Thursday, March 29

puding laici

berikut ialah bahan-bahan untuk puding laici
kita ada:
satu tin laici
satu tin susu cair
satu tin susu pekat
satu kotak kecil santan
satu paket agar-agar
satu botol esen vanila

yang tak ada dalam gambar:
air dan gula

adunan ni saya boleh dapat 2 bekas
satu untuk makan di office dan satu di rumah

saya dah bagi resepi tu
cuba-cuba lah try eh...senang saja maa
pastu hantar report card kat saya hikss :)


 inilah hasil akhirnya
yumss yumss
:)

dan ini pulak...??
kalau saya sendiri ada baby nanti
mesti blog ni dah bertukar ke "blogalababysapphire.blogspot.com"

sekian :)

Wednesday, March 21

Ayam harum thai

semalam saya try masak ayam harum thai
kali pertama saya makan ayam ni masa kat rumah supervisor saya, Dr.K
kalau tak silap Dr.K buat jamuan sempenan student dia dah submit thesis degree
dan seperti biasa student akan dikerah menjadi tukang masak
dengan arahannya... :D

*memang dah jadi tradisi,
Dr.K akan "meraikan" student yg dah berjaya submit thesis dengan
kerahan tenaga untuk masak di rumahnya*

yang seronoknya
time ni laa segala rahsia time kelas Dr. terbongkar
hikss...
memandangkan Dr.K tersangatlah garang
makanya terpaksa buat macam2 cara untuk dia tak garang dalam kelas :)

ok.
berbalik kepada hidangan kita semalam..ecehh
thanks to mimiey for the recipe



bagi saya....
entah.. rasa macam ada sikit macam ayam paprik
dan entah macam tak kena dengan selera saya
tapi licin jugak orang lain habiskan..hikss.. :)


apa-apa pun kawan-kawan boleh try eh...
kicap jangan banyak sangat..nanti warna dia lain jadinya....

untuk yang ambil result SPM hari ni
good luck...all the best..
Terima seadanya result yang kamu dapat
itu yang hasil usaha kamu selama ni
itu yang terbaik untuk kamu..
yang penting cuba perbaiki lagi untuk menjadi seorang lebih berjaya.. :)

Monday, March 19

ceritera hari ahad

saya rasa sekarang musin orang Malaysia pergi buat umrah
sebab macam tengok gambar samada kat facebok ke twitter ke
ramai jugak kawan-kawan yang baru pergi dan baru balik dari sana

semalam saya ke KLIA
untuk hantar mak saudara saya, Cu Ton dan saudara saya Awin
buat umrah..memang dah niat cousin saya nak buat umrah sebelum SPM tahun ni
semoga Cuton & Awin selamat pergi dan selamat pulang

Cik Pin, Awin, Cu Ton & Mummy
Macam adik beradik kan..? :)
Semoga selamat semuanya. Jangan lupa doakan Lang sekali.  :)

ini cara saya masak ayam goreng rempah
simple tapi sedap eceh.. :p

Resepi:
Rempah kari ayam atau daging
Serbuk kunyit
Serbuk cili
Garam

semuanya secukup rasa
bergantung kepada berapa ketul ayam yang kita nak goreng
saya suka letak bahan-bahan tu secara berlebih-lebih tamak haloba
sebab baru terasa rempahnya

ini ayam goreng rempah cara saya la..cara bujang..
*bujang lah sangat*
kalau nak lagi sedap boleh follow resepi ini, ini, ini atau ini... :)

Selamat mencuba!

Friday, March 16

xie xie ni

pertama
terima kasih
kerana masih ada yang sudi singgah ke blog saya ni
dan 10kali terima kasih kerana masih ada yang sudi follow
and menjadi ahli kelab iamsapphire yang ke 145.. *clap clap*

kedua
buat masa sekarang
handphone saya adalah paling dekat dengan saya
bukan lagi camera coolpix saya..oh sorry camera ku...
*teringat pulak karangan tajuk "Aku sebuah kamera" time UPSR dulu*
makanya semua benda pun nak tangkap dan edit using instagram
easy pissy!
dan picasa dan photoscape pun dianak tirikan. oh so sorry.

kita tunggu. bilakah saya akan mula boring dengan ini semua. hiks. :)
kalau mummy tengok saya amik gambar straw ni mesti mummy cakap "tu pun nak ambik ke??"




ketiga
semalam mood untuk masak tak kunjung tiba
nasib ada emi yang memang sejak azali rajin
saya cuma goreng ikan dan ikan kering

menu untuk semalam cuma.. (cuma..?? sila bersyukur)
Daging masak merah, sayur masak lemak, ikan goreng dan ikan kering
kombinasi yang best!
Alhamdulilah atas rezeki dan nikmat yang Allah berikan... :)

so ini bahan2 yg ada dalam sayur lemak:
kobis, bunga kobis, cili hidup, carrot, kacang buncis

bahan tambahan semestinya santan, garam dan gula, air, dan bawang
selamat mencuba

hari ni saya
saya tak rasa nak makan nasi lagi untuk tengahari
boring la tiap-tiap hari pun rutin yang sama jer..hikss..

ini lunch saya semalam
selamat bekerja!!

note: saya menulis macam tak ada kesinambungan langsung dari satu perenggan ke perenggan seterusnya

Thursday, March 15

thursday things

cik adam yang dah lama tak datang rumah.
paling last sabtu lepas. tu pun kejap je.
sikit-sikit nak "mummy house..mummy house"
bila dah besar memang macam tu la kot kan....

tak sabar nak balik Terengganu
23haribulan ni. sempena Majlis bertandang Adik..
bestnya kalau dapat kerja kat Terengganu
tak kisahlah tak ada tutti frutti ke, midvalley ke, subway ke
biarlah Terengganu macam Terengganu yang dulu-dulu :)

 cik darin yang tak nak tidur semalam
duk bersuka ria ngn tok ma..
kegemaran darin skang ialah remote tv..
pantang nampak..

bahan-bahan untuk kari ikan.
menjadi. woohoo.woohooo.
disahkan oleh chef terkemuka iaitu Chef Mummy hikss..
malam ni nak masak apa plak ek....

tengah pening sebenarnya nih
kepala tepu baca jurnal
translate english to malay

ok.
nak sambung kerja balik
kerja sungguh-sungguh
tengahari nanti kita raikan kerja sungguh-sungguh kita separuh hari tu
dengan makan sedap-sedap..

selamat bekerja..... 

Wednesday, March 14

kosong-kosong

nak kata saya suka lagu cinta muka buku ... tak sangat..
nak kata saya suka lagu carta hati... pun tak jugak...
tapi lagu Kosong...?
saya suka...lain dari dua lagu yang terdahulu
*bagi saya lah kan*

lirik dia best
lagu pun best

cuma saya suka versi akustik
daripada versi studio..
*bagi saya lah kan*

ok.
kosong - kosong k :)







Kau melihat diriku
Seperti sesuatu
Yang mencabar dirimu
Akal dan mindamu
Kau mendustaiku
Kau bilang mereka tak tahu
Siapa diriku
Sedangkan kau juga begitu

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa

Kosong...kosong

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku

Kosong...kosong

Kini aku bangkit
Membuktikan yang ku tak sakit
Dengan segala perit yang kau berikan
Kini aku pantas berjalan
Bergerak ke hadapan
Dan akan ku buktikan
Siapa diriku yang sebenar

Kosong...kosong

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa

Kosong .. kosong

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku

Kosong...kosong

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa

Kosong...kosong

Monday, March 12

tentang hujung minggu

bila first time mummy cakap
nak ikut rombongan ke Baitul Maqdis
saya rasa empat-empat orang mcm bimbang
yer la. Baitulmaqdis..macam bahaya je

semua macam
kenapa tak pergi Australia ke Korea ke Jepun ke India ke
mummy kata "nehi" :p
alasan mummy cuma satu; nak melawat semua tempat yang ada sejarah Nabi
dan kali ni mummy nak melawat 3 buah masjid. termasuk Masjid Al-Aqsa

sepanjang mummy kat sana
mummy cakap askar merata-rata
senapang memang anytime je nak tembak ke apa
ada dua orang kena tahan dan tak boleh masuk
sebabnya tak pasti. lupa dah.

dan semalam mummy dah selamat sampai Malaysia
yang paling rugi mummy kata tak dapat nak ambil gambar buat kenangan
sebab segala benda yg buat daripada besi adalah dilarang sama sekali di bawa masuk
cuma ada gambar dekat Masjid Al-Aqsa...

mummy sempat ke batu tergantung
dan ke gua di mana ada dalam Surah Al-Kahfi
yang ulama-ulama tidur selama ratusan tahun tu..
dan banyak lagi yang sayangnya tak dapat ambil gambar
haihh... bila la turn saya nak melawat tempat-tempat bersejarah ni....
satu hari..... amin amin..

hmm.
tentang apa yang masak jumaat lepas
cuma asam pedas ikan tenggiri yang tak menjadi. LAGI. kecewalah I macam ni.
makan bersama ayam goreng rempah dan kacang buncis goreng
saya rasa tak menjadi sebab cili boh yang beli. bukan cili boh yang mummy buat.
resepi saya ambil dari sini


dan ini tempahan pavlova di pagi hari Sabtu
terima kasih kepada Cik Noli (maaf kalau silap nama)
kalau sesiapa yang lain yang berminat..boleh call Cik Emy di 0133189358 :)


dan rumah kembali meriah bila adanya mummy
dan semestinya rasa lebih selamat :)

Friday, March 9

berpuasa dan berbuka

kadang-kadang federal higway tak adalah kejam sangat
sebab semalam langsung tak jam
dan sampi rumah sebelum jam 6
ajaib tak..??

atau kalau saya keluar sikit federal buat hal..? :)

ok.
semalam saya berbuka puasa
walau pun saya tak puasa
adik dan BIL je yg puasa
saya pun join sama berbuka :')

lauk simple je
sebab tak ada idea nak masak apa....

hajat di hati nak goreng ayam
tapi ayam habis la pulak
makanya masak saja apa yang ada

kuah masak lemak cili padi udang dan timun
adik yang request.. :)
dan lauk sampingan ikan goreng dan ikan terubuk masin goreng 


sirap selasih
kalau berbuka tak minum sirap memang tak sah...
barulah ada feel bulan puasa :)

resepi kuah lemak tu sama mcm lemak ikan terubuk masin
cuma kita tukar ikan kepada udang...

ok.
tu je lah.
ada kelas jam 9

Selamat Hari Jumaat semua :)

Wednesday, March 7

resepi: sup sayur

bila tak tahu nak masak apa
kita masak sup sayur je
atau saya panggil "kuoh sayur"

resepi seperti dalam gambar
cuma tambah bawang merah, bawang putih, air, garam dan gula secukup rasa

selamat mencuba! :)

Tuesday, March 6

naif


mungkin saya lambat
bila astro guna untuk walimatulurus yusry & lisa
baru tahu tentang kewujudan lagu yang ter-best ini

lirik dia
oh....sungguh........terbang-terbang

saya tujukan untuk en.mm yang seorang
miss you ! :)


********************


kau yang paling setia, kau yang teristimewa
kau yang aku cinta, cuma engkau saja
dari semua pria aku yang juara
dari semua wanita kau yang paling sejiwa

denganmu semua air mata menjadi tawa suka ria
akankah kau selalu ada menemani dalam suka duka
denganmu aku bahagia, denganmu semua ceria
janganlah kau berpaling dariku karena kamu cuma satu untukku

kau satu-satunya dan tak ada dua
apalagi tiga, cuma engkau saja

denganmu semua air mata menjadi tawa suka ria
akankah kau selalu ada menemani dalam suka duka
denganmu aku bahagia, denganmu semua ceria
janganlah kau berpaling dariku karena kamu cuma satu untukku

kau satu-satunya dan tak ada dua
apalagi tiga, cuma engkau saja
dari semua pria aku yang juara (aku yang juara)
dari semua wanita kau yang paling sejiwa

denganmu semua air mata menjadi tawa suka ria
akankah kau selalu ada menemani dalam suka duka
denganmu aku bahagia, denganmu semua ceria
janganlah kau berpaling dariku karena kamu cuma satu untukku
untukku, untukku, untukku, untukku

Sunday, March 4

happy sunday

87c4090c64d911e19e4a12313813ffc0_7 e8931c9c64d811e1b9f1123138140926_7

saya suka ke pasar
pasar basah … pasar tani ..
mana-mana pasar yang ada jual sayur yang sangat fresh
ikan ayam daging udang sotong ketam dan segala benda yang sangat fresh


selalunya apa yang dah siap-siap list dari rumah
akan menjadi tak berguna bila dah sampai pasar
mesti akan lari dari apa yang di-list-kan…rambang mata….. :)


happy Sunday! :)

Thursday, March 1

Salam March

dan bulan 2 pun habis
banyak benda gak yang berlaku
adik kahwin
en.mm kembali bekerja
emy pergi india
mummy pergi baitul maqdis
saya je masih di sini
cuma ke sarawak 2 hari :)

emy dah balik
adik bakal pergi uk
mummy akan balik dalam seminggu
saya..? akan ke jepun tak lama lagi hikss *senyum senyum*

bulan 3?
bulan yang ditunggu-tunggu
hmm.. tak ada apa sangat pun
cuma macam..... hmm... macam tu lah... :)

harap bulan 3 menjadi lebih baik dari bulan-bulan sebelumnya
Amin... :)



hmmm...
ingat lagi adam..?
lama tak cerita kan..?
tiap kali baca berita baby yang didera ke..di apa-apakan di taska ke
mesti teringat kat adam..
semoga Allah bukankan hati setiap pengasuh kanak-kanak
semoga berlaku baik kat kanak-kanak yang tak berdaya..
tak larat dah dengar berita canni lagi
amin amin.......


ni gambar terbaru abg adam ... yang dikacau oleh baby darin... :)
*nampaknya abg adam jual mahal...hiks*

rindu la pulakss kan  :D

 note: jepun tu. acah je... :D