Monday, January 30

Who would have known how bittersweet this would taste?


I heard that you're settled down
That you found a girl and you're married now.
I heard that your dreams came true.
Guess she gave you things I didn't give to you.

Old friend, why are you so shy?
Ain't like you to hold back or hide from the light.

I hate to turn up out of the blue uninvited
But I couldn't stay away, I couldn't fight it.
I had hoped you'd see my face and that you'd be reminded
That for me it isn't over.

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
Don't forget me, I beg
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead,
Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead, "
Yeah

You know how the time flies
Only yesterday was the time of our lives
We were born and raised
In a summer haze
Bound by the surprise of our glory days

I hate to turn up out of the blue uninvited
But I couldn't stay away, I couldn't fight it.
I'd hoped you'd see my face and that you'd be reminded
That for me it isn't over.

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
Don't forget me, I beg
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead."
Yeah

Nothing compares
No worries or cares
Regrets and mistakes
They are memories made.
Who would have known how bittersweet this would taste?

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you
Don't forget me, I beg
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead."

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
Don't forget me, I beg
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead,
Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead."
Yeah


***

saya yang emosi atau semua pun akan ikut nangis tengok video ni

enjoy!

:')

Friday, January 27

angan


 


ini cuma....ehemmmm....angan bin angan sahaja
cantik kan.... ? :)
memandangkan saya masih tinggal dengan mummy
dan bilik untuk saya hanya ada satu
jadi......bilik saya bilik baby juga :D

tapi...saja la berangan kan
baby cot yang gambar last tu cantik dan nampak tegap je
entah berapa keturunan boleh guna ni :)
yang besi pun boleh tahan cantiknya....mcm sangat klasik
teringat plak baby cot zaman adik-beradik saya dulu-dulu
besi mcm tu la...habis 4 beradik guna yang sama :)

dan saya rasa kalau baby girl tak semestinya warna pink
dan baby boy pun tak semestinya warna biru kan?
light green, light yellow, white, light grey pun sesuai gak rasanya...
yer dok?? :)

dan yang ni pulak
en.mm, ingat tak apa yang kita cakapkan pasal dahan-dahan kat delicious malam tu..?
kalau buat macam ni lagi kemas dan tak serabut..
cuma lukis dahan dan letak para-para untuk letak frame.... boleh ke...? :D

haihh....kalau diikutkan nak upload semua gambar-gambar yang cute kat sini..
geram betul nengoknya.... :)



apa-apa pun
yang penting mummy and baby sihat...

nah satu lagi gambar cute untuk korang...sekian.... :)



Selamat Hari Jumaat
jangan lupa zikir untuk hari ni " Ya Allah x 1000"

:)

Tuesday, January 24

idam-mengidam

 

Dalam minggu lepas ,
saya ada sebut dalam status saya…Fullscreen capture 2412012 70723 PMkadang-kadang kita teringin sangat nak makan benda yang tak ada depan mata
tak kira la awak mengandung ke tak ke…mesti pernah rasa macam tu kan?
betul tak? :)

kalau yang senang-senang tu boleh la masak sendiri
tapi kalau yang susah?HOW meh?


minggu lepas tiba-tiba saya rasa macam nak makan :
nasi lemok ikang (nasi lemak ala Terengganu)
nasi minyok Terengganu
Laksam
ikang celup tepung yang kat Teluk Ketapang tu
roti paung panas-panas

uihhh sedap nye…

tapi betullah
kadang-kadang rezeki tu betul-betul datang tanpa disangka-sangka
tiba-tiba mummy bawak roti paung dari terengganu
pastu ahad lepas SIL masak nasi lemok ikang guna ikang aya (tongkol) plak tu
siap dengan sayur kangkung…uiiihhh…sedap betul :D

nak tambah tapi nnt perut ni klu terlebih makan dia memberontak plak
makanya, makan je secukupnya sahaja…

thanks yer kesayangans :)

misi mencari nasi minyok, laksam dan ikan celup tepung akan diteruskan pada 4hb nnt hiks

402071_10150500876824423_587294422_8773476_1887038856_n 407490_10150509239874423_587294422_8800326_340566625_n 409196_10150505304669423_587294422_8787177_1409985544_n

dan cuti raya cina tak banyak program pun
selain misi habiskan sekotak limau cina pemberian bos
(satu lagi rezeki yang datang tiba-tiba)
yang lainnya…
macam banyak beratur dan mencuci mata melihat mat-mat bangla dan myanmar di Genting
haihhhh….memang silap percaturan
kononya cuti raya tak ramai org. sekali penuh macam ribuan lemon.
memang menguji kesabaran…tapi sempat la jugak naik Rio Float hiks :D


sekarang ni dah kat rumah shah alam
esok dah start kerja
yang lain dah balik kolej dan asrama
balik ke pangkal jalan. huhu

kena siapkan nota kuliah
macam nak kena plan betul2 untuk kelas2 akan datang
supaya tak kalam kabut macam sebelum ni.


gambar-gambar kat atas tu apa yang sempat saya snap sepanjang di Semenyih.

bye,
nak magrib dah. :)

Monday, January 16

cerita weekend

hujung minggu yang biasa-biasa
yang tak ada rehat bermalas-malasan di rumah berbaju tidur sepanjang hari
tapi penat-penat pn. tak adalah penat sangat. hihi.saja nak over over :p

bangun pagi macam biasa. kalau Tuan Puteri ni dah bangun mesti kacau-kacau kejap. layan dia bercerita. entah dalam bahasa apa pun tak tahu. tapi bersungguh-sungguh dia bercerita. 
kencan dengan buah hati pengarang jantung intan payung emas intan  berlian. hihi. tapi sekarang en.mm dah kat miri dah. untuk seminggu sahaja. ala. 2bulan boleh. tak akan seminggu tak boleh plak eh. 
bertabahlah kita semua!

balik semenyih sekejap. dan nampak bunga-bungaan ni. teringin plak nak tanam depan rumah 
ahad macam biasa ada kelas. kelas terakhir la rasanya. bulan depan final exam dah.
persiapan perkahwinan adik. no komen. 
saya tak pernah tahu kita boleh terbangkan kereta dari mana-mana tempat. ini kereta SIL yang dah selamat tiba dari nun jauh Labuan sana. now car also can fly!
dan ini? bakal menantu dan menantu mummy sedang bermesyuarat di tepi tingkap kereta. huhu.
***
sebenarnya tengah mengeksplor ei pong secara besar-besaran. hiks.
sampai terabai camera yang dulu pernah menjadi teman setia. ecececeh.. 
maklum la. benda baru. teruja dia semacam sikit la kot.


itu sahajalah.
terima kasih.
sekian.

Thursday, January 12

siboh kitak nangis


Oh sayang,
Siboh kitak nangis,
Mulut urang,
Nang kadang-kadang jaik

Oh sayang,
Jangan ambik ati
Tok kelak akan pegi
Sik lamak lagik

Sik kesah
Ribut kah, guntur kah, kilat kah
Kamek akan disebelah kitak
Mun kitak perlu kamek

Oh sayang,
Udah gik kitak nangis
Kamek sik suka nangga
Kitak patah ati

Oh sik hal sayang,
Dunia tok memang adel
Asalkan kitak jangan lupak dirik

Sik kesah
Ribut kah, guntur kah, kilat kah
Kamek akan disebelah kitak
Mun kitak perlu kamek

Mun kitak perlu kamek...

Monday, January 9

setahun seorang

Alhamdulillah..
selamat segalanya
Adik dah menjadi tunangan orang ... :)

dan ini....?
dua orang budak kecik yang paling penting di majlis semalam
kiri: baby Darin , kanan: abg Adam

Wednesday, January 4

puteri darin zinnirah

DSC_4425 DSC_4427 DSC_4447 DSC_4457 DSC_4639 DSC_4642

sekitar majlis cukur jambul cucu pertama mummy, Puteri Darin Zinnirah
Darin baik jer
tak meragam pun
makcik siti cukur rambut sampai licin pun tak nangis lansung
good girl….. :)

tu je lah.
selamat malam
nak sambung tgk Dil to pagal hai plak
baibai

Monday, January 2

Singapura

minggu lepas
minggu akhir dalam 2011
adalah minggu yang penat yang sangat
rasa macam buat kerja sikit nak rehat
jalan sikit nak rehat berlunjur kaki urut urut

mana taknya
acara berdereta dari 24Dec, 25Dec dan 26-29Dec
nak kata cuti dah tak rasa macam tak cuti
tapi cuti tahunan masih berbaki lagi 2 hari
mungkin cuti lagi habiskan 2 hari
sebelum dipotong menjadi 1 hari?
tengok lah

acara pada 24 dan 25Dec saya cerita esok-esok eh
sekarang mari bercerita pasal acara 26-29Dec
bukan acara besor pun sebenornya hiks
saya dan en.mm ke Singapura je
untuk kali pertama (bagi saya)
dan untuk kali ke 100 untuk en.mm
kampung sendiri la katakan
pasrah jer bila terpaksa pergi tempat yang sama sekali lagi hikss

kami stay kat sana kat rumah nenek en.mm
di Beduk Reservoir Road
dan untuk ke mana-mana kami jalan kaki naik bas naik mrt
penatnya Tuhan saja yang tahu
Tuhan saja yang tahu berapa kilometer dah kami redah
dengan kasut tiba-tiba jadi sempit
dengan betis macam rasa macam perlu diurut setiap 5 minit
tapi all and all, ia satu pengalaman yang best
(mungkin latihan sebelum backpacking round Europe tahun-tahun depan?)

apa yang saya suka tentang Singapura?
semuanya macam sangat teratur
bandar bersih
banyak bangunan antik sampai habis filem nak snap
dan dan suasana yang tak berapa nak panas
(mungkin sebab tengah musim angin timur laut barat daya kus kus)

apa yang saya kurang gemar?
simpan baik-baik dalam hati. :)

ok.
jom layan 2-3 keping gambar yang sempat saya snap



DSCN5309 
Marina Barrage. tempat yang sesuai untuk buat research water quality. :)
DSCN5322
Rumah nenek. Blok 645. nak sampai sini amik bus no.60 dan mrt Eunos :)
DSCN5331 
lupa nama apa. tapi dekat dengan Raffles Place.
DSCN5343 
Marina Bay hotel. dari kejauhan. saya tak naik sampai atas. mungkin next time. kalau nak naik sampai atas cuma bayar $20. :D
DSCN5347
Merlion. tempat wajib?

DSCN5427 
China Town. boleh borong cenderamata. dan ada satu kedai lomo yang jual filem lomo super murah. :)
DSCN5444
jalan punya jalan. tiba-tiba dah sampai sini. tak masuk pun. just amik gambar luaran je. antik sangat kan. kalau dah sampai sini maknanya dah dekat dengan mrt Tanjong Pagar.

DSCN5452 
Little India  yang sangat warna warni.
DSCN5460 
dan last sekali sebelum ke Orchard Road kami singgah ke Arab Street. lunch di restoran Hajjah Maimunah dan dah lalu depan kedai murtabak ZamZam. tapi nak lupa nak singgah. dan sempat beli 2 pasang kain.

dan lepas tu. kami macam tak larat dah nak bergambar.
USS? next time la kot. kalau pergi pun bukannya saya boleh main semua benda kat situ kan.

maka.
itu sahaja.
baibai. :)

Sunday, January 1

tahun baru orang baru

tumblr_lx2zh3t7v11r1vzzeo1_500_large

dulu-dulu
saya selalu buat kira-kira
berapa umur saya kalau dah sampai tahun 2000sekian sekian
tapi biasanya 2020 lah

1984 – 2020 = congak sendiri

selalu jer fikir
time tu saya kerja apa
dah kahwin ke belum
saya masih kat Terengganu ke
macam-macam lah

sekarang pun still buat kira-kira yang sama
walau 100juta kali dah buat benda sama
*tak ada kereja ke hape neh??* :p




untuk tahun 2012 ni
saya rasa misi saya masih sama
iaitu nak sambung study dan dapat kerja yang lebih baik
amin amin amin

dan saya rasa semuanya bergantung kepada takdir Tuhan
yang dah tertulis untuk saya
harap sangat plan saya sama dengan plan Dia
amin amin amin

dan dan
macam jugak tahun 2011
tahun ni kehidupan saya pun akan berubah 360darjah

suka tak suka
saya harap semuanya akan memberikan 1001 pengalaman yang berharga
yang mungkin bagi sesetengah orang
perlu menunggu 100 tahun untuk merasai pengalaman yang sama

hmm…
sorry
sebab lama sangat tak update
tengok la kadar update saya skang
5 entry jer untuk bulan Dec dan Nov?
kenapakah??



tapi kepada ahli kelab sapphire
harap korang setia bersama k eceececece
macam kekasih awal dan akhir plak


Sekian. :)