Friday, April 27

seberang laut

semalam
saya ada tiga kelas
dari pagi sampai petang
dan macam satu alasan
jadi malas nak pergi menapak mencari makan
jadinya buat teh o dan makan biskut
dan semestinya dinner pun jadi awal sikitlah

dari kiri cepat jalan: kuah asam pedas, ikan pekasam, sambal tempoyak daun kayu
lauk macam ni pun dah boleh buat saya tambah nasi dua pinggan
menjadikan berat terkini saya 47.5kg 
siki lagi nak saya berat macam zaman sekolah
:)

dan hari ini
ialah hari terakhir kak nazuha di office
bukan tukar tempat kerja baru
 masih company yang sama cuma tempat yang lain
nun jauh di seberang laut cina selatan, Sabah bah :)

ini dia kak nazuha
geng bawa bekal untuk makan tengahari
dan subjek yang dipegang kak nazuha dulu dah jadi subjek saya sekarang
menjadikan jumlah keseluruhan subjek yang saya pegang = enam
nasib baik nota semua dah siap 
cuma kena study lebih sikitlah

yang ni pulak nama dia Sri
dia masih kat sini. tak ke mana-mana pun
pun geng bawa bekal untuk makan tengahari


apa yang saya makan pagi tadi


apa-apa pun 
all the best to kak nazuha
semoga happy kerja di tempat baru
lepas ni kalau pergi sabah senanglah dah ada tour guide :)


Wednesday, April 25

wordy wednesday

selamat pagi semua
selamat hari rabu
macam dah lama tak letak gambar masakan sendirikan
sebabnya
saya dah lama tak pegang sudip kayu, pisau potong ayam, lesung batu
sebabnya
perasaan nak masak-masak tu masih dalam keadaan "pause"
oh. maafkan saya :')

saya nak cerita kat sini
hari ni 
pagi ni
colleague saya hari ni bawakan saya satu bekas sambal tempoyak daun kayu
originally datang dari Nogori sombilan hiksss :)
sebenarnya dah lama saya nak try buat sambal ni
dan selalu tanya-tanya orang macam mana kan
sebab dia jenis semua jenis daun kayu nak kena ada
jadi macam....asyik tertangguh je..
sekali..nah sebekas dapat..
yumsss yummmsss
thank you tuan haji :)

terpaksa ambil gambar dengan berbungkus
takut nanti habis satu office plak bau tempoyak 
*tak sabar nak makan tengahari nanti*

dan

pagi tadi saya breakfast 
dan nampak hot balloon ini kat padang UM
entah apa acaranya pun saya tak tahu



Alhamdulillah
hari Rabu saya bermula dengan baik
semoga berlarutan sampai ke malam
harap hari rabu korang pun baik-baik saja
amin

:)

Sunday, April 22

nasi lemak buah bidara



Nasi lemak buah bidara
sayang selasih hamba lurutkan
Hilang emak hilang saudara
kerana kasih hamba turutkan




kali pertama masak nasi lemak buah bidara masak sebiji di atas peti (eh?)
yer la. semua resepi kat sini.
semuanya pun kali pertama
apa sebelum tak pernah masuk dapur kah anda..? :)


sebelum ni....
mungkin naluri nak jadi tukang masak tu belum ada
sekarang je .... :)

masak nasi lemak untuk breakfast pagi sabtu
makan sampai ke malam
senang
takyah masak-masak dah
dasar! :D

tapi mcm tu lah selalunya
kalau pagi2 buat laksa penang ke mee penang ke nasi minyak ke
dari sarapan di bawa sampai ke dinner...

next challange: Nasi Dagang :)!
 

Tuesday, April 17

mee hoon goreng singapore


nama popular panggil mee hoon singpore
tapi sebenarnya ala-ala fried mee hoon with extra black pepper ecehh :p
pertama kali rasa bila en.mm masakkan untuk breakfast
kebiasaannya orang tak letak black pepper
tapi saya tak tahu kenapa en.mm kalau masak apa-apa mesti nak tambah black pepper
macam pelik sikit...tapi rasanya super sedap 
makan pulak dengan lada kicap oh... :)

saya tak tahu nak senaraikan bahan-bahannya macam mana
sebab macam campak-campak sahaja apa yang ada
dengan kata lain nak menghabiskan stock sayur dalam peti
pungpang pungpang pungpang
dah siap mee hoo singapore :p

tapi kalau ada yang nak try boleh follow resepi ini ok:

Bahan2:
  • 1/2 bungkus Mee Hoon-direndam hingga lembut & tos
  • 2 ulas bawang putih-ditumbuk halus
  • 1 ulas bawang merah-ditumbuk halus
  • 1 sudu udang kering-ditumbuk halus
  • 1 cawan udang basah
  • 1 keping dada ayam-hiris nipis2
  • 1 sudu kecil lada hitam-di tumbuk
  • 1 cawan taugeh
  • 1/2 batang carrot-di parut kasar
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit sos tiram
  • 2 biji telur
  • Minyak secukupnya
Cara:
  • Panaskan sedikit minyak,masukkan telur dan goreng hancur hingga masak,angkat dan ketepikan.
  • Panaskan minyak,tumis bawang merah, bawang putih dan udang kering yang telah ditumbuk hingga wangi.
  • Masukkan udang dan ayam.Goreng sebentar, kalau perlu masukkan sedikit air.
  • Masukkan lada hitam ,sos tiram dan sedikit garam.Kemudian masukkan mee hoon, taugeh dan carrot.
  • Gaul sebati hingga masak.Last sekali masukkan telur hancur, gaul rata, tutup api dan boleh la di tabur dengan bawang goreng, hirisan daun bawang, cili merah dan juga hirisan limau kasturi...Kalau suka pedas boleh juga dimakan bersama sambal kicap..

Monday, April 16

1 bulan setengah

tepat dua bulan tak jumpa
bila dapat jumpa dua hari
rasa macam
dua hari yang sangat panjang
sepertinya boleh ganti balik dua bulan sebelumnya

duapuluhempat jam
makan
jalan-jalan
beli sikit-sikit barang baby
macam kali pertama keluar dating :)

Spagetti Marinara yang berjaya habiskan sampai licin | Nasi lemak buah bidara | dan rupa cik sapphire yang kuat makan sebab en.mm ada depan mata

matahari pun turut bergembira dengan kepulangan yang duahari itu
tinggal lagi 1 bulan setengah
countdown skang!! 
:)


Tuesday, April 10

puding jagung

semalam hajatnya nak cuba masak daging dendeng
tapi balik mummy dah siap masak
jadi saya try buat puding jagung berkuah
senang saja rupanya hiks
cuma time nak mengacau tu. penat jugaklah hehe :)

terima kasih hasue untuk resepi:


Bahan-bahan ( sefamily )

* 1 cawan tepung kastad
* 1 cawan jagung manis
* 3/4 cawan gula
* 3 cawan air
* 1 1/2 cawan susu cair

Cara-cara

1. Campurkan tepung kastad, gula, jagung, susu dan air.
2. Lepas itu dikacau sehingga pekat dan berkilat di atas api yang sederhana hingga sebati.>hasue tambah satu sudu makan marjerin setelah adunan pekat.
3. Angkat dan sejukkan di dalam loyang atau acuan dan boleh lah dihias dengan buah ceri dll.

makan sejuk-sejuk
yumsss
macam hari panas yang tiba-tiba hujan je rasanya :)



dan lauk semalam cencaluk yumss yumss
makan pulak dengan singgang ikan
*lauk lain memang dah tak pandang dah*
oh tambah dua pinggan saya semalam :)

Monday, April 9

jamuan petang



tiba-tiba saya terfikirkan tea party


rasa macam nak adakan tea party
atau bahasa kita jamuan makan petang

semestinya tak seperti dalam gambar kat atas tu la
tapi cara biasa-biasalah..cara melayu

meja makan penuh dengan makanan
ada:
mee atau laksa atau soto atau apa-apa yang tak seberat nasi
ada air manis yang sejuk macam orange ke 
ada air manis yang panas macam coffee atau teh
ada kuih-muih macam triffle ke pavlova ke puding caramel ke
atau kuih melayu ke bubur pulut hitam ke seri muka ke

dan semestinya
semuanya di masak sendiri
pilihan menu sendiri
tanpa bantuan mummy 

eceh...mengade lah you... 
konon r tu 
:p

 
 oh sungguh mak-mak-makcik-makcik-segala-biarkan-hari isnin lah katakan-sekian

Friday, April 6

biskut dahlia

ini adalah entry tertunggak
harap maklum :)


semalam saya
macam tak ada perasaan nak study
maklumlah kelas tak ada semalam
jadi macam... begitulah kira-kiranya


so saya ke blog dapur tanpa sempadan
nak tengok lauk apa pulak yang boleh di-try untuk dinner semalam
sekali saya ternampak tag (biskut)
dan terpesona dengan biskut dahlia
oh my.......
langsung salin resepi dan...

tadaaa....!
 300g butter dan gula aising dan telur kuning dan esen vanila sedang dipukul dan menunggu untuk kembang

teringin
dan
teringin
badan penat pun
kuatkan juga eceh...
*macam buat kerja buruh je hiks*
nasib baik mummy dah siap masak nasi ayam
so masalah lauk selesai hehe
dan boleh la masak benda lain :)

resepi tiru sebiji macam dapur tanpa sempadan punya
tapi kenapa dia punya cantik kembang macam bunga dahlia..?
tengoklah saya punya ni....


kenapa saya lagi cantik dan comel comel comel hehe :p
walaupun rupanya tak seberapa
tapi rasanya bak chef terkemuka yang masak tau...


ok.sekian
entry ini cuma tertunggak sejak pagi tadi
sejak saya dapat jadual untuk kelas di hujung minggu


kawan-kawan try lah ye... ! :)

Thursday, April 5

mati kutu

semalam
saya dan mummy
macam kematian idea
nak masak apa pulaklah untuk malam ni
haihh...memang kadang-kadang sangat tak ada idea langsung
plus...takkan nak masak benda yang sama
atau takkan nak masak lauk ayam je ke ikan je ke daging je ke
hmmm... jadi surirumah ni mencabar jugakan..

biasanya kat rumah
mesti ada lauk yang memedaskan macam sambal udang
dan lauk yang menjadi kuah macam sup ikan merah
dan ada lauk yang memasinkan macam ikan goreng

jadi itulah lauk kat rumah semalam :')

dan sejak dah tahu macam mana nak masak resepi berasaskan ikan ni
saya baru tahu satu jenis rempah iaitu rempah halba
petua mummy kalau nak masak kari ikan atau sup ikan
masukkan sikit rempah halba ni
sebagai ganti asam.. :) *kot....lupa nak tanya*


bahan-bahan sup ikan merah:
bawang merah
bawang putih
halia
rempah empat beradik
kentang
lobak putih (ini ikut kesukaan...)
daun sup
garam gula
atau boleh follow resepi ini :)



untuk sambal udang
semua dah tahu caranyakan...?
saya pakai campak je ikut suka hati...
bagi yang tak tahu boleh follow resepi dari my resepi
*banyak betul jasa my resepi :)*



malam ni nak masak apa pulak....?? -_-"

Tuesday, April 3

rempah dan ratus

teringat lagi kali pertama
en.mm masak kari ayam
masa tu baru kahwin dan kami tinggal di damansara perdana
sedapdapdap! itu yang semalam teringin tu..hikss

hari yang sama kitorang bungkus nasi arab dari rumah mummy
dan balik sambung makan lagi dengan kari ayam
tambah-tambah sedap..dan tambah-tambah buncit perut en.mm :)
*nasi arab kan kering, so kalau ada kuah sikit baru sedap*

tapi yang sebenarnya
masakan pertama en.mm untuk saya bukanlah kari ayam
tapi spagetti..yummm yuumm... :')
dan nasi goreng udang dia pun sedap jugak..
rindunya~~~~ -_-"


ok.untuk kari ayam
saya rasa semua dah tahu cara-cara dia kan
mummy cakap semalam,
kalau guna santan kotak tak payah nak kacau sangat pun tak apa
tapi kalau santan fresh tu kena pemantauan 100%
kalau tak habislah tak cantik...

resepi kari ayam boleh follow resepi kari ayam ala kampung ni


dan ...
ini makanan untuk minum petang hari ahad lepas
pengat pisang... mummy yang buat
lama sangat dah tak makan.. yumsss
resepi senang sahaja. ikut satu-satu dari resepi ni
tapi saya tak guna pisang nangka...saya guna pisang tanduk
pun sedap jugak...

try ye kawan-kawan :')

Monday, April 2

ketam goreng telur masin


kali pertama masak
oleh chef L. bukan chef N.
di hujung minggu dapur chef N tutup.

sedap-dap-dap
dan sekarang baru saya tahu resepi rahsianya yeayyy
lepas ni tak payah beli kat paradise deluxe lagi :p
masak sendiri saja. lagi puas..

kawan-kawan yang nak try
boleh ikut resepi di my resepi ni ok

senang sangat

bahan-bahannya cuma:
ketam
daun kari
butter
telur masin
susu cair
cili padi
garam dan gula

hari tu masa saya pergi sarawak
saya makan dekat ABC Seafood, Top Spot
tak sedap langsung
manis....sorry , mungkin tak kena dengan selera saya
tapi sangat mengecewakan...

tak apa lah
kita try masak sendiri je lah senang kan.. :)

selamat mencuba !!!

Sunday, April 1

melaka dan terengganu

minggu lepas saya balik Terengganu
semalam saya ke Melaka
esok pulak ke Kuala Lumpur
hmm..? :p
banyaknya jalan

balik Terengganu sebab majlis bertandang adik
ke Melaka pulak sebab officemate-nya wedding
to be specific, Krubong, Melaka
nak cari Bandar Hilir pun sesat
apa tah lagi Krubong yang namanya pun pertama kali saya dengar
memang mencabar-menguji-emosi dan kesabaran sungguh

saya rasa Melaka perlu perbanyakkan sign board
senang sikit untuk orang bukan Melaka yang tak ada papa&mama go ni hikss

memandangkan kesesatan telah mengganggu emosi dan juga masa
makanya tak jalan mana pun
cuma ke jusco dan ke bandar hilir
teman adam main playground dalam jusco
dan naik beca dari parking ke bangunan merah
dan belikan adam kereta mainan :D

dan sebagai penutup marilah kita tengok gambar yer anak-anak...

adam tak habis-habis dengan sun-moon-sun rise-good night-good morning.. dan ayat paling mengade saya dengar "gone into the sea..." apa yang gone pun tak tahu lah..:)

akhirnya sampai ke Tanah Merah, Krubong... dah jumpa land mark pun boleh sesat lagi.. haihhh...rumah pengantin adalah di hujung sana.. 

selepas lauk kenduri yang tersedap saya pernah rasa, iaitu di rumah syira...lauk kenduri kat rumah kak intan yang kedua tersedap pernah saya rasa...hikss... mungkin sebab dimasak sendiri guna kayu api tu yang tambah-tambah sedap tu kan..? kenduri kat hotel 5 bintang pun tak boleh lawan... :)

ini bukan kali pertama saya naik beca. tapi kali pertama bagi adam. dulu masa tinggal dengan wan kalau mummy ada kerja, selalu jugak ikut wan ke pasar payang naik beca. atau pun kalau tak sempat nak ikut (sebab wan ke pasar awal pagi. dan selalunya mesti tak bangun lagi), bila wan dah sampai kat rumah, saya adik-beradik mesti mintak pakcik beca tu bawak kitorang round-round kejap.. 4 org satu beca...kesian pakcik.. :p

dan kucing joget-joget yang tersangatlah comel... joget-joget dengan lagi shania twain lagi tu... :p


sekian...
cerita pasal terengganu tunggu next episode
:)