Wednesday, April 29

aglio olio

simple aglio olio yang pernah satu ketika tiap-tiap malam kena masak untuk YB Umar kita
memang sampai satu tahap muak-boring yang amat dah dengan aglio olio ni
(tapi kalau ke WonderMilk menu yang dipesan aglio olio jugak kihkihkih)

umar dulu memang tak makan nasi
jarang sangat-sangat dia makan nasi
tapi dua-tiga menjak ni dah boleh makan nasi dah
kadang-kadang dah nak tidur pun mintak nasi lagi
nasiblah ada lebihan nasi dan lauk
kalau tak memang pengsan malam-malam buta kena berperang kat dapur

jadinya kalau dulu umar request nak makan mee atau spagetti
(segala bentuk yg panjang-panjang adalah mee. spagetti pun mee)
saya akan masak aglio olio ni je
kalau rajin sikit dan ada bahan yang cukup saya akan buat cabonara atau bolognese
kalau tak cukup sekadar mix herbs, tomato ceri, hotdog tu je

ok kita terus ke resepi aglio olia paling simple-senang-mudah-lelaki bujang first time nak masak pun boleh buat ni-kihkihkih

Bahan-bahan
1/2 paket spagetti
2 hingga 3 batang hotdog dipotong nipis-nipis
5 biji tomato ceri dipotong dua 
(tomato biasa pun boleh, potong 4)
mix herbs untuk pasta (atau serbuk oregano dan parsley pun boleh)
2-3 ulas bawang putih
olive oil
garam, gula dan lada hitam secukup rasa

goreng hotdog yang dipotong tadi sampai garing. letak tepi
rebus spagetti dengan sedikit olive oil. letak tepi
tumis bawang putih hingga naik bau. hati-hati jangan sampai hangus.
masukkan mix herbs dan tumis hingga agak2 herbs tu dah masak
masukkan tomato dan hotdog. gaul hingga sebati.
perisakan dengan garam-gula-lada hitam
masukkan spagetti yang dah direbus tadi dan sedikit air rebusan spagetti
gaul hingga spagetti disaluti dengan bahan tumisan tadi
rasa dan boleh dihidang.

mudahkan. kejap je nak buat ni.
bagi Fatimah minum susu biar dikenyang untuk elakkan gangguan ketika memasak
pasang rancangan tv kegemaran. biar dua orang askar ni tak kacau sepanjang proses memasak

itu je lah
macam lapar la pulakkan...

selamat mencuba
xoxo

No comments: