29.4.15

aglio olio

simple aglio olio yang pernah satu ketika tiap-tiap malam kena masak untuk YB Umar kita
memang sampai satu tahap muak-boring yang amat dah dengan aglio olio ni
(tapi kalau ke WonderMilk menu yang dipesan aglio olio jugak kihkihkih)

umar dulu memang tak makan nasi
jarang sangat-sangat dia makan nasi
tapi dua-tiga menjak ni dah boleh makan nasi dah
kadang-kadang dah nak tidur pun mintak nasi lagi
nasiblah ada lebihan nasi dan lauk
kalau tak memang pengsan malam-malam buta kena berperang kat dapur

jadinya kalau dulu umar request nak makan mee atau spagetti
(segala bentuk yg panjang-panjang adalah mee. spagetti pun mee)
saya akan masak aglio olio ni je
kalau rajin sikit dan ada bahan yang cukup saya akan buat cabonara atau bolognese
kalau tak cukup sekadar mix herbs, tomato ceri, hotdog tu je

ok kita terus ke resepi aglio olia paling simple-senang-mudah-lelaki bujang first time nak masak pun boleh buat ni-kihkihkih

Bahan-bahan
1/2 paket spagetti
2 hingga 3 batang hotdog dipotong nipis-nipis
5 biji tomato ceri dipotong dua 
(tomato biasa pun boleh, potong 4)
mix herbs untuk pasta (atau serbuk oregano dan parsley pun boleh)
2-3 ulas bawang putih
olive oil
garam, gula dan lada hitam secukup rasa

goreng hotdog yang dipotong tadi sampai garing. letak tepi
rebus spagetti dengan sedikit olive oil. letak tepi
tumis bawang putih hingga naik bau. hati-hati jangan sampai hangus.
masukkan mix herbs dan tumis hingga agak2 herbs tu dah masak
masukkan tomato dan hotdog. gaul hingga sebati.
perisakan dengan garam-gula-lada hitam
masukkan spagetti yang dah direbus tadi dan sedikit air rebusan spagetti
gaul hingga spagetti disaluti dengan bahan tumisan tadi
rasa dan boleh dihidang.

mudahkan. kejap je nak buat ni.
bagi Fatimah minum susu biar dikenyang untuk elakkan gangguan ketika memasak
pasang rancangan tv kegemaran. biar dua orang askar ni tak kacau sepanjang proses memasak

itu je lah
macam lapar la pulakkan...

selamat mencuba
xoxo

24.4.15

jumaat datang lagi


salam Jumaat
hari ni jadual saya ialah meeting jam 11.30 dengan supervisor
lepas tu balik (on your dream nilam!!)
lepas tu settle kan hal-hal nak install ArcGis
lepas tu boleh balik (kot)
eh.....tak boleh balik lagi.....
lepas tu belajar la canne nak guna ArcGis tu
adoiii laaa....fikir nak balik je...teeheee :)

oh sebelum terlupa
saya teringat kata-kata sorang ustaz ni dalam rancangan Tanyalah Ustaz
antara waktu-waktu yang doa kita dimakbulkan ialah pada hari Jumaat
iaitu di penghujung Jumaat
dah petang dan nak Magrib (betulkan kalau saya silap k)
tapi sepanjang hari Jumaat ni doalah banyak-banyak
sambil makan ke...sambil basuh pinggan ke...sambil type blog ke
doalah...kuat-kuat ke...dalam hati ke...Allah dengar...
bestkan kalau Allah makbulkan terus doa kita seminit lepas kita berdoa :)

jangan lupa juga surah Al-Kahfi yer anak-anak
kalau rasa terbeban boleh baca sikit-sikit setiap kali solat
lama-lama kita akan terbiasa dengan ayat-ayat surah tu
pastu akan rasa macam lancar je bacaan kita
tiba-tiba macam dah habis satu surah...pastu rasa macam tak puas...
ok...boleh try nanti hehe

apa lagi ek
itu je lah kot
happy weekend semua
xoxo


23.4.15

Mek Fatimah


macam baru semalam terduduk kat parking lot hospital tahan sakit nak beranak
esok lusa Mek Fatimah kita ni dah nak masuk 8 bulan
betapa cepatnya masa berlalu
sedar-sedar esok Fatimah kahwin dah

just can't imagine me being a mother in law or even a grandmother :)
xoxo

soto moto


breakfast kita hari ni soto yang dibeli di kedai soto seksyen 8, shah alam
ada sesiapa yang pernah makan sini?
yang paling saya suka ialah pilihan kuih muih
pilihan makanan berat macam nasi lemak-nasi kerabu-nasi goreng-mee goreng tu saya tak minat sangat
oh...rati canai dia pun sedap...cicah dengan kuah kari yang sedap..memang sedap
saya kalau datang sini samaada makan kuih sahaja atau roti canai atau soto begedil lebih
(kalau soto begedil lebih seketul canni harga RM5 tak termasuk gst)

yang bahayanya pergi kedai soto ni kalau bawa budak kecik
kat sebelah kedai soto ni ada kedai runcit yang ada macam2 jenis bola bergantungan depan kedai
pandai tau tarik perhatian budak-budak...Umar dah la pantang nampak bola mesti nak
tak saya tak beli pun kikikiki

ok lah
perut dah buncit kenyang
marilah kita memulakan kerja kita untuk hari ni
xoxo

22.4.15

untuk kesihatan lebih baik



laptop telah selamat dibaik pulih
selepas sekian lama menjadi sarang virus-virus cinta perosak
lama sangat-sangat tak format laptop ni
kali terakhir saya rasa masa tengah study master dulu kot


dah lepas format ni
macam sayang pulak nak tukar laptop baru kikiki
saya format kat Plaza Alam Central, Shah Alam semalam
dia cakap boleh siap dalam masa 3 jam
tapi semalam saya hantar dah lewat..jadi hari ni pukul 10 baru saya collect


pekerja tu cakap untuk kesihatan laptop yang sentiasa baik
jangan amalkan laptop kita dalam keadaan sleep
sebab bila dia sleep hardisc masih berjalan
bila masih berjalan kipas ke apa ntah (tak ingat) akan tetap bergerak
bila bergerak lama-lama akan rosakkan hardisc kita
ok faham ke? teeheee


jadi dengan kesihatan laptop yang lebih baik ni
harapnya makin rajin lah kita saya study yer hehe


ok
sekian laporan kehidupan untuk separuh hari ni
penat dah..dan lapar...dari semalam tak makan
saya lunch dulu k
xoxo

21.4.15

fasa blur

IMG_7630

pernah tak korang rasa macam blur
macam tak tahu nak buat apa
(tapi sebenarnya banyak gila benda kena buat)
datang lab pandang laptop…blur…apa yang kena buat ni

haa
pernah tak??

itu yang saya rasa minggu lepas
kerja yang berjalan sikit sangat-sangat
adoiii laaa

macam mana ni
harap minggu momentum tu datang balik
jangan blur blur sangat lah
date line dah dekat

jia you!!!

15.4.15

the journey

video


journey to the school
melalui highway federal yang sudah terkenal dengan kemacetan yang tidak pernah berpenghujung
ececewah… :p

tapi macam tu lah rutin saya tiap hari
kadang-kadang datang rasa “aaarrrggghhhhh….malasnya pergi UM!!! nak duk rumah je lahhhh”
tapi kalau tak ke UM dan stay kat rumah
jawabnya memang buku tak sentuh..laptop takkan di on.
sama ada akan ber-instagram atau buat kerja-kerja rumah yang juga tidak berpenghujung T_T

jadi nak tak nak kena lah juga merajinkan diri ke UM

federal highway sekarang dah tak ada lorong tunai dah
semua dah elektronik
sama ada nak guna touch&go atau smart tag
ok laa…ingatkan semakin lancar la perjalanan
tapi macam samaaaaaaaaaaaaaaaaa je kikikikiki

makanya
saya bukan boleh tahan duk mengekor je slow motion macam kura-kura
jadi saya suka guna lorong paling kiri
sebab lorong paling kanan tersangatlah slownya
(padahal sepatutnya lorong kananlah paling laju. terbalik)
jadi untuk cepat sampai (kononnya)
kita kena pandai menyelit dan prihatin lorong mana yang paling laju pergerakan keretanya
ececececece….bajet je kan :p

tapi menyelit menyelitlah juga
sila lah menyelit dengan penuh bersopan santun yer anak-anak
jaga hati pemandu yang lain kikikiki
tak kira kita bawa kereta besor ke kecil ke
pandai-pandailah yer

harap-harap bila lrt dah siap nanti
kadar kesesekan lalu lintas kat malaysia ni berkuranglah
saya pun kalau ada pilihan memang saya akan naik public transport
walaupun kena naik komuter ktm dari shah alam ke kl sentral
pastu tukar naik putra lrt ke stesen UM pastu naik bus rapid kl ke um
fuuuhhhh….mencabar betul…
saya tak kisah asalkan sistemnya ok..
takde kes kelewatan ke apa ke

jaid macam tu lah kisahnya
saya baru je sampai kat UM ni sebenarnya
penat…rehat jap :p


keberadaan Aboh


sejak en.MM cuti ni,
satu jenis sikap yang saya perasan kat Mek Fatimah yang kadang-kadang boleh buat saya naik hot yang hot hot betul. tapi mummy please please bawak bersabor yer.

yer. saya memang banyak bersabor sejak ada dua orang askar dalam rumah ni.

Mek Fatimah ni kan, bila dia berdua jer dengan Aboh dia akan ok je.
tak ada pulak nak buat nangis-nangis ke apa kan.
ok je. Aboh pun dengan senang hati-relex nya menjaga satu hari

bila je saya balik
dan dia dan perasan keberadaan saya dalam rumah tu
mulalah dia akan buat menangis…menangis yang macam kita dera dia atau buat sakit sakit kat dia
sungguh-sungguh betul dia nangis
nangis nak saya ambil dia…dukung dia…
adoiii la Mek Fatimah
mummy dah banyak kerja nak buat
kalau kena duk melayan awok je memang satu kerja tak jalan la jawabnya

haaa…camtu la dua tiga minggu sejak Aboh dia balik ni

tapi dua tiga hari dalam minggu ni
saya rasa Fatimah dah ok sikit
takde nak nangis-nangis dah
saya pun boleh memasak dengan tenangnya kikikiki
apa-apa pun Mummy tetap saya awok yer, Mek Fatimah good girl :)

IMG_8060[1] 
budak 7 bulan :)

13.4.15

paling last

kawan saya di lab ada tanya
kenapa saya dah tak update blog?
huuu….
nak je saya update tiap hari…
banyak je gambar2 yang nak saya share kat sini
tapi selalu je tangguh tangguh
sekarang cerita pasal jalan-jalan kat melbourne hari dah tertangguh setahun
apa nak jadi?

mummy sokmo kata
kita…kalau nak buat sesuatu benda tu kena buat selalu (baca: sekarang)
jangan duk main tangguh sokmo
dok jadi bende r gitu
-_-“

jadi sementara masih belum terlupa ni
saya nak cerita sikit pasal majlis perkahwinan adik saya yang last
yang bongsu
orang Terengganu kata “nge-lah doh ni…lepah ni takdok doh…settle r…boleh relex”
hehe…pahang ke dok ni belaka? :)

(ok.internet di lab sangatlah slow…ni tgh tunggu email loading inbox ni)

adik saya, Tg. Emelia..adik yang bongsu
dulu kecik-kecik dia lah yang bongsu
tak boleh basuh pinggan..tak boleh sapu sampah..
tak boleh itu…tak boleh ini…
maklumlah adik bongsu
searang bila dah besar ni terbalik plak. dia plak yang macam yang sulong.
dia lah yang buat itu. buat ini. tolong itu. tolong ini.
kami adik beradik selalu cakap emy ni macam cinderella.
tapi saya bukan kakak tiri yang kejam tau. kikikiki.

bila ada yang nak kahwin. tak kira lah adik sendiri atau saudara-mara.
adalah peluang saya untuk balik Terengganu. bestnya. awal-awal lagi dah tanda dalam kalendar.

IMG_6750
balik kali ini bertiga je dengan Umar dan Fatimah.
eh tak. berenam. dengan kakak dan 2 anak saudara.
naik flight dan ini kali pertama Mek Fatimah kita naik flight. risau juga saya. kot-kot lah meragam ke apa kan.
tapi Alhamdulillah. Fatimah ok sangat-sangat. orang kat sebelah saya pulak yang berdebor semacam.
45 minit penerbangan balik Terengganu, dia berzikir je. :)
Umar pulak. jangan cakap. paling excited la. selama ni duk tengok Dusty dalam movie Plane tu je.

sampai je Terengganu, apa lagi marilah kita cari makanan Ternegganu.
pasta pizza kfc McD sudah tidak ku pandang lagi. nyah kau dari dalam kamus hidup ku. ececeecece
IMG_6813 IMG_6815
paling lama tak makan sate ikan ni
kalau dulu masa sekolah-sekolah selalu juga beli ni. seposen satu je dulu.
sekarang beli 2ringgit baru dapat 6 cucuk. :(
semua benda dah naik harga. hukhukhuk

ok.
sehari sebelum majlis. mummy dah mak saudara adakan majlis doa selamat.
gabungan doa selamat untuk 2 orang sepupu yang akan melahirkan baby tak lama lagi.
doa selamat untuk anak sepupu yang akan menduduki final exam A-level
doa selamat untuk anak sepupu yang akan spm tak lama lagi
dan doa selamat untuk kelancaran majlis adik esok dan lusanya.
Alhamdulillah. segalanya berjalan lancar. :)

IMG_6856 IMG_6894
budak-budak bandar yang tak pernah tengok the real fish. kesian :p

so, the day is come.
emi dinikahkan di Masjid Kristal. Tempat yang sama saya dinikahkan dengan encik MM dulu
oh sangat emotional bila teringat balik hahaha
untuk majlis akad nikah ni, tak ada gambar sangat
sebab mek fatimah dan YB umar kita tidur pulak. Jadi saya dan en.MM terpaksa take turn nak jaga.
adoiiilaaa anak-anak… –_-“

IMG_6963 IMG_6964 IMG_6971 IMG_6973 IMG_6974 

ceritanya bermula sejak majlis kakak saya di Penang beberapa tahun lepas
masa tu Megat nampak emi dan terus jatuh cinta pandang pertama ecececece
dan Megat adalah bff kepada abang ipar saya
jodoh tu pelikkan…kita duk round satu dunia mencari
sekali Allah nak bagi yang sebelah dengan kita je :)

untuk majlis persandingan
tema untuk keluarga ialah warna oren. jadi semua orang wajib pakai oren.
petang selepas majlis akad nikah ada  dulu. tapi saya tak pergi. sebab tugas saya bahagian video.
bajet macam pandai sangat je. padahal buat video slide gambar tu je pun.
yang bestnya. saya dah berpakat dengan adik yang kini berada di UK untuk buat video ucapan.
jadi nanti boleh selitkan dalam video slide gambar tadi.
sekali bila pasang video ucapan tu. satu dewan bersedih hati. kikikikiki misi berjaya!!

IMG_7062
with the famous satu entero Terengganu sampai ke istana, Kak Rina pembuat cake yang famous dengan nama CantekSekali. sesiapa kalau nak rasa red velvet paling sedap di dunia boleh tempah dengan kak rina. dia juga yang buatkan wedding cake saya dulu. go check out her instagram @canteksekali :)
IMG_7072 
the VVIPs dan tulang belakang bukan sahaja untuk majlis ni tapi semua majlis perkahwinan saudara-mara yang lain. tiada yang lain cuma keluarga Hajjah Wan Zainab dan Haji Abdullah. bestnya kalau arwah Wan dan Ki sempat tengok majlis kahwin cucu-cucu :(
IMG_7073 
missing adik in the photo. :( dan anak-anak ketiduran lagi……. –__-“

sepanjang majlis hari tu
sempat juga saya jumpa kawan-kawan lama
kalau jumpa memang tak habis borak
thank you Azura Liyana, Nadirah, Nina, Tg. Farah sebab sudi datang
IMG_7060 IMG_7075  
IMG_7076
my PhD partner in the family, Diana. kalau jumpa mesti tanya update tesis. hahahaha. mesti diyana stress. :p
IMG_7121 
IMG_7123

maka berakhir sudah majlis perkahwinan Emy dan Megat
semoga bahagia sentiasa sampai bila-bila
cepat-cepat tambah geng untuk Darin, Umar, Aiman, Uwais, Umaiza dan Fatimah

:)