Friday, July 29

harimaumau

DSCN9749 DSCN9755 DSCN9758

al-kisahnya
pulang dari stadium semalam dengan kecewa hik
sepanjang penglibatan saya dalam arena menonton bola di stadium [apakah], tak pernah lagi team yang saya sokong tak menang. semua menang. kelantan vs terengganu. malaysia vs taipei. menang.
tapi tak apa lah. [harap tak ada yang comment baru tengok dua kali nk kecoh. mcm mkn durian pun nak kecoh?]

kata orang: macam kita jer lah nak perlawanan semalam menang. mereka-mereka yang duk kejar-kejar bola kat tengah padang tu 100 kali ganda nak menang. berat mata memandang. berat lagi bahu yang memikul.ececece.

[tapi kenapa saya nampak safee sali dan kfc jer yang bersungguh?]

apa apa pun. Malaysia tetap tanah tumpah darah ku ! bergema satu stadium bila lebih 85,000 lautan biru kuning nyanyi lagu Negaraku. :)

harimau-harimau ku selamat bersolat jumaat.

:)

Thursday, July 28

apam pam pam

DSC_3292-1 DSC_3294-1 DSC_3295-1 DSC_3304-1DSC_3306-1 
Rabu, 28 Julai 3050 – Sejumlah telur dinasour telah dijumpai di sebuah pangsapuri dekat Damansara pagi ini. Telur-telur ini dimiliki oleh sepasang suami isteri yang akan memasuki pasaran menjelang bulan puasa tidak lama lagi. Menurut saspek, telur-telur ini akan dijual dengan harga RM45 sebiji. Daripada kajian yang dijalankan oleh Unit Kajian Purba Universiti Kebangsaan Sapphire, telur ini adalah berasal daripada zaman 2011. Kesemua telur akan dipamerkan di Muzium Negara tidak lama lagi – Berita Sapphire

***
ini adalah percubaan pertama saya
macam tak berapa nak menjadi
tapi dah tahu apa masalahnya.
dan akan cuba lagi sekali sampai sempurna sifat dan rupa hingga mencapai ISO 4001

:)

Tuesday, July 26

2003/2006

 aeration tank-1
lawatan sambil belajar ke tangki pemprosesan air di Indah Water. majoring in environmental chemistry paling boring. sebab berapa kali sangatlah ada lawatan2 nih. 2 kali jer kot. satu lagi pun kat loji pemprosesan air .redha.
tiha n azma-1
geng satu course satu major. hihi. org panggil budak-budak kimia. dari kiri : azmah (soon to be Dr.Azmah), Teeha (cikgu paling bz), madam Sapphire (3 tahun lagi akan jadi Dr.Sapphire)
P2010070-1akibat minat sangat dengan drama My Girl dan Meteor Garden versi jepun. nota kuliah menjadi buku lukis-lukis. tengok dua drama tu je sebab bekalan setakat dua drama itu sahaja. huhu.
biomaths class (1)-1pukul gambar dalam dewan kuliah suatu kemestiankan. dan yang paling mesti posing mestilah nak macam tengah tekun belajar. hihi. P1060044
bestfriend selamanya, Anna. baru balik kelas Mandarin di tengahari Jumaat. xde org. jadi boleh la berpukul gambar di tepi-tepi jalan tanpa rasa segan. huhu. trend dulu-dulu bag besar gedabak mcm beg balik kampung. tudung dan baju dan kasut mcm biasa selalu jer tak match.


***

antara fasa perjalanan hidup saya yang dah masuk tahun ke 27
saya paling suka fasa study sebagai student undergrad
fasa free problem :)
pergi sekolah balik sekolah
buat assignment hantar assignment
pergi exam jawab exam
tiba-tiba jer dah nak kena pergi ambil jubah konvo hik

best eh kalau kita xde masalah
tapi kata orang rahmat itu datang daripada musibah yang berlaku
kalau xde masalah macam x normal la plak. kan?

fasa berstatus Puan pun saya suka gak !
rindu plak nk kencan dengan en.mm kat tempat hijau
:) :) :)

[agak-agaknya la kan. pernah ke kita terserempak kt ukm dulu en.mm?]

Monday, July 25

kini dibuka untuk tempahan

DSCN9702DSCN9705

saya kini mengambil tempahan Pavlova
cuma berharga RM75
tempahan di ambil sepanjang tahun
untuk kawasan Shah Alam dan sekitarnya
kalau kawan-kawan dari Terengganu yg berminat, tunggu saya balik Terengganu eh :)

kalau nak tempah cuma call 017-9846942 utk pengesahan tempahan

:) :) :)

Saturday, July 23

hujung minggu

DSCN9699DSCN9700

hujung minggu
hari macam nak hujan
mendung
angin sejuk sejuk macam kat cameron highland hik
durian raja kunyit rm22 sekilo
udang masak merah, ikan goreng, lada kicap
makan keropok keping cicah dengan kuah rojak betik ala mummy , teh o panas
sambil tunggu pavlova siap

nyaman terus :)

Thursday, July 21

duyam duyam

DSC01502DSC01498DSC01508DSC01509

masa kecik-kecik dulu. makanan kegemaran saya no satu ialah durian, kedua durian, ketiga durian dan keempat dan ke lima durian dan durian. berapa banyak durian nih? :)

bangun pagi , kalau tengah musim durian mesti cari “duyaam…..duyaam….!!”
biasalah budak kecik yang comel mesti pelat pun comel comel jer hehe *perasaan betul lah huuu*
kebetulan arwah Wan ada kebun duyam. jadi stock duyam kat rumah memang sentiasa ada r.

so semalam saya dan en.mm mulanya nak cari kedai print.
dah round satu ttdi, dalam pukul 830 kedai print dah tutup. kecewa betul. tak ttdi langsung kedai tutup awal.
pastu ke SS2. nasib baik ada kalau tak. memang nak kena bakar r semua….
dah lepas print round-round kejap terjumpa la deretan gerai duyamm duyaamm yang sungguh mencabar keimanan nafsu durian saya.

kitaorang makan 4 biji durian udang merah, 2 biji durian d24 dan 1 biji durian tekkah
semuanya manis. saya paling suka udang merah. makan sampai menjilat biji durian :)
buffet durian = rm15/seorang (rasanya dah balik modal dah)
makan sampai perut meletup
puas hati sangat

rasa macam nak pergi lagi jer hik (tamak haloba betul)

Wednesday, July 20

jempol fc

DSCN9450-1DSCN9463-1DSCN9466

apa apa pun saya harap harimau malaya menang.
ok. bak kata en.mm “jangan berangan tinggi2. mcm mat jenin..bukannya lawan jempol fc”
yer la..harimau harimau ku sekalian. buat yang terbaik mungkin.
xpe lah tak ramai penyokong pun.

dari dulu saya tertanya-tanya
kenapa orang boleh sokong chelsea dan bukan Man U atau bukan jempol fc?
apa yang korang pilih untuk sokong mana-mana team tu eh?
kalau zaman saya form 1 dulu. kawan saya sokong liverpool sebab owen tu hencem.
kepada penyokong lelaki kenapa eh?

DSCN9476-1 saya rasa macam nak gi tengok. tapi tak ada tiket.
sape ada tiket lebih? nak dua boleh? hiii
boleh la saya bawak en.mm skali pastu jerit2 sambil makan burger kosong harga rm5
atau. tiket untuk penyokong harimau bagi free saja laaa.
[suka hati jer kan]

ok bye.

Tuesday, July 19

bunga tanjung

 

    Floria 2011 – Roses Are Forever

tapi semua ros dah hampir layu

kalau pergi putrajaya mesti teringat “tempat hijau”

tempat kencan rasmi dolu dolu  sambil makan stroberisundae

:) :) :)

Monday, July 18

dak aina

DSCN9564DSCN9572DSCN9575

suka makan tauhu jepun

rumah baru cantik dan besar dan saya berkenan sungguh hihi

Friday, July 15

the notebook

  • saya suka blog nih. comel.
  • hari nih saya akan ke ukm lagi. untuk kali ke berapa kali ntah bulan nih.
  • sabtu nanti nak pergi pukul gambar kat Floria. harap bunga-bunga tak layu lagi.
  • ntah bila result So You Think You Can Style keluar.
  • selamat hari jumaat semua ! selamat berhujung minggu.
  • senyum senyum


Wednesday, July 13

dua tahun

DSCN7814

semalam balik rumah kejap. sebab nak ambil roadtax kereta.

kebetulan adam tak balik lagi. mummy dia pun ada sama.

tengah seronok seronok main motorbike pink dia tu..

mummy dia tanya

“mikaeel, how old are you?”

“two years old” sambil jari cuba buat mcm peace tapi tak jadi. jadi 3

mummy dia tanya lagi

“tomorrow i send you to school ok? you want or not?”

“no want. too small”

“you two years old already. you big enough”

“can…..” sambung main motorbike. ..

can pulak..mcm mcm lah adam mikaeel nih…

Tuesday, July 12

pop!


tadi singgah ikea untuk makan malam dengan en.mm
ikea pasang lagu-lagu dari film Music and Lyrics
antara film kesukaan saya
dan lagu yang paling saya suka selain Way Back into Love lagu POP! nih lah

terus rasa nak goyang goyang mcm Hugh Grant tu :p

Sunday, July 10

bubur

pernah saya cerita yang saya pernah kerja sambilan dekat Bakery Pusaneka UKM? 
nama lagi part time. berapa sangatlah dapat kan. kalau tak silap rm2.50 sejam kot. 
ok lah tu kan. :) makan free tiap-tiap hari. memang jimat.

masa degree, bakery nih lah yang jadi tempat persinggahan saya dan kawan saya, Anna sebelum balik ke kolej atas bukit tu. biasanya kalau tak makan roti mesti makan bubur dengan sup cendawan. tambah dengan ikan bilis, daun bawang, bawang goreng dan  kicap yang suka hati jer nak letak banyak mana pun. :) owh jangan lupa air grape atau milo ais. simple jer. tapi suka.... :)

kerja kat sini tak adalah susah sangat. cuma susun roti, lap meja, susun meja kerusi, basuh pinggan mangkuk dan lipat tisu. orang baru macam saya takleh buat roti lagi. kalau dah lama kerja baru boleh. :)

boss pun baik. Aunty & Uncle yang sporting abes. anak aunty pun baik jer. so kerja pun relex jer. setiap orang akan dapat gaji tiap hujung minggu. best kan? :)

kalau time cuti sem memang tak ramai orang sangat. awal sem time paling penuh. time nih kadang-kadang memang tak menang tangan. memang laku habis. 

ingat lagi. ada satu hari tu, bulan puasa, kolej saya jauh so kena naik bus. biasalah bus kat ukm mana nak tepat masa. balik kerja dah awal konon nak balik awal. aleh-aleh dah nak berbuka baru bus muncul. dah la penat balik kerja. lapar lagi. sedih jugak la makan kurma jer dalam bus. hik :D *masa nih tak ada kereta lagi*

saya sempat kerja kejap jer. sebab bila dah masuk lab. memang tak sempat. apa apa pun kerja kat bakery nih banyak bagi kenangan manis dan pengalaman yang memang takkan lupa sampai bila-bila. sape boleh lupa pegang gaji pertama dalam hidup kan? :)

Friday, July 8

hermoine


all grown up
saya tak tengok lagi Transformers3. KL Gangster pun. 
tak minat.
tapi saya tunggu Deathly Hallows 2
dan saya suka Emma Watson. 
cantik :)



Thursday, July 7

the most fofular students

DSCN9425-1DSCN9437-1

saya tak tengok Nora Elana.

sebab. yeah. mesti sama sahaja kan. sorry.

tapi saya boleh tengok Ghost, Kami, Destinasi Bajet, Dunia Baru, Buddy, Blogger boy dan saya tak boleh fikir dah lebih 67 kali.

 

sekarang saya layan Anissa sebab tak ada AFC, HBO, Star World atau baby tv sebab tak bercadang nak langgan astro.

 

tak tengok. tapi mengada ambil gambar macam peminat setia. tapi saya memang minat Azhar Sulaiman. dari cerita Impian lagi.. :)

 

“senyum…senyum….haa kan comel” – Min (Amy Mastura – Impian)

Tuesday, July 5

ai aishiteru


 

macam-macam benda yang boleh buatkan saya teringatkan encik adam mikaeel
bukan saya seorang sahaja. yang lain-lain pun. gaya macam dia saudara sedarah sedaging jer kan.
saya adik beradik panggil dia "adik kesayangan". hee.mengade tak?
"adam dengarlah tu kekgi kalau besor jangan buat buat tak kenal lak." - cik nang

contoh macam lagu ai aishiteru nih
ost sinetron Cinta Melody
jangan tak tahu., adam boleh ikut nyanyi sama tau lagi nih.
dari duk sibuk2 main motor pink dia. boleh stop kejap.

 lagu-lagu Hafiz pun sama
dari Nota Cinta sampailah ke Awan Nanonanonano~~~
tengok video kat bawah nih
pasang volume kuat kuat eh... :)

saya ambil dari sini


Sunday, July 3

cuba


Ada angin yang melintang
Ada halang yang terbentang
Setiap sudut itu dirasakan susah
Setiap satu itu dirasakan payah
Ada taufan yang menderu
Ada petir yang meluru
Setiap peluang dirasakan tipis
Setiap hela nafas dirasakan nipis
Pasti punya puncanya
Ada hikmahnya

Cuba kau berdoa
Cuba dan cuba kau meminta
Cuba ‘tuk berserah
Cuba dan cuba ‘tuk percaya
Ada awan kegelapan
Ada langit berlapisan
Setiap ramalan terasa bagai mendung
Setiap musim terasa bagai tengkujuh
Pasti punya puncanya
Ada hikmahnya
Cuba kau berdoa
Cuba dan cuba kau meminta
Cuba ‘tuk berserah
Cuba dan cuba ‘tuk percaya
Pada baris
Butir doa
Kau memohon
Kau berserah
Hanya
Pada
Dia Dia
Cuba
Cuba
Cuba
Cuba
Cuba kau berdoa
Cuba dan cuba kau meminta
Cuba ‘tuk berserah
Cuba dan cuba ‘tuk percaya
Cuba kau berdoa
Cuba dan cuba kau meminta
Cuba ‘tuk berserah
Cuba dan cuba ‘tuk percaya

Friday, July 1

projek sunggunh-sungguh

 

DSCN9385-1DSCN9393-1DSCN9396-1DSCN9406-1DSCN9407-2

pertama kali dalam hidup jejakkan kaki ke Muzium Negara

bayar rm2 dan boleh bawa masuk kamera cuma jangan guna lampu denyar

tapi bila masuk dalam tak banyak ambil gambar pun. sebab sibuk tengok/baca bahan sejarah.

macam baca buku sejarah sekolah menengah dulu jer

sape lagi yang tak pernah pergi Muzium Negara..?

 

saya dan encik.mm ingin menawarkan package pukul gambar sempena apa jua keraian hari kebesaran?, hari perkahwinan?, hari graduasi?, hari jadi?, hari cukur jambul?, hari model sambilan? dengan harga yang sangat berpatutan bergantung kepada bajet masing-masing.

kalau ada yang berminat, boleh email terus ke gemluve@gmail.com atau call 017-9846942/017-6909678

 

ini adalah projek sungguh – sungguh !

:)