Monday, July 31, 2017

to go or not to go

beberapa hari lepas
boleh pulak saya rasa macam tak nak pergi ke Estonia
sebabnya satu..tesis tak siap lagi
saya risau kalau ke sana tesis terbengkalai
sebab bulan 12 dah nak kena submit first draft
dan En. MM pun tiba-tiba je berat  hati jugak nak pergi
sebab macam-macam berita berkaitan dengan muslim sekarang ni
pastu fikir punya fikir saya pun email sv
tanyakan pandangan
dan sv pun reply dengan tamparan setempek dimuka yang comel ineeww

betul juga
mungkin saya terover risau haha
macam nak pergi kyoto dulu camni juga..
padahal perginya dua minggu je pun..haha
mengadalah u ni cik nilangg

ok lah
saya pergi.. :)
rugi juga kalau tak pergi

so sekarang mari kita listkan barang apa yang perlu dibawa:
makanan-rempah ratus-milo-susu-beras-
pinggan mangkuk periuk nasi perlu tak?
baju takyah banyak sangat sebab boleh basuh je kat sana
kena bawa baju raya sepasang hehe sebab raya haji diperantauan kali ni hehe
laptop dan segala yg perlu untuuk buat tesis kat sana
buku-buku latihan umar n fatimah
quran jangan dilupa
seterika perlu bawa tak?
pampers hud n fatimah
ubat-ubatan hud, fatimah, umar..panadol, ubat selsema & ubat batuk utk saya
sabun untuk samak (lupa dah mana nak beli ek)
cadar perlu tak? (kalau boleh taknak membeli sgt kat sana nanti..kena berjimat cermat)
baju sejuk yg bersesuai esp utk budak budak (berapa banyak kena bawa ek?)
apa lagi??
check ptptn...naisb baik...kang ter-black list tak memasal...
ok apa lagi??

Famous Tallinn Town Hall in winter
harap sempat merasa hari-hari bersalji nanti :)

Wednesday, July 26, 2017

my first grant

hari ni saya nak share satu benda
dah lama saya simpan
nak sangat saya share kat mana-mana media social (eceh bajet artis huhu)
tapi selagi tak beli flight ticket saya tak nak share dulu

benda ni dah lama sebenarnya
lama sangat dah..tahun lepas lagi kot..
tapi nanti-nantilah kita khabarkan pada dunia..
ala bukan best sangat pun..benda biasa-biasa je
(bagi orang lain r..bagi saya best gilaaaa..rasa nak share time tu terus haha)

ok lah ok lah

sebenarnya tahun lepas
atas nasihat dan cadangan dan dorongan supervisor
saya dah apply satu short term grant ni
maklumlah malaysia dah kekurangan duit nak hantar student ke luar negara
terpaksa cari alternatif lain iaitu dengan cari international grant
actually saya apply banyak tempat
tapi satu ni yang paling best iaitu short term research stay to Estonnia

Estonia??
apakah itu??
negara manakah itu??

ok. estonia negara kecil yang terletak di east europe
negara kecil yang tak berapa nak glemer dikelilingi negara besar yang glemer
tiap kali saya bagitahu nak pergi estonia semua orang macam ...krik..krik..krik...
(end up suruh google sendiri haha)
estonia kiranya sebuah negara yang baru nak menjinak-jinak dalam bidang kajian
dan dia ada duit yang banyak untuk sponsor mereka-mereka yang berminat nak buat reserach kat negara tu
termasuklah saya hehe

ok..so nanti saya akan pergi bulan September sampai bulan December
akan buat small research on waste water dan akan present kat seminar dan publish paper
dan saya harap akan sempat berjalan ke turki atau finland atau rusia atau sweeden haha
(mari berangan)

sebenarnya saya dapat satu di London
tapi yang tu saya kena bayar fee dan perbelanjaan
jadi macam mana plak saya nak cari duit banyak-banyak
so saya pilih yang estonia yang bagi elaun dan tak payah bayar fee

korang yang tengah belajar sama ada postgrad atau undergrad boleh try google
short term grant atau short term phd kat mana-mana negara sesuai
banyak sebenarnya..cumanya banyak jugalah syarat-syaratnya
cuba try google..kot kot ada rezeki boleh melawat negara orang hehe


saya dapat contact seorang Malaysian (Chinese) yang dah lama menetap di estonia
dia cakap waktu saya pergi tu agak sejuk..so be prepared lah ..
berapa banyak baju nak kena saya bawak ni? makanan apa? 
tiba-tiba macam takut plak hahaha

doakan semua dimudahkan ok kawan-kawan... :)


kalau ada tips yang berguna untuk travel ke Europe boleh share k..



Tuesday, July 25, 2017

masak memasak

encik suami dah balik
lalu mata akal menu apa nak masak setiap malam
takde hal kalau tiba-tiba dia ajak makan luar
atau dia rajin nak masak
tapi kita dari petang dah fikir nak masak apa
kang nanti komen pulak kita masak lauk sama
(dia tak komen..tapi kita tahulah kan hihi)
(atau saya yg serkap jarang? memandai je)

korang ada idea tak nak masak apa
atau boleh share "menu sebulan makan malam yang super simple sesuai untuk para isteri"
hehehe

jangan bagi idea masak nasi arab atau nasi minyak plak :D

satu lagi
anak-anak pulak jenis memilih
masakan paling fav sup ayam carrot
(ayam tak makan..makan carrot je)
fatimah plak kadang-kadang tak nak kuah langsung
nak nasi putih dengan ikan goreng je
habis tu canne?
katakan semalamdah buat sup ayam
takkan malam esok nak buat sup ayam jugak
korang masak lauk asing untuk anak ke canne?

adoii
dah nak masuk tahun ke 6 ada anak pun
masih blur bab bab masak memasak ni


yang benar,
mommy yang setiap masa kena belajar benda baru

Friday, July 21, 2017

cerita pgroom

dekat postgraderoom ni saya ada seorang kawan, Taher yang bukan orang Malaysia
originally from Palestine tapi dah banyak tahun dah merantau
katanya pernah tinggal di France beberapa tahun
dan pernah datang ke Brunei pada tahun 1996
entah..dia memang banyak jalan
(bulan puasa yang lepas dia sebulan merantau sabah sarawak)

ok itu intro hehe

so  Taher ni..semalam dia tunjuk message2 dia dengan seorang officer ni
officer landfill yang tempat kami ambil sample
saya tengok dia start the conversation dengan "Salam brother"
ok..takde apa lah kan
sebab dikalangan orang-orang arab kat sini diorg memang kalau bertegur sape akan cakap macam tu "Salam brother..how are you..selamat? Alhamdulillah" pastu salam peluk cium atau kalau bukan dengan bukan islam diorg akan cakap "morning brother bla bla bla..."
ok..
pastu saya bacalah message taher ni..
bla...bla..bla...just to confrim with you regarding bla bla bla
dan dia akhiri message dia dengan "Thanks abang"
like..............................tergelak saya kat situ juga (dia pun tengok pelik hahahahha)
dia cakap why??whats wrong?? brother in malay abang right??
hahaha mesti lah brother in malay abang..tapi kita tak guna perkataan tu sesama lelaki
kan?? betul tak kawan-kawan melayu saya sekalian haha
so sekarang dia tengah tunggu officer tu reply apa hahaha

adoi laa
kadang-kadang kelaka juga dia ni
kadang-kadang pening juga

tapi english dia power
tak macam saya
haihhh....
kalaulah saya pandai menulis dalam english
bercakap dalam english
dengan lancarnya
haihhh...

(tapi ada hati nak belajar mandarin kihkihkih)


Wednesday, July 19, 2017

ini adalah pengakuan

kadang-kadang rasa nak marah je
entah kenapa...tiba-tiba je
bencinya...
semalam contohnya
bilik bersepah..carpet banyak rambut
biskut bertaburan
jadi nak vacuum
fatimah tekan vacuum on off
umar nak main main batang vacuum
pastu saya jerit
(i know..semua org cakap tak boleh nak bayang canne saya marah n jerit2)
sila bayangkan sekarang...sama je macam mak mak lain..

penat ke?
penat juga...
tapi balik saya tak masak..
saya harapkan adik saya yang masak
saya tahu dia pun agak marah sebab dia je yg masak
saya ni? duk harap dia je masak
tapi saya tak buat apa apa..
balik dan tengok tengok budak-budak je
kadang-kadang sampah pun dia yg buangkan
teruknya la


pastu malam
lepas makan basuh botol susu yang melambak
rasa penat dah haha (basuh botol pun boleh jadi penat ke?)
pastu rasa nak tidur dah..tapi kena pump susu dulu
pump susu ..pastu fatimah kacau lagi..umar nak main tab..
saya marah lagi..jerit lagi...hud terjaga..
bencinya...saya nampak fatimah macam sedih :(
bencinya..kenapalah tak boleh sabar sikit...
layan je la..mungkin fatimah nak gurau-gurau dengan saya kot
pastu semua kena paksa tidur..
semua pun tidur..
esok sama lagi..
encik MM pulak kena extend 3-4 hari lagi...ntah bila boleh balik..sepatutnya hari ni...

canne korang..mak-mak sekalian alam handle benda benda macam ni??
 

Monday, July 17, 2017

budak baru belajar

saya rasa saya kena blog pasal ni
saja..
untuk kenang-kenangan
untuk masa-masa rasa down ke hahaha boleh?

sebenarnya saya dah try untuk belajar pasal water modeling ni dah lama
sejak bulan puasa lagi. (sebab dalam plan bulan puasa kena siapkan hal-hal modeling ni)
tapi..kita ni plan je..yang approve boleh jalan ke tak tu Dia yang satulah kan..
sebelum puasa (masa tu busy dengan candidature defence dan siapkan analisis yg lain)
dah janji dengan kawan dari uitm yg kenal masa kat kyoto dulu yg dia boleh ajarkan water modeling
sekali bulan puasa hari tu dia kena masuk lab sebab peralatan apa yang rosak ntah
ok. jadi ktorang try belajar secara jarak jauh melalui whatsapp
Ya Allah...ya Tuhan..nak boleh ke install software pun poning kepala hah
siap email founder software hahaha nasib baik dia reply email..haha
pastu nak masukkan data pun pening..
padahalnya mengikut apa org cakap benda ni senang je
(saya kot yang dah berkarat hahaa)

pastu macam give up (boleh?)
saya pun kawan2 lain yg boleh tolong ajarkan
email senior dari ukm (yg sekarang dah water quality expert)
dari tu dia mention sorang water quality expert (Dr. Z) ni
Alhamdulillah...dua-dua reply email saya
dan willing to ajar dan set appointment
fuhhhhh...lega yang teramat sangat...
Alhamdulillah..thank you Allah...

betullah kata orang...senang je sebenarnya..
cumanya kena faham lah setiap satunya
nanti nak ajar kat orang lain senang

rakan-rakan yang sama-sama training hari tu sangat helpful
Dr. Z sangat snagat best..beliau terang satu-satu
kalau tak faham tanya sampai faham..

mereka-mereka yang pakar dalam bidang alam sekitar
Dr. Z pakar dalam bidang water quality
dan Mr. J yang merupakan pemilik environmental consultant
yang juga alumni UM yang juga luas pengalaman dalam bidang alam sekitar
dan baik sangat sebab benarkan saya join sama staf dia training dengan Dr. Z for free
Alhamdulillah

next?

apa lagi
run la model tu cik nilam oiii
berangan apa lagi huhu



Thursday, July 6, 2017

raya 2017

selamat hari raya
maaf zahir batin
maafkan salah silap saya
halalkan makan minum
kosong-kosong

sorrylah kalau nak duit raya
datanglah beraya rumah saya

pecah kaca pecah gelas
sudah baca harap balas

yang ikhlas,
nilam
4 anggerik

hehehe
bila last sekali korang dapat kad raya?
dah lama sangat-sangat dah kan?
rindunya zaman kirim kirim kad raya ni.
masa sekolah rendah kad harga 20sen je. gambar kartun atau gambar kucing comel hehe
masa sekolah menengah gambar tulisan khat. saiz 4 segi. harga pun dah naik. seringgit lebih kot kan?
paling best kalau dapat kad raya dari crush. haha. maksud saya bf (time tu la)
tapi takut juga takut mami tahu ada bf habislah hahaha (tapi mami memang tahu pun..sbb pernah dtg rumah)

ray atahun ni macam mana korang?
harap manis manis belaka
saya macam biasalah..raya pertama kedua ziarah saudara mara..raya  ketiga baru duk rumah tunggu orang datang beraya .. raya ketiga jugalah baju raya adalah apron hhahaha..selebet gilss

apa yang best pasal raya ni sebab dapat jumpa saudara mara yang setahun tak jumpa
(yupss...jumpa setahun sekali je...sbb trg jauh kot..haha..melainkan ada kenduri kahwin tu lain cerita)
dapat jumpa anak-anak speupu yang dah besar panjang..yang dah beranak pinak (saya dah pangkat nenek hahaha nenek yang cantik comel muda remaja hahaha)
kalau jumpa sedara mara yang sebaya boleh la update tudung apa awok pakai
tudung duck ke ariani..ori ke tak ori hahah (huisshhh mesti lah ori..mana boleh tak ori)
kalau jumpa sedara mara yang tgh buat phd jugak boleh update kerisauan dihati hahaha

alhamdulillah diberi peluang lagi utnuk bergembira dengan saudara-mara semua ni
bila teringat balik incident kat genting sepah tu memang sedih dan scary yang amat..
tapi alhamdulillah...ada lah tu hikmat disebalik sesuatu..
Allah tu sebaik baik perancang...alhamdulillah...

ok lah
kalau nak datang raya kat rumah shah alam bagitau k
bagitau awal-awal sikit ..boleh la saya masak pape yang patut hehehe

nak share sikit gambar keluarga besar Hj Abdullah dan Hjh Wan Zainab





SHRMZB!!

Monday, July 3, 2017

karangan cuti sekolah

teringat masa sekolah rendah dulu
bila naik cuti sekolah cikgu mesti suruh buat karangan pengalaman di cuti sekolah
kawan-kawan yang dapat berholiday tu bestlah ada idea nak tulis apakan
saya ni? cuti sekolah...duk rumah je la..takde apa yang menarik
cuma cuti sekolah duk rumah kena tolong mami masak nasi sebab nanti tengahri mami wat balik lauk
yang lain-lain cuma duk rumah tengok tv..kadang kadang main getah
atau kadang-kadang main kedai-kedai
ala sorang buka kedai kasut (guna kasut2 mami)
sorang buka kedai makan (guna pinggan2 plastik mami)
sorang buka hotel (ambik tilam dan bantal)
seronok juga kalau fikir balik...
tapi masa tu dengar cerita kawan2 dapat pergi KL lagi menarik hahaha
so saya pun tulis karangan pengalaman yang saya terlibat dengan kemalangan
pastu mami dapat tahu...marah betul mami...macam mendoakan nak kemalangan je
ish ish teruknya

tapi Alhamdulillah sejak dari sekolah rendah sampailah sekarang syaa dan family tak pernah lagi terlibat dengan kemalanagan..Alhamdulillah....

sampailah hari khamis yang lepas (27 Ramadhan)
saya , umar, fatimah, hud dan mami terlibat dengan kemalangan
hmmm...
masa tu otw nak balik terengganu dekat area genting sepah...
depan sikit je dari terowong dan hentian genting sepah
masa tu saya terlelap...terlelap saya rasa dalam 1 saat je kot..
sedar-sedar kereta dan berpusing2..pastu macam menjunam sikit pastu stop
kereta stop dengan keadaan bahagian driver ke bawah..faham tak?
maknanya untuk saya keluar dari kereta saya kena buka pintu ke atas

perasaan?
Tuhan saja yang tahu..betapa takutnya saya masa tu...
tapi kena buat buat kuat sebab anak-anak dan mami..
mami takut sangat...mengucap banyak kali...
saya cakap "takpe takpe...jap jap...takpe...takpe"
padahal dalam hati takutnya yang amat..

pastu kereta stop..saya terdengar bunyi enjin...cepat2 saya matikan enjin..
entah...masa tu tak boleh nak fikir apa sangat...saya stop enjin sebab saya takut kereta gerak lagi..
padahal nasib baik saya stop enjin..kalau minyak tumpah ke..boleh meletup ke apa ke kan..Allah
lepas saya stop enjin saya bangun nak cuba buka pintu..saya nampak orang ramai datang tolong
yang terutama sekali ada sorang abang ni pakai baju color biru
cepat dia datang,,..berlari-lari...dia try buka pintu..tapi pintu macam dah stuck
saya try buka dari dalam...pintu jadi berat yang amat...abg baju biru ni tolong ankat dari luar
pastu dia nampak ada budak2..dia nampak baby hud..
abg baju biru pun jerit.."ada baby..ada bay...keluarkan baby dulu..keluarkan baby dulu"
sorang abg baju biru ambik hud, fatimah dan umar..orang lain tolong angkat saya dan mami
isteri abg baju biru dukung hud dan tenangkan fatimah dan umar..
budak2 nangis...terkejut dan takut kot..fatimah paling lama nangis...
Alhamdulillah...diorg takde apa..cuma umar dahi luka sikit sebab dari belakang ke depan terkena cermin..fatimah mulut berdarah sikit..sebab gigi kot..hud Alhamdulillah...takde pape..
saya dan mami?
mami kaki lebam..sampai sekarang ada biru2
saya? terkehel tulang belakang..nak bangun nak duduk sakit yang amat.
tapi Alhamdulillah sekarang dah ok sikit.

kereta?
rosak teruk..cermin semua pecah..tayar baru 4 biji rosak pecah semuanya
tapi dah hantar bengkel...dlaam 3minggu lagi siap
encik suami agak marah ... dah pesan kalau ngantuk tidur..tapi degil...

pastu abang baju biru tadi tolong saya dan family sampai lah ambulance datang
tolong ambilkan barang2 penting dalam kereta
isterinya pulak siap bagi minyak gamat
terima kasih abg baju biru sebab sangat prihatin..
sanggup korbankan masa perjalanan balik kampung sebab nak tolong saya sekeluarga
terima kasih banyak..
kepada mereka yang lain-lain yang stop kereta untuk tolong terima kasih banyak
kepada polis peronda dan abang abang ambulance yang cepat sampai terima kasih banyak
Alhamdulillah...terima kasih Allah kerana ujian ini..menyedarkan saya dan keluarga tentang banyak perkara...alhamdulillah...alhamdulillah...

so tahun ni raya macam lain sikit
baca berita kemalangan di paper dah tak sama macam dulu-dulu
tengok berita kemalangan di tv pun dah tak sama macam dulu

Alhamdulillah..

kawan-kawan
kalau mengantuk please please stop kereta..tdiur seminit dua
co-driver jangan tidur je..borak boraklah dengan driver
bawa bekalan makanan untuk kunyah..minum kopi

semoga kita semua dilindungi Allah swt
amin amin

selamat hari raya
maaf zahir dan batin