Tuesday, May 27

something from my day

IMG_5307

  1. umar masuk taska lagi. kali ni betul-betul punya. hari ni dah masuk 2 minggu umar ke taska. mula start balik sejak awal bulan mei hari tu. tadi hantar macam dah ok sikit. nangis pun kejap je dah. harap esok lusa makin ok dan makin happy umar kat taska. Amin Amin. Kawan-kawan doakan Umar eh.
IMG_5317

2. Sejak bulan March dulu saya dah start ke fakulti untuk cari bahan. Untuk cari data untuk thesis. sebab tu umar saya kena hantar ke taska. kalau tak hari saya akan start pukul 11. iaitu selepas saya tidurkan umar. boleh tak, kadang-kadang saya rasa macam mementingkan diri sendiri plak. kesian umar kena hantar ke taska semata nak cari bahan untuk thesis. :( harap bila umar besar nanti, umar faham. bukannya mummy sengaja, tapi lebih kepada terpaksa. kalau boleh mummy nak bawa umar ke mana pun mummy pergi.

IMG_6308 3. awal bulan 5 baru ni juga saya sempat balik Terengganu. Teman adik yang ada kenduri kawan sekolah. sempat juga la melayan kehendak perut yang nak makan macam-macam ni. nasi lemak, nasi dagang, nasi minyak, laksam, kayu kamak, puding istana, kuih bakar mini, kepok lekor apa lagi?? hihi. umar pun suka sangat dapat main air pantai. sampai tak nak balik. best nya kalau dapat kerja kat terengganu. weekend boleh la picnic kat pantai sambil makan nasi lemak ke kepok lekor ke. hihi :)

IMG_6738 4. selain balik terengganu. sempat juga saya ke vietnam. heee. 2 malam 3 hari. memang best betul tengok kain kain cotton yang murah. kain chiffon. prada lace yang kalau dalam online harga mahu dekat setengah harga. tapi saya ke vietnam ni tak pergi melawat tempat bersejarah pun, cuma gi shopping je. lagi banyak bawa duit memang akan jadi lagi banyak shoppingnya. bahaya betul. tapi rasa nak pergi lagi. ada sesiapa yang nak pergi tak? saya nak ikut boleh? :)

IMG_6612 5. Bazaar ke tiga yang saya join. Kali ni di Red Bungalow. bersempena Anniversary Stellar. Bazaar kali saya rasa sangat merelex kan. rasa macam takde nak menjual sangat. tapi Alhamdulillah laku juga Fairytale Scarf. Thank you kepada yang dah beli. next bazaar bila plak? entah. kikiki

IMG_6428  6. Koleksi terbaru Fairytale Scarf. Bawal Parsley daripada kain bawal yang bermutu tinggi. dan semestinya tak jarang, tak perlu pakai inner neck. hihi. harga pun murah sangat. cuma RM12 (tak termasuk postage). kalau berminat boleh lah whatapps saya di 019-272-9678. kata laluan untuk harga kawan-kawan ialah: Pembaca blog. :)

IMG_6321 7. Ok lah. saya rasa tu je. nanti kalau sempat saya update lagi. thesis dah memanggil-manggil tu. bye.

Thursday, May 22

busana muslimah

pejam celik
pejam celik
dah nak masuk bulan puasa
kalau tak silap dah tak sampai 40 hari lagi dah

canne persiapan nak puasa?
puasa tahun lepas dah ganti ke belum? hihi

bila dah puasa
makanya dekat lah juga kita nak raya
(amboii belum pape dah nak raya haiiipppp) :p

tahun ni
theme colour awal-awal lagi en.MM dah cop dah
saya sebagai yang menurut perintah...turutkan aje.
asalkan ada baju yang cantik yang baru yang lain dari yang lain
untuk saya...tu dah cukup hihi

memandangkan tahun ni saya akan beraya dengan perut yang agak ke depan sikit
eheemmm...ehemmm... :)
jadinya macam terfikir-fikir dari awal bulan lagi
mana laaa nak cari baju untuk mereka yg berperut besor ni kikiki

sampai la saya click click ke satu website online shopping
yang saya rasa makin hari makin banyak pulak
kebetulan saya nak cari baju untuk wedding adik ipar hujung bulan ni
yang sempat saya click click baru-baru ni ialah Zalora

apa yang menarik minat saya ialah ada bahagian kaftan dan jubah
haaa...memang sesuai sangat la tu dengan saya hihi design by Rizalman plak tu
ish menggoda sungguh

tengok harga dia....dah jadi separuh harga
tengok pulak postage dia...free postage!!
(saya pantang betul kalau free postage ni heee)

kalau korang tak minat dengan kaftan atau jubah
nak lebih trendy
ada ramai lagi fashion designer yang top top yang designnya artis top je yang pakai
macam Jovian Mandagie, Hatta Dolmat, Rico Rinaldi atau Syaiful Baharin
dari baju kurung sampai la dress dress yang mengancam kolbu :)





saya rasa setakat ni
kalau nak dibanding dengan online shop yang lain
Zalora yang paling best dari segi harga dan semestinya fashion muslimah
yang simple dan masih tak keterlaluan
saya suka!! hihi

so kalau dah tak tahu nak cari baju raya kat mana nanti
atau macam "rajin" je nak menempuh lautan manusia di jualan murah
atau mungkin bz dengan kerja-kerja seharian
just click Busana Muslimah dan tadaaaaaa!!! esok posmen hantar depan pintu! :)

kalau cakap pasal shopping memang akan jadi panjang lebar ek entrnya kikiki
ok lah.
sambung study.
bye
:)