Tuesday, June 28

you




Say hi to my yellow recorder
you’re my pastel-coloured wallpaper
you surround me
you surround me
you surround me
Say hi to my red harmonica
I’ve just had a freshly baked pizza
yet I’m unfilled
I am unfilled
I am unfilled
From summer to autumn
and autumn to winter
- will I ever finish writing this book of us?
From summer to autumn
and autumn to winter
- I’m losing words
Chorus:
No ceramic heater
no sleeping bag
no thermal wear
beats your warm embrace
no scotch fingers
dipped in hot chocolate
could compare to you
could compare to you
Right in the middle
of that frozen aisle
witnessed by trolleys,
milk, yogurts
and cheese
With a ring, you promised
to stay by my side
no matter how many
maladies
shoot me from the sky
And I pledged
to age with you
till I die

***
untuk awak
love you always

pps

master saya sudah sampai ke penghujungnya
betul hujung nih
dan sungguh tak sangka hik
kadang-kadang rasa menyesal
tapi ... tak baik tak baik
hari nih nak pergi jumpa supervisor kesayangan semua orang lagi
hal-hal tandatangan borang pink and biru tak siap lagi
nak kena jumpa puan siti nora lagi
harap semuanya ada kat pejabat hari nih. jangan p mana-mana yer....

Monday, June 27

environmental ethics


hari ini menjadi hari paling tak produktif
tapi sangat produktif dari segi hal hal tesis and tesis and tesis
maksud saya, saya kena tolong supervisor baiki tesis dua tesis student dia
dia nasihat sambung lah lagi sementara muda dan bertenaga dan comel
saya bercadang nak sambung lagi
tapi macam tak sure nak sambung dalam bidang apa
dah tengok2 ...mcm berminat dengan environmental ethics
tapi tak tahu lagi lah


kalau bidang masak memasak and jahit menjahit boleh tak?

Friday, June 24

adam rindu kot

ironic


Salam,
selamat hari jumaat
esok saya akan berada di MidValley untuk Education Fair
kalau rasa nak jumpa saya
jom lah !

owh
semalam saya TER-jumpa Sue Anna Joe
tapi segan nak tegur

:)

Thursday, June 23

H2O

 

water

Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya.

Kemudian, Kami tumbuhkan untuk kamu dengan air itu, kebun-kebun tamar (kurma) dan anggur. Kamu beroleh dalam kebun-kebun itu (berbagai jenis lagi) buah-buahan yang banyak, dan dari kebun-kebun itulah kamu beroleh rezeki penghidupan kamu.

Dan (Kami juga menumbuhkan untuk kamu) pokok yang asal tumbuhnya di kawasan Gunung Tursina, yang mengeluarkan minyak dan lauk bagi orang-orang yang makan.

Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu kamu beroleh punca-punca yang menyedarkan (tentang kemurahan dan kebijaksanaan Allah penciptanya); Kami beri kamu minum dari susu yang ada dalam perutnya, dan kamu beroleh banyak faedah lagi padanya; dan daripadanya juga kamu beroleh rezeki penghidupan kamu.

Surah Al-Mu’minun

Wednesday, June 22

yi er san si

jalan jalan

  ada betul nya

kawan saya kata

hujung bulan tunggu gaji

hujung tahun tunggu bonus

duk tunggu tunggu nih

sedar sedar 9 tahun jer lagi nak masuk 40 tahun

saya..? 3 tahun lagi nak masuk 30 tahun

tahu. it is just a number kan

tapi…berumur dengan nombor 3 dan 4 dan 5 dan 6 bla bla bla adalah tua

kan?

 

lunch dulu lah

bismillah.. :)

kecil atau besar

181009

tanpa pengorbanan kita tidak akan dapat berada di mana kita mahu berada – Dr.Afifi Al-kiti

Tuesday, June 21

from where you'd rather be


rasa macam nak balik terengganu
main pantai
en.mm jom!

:)

nda

Nanda Putri Miefthawati
kawan pertama saya masa minggu mesra mahasiswa di UKM 2003 yang lepas
dia dan Ria seorang lagi student dari Pekan Baru, Indonesia
tiba-tiba ter-rapat dengan geng geng Indonesia
tak lupa Brian dan Andiko

dengan Nda saya belajar sikit-sikit Bahasa Indonesia
dengan Nda jugak saya kenal Bakso
owh teringat plak jalan-jalan ke Jakarta and Bandung dengan Nda, Bang Ari and Adi


Tahniah buat Nda yang sudah selamat dengan Bang Arie ahad lepas
semoga bahagia selalu sampai akhirnya
so happy for you :)

miss u!

Monday, June 20

sakit mata

bukan zone selamat
cabaran akan start bulan 9
bila kita happy dengan apa yang kita buat
*senyum*

al i have to do is dream



lagu kesukaan kami adik-beradik
lagu kesukaan arwah Ku jugak
kecik-kecik dulu
selalu nyanyi-nyanyi macam buat konsert
kat atas katil bilik Kak Dah
pasang jugok lah kaset Ku tu
ulang-ulang sampai Kak Dah maroh and merajuk

mungkin sebab Kak Dah tak suka lagu nih kot
lagu kesukaan Kak Dah Pada Syurga Diwajah Mu - Nash


Selamat Hari Bapa
AL-Fatihah untuk Almarhum Tg.Ibrahim Tg.Perkerma

Sunday, June 19

xie xie ni

hujung minggu selalunya akan jadi Hari Banyak Minum Air Manis
pagi teh panas kurang susu buatan sendiri
tengahari longan milk ice haven
malam jus oren santai
esok pagi mesti kering tekak
bagus sangatlah tu

kalah menang bukan ukuran. lawan bersungguh-sungguh - karate kid

selamat malam
sweet dream
:)

Saturday, June 18

loabster killer


pernah tak tengok movie yang dah 10 kali kita tengok
tapi masih nak tengok lagi?
sekarang saya tengah tengok Julie & Julia
and everytime tengok mesti rasa nak tulis blog and masak
haha!

tahu tak Martha Stewart datang Malaysia..?

:)

Friday, June 17

si hidung mancung


baru habis dengar talk oleh seorang lecturer dari department BioMed, Dr.Bagar Raju
sangat muda. tapi pengalaman mengajar dan menjadi doktor sangat luas.
mula-mula saya ingatkan mesti berjanggut dan beruban putih eh mana ada uban warna lain kan
rupa-rupanya. kenapa muda sangat nih.
belajar di Manipal. lepas tu jadi doktor kejap. pastu mengajar di Manipal.
pastu pindah ke US. mengajar kat sana plak.
sekarang datang Malaysia. mengajar lagi dan lagi.

saya harap saya pun mampu jadi macam dia.
buat mummy bangga.
amin.
:)

papan hitam


tiga subjek:
water supply and quality management
pest and vector mangement
built environment, housing and technology

paling risau subjek ketiga

nampaknya saya masih tak tergoda dengan nora elena
semalam dah episod akhir kan..?
kalau sudi.cerita r sket ending nya canne...

:)

Thursday, June 16

balcony


saya perlukan penaja
saya harap en.mm dapat buat yang terbaik kat wisma tm sana
rezeki tu ada di mana - mana
mungkin Dia mahu saya lebih berusaha 
doa banyak banyak ok semua

"Life isn't supposed to make you feel happy. 
It isn't meant to make you feel sad either. 
It's just there to make you feel.. - cikgu ieyda"

*senyum*

Tuesday, June 14

weekend

tumblr_lmpi56ygEP1qlr88ko1_500_largeSelamat pagi semua…

sebelum basi, saya share sikit sikit gambar final piala FA Sabtu lepas.

dan gambar kat atas itu bukan gambar breakfast saya. hari ini saya breakfast poached egg with potato and roti bakaq.. :) first time buat poached egg ececece padahal telur rebus. mengada nak bunyi HOT sikit kononya. saya belajar dari Allrecipes.

ok. kembali ke point utama.

lautan merah. serius saya tak tahu apa masalah ktorg. selalu jer tersesat dalam lautan merah. cari-cari gak mana la lautan hitam putih tapi tak ada. takut gak saya. yer r dari berita berita bakar-bakar semua tu kan…tapi….

kelantan ngn ganu mana ada baloh baloh..kita bestfriend kan..?hihi…entah sape-sape ntah…boleh pulak ambil gambar sama-sama…. :)

sepanjang hari tu. saya rasa orang kelantan memang sangat semangat ke-negerian. serius. tengok saja lautan merah yang kadang-kadang rasa macam bukan kat bukit jalil. tapi kat kelantan. diorg pun kreatif jugak. macam-macam “pesengan”. hihi. orang ganu kite pun boleh laaa….orang kata “mangak pelek”. siap buat penyu tuu.. :)

pastu tak pasal-pasal saya jumpa kawan lama masa kat MRSM KOPU dulu. Emma !! omg. sangat tak sangka. hihi. anak emma dah besar dah. saya baru jer kahwin….erm..apa kaitannya..? teringat plak zaman kanak-kanak riang kat KOPU dulu..rindu mindu….. :)

New folder 

jersi tu saya beli yang saiz XL untuk kanak-kanak..hee..kalau saiz M untuk dewasa mesti besor debok nya…memang semangak ngak ar…. :p first time la katakan….eh eh..bukan..2nd time.. tapi this one is the most fun of all…rasa macam nak pergi lagi…. :)

masa nih saya dah ajak en.mm balik. sebab kononnya tak ada harapan r ganu nih. buang masa jer. orang kelantan plak duk bersuka ria kat sebelah . orang ganu dah buat muka tikus. dalam siap siap nak balik tiba-tiba GOOOoooLLL!!! hihi.. memang rugi r sape yang balik… :p

skang orang kelantan plak wat muka tikus. bila gol kali kedua double the tikus face. haha !! sorry orang kelantan..orang ganu balik dengan muka gajoh tahun nih. tahun depan cuba lagi eh. :)

tahu kan ada peribahasa “pergi muka gajoh..balik muka tikus” . cikgu bahasa sila buat homework kalau tak tahu :)

ok.itu sahaja. dah gembira sangat kan. panas plak. semua orang buat aksi sexeeyy bukak baju. sabo jer la.. :)  

DSCN9256 DSCN9259

mummy dah selamat sampai. skang macam tak sihat. mungkin sebab perubahan cuaca kot. and musim umrah skang. ramai orang orang arab bawak family buat umrah. riuh masjid kata mummy. bila time kita plak…??

 

ok bye! :)

Monday, June 13

WonderWife

 

Salam semua.

saya nak cerita pasal hal-hal di hari weekend dlm satu entry jer. tapi saya tertinggal camera kat rumah. banyak gambar yang belum transfer. entry blog tanpa gambar memang tak sah kan.

jadi hari nih [dan tak tahu bila saya akan update lagi pasal bola peteh ganu peteh dan mummy balik umrah dan….] saya cerita hal-hal pagi sabtu di WonderMilk bersama Cik Ajjah sahaja ok.

ini bukan kali pertama saya ke WM. kali kedua. tapi kalau diikutkan sejarah kalau kali kedua ada kemungkinan besar akan sesat. tapi yakin boleh, bukannya nak google siap-siap. dan yes tepat sekali. saya dan en.mm sesat pusing-pusing damansara . dan lewat setengah jam. dan menimbulkan gelora perut en.mm. hehe thanks sebab sanggup bersabor. love you. :)

[kawan saya kat meja sebelah skang tengah syok tidur. dan saya cuba untuk “Katakan tidak kepada Kesalahan Ejaan”] - iklan

saya ke WM untuk satu party yang sangat comel. dan kalau ada lagi lepas nih saya sanggup join lagi. Cik Ajjah yang ajak duduk semeja dan dia dah register siap-siap sebab rm15 jer. huhu. :)

[dalam hati.segan pulak duduk semeja dengan pakar pembuat bag. tapi macam biasa yakin boleh. redah saja maa. dan …yeay tidak sia-sia]

CraftParty nih anjuran Mimpi Murni dari HandMadeKL. kalau nak tahu lebih lanjut better terus ke blog Murni. dan kita cuma perlu bawa t-shirt yang dah lama untuk dihias menjadi cantik dan baru dan rasa nak pakai balik.

dan saya bawak tshirt kosong hijau yang seingat saya, saya beli lebih 3tahun lepas.

61819_429585934422_587294422_5006075_1085477_n

dan nak tengok hasil akhir..? kejap eh…… :)

bahan-bahan. pinjam mummy punya sikit.

110611the material buffet. owh sungguh jatuh hati. :) :) :) rambang mata nak makan pilih apa. sebab semuanya macam comel comel. dan saya pilih renda sahaja. kalau ada lebih masa boleh jahit macam macam sampai tahap Project Runway :p

the beautiful and creative Ajjah. boleh ke blog ajjah skang. sbb dia dah update pasal party nih. :)

craft1 

tengok lah gaya budak baru belajar. jahit sikit amik gambar. jahit sikit amik gambar. bila mau siap?? :)

saya macam tak ada idea nak buat apa. duk tengok ajjah jahit butterfly. saya..? blank blank. dah la lewat setengah jam. orang lain dah nak siap dah. saya baru nak mula. last sekali saya cuma jahit renda kat bawah. pastu jahit bunga bunga cinta sikit. simple tapi saya bangga dengan hasil yang comel dan kanak-kanak ini hahah. owh sorry dengan keterperasanan ini. :)

 

dan hasil akhir….

244327_10150208913167740_620447739_7290360_1261603_o

tema ktorg :: muka legend. hati cute. bunga bunga cinta :)

harap next craft party dapat join lagi. say no to bazaar :)

 

note: template bertukar lagi . :)

Friday, June 10

happy friday

DSCN9032

esok mummy balik dari umrah. yeay. sejak krisis pecah masuk kat area rumah. duk rumah walau ada dua orang hero malaya tetap rasa takut. kalau mummy ada mungkin berani sikit kot. :)

dan esok akan berjahit-jahit dengan puan ajjah di wondermilk. harap bukan saya seorang sahaja yang hanya tahu jahit jelujur… :)

dan terima lah mari berlari mengelilingi cik nang oleh cik adam mikaeel yang sexy :)

adam

 

bye.

happy friday people!!

:)

Tuesday, June 7

twit twit

khabor baik wak mari
khabor dop baik wak pergi

Friday, June 3

aman damai

DSCN8936

salam bulan Rejab. semoga bulan mulia nih kita semua dikurniakan berita-berita baik sahaja. ok. mungkin sikit yang suam-suam kuku. Allahumma barik lana fi rajab wa sya'ban wa ballighna ramadhan.

DSCN8933

waktu tu saya kecewa sebab kalau cepat sikit makan mesti saya tak terlepas train pukul 5. atau kalau saya dah siap-siap beli tiket dan xyah bergelut dengan mesin tiket yang sungguh lah “mengjengkelkan” mesti saya sempat naik train. atau kalau driver taxi tu bawaklaju-laju sikit mesti saya “dang” naik train. tapi kalau saya sempat naik train pukul 5 saya mesti tak sempat jumpa bff saya yang baru jer pindah dari Sabah. haih. mcm mana nak cerita eh.? :) sungguh tak puas jumpa awak, Nadirah. banyak benda nak cerita nih .

DSCN7973

saya harap satu hari saya dapat pergi Paris. mcm kawan saya sorang tu. eheem.. sungguh meng-jealous-kan tahu. tapi xpe. saya nak pergi london dulu. bye. :p

DSCN7712

mummy gi umrah. hari nih masuk hari ke 5. sabtu depan 11hb mummy balik. nih kalau mummy tengok makan dengan pinggan yang tak sama-lain color- nih sure kena marah nih. satu color hiijau. satu color pink. satu color merah. gelas pun tak sama. canne nih. apa la…cik nilam nih. sila dengar nasihat mummy ok.

page2

pernah tak rasa diri tidak cantik-gemuk-tudung senget benget-muka hitam hangus-baju tak cantik macam orang lain..? owh saya sedang mengalaminya. pergi mall semua orang nak lilit macam hana tajima. pergi mall sebelah plak semua orang nak macam cantik cntik sahaja. owh kenapa saya tak macam tu..? en.mm cakap “kenapa mesti nak tiru orang??”. ok baik. “Kenapa terlalu ramai orang menyamakan diri sendiri dengan orang lain dan memaksa utk orang ikut cara mereka?” – ok ada kaitan tak..? macam tak jer..hee..sorry :)

DSCN8612

kehidupan di bali errr maksud saya 5 hari ber-honeymoon adalah kehidupan raja. raja 5 hari. menjadi pengantin bukanlah raja sehari. penat. kalau boleh nak balik ke hari-hari menjadi raja 5 hari. tahu. tahu. mesti xleh kan. yer. baik…. back to reality.

DSCN7894

gambar nih gambar time pergi buat hiv test dekat klinik kesihatan beranang. jauh tak..? :) klinik nih sangat kuno. atau dengan kata lain semua klinik kerajaan adalah seperti balik ke zaman 80-an. sungguh klasik dan kadang-kadang boleh menimbulkan rasa takut. semua klinik-hospital macam ala2 scary kan..?mesti ada jer cerita hantu disebalik …. ok jangan mengarut.

DSCN9004

akhir sekali. kalau terserempak dengan saya dengan keadaan ekspresi muka yang macam nih jangan terkejut eh. biasalah. cuba korang tangkap muka dengan keadaan tengah tak ready atau tak sedar yang tukang ambil gambar konon-konon nak tengok gambar tapi sebenarnya nak candid. macam nih lah rupanya.

 

ok.

bye.

happy weekend

:)