Tuesday, May 5

kali ke 31




tiga puluh satu tahun
masa sekolah dulu-dulu
selalu fikir
akan apa terjadi kat saya masa umur 30an
sebab masa tu tengok cousin-cousin yang berumur 30an semua dah habis belajar kat universiti
semua dah kerja besar...dah kahwin...dah ada anak...
so saya fikir masa saya berumur 30an
mungkin saya pun dah habis belajar (hakikatnya masih belajar...hmmm boriingg)
mungkin juga saya dah kerja sebagai doktor (sebab masa tu fikir nak jadi doktor je...)
dan saya fikir masa tu saya dah kahwin ke belum ek...ada ke orang nak ke saya?

jadi selepas 31 tahun ni
ada impian-angan angan saya yang dah tercapai
dan masih ada lagi yang belum tercapai
cita-cita jangka pendek pun belum tercapai lagi 
takpe...slow slow....Allah bagi esok lusa kot...amin..amin

untuk kali ke 31 ni
semoga sentiasa dimurahkan rezeki..walau dari arah mana sekali pun
semoga sentiasa dilindungi Allah swt walau di mana saya berada
semoga diampunkan dosa-dosa selama ni
semoga segala amalan diterima
semoga sihat sentiasa
semoga...............berapa banyak semoga ntah? kikikiki

oh ye
semoga dapat kerja cepat-cepat so that boleh bayar hutang ptptn dan hutang rumah
semoga dilembutkan hati Puan Sabariah untuk memberikan segala data untuk tesis saya
semoga dapat siapkan tesis dalam masa 3 tahun ni
amin amin....

itu je la yang saya minta tiap-tiap hari tak kira masa
semoga doa saya dimakbulkan Allah swt
amin.... :)




nota kecil: di kala 30an ni 
boleh tak kalau saya nak birthday party kecil-kecilan
dan semua orang wajib bawa hadiah kecil-kecilan
sebab masa kecil-kecilan dulu tak pernah merasa birthday parteyy heheh

3 comments:

Anonymous said...

happy bdayyyyy akk ><

sapphire said...

thanks :)

LaDy DeLLaZ said...

kalo wt bday party nnt jgn lupa jemput.. ;)