Tuesday, November 20, 2012

ali cafe tiga rasa


sebab dah lama sangat terliur dengan gambar-gambar yang Hanis Zalikha upload
time bulan puasa hari tu
time saya dalam pantang
yang menu tiap hari cuma ikan haruan 
empat puluh hari
siapalah yang tak terliur kan

jadi baru ni
sempat la saya singgah makan tengahari kat sini
tak ramai orang pun

ada banyak jenis siakap
dan yang saya pilih siakap tomyam ni
tomyam dia........sedapdapdap :)
ada rasa pedas kadang-kadang manis kadang-kadang pedas balik
macam tu lah kira-kiranya

dan jangan lupa order Hokaido Cake sekali ye
ada tiga perisa: vanila, chocolate, coffee
dia punya rupa bentuk sama macam Japanese Cheese Cake
saya rasa cara nak buat pun sama
jadi kalau dapat buat kat rumah sendiri lagi bagus
boleh makan banyak-banyak sampai rasa nak pergi jepun skang jugak
tak ada kaitan

sekarang Ali cafe tengah buat promosi
set untuk 4 orang makan cuma RM60 *kalau tak silap*
menu: ikan siakap, ayam goreng rempah, sayur kailan, telur dadar, nasi dan air 1 jug 
not bad kan? ok la kot
Hokaido cake tadi  berharga RM3
kalau beli 6 biji dapat RM15 

jadi......
ok tu je lah
bye.
:)

3 comments:

hu[d]etx said...

Salam Nilam.

Hai Umar comel!


Sedapnya siakap.
Ada siakap dalam peti.
Nanti nak buat siakap tomyam jugak la.

Eh. Kalau promo 60 untuk 4 orang berbaloinya....


Hihi.


Kita pun ex UKM.
budak stats. *tetiba*

Tapi sekarang skrol simpan dalam laci. Jadi mak budak di rumah.


Eh. Banyaknya komen.
Dah lama folo baru nak komen.


Hihi.

-Huda-

Erina Asmawani said...

Aaa..terliur jugak masa Hamis Jalika buat entry pasal restoran ni. Nak pergi lahh nnti..terliur nengok.

Terliur nengok Umar jugak. Nyumm! Nak geget pipi buleh? Heheh

sapphire said...

Huda: hihi...jadi surirumah kerja gak tu..lagi mahal "gaji"nya..saya kalau boleh nak jadi suri rumah jugak... :) nnt try la buat..pastu share gambar eh :)

Ena: hanis memang pandai bab bab promosi ni..sila geget ikan siakap tomyam ye..pipi umar no no hihi :p