz fashion is not faith. faith is about fashion. dua perkara yang berbeza..
tak pakai baju dan bertelanjang itu dikata salah, sedangkan mendalami hikmah kita tahu ia tak salah, kita sama. bezanya pada jantina, bentuk atau rupa. functionality sama.
yang dikata salah pada wanita bertelanjang atau timbulkan aurat dari diri pada lelaki kerana laku itu menuntut keistimewaan.. logically, jika semua dan awal2 kita tahu lelaki tu macamtu, takkanlah kita nak usahakan..betul tak?
saya tak sentuh hanya bab kemaluan namun apa yang berada di"sebalik"nya....rahasia diatas rahasia lelaki, itu buat wanita guna keistimewaan akalnya agar memuaskan nafsu-nafsunya. baik buruk itu terpulang namun ingat kesan diatas balasan.
saya lelaki, 9 akal dan 1 nafsu, mungkin terpedaya kerana 1 nafsu maka guna 9 akal saya untuk memperdayakan wanita yang mempunyai 1 akal dan 9 nafsu. apapun hujung cerita kita maseh berusaha agar di SATU kan. melalui persetubuhan yang menimbulkan nikmat hingga melahirkan kehidupan yang baharu..atas kehendak Allah taala.
itu cerita awal kejadian kita la adinda Tengku Nilam. Allah jadikan kita dengan penuh nikmatNya suatu masa dulu...
bersyukur lah.

Hana Tajima cuma contoh je, sebenarnya saya bercanda pada kesadaran kita. dan pada sudut unconscious, saya menegur baik. Berubah kerana kita benar faham perbuatan tersebut, bukan kerana kita ikut dan terus ikut kerana takut apa orang kata.
yang baik diperlihara, yang buruk dijaga agar menjadi satu alasan kenapa kita takut pada Maha Pemberi Amanat yang kita sengaja salah guna.

ada perkara saya maseh kurang arif dan maseh belajar, maka saya memang selalu menggelar diri saya sa-orang pelajar di "sekolah Allah". sepertimana soal orang ramai yang ada message saya sepertimana awak tlah tanyakan ni dan bertanya, Kenal ke siapa Hana Tajima sampai gitu sekali kata dia?
..ya, saya tak kenal siapa dia. namun saya tahu siapa dia dipandangan peminatnya, yang mungkin betul kenal dia dalam real life dan akan ceritakan pada saya nanti, agar saya tak buat statement semberono macamtu lagi..
atau mungkin orang ramai yang tegur saya tu cuma minat dan tahu je setakatnya,
yang saya anggar ia adalah satu perbuatan yang bodoh. kerana saya fikir manusia adalah istimewa dan semua perlu usahakan hal BAIK agar kebaikkan difahami dan kenali sendiri. bukan setakat TAHU.
same applies to everything in life..
Knowing is Nothing, but Doing is Something, Understanding is Everything..
yet Nothing is Something Unless you are the witness of that Everything.

panjang penerangan owk?

terimalah ia pesanan dari Allah taala,
untuk awak. BUKAN SAYA.
kerana saya cuma yang menaip je.
Its a lesson for u to understand how much actually Allah taala Kaseh kan kita.SEBENAR-BENARNYA..

untuk sekadar tahu tak cukup, baca, dan alami sendiri kemudian kenali lah sendiri, fahami..
kerana saya takkan bercakap pada apa yang saya tak lalui sendiri dulu..itu Munafik, dan Munafik antara penyakit yang 2nd stage selepas AIDS & HIV, dan begitu jauh dari mohon menjadi orang Ilmu yang Sukk atau "Ulama Sukk" di 3rd stage kerana sangat takut merebak dalam diri pada last stage, iaitu Bersangka.
INILAH 4 PENYAKIT TANPA UBAT yang akan ada di akhir zaman.
adakah anda antara patient nya? banyak tengok diri. kerana penyakit ni takkan baik unless diri sedia membuang sombong dan kebanggaan diri.. yang akhirnya kita tahu, tanah dipijak tu juga tempat kita bersua.

;)
KBD 

-------------------------------------------------------------------------------------------------
ini jawapan yang saya terima bila saya tak berapa nak faham kenyataan KBD di status FBnya..


"..oh, kasi tahu hana tajima, wa cuma date awek tak bertudung SAHAJA. lain-lain M A A F. so add orang lain jelah ok?"


saya belum sempat nak hadam semuanya lagi
sebab [bagi saya] agak berat isinya :) [atau saya yang slow reader..? ] :p
ini cuma pendapat dia. mungkin ada yang berpendapat tak sama macam dia kat luar sana kan. saya cuma nak share dengan korang semua. kot kot la ada yang positif boleh la buat pengajaran kan.. :)

apa-apa pun thanx KBD.. :)

mix and match

header baru
yeay! :)
mungkin ramai yang dah boring dengan header cik teddy yang bekerjakeras siapkan thesis tu kan
[atau saya yang dah boring..? :p]
jadi saya mix and match-kan dua gambar yang saya ambil dari tumblr [lupa link dia...sorry]
gambar budak perempuan tengah main snow sebagai inspirasi satu hari nanti kita akan tinggal di tempat yang
[bak kata Lat berangan itu kan free..tak payah bayar punya]

agak-agak satu hari nanti malaysia akan ada snow tak eh ? 



 maka ini lah dia hasilnya :)


[kalau boring  saya tukar lagi :)] 

credit diberikan sepenuhnya kepada pelukis illustration nih..
saya pinjam eh



thank you
bye!
:)

wordless wednesday - peaches

Tuesday, April 5

ahad yang panjang, basi

selamat pagi.
hye.
Assalamualaikum.
ni hao.
:)

keberadaan saya di sini adalah untuk menceritakan tentang perihal kejadian yang telah berlaku pada ahad lepas. kalau dikira-kira, tak ada apa yang menarik pun sebenarnya. tapi menarik jugaklah sebenarnya. amoi cantik.amoi cantik [owh skang kat radio ada lagu amoi cantik by hujan , adam pun suka lagu hujan selepas awan nano by hafiz].

ok
back to normal.
tak payah lah skema sangat.
macam bukan saya jer. kan..? :)

hari ahad yang ditunggu-tunggu dimulakan dengan makan nasi lemak ayam goreng di Old Town di Setapak dua tapak bersama-sama en.mm yang mengade yang suka buat orang risau dan percaya cakap dia. tapi, ada tapi dia. plan dia nak buat surprise dengan tiba-tiba muncul depan pintu rumah tak menjadi sebab saya dah mula sedih-sedih bila dia cakap dia tak dapat balik semenanjung lagi. [sape tak sedih tinggal 3minggu jer lagi kan]. :p
dan ini dia nasi lemak buah bidara masak sebiji di atas peti. saya suka sambal dia. sedap. 

kenapa jauh sangat sampai nak jugak makan di Setapak..?kat Plaza Masalam kan ada Old Town. pasal tu nanti saya cerita ok.. :)

lepas perut kenyang hati girang, terus ke Istana Budaya ambil tiket Lat The Musical. masa tu tak ramai orang lagi. jadi boleh la ber-pukul gambar sesuka hati kita. cuma macam biasalah cara saya posing dari dulu macam tu jugak. ada orang ke tak ada orang ke sama saja maa. kan..? ada perasan tak..? :)

secara jujurnya saya tak pernah [atau tak ingat] baca komik lat nih. saya cuma tengok kartun dia kt tv jer. kampung boy. tapi mengade nak jugak pergi tengok macam die hard fan ke apa kan. tapi, kerusi di ib sangat menyakitkan pinggang-leher dan badan segala. terima kasih. [ayat tergantung apakah ini?]

disebabkan tak boleh ambil gambar masa pementasan, jadi dah nak habis baru semua orang berani keluarkan camera. kalau tak nanti kena pancaran laser yang pastu semua orang akan tengok tengok. bukak handphone kejap pun akan terkena pancaran laser. saya dan en.mm budak baik. fokus 100% diberikan kepada awie dan atilia dan penari-penari yang best dan set rumah kampung dan bangunan lama ipoh yang cantik.

apa yang suka pasal teater kali ini: music yang best - gerak tari yang best sampai sempat berangan kalau lah saya salah seorang penari kat pentas tu - set rumah kampung, kelas, bangunan lama, pejabat nst yang menarik dan real  mcm tengok cartoon tapi dalam bentuk sebenar - apa lagi - lagu-lagu yang ada isi tersendiri - macam cik ajjah cakap, scene ayah lat meninggal dan first time komik lat diterbitkan paling mengesan - yang lain macam kerusi ib yang kecik, awalan cerita yang buat saya mengantuk itu boleh tolak tepi :) yang penting hans dan harith dan buat yang terbaik :)

lepas teater perut pun dah lapar balik. tapi tak boleh makan dulu sebab nak simpan perut untuk makan malam yang banyak. jadi isi perut dengan icecream kemboja dulu. 

dan pengakhiran cerita.
malam nya kita makan bbq yang tiba-tiba. 
ayam-ketam-ikan-ikan pari-kerang-udang-baked potato-bihun goreng- mixed fuirt cocktail dan asap busuk selamat dihadam :)
best. kenyang perut sampai pagi.
thanx kepada en.mm yang susah payah berpeluh-peluh hidupkan api.
usaha kerja keras kamu akan dikenang sampai bila-bila. hehe.. :)


itu jer lah
sorry panjang lebar plak kali ini.
bye
:)

Monday, April 4

raksasa merah

sindrom tak ada mood nak update kembali berjangkit. 
tambah-tambah pulak dengan mood yang tak berapa nak stabil.
lagi lah ... 
banyak benda nak cerita sebenarnya
pasal april fool, lat the musical, bbq tibatiba dan... apa lagi eh
tu jer la kot

makin dekat makin seteress
jangan sampai ada yang jadi raksasa merah tapi comel sudah

ok
bye!
:)

Friday, April 1

poppy

tahu tak nama bunga merah menyala ni apa..?
saya pun baru jer tahu kejap tadi
nama dia: Poppy
hanya terdapat di negara beriklim sejuk sahaja
negara beriklim tiba-tiba panas bulan 12 dan hujan bulan 4 macam kita nih xde :)
jatuh dalam genus Papaveraceae yang mana sama spesies dengan dengan Opium poppy dan macam-macam spesies lain lagi
[nama spesies nih buat saya teringat cik opyness jer heee]
biji benih boleh dibuat minyak masak
bunga nih simbol kepada tidur dan kematian sebab warna merah dia yang menyala tu
(terus tak jadi nak buat bunga tangan hee) 
tapi..bunga nih ada dalam banyak warna: pink, orange, purple, kuning

itu sahaja  kelas cik bunga untuk hari ini...
homework hantar minggu depan yer
bye! 

miss april

bulan tiga:
tak banyak yang menarik sangat bulan tiga kali nih.
tapi walaupun tak banyak yang menarik tapi ada satu-dua yang super menarik.
yang boleh cover balik hari-hari yang tak menarik.. Alhamdulillah...

  • mummy pergi Beijing dan buat saya confuse Beijing termasuk dalam negara empat musim ke..?dan kenapa kat Terengganu sekarang tengah banjir..?Bulan tiga biasanya bulan panas. Memang betul-betul climate change nih.
  • saya pergi interview di TV Al-Hijrah - resultnya..?tak dapat. Bukan rezeki saya :) tapi tahniah kat kawan saya Hariri yang berjaya sampai ke Top 20. Kalau boleh saya nak amik Hariri jer jadi mc untuk majlis saya nanti. Sebab suara dia..haihh...memang ada bakat jadi pengacara. :)
  • bulan paling banyak pergi pejabat pos. Kakak pos tu pun dah kenal dah dan pejabat pos puchong kaya lebih sikit bulan lepas :)
  • tsunami yang paling dasyat. tapi banyak beri pengajaran contohnya culture org jepun. kalau lah org malaysia pun macam tu. kan bagus.. :) boleh lihat sendiri kat gambar nih. kalau kt shah alam tu, jalan berlubang kecik pun amik masa sebulan nak baiki - jepun mmg menjadi destinasi belajar saya yg utama selepas uk - ok bulan empat saya janji tak nak banyak komplen janji :)
  • saya dapat surat dari jauh yang saya usaha dan tunggu-tunggu sangat selama nih. syukur Alhamdulillah..yang nih paling best sekali dalam banyak-banyak hari. Tuhan nak bagi pelangi rupanya.. :) [cuma sekarang mcm dalam dilema la pulak]
  • tepat 30 hari lagi saya akan bertukar status dan mungkin isi blog nih pun akan bertukar status. Doakan yang baik-baik untuk saya k. Biar semuanya berjalan lancar.


betapa cepatnya masa tu berjalankan .
kejap jer dah nak masuk setengah tahun.
kejap jer dah masuk bulan empat. 
hopefully april will be good to all of us. 


miss April, please be good ok! :)