29.11.12

Tumis air petola


Bahan-bahan:
1 batang petola
1 ikat soun - direndam dalam air
2-3 biji cili padi
sedikit udang kering
bawang merah, bawang putih, halia - dikisar
minyak untuk menumis
2 gelas air
garam, gula dan lada hitam secukupnya

Cara-cara:
panaskan minyak dan tumis bawang dan halia yang telah dikisar
masukkan udang kering
tumis sebentar
masukkan air dan tunggu hingga menggelegak
bila dah menggelegak, masukkan petola, cili padi dan soun
masukkan garam, gula dan lada hitam secukup rasa


lauk bujang telah sedia untuk dihidang
cubalah yer!!

:)

26.11.12

diwali


saya tak pernah ke jamuan hari raya deepavali
tahun ni kali pertama 
ke rumah kawan sepejabat di Bukit Bandaraya, Shah Alam
disebabkan kawan ni seorang yang vegeterian
jadinya tak laa risau sangat kan

menu yang dihidang ialah nasi beriani vegeterian, thosai dan indian candy
paling sedap semestinya nasi beriani
dah la tengah mengidam nasi beriani...bersungguh-sungguh la saya makan malam tu
tak pandang kiri kanan dah 
sangat dasar kan??hihi :)

 

semalam plak
first time jugak saya makan thosai rawa
kalaulah saya tahu thosai rawa ni sedap
mesti saya tak order roti canai dah
hihi

rasa dia tak macam thosai biasa tu
sebab dia garing dan ada sayur, bawang
siapa yang tak pernah try kena cuba try test
mesti nak tambah 2 kali :p

nanti en.mm balik
nak bawak breakfast kat kedai Lotus, Jalan Gasing ni

bye.

23.11.12

Lepat pisang


percubaan pertama
lepat pisang versi terlebih pisang la pulak
tapi rasa yummm yummsss tau :)

resepi saya tiru dari blog Dapur Tanpa Sempadan

Bahan-bahan:
700 gram pisang emas, buang kulitnya (saya buat sesikat pisang)
70 gram gula melaka, hiris halus (saya guna separuh dari sekeping gula melaka)
1 cawan kelapa parut putih (pilih kelapa berkulit basah)
3/4 camca teh baking powder
1 cawan + 2 camca besar tepung gandum
Secubit garam
Daun pisang secukupnya, dilayur dan potong pada saiz yang sesuai


Cara-cara:
Lecek pisang tadi bersama gula melaka, sedikit garam dan baking powder hingga halus.
Masukkan kelapa dan gaul rata.
Tambah tepung sedikit demi sedikit sambil digaul hingga rata dan tepung habis. Ketepikan sebentar.
Panaskan kukusan. Ambil sehelai daun pisang yang telah disiapkan awal tadi.
Letak 2 camca besar adunan di tengah2 daun pisang dan ratakan.
Bungkus seperti biasa anda membentuk lepat pisang. Buat hingga siap dan kukus atas air menggelegak selama 20 minit. Sejukkan sebelum dihidangkan.
Menghasilkan 16 - 18 biji kuih bergantung pada saiz.

kalau kat Terengganu tak payah nak bersusah payah layur daun pisang segala ni
ada je gerai-gerai yang jual kuih kuih tardisional ni
yang biasa saya pergi kat Gong Kapas dan satu lagi kat Jalan Sultan Sulaiman
macam-macam jenis ada..kita cuma pilih dan bayar

kalau saya duk Terengganu skang mesti tak akan try buat lepat pisang ni
tapi disebabkan sekarangkan berada di perantauan ecehsss
mengiam punya pasal...kuatkan juga semangat melecek pisang hihi

kepada yang belum mencuba
selamat mencuba
bye
:)!

22.11.12

kombinasi

seminggu yang lepas
saya cuti satu minggu terus
cuma ambil cuti 2 hari
lagi tiga hari kolej bagi cuti
deepavali & awal muharram

sepanjang satu minggu menjadi suri rumah sepenuh masa 
pening jugak laa nak masak apa 
dan hey sape kata jadi suri rumah tak busy
busy sangat tahu..hihi
nak nak kalau ada anak kecik dan comey eh? :)


selalunya
kalau saya masak
menu mesti ada satu kombinasi yang betul
contoh:
atau
kuah singgang + ikan goreng + budu atau belacan
atau
kari daging/ikan/ayam + sambal belacan + ikan kering
atau
atau apa lagi eh?


boleh jadi gemuk saya kalau ada lauk-lauk ni semua
mesti bertambah dua kali hihi

 
jadi
salah satu kombinasi menu yang terfikir nak masak minggu lepas ialah
daging masak merah makan dengan kuah sayur lemak dan nak bagi rasa masin-masin sikit goreng la ikan kering 2 3 ekor 
yumsss :)

resepi untuk sayur lemak boleh ikut link kat atas
hari ni saya bagi resepi untuk daging masak merah je k

Bahan-bahan:
daging - direbus dengan asam keping
bawang putih, bawang merah, halia - dikisar
cili giling 
sos tomato
sos cili
bawang besar - dimayang
garam dan gula
minyak 

Cara-cara:
bila air rebusan daging tadi hampir kering
masukkan minyak, bawang kisar, cili giling
biarkan hingga hampir kering
dah hampir kering masukkan sos tomato, sos cili, bawang besar dan garam & gula

siap!!

boleh la buat menu untuk berbuka puasa hari ni


21.11.12

tuesday things

 1. sebab sejak mengandungkan Umar lagi teringinkan sushi. Baru semalam terlaksana hajat dihati. No wonder Umar suka sangat main air liur skang. 

 2. Terjumpa satu kedai yang comel ni. ada barang-barang yang comel. kasut yang super comel tapi tak ada saiz untuk kaki saya yang comel ni. -_-"

 mini monthly organizer. kecik je. sesuai letak dalam purse atau handbag. Harga: cuma RM6. Kedai ni terletak di Jaya One, PJ. Sebelah je dengan kedai mamak sederet dengan Sushi King. 
Terang lagi bersuluh tak? hihi :)

3. Dan ini budak tak nak tidur satu hari semalam.

20.11.12

ali cafe tiga rasa


sebab dah lama sangat terliur dengan gambar-gambar yang Hanis Zalikha upload
time bulan puasa hari tu
time saya dalam pantang
yang menu tiap hari cuma ikan haruan 
empat puluh hari
siapalah yang tak terliur kan

jadi baru ni
sempat la saya singgah makan tengahari kat sini
tak ramai orang pun

ada banyak jenis siakap
dan yang saya pilih siakap tomyam ni
tomyam dia........sedapdapdap :)
ada rasa pedas kadang-kadang manis kadang-kadang pedas balik
macam tu lah kira-kiranya

dan jangan lupa order Hokaido Cake sekali ye
ada tiga perisa: vanila, chocolate, coffee
dia punya rupa bentuk sama macam Japanese Cheese Cake
saya rasa cara nak buat pun sama
jadi kalau dapat buat kat rumah sendiri lagi bagus
boleh makan banyak-banyak sampai rasa nak pergi jepun skang jugak
tak ada kaitan

sekarang Ali cafe tengah buat promosi
set untuk 4 orang makan cuma RM60 *kalau tak silap*
menu: ikan siakap, ayam goreng rempah, sayur kailan, telur dadar, nasi dan air 1 jug 
not bad kan? ok la kot
Hokaido cake tadi  berharga RM3
kalau beli 6 biji dapat RM15 

jadi......
ok tu je lah
bye.
:)

19.11.12

random


yeay!! Monday!!

:)

17.11.12

daging goreng kunyit


gambar yang tak nampak sangatkan 
lauk apakah ini?


resepi terakhir untuk hari ini ialah daging goreng kunyit
semestinya ala nilam :)


kita terus ke bahan-bahannya yer kawan-kawan


Bahan-bahan:
daging - direbus bersama asam keping
kacang panjang
bawang - dikisar
bawang besar - dimayang halus
cili padi - dihiris serong
serbuk kunyit - dalam setengah sudu kecil
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:
bila daging yang direbus tadi hampir nak kering airnya
masukkan minyak, bawang kisar, kunyit
kacau biar sekata dan biarkan seketika
tunggu hingga air rebusan kering sikit
masukkan kacang panjang, cili padi dan bawang besar
akhir sekali garam dan gula 

selamat mencuba!

:)


abc

kadang-kadang saya ada satu perasan
saya nak Umar cepat-cepat besar
boleh bawa jalan-jalan naik basikal dekat Bukit Cerakah
bawa main ombak kat Pantai Pandak
temankan saya makan Mc D bila en.mm is not around *sigh*



kadang-kadang perasaan tu boleh terbawa
sampai Umar dah besar panjang
dan ada girlfriend
dan tunangan
dan isteri
erk...? saya ada menantu??
over lah awak ni ^^!



oh noooo
saya jadi ibu mentua?
Ya Allah...
macam mana lah rupa saya waktu tu nanti
ibu mertua yang hot? yang garang? yang baik? yang macam dalam filem p.ramlee?
oh nooo



ok
sebenarnya
saya macam tak sabar nak tunggu Umar satu tahun
dan buat party harijadi
semua yang baca entry ni dijemput hadir ye hihi
*berangan*



jadi
satu hari saya beli acuan ABC ni
sebenarnya untuk buat biskut
tapi sukahatikitalahkan
saya guna untuk terap sayur :D



dan
dan
dan


tadaaaa
budak kecik mesti sukakan??
mak budak dengan ayah budak dengan kakak budak dengan mokcik budak pun suka rasanya :)
saya yang bertungkus lumus buat pun suka sangat dengan hasilnya

resepi saya ambil dari My Resepi
cuma untuk bahan agar-agar tu saya tak masukkan koko
saya masukkan sedikit pewarna merah dan esen rose


aaa
tak sabar!! tak sabar!! tak sabar!! :)


bye.


sayur campur


saya namakan resepi untuk hari ni ialah
sayur campursukahatinakletakbahanapayangterjumpadalampetiais

jangan yang sesak nafas yer.. :)

rasanya ramai yang dah biasa masak resepi ni
tapi saya letak juga la eh
kot kot ada yang baru berjinak-jinak masuk dapur macam saya ni :)

Bahan-bahan:
kacang buncis - dipotong serong
lobak merah - dipotong nipis nipis
tomato - dipotong empat
sebiji telur 
sedikit ikan bilis atau udang kering
sedikit lada hitam
bawang merah dan putih dikisar
garam dan gula secukup rasa
minyak 

Cara-cara:
panaskan minyak dan tumis bawang hingga naik bau
masukkan ikan bilis - goreng sebentar
masukkan sayur yang keras dahulu; lobak merah 
kemudian masukkan kacang buncis dan tomato
masukkan telur
kacau hingga telur hancur dan kering
masukkan garam, gula dan lada hitam

siap
sedia untuk dihidang dengan nasi panas-panas 
tambah dengan ikan goreng panas-panas
tambah dengan sambal belacan atau lada kicap pun sedap jugak

harap tak ada perut yang buncit

selamatlah ye
bye!
:)

7.11.12

tuesday things



semalam first time saya keluar jalan-jalan berdua dengan umar
jalan-jalan cari makan je pun..kat sunway pyramid
tak adalah mendebarkan sangat rupanya
umar pun baik je duduk dalam stroller

dia suka la boleh tengok lampu-lampu
tapi yang saya perasan, umar tak suka bising-bising
kadang-kadang ada kedai yang pasang lagu kuat-kuat tu kan
jadi untuk tak nak umar meragam, sila jangan masuk kedai macam tu

cumanya saya tak berani lagi nak turun naik guna escalator
naik lift je la. walaupun nak kena tunggu lift sampai tu punya la lama.

ok.
tu je lah.
boiboi

:)
 


5.11.12

terbang


awak suka atau tak
masa tu akan tiba jugak
dan mereka dah selamat sampai di Southampton pagi semalam

tinggallah saya berdua dengan Umar
eh bertiga dengan cik emi
no no berempat dengan mokcik rock -_-"
eh silap..masih ada family di semenyih


kali ni perasaan berada di klia tak seperti selalu
kosong...kosong...kosong
redha kot? 






December please come faster than usual
please..........

2.11.12

idaman


keinginan-keinginan biasa. sebab saya orang biasa-biasa. ada kaitan?

sofa merah kecil dan comel untuk bilik tidur saya | good book - buku apa yang seangkatan dengan tulisan Dan Brown? | basikal yang ada raga kat depan pastu bawa round-round tasik shah alam dengan Umar dan en.MM | berdating dengan en.MM di kedai kopi bintang | makanan jepun tapi bukan yang jenis mentah sebab tekak saya tak boleh nak terima | instax hello kitty | mahu mahu mahu semuanya

kbai.

1.11.12

on the way


tinggal lagi lebih kurang satu bulan setengah
untuk berjumpa semula dengan buah hati, en.mm :)

yupss
bila seminggu pertama en.mm kerja
rasa macam ... kenapa lambat jer masa berjalan ni
dan sampai hari ini, umar masih tidur berselimutkan baju abahnya
sekarang tambah tolak tinggal enam minggu je lagi
yeayyy!!!


Happy November everyone
:)