Thursday, March 31, 2016

letih

pagi tadi nak hantar umar ke school
umar berdrama lagi..dari nak keluar rumah
sampai lah depan pintu school
pastu teacher datang amik dan bawak masuk dalam
sorry umar..

pastu hantar fatimah ke rumah tokma
saya plan, tahun depan fatimah masuk 3 tahun dah boleh hantar daycare sama macam umar
harap ada rezeki lebih untuk bayar yuran fatimah plak
sebab nanti baby ketiga ni keluar..kesian plak kat tokma nak jaga cucu
dah macam buka taska :(
sorry tokma

dalam kereta makan sandwich telur yg saya buat sebelum gerak td
sebab macam lapar sangat..semalam makan roti je
macam tak berselera..tapi lapar..canne tu
pastu tiba-tiba je rasa macam penatnya
boringnya..penat lagi...boring kali 100x...
tiba-tiba rasa nak baring sambil tengok program masak-masak

macam tak dapat bayang nak melayang tiga orang askar nanti hahaha
ya Allah permudahkanlah segala urusan

*****
pagi tadi kat era
(yups pagi2 saya dengar era. sila jangan kecam saya.
kalau saya dengar radio bernama mengantuk pulak. jadi......)
topik dia trend lelaki/suami suka memasak sekarang
trend ke? bagi setengah orang mungkin
tp mungkin juga bagi saya sebab suami isteri sekarang kebanyakkannya bekerja
yg isteri balik rumah bukan je kena masak, nak kena basuh baju, lipat baju,
sapu sampah, lap meja, kemas rumah
takkan la nak tunggu hujung minggu baru nak kemas..ye dok?rimas la juga kan
jd nya bagi saya mungkin sesetengah lelaki/suami ni kesian tgk isteri
jadi sesekali tolong la masakkan...ye ke?? hahhaa (bagi saya la)
sbb klu nk tolong lipat baju. nnt tak ikut spesifikasi plak
atau nak kemas rumah nanti ala kadar plak. jd ke dapur la kot hehe
kalau en.MM kadang2 ada hari rajin la dia ke dapur
kadang2 masakan dia menjadi mengalahkan saya.
kadang2 tak menjadi langsung hahaha. tawar la. masin sangat la. hahaha sorry!

ok lah
saya pun bukan pandai sangat masak
masak untuk diri sendiri tu boleh laa
tapi harap suami2 tolong la isteri2 . kesiankan la kekasih hati awak tu hehe
tiba2 rasa nak amik maid hahahahah #mariberangan

Tuesday, March 29, 2016

quick update

ya Allah lamanya tidak meng-update-kan diri kat sini
kalau kat instagram tu laju je
kalau boleh sehari nak upload 10 gambar
sampai total gambar sekarang dah nak cecah 4000 ish ish ish
dasar gila kamera ke apa ni?

banyak benda nak cerita sebenarnya
tapi aduhhh...review paper tak siap-siap lagi ni
ni pun baru balik dari meeting kat Jeram Landfill
(tak menarik lansung tempat meeting)
kawan whatsapp ajak dating pun tak ter-reply lagi
bukan sebab takde internet ke apa
whatsapp orang lain reply je
tapi dalam kepala ni banyak benda sangat nak fikir hari esok nak kena buat apa
esok lusa nak kena buat apa lagi
sampling utnuk bulan empat dah dekat dah ni...satu apa pun tak ready lagi
aduhhh sakit nya ku di sini..... :(

pastu baru dapat tahu UM dah tak ada peruntukkan untuk pergi conference
sedihnya...ditangguhkan sehingga satu tarikh diberitahu
sedih betul....
sape ada duit lebih (lebih yang tak terhabis) boleh la sponsor saya pergi conference
conference skang plak mahal. ada sampai nak cecah rm2000
tabung mana nak kena pecah ni? #menangisbawahmeja

oh..saya dah masuk 8weeks dah (rasanya)
selalu lupa...
belum pergi check dengan Dr. Siti Maryam lagi
entah bila nak pergi pun tak tahu
buku pink tak terbuka lagi
ya Allah lapangkan lah masa ku untuk hal-hal baby ketiga ni
dan.....saya dah terfikir nama untuk girl dan untuk boy
hehehehe....semangat betul kalau part nama

ok lah
nanti cerita lagi
kepada pembaca-pembaca baru selamat datang
silah tinggalkan komen komen yang membina
kepada pembaca rahasia iteww...thanks sebab follower dari jaman anak dara hehe
nak pergi basuh botol sampling plak
bye

tiba-tiba rasa nak buat kueh apam dot dot ni plak
bye bye

Wednesday, March 16, 2016

expecting the unexpected


pagi-pagi kalau hantar umar ke sekolah
sedih je bila tengok ada kawan2 umar yg nangis2 lagi
ada tu dari pagi sampai ke petang nak amik umar dia nangis lagi
ada yang lain bila nampak je mak ke ayah ke datang amik tiba2 je nangis
aduhhhh....tak boleh la tengok budak2 nangis...
umar selalunya ok
nak mandi liat sikit...tapi mandikan je
kena borak2 pasal car ke dinasour ke apa yang dia suka
dah sampai sekolah salam teacher pastu salam mummy n hug mummy

hari ni
tadi
entah kenapa tak pergi school
dah keluar pintu rumah ok. masuk kereta pun ok.
singgah stesen minyak. ok.
sekali depan pagar school. tiba2 nangis "nak balik rumah kita...nak balik rumah kita" T_T
canne tu?
nak tak nak...terpaksa la dukung budak 15kg itewww
adoiii la umar
harap esok esok dah tak drama lagi
penat r mummy canni
harap bila sampai masa fatimah pergi school pun takde nak drama sangat
takde la mummy rasa bersalah sangat :(
sebab mummy tak boleh nak dukung2 sangat dah
takleh bawa benda berat2 dah
tapi kalau umar & fatimah nak sangat. ok lah. boleh lah. tapi takleh selalu..
kesian adik baby............okbaibai


Monday, March 7, 2016

friday's three for all

semalam first time bawa umar dan fatimah tengok wayang filem Zootopia
semangat betul umar. bangun pagi mula-mulanya liat betul nak minta mandi
bila cakap nak bawa pergi tengok Zootopia laju je ke bilik air
sebab umar asyik tengok iklan Zootopia tu kat tv
fatimah pulak. ikut je hehehe

dalam dekat sejam lebih movie tu umar behave sangat-sangat
serius betul tengok hahaha
sesekali amik popcorn. pastu minum air
fatimah pun
tapi tu setengah jam pertama
lepas tu fatimah dah kejap kejap nk saya pangku. kejap2 nak abah dia pangku
umar still tengok movie tu cuma kadang2 duk baca nombor kat kerusi la
nombor2 kat tangga la
tapi happy la tengok dia happy :)

lepas tengok wayang marilah kita makan tengahari pulak
wayang tadi jam 11 pagi. jadi habis dalam 12 setengah lebih
kelaparan lah semua orang
ke TGIF sebab masing-masing macam taknak makan nasi
saya pulak rasa nak makan ayam. ntah bila nk boring dengan ayam hehehe

maka order lah makanan
saya tersalah tengok harga makanan
ingatkan saya punya dalam RM20 lebih je. sekali check balik sampai RM50 kahkahkah
sokmo gitu...(lapar sangat lah tu hehehe)
saya order TGI Friday's Three For All..

canne la tak excited kan. tengok la chicken wings tu. crispy potato skin. yummsss hehe

pastu tunggu punya tunggu takde gaya order nak sampai
tunggu tunggu lagi takde
pastu waiter yg sama datang balik ke meja dan tanya dah order ke?
like...what??? dah order ke??? apakah.?? dah la lapar ni T_T
sekali Manager dia pun datang say sorry for the mistake ...
dan cepat2 amik order sekali lagi
dan tak sampai 5 minit air pun sampai dan complimentary mushroom soup
ok. sejuk sikit hati yang hampir membara ni hehehe
dan lepas tu makanan pun sampai...
manager tadi pun datang sekali lagi just to check everything is ok hehehe
(bagus betul...baru fikir nak black list dah...terus tak jadi hehe)

dah kenyang
budak2 pun dah ketiduran
nak bayar
sekali....semuanya free of charge
macam.....ok... Alhamdulillah...rezeki ...
makan free di tgif..betul2 rezeki yang tak disangka2 ni hehe

tapi bila fikir2 balik
kesian pulak kat waiter tadi. mesti gaji kena potong :(
tapi harap dia amik pengajaran dan ada rezeki lain untuk dia

so that's how we end our weekend
selamat meharungi hari isnin yang panjang
baibai

Wednesday, March 2, 2016

penang

bila tengah stress mari kita throwback waktu waktu yang kita tak stress
jalan-jalan ke Penang beberapa minggu lepas
stay kat Chamber Hotel 
boutique hotel. betul-betul depan Padang Kota
dapat makan nasi beriani teh best iaitu di Restoran Kapitan
dan merasa nasi kandar paling tak best seantero dunia iaitu di Restoran Tajuddin Hussain
dan char kuey teow depan USM
breakfast roti bakar dan telur goyang goyang tepi jalan
naik bukit bendera
bawa umar naik ferry
jalan-jalan di padang kota
dan kali ni tak pergi batu Feringgi 


















entah apa yang di-stress-kan pun tak tahu hahaha
pergi la mana pun. bercuti la lama mana pun. mesti teringat juga kat tesis kesayangan
ok lah. bye.