Friday, June 14

hadiah hari jadi

baru-baru ni
en.mm ada tanya nak apa untuk hadiah harijadi
dia ada cadangkan beberapa hadiah yg mungkin saya berminat
tapi kebanyakkannya macam benda yang dah ada
bukan ada la..tapi fungsinya macam nak sama
dan ada juga benda yang macam tak perlukan sangat
macam mesin jahit…
bila masa saya nak  menjahit ni..? *dalam hati*

lepas fikir-fikir
saya dah tahu dah nak hadiah apa
jeng…jeng…jeng…….hihi

so saya bagitau en.mm
kalau ada rumah sendiri nanti
saya nak dapur yang lengkap
mesti ada oven
mesti ada microwave
mesti ada mesin buat kuih
mesti ada petisejuk
mesti ada blender
mesti ada kitchen pantry
mesti ada itu
mesti ada ini
pastu ini pun mesti ada
eh itu pun mesti ada jugak
pastu en.mm pun pening dan pengsan time tu jugak
haha…..

over lah sangat kan :p

takde la
sebenarnya
kalau ada oven dan mesin buat kuih pun dah ok dah
peti sejuk wajib la kan
brand apa-apa pun tak kisah
atau apa-apa yang memudahkan saya masak-masak nanti la
senang sikit kalau en.mm nak order makan apa ni hihi :)

dapat bayangkan
bakal dapur saya nanti tak ada besar mana pun
tapi cukup la untuk saya seorang yang uruskan nanti
orang lain jangan nak masuk campur
bahagian dapur saya punya tau
en.mm ke umar ke adik umar ke boleh main jauh-jauh heee

pasal warna
en.mm dah cakap dia nak warna hitam
ok. saya tak kisah. asal cantik dan tak serabut.
dan bahan-bahan masak mesti tersusun rapi dan tak bersepah

angan-angannya
saya nak yang macam dalam gambar ni
saya tahu takkan dapat the exact the same kan
tapi kalau boleh nak dekat sama pun dah ok
so hadiah jadi boleh skip sampai 5 tahun la..
boleh macam tu en.mm? :D

1e898dfa878ed68bc5b5815dc4b1f3ad 2b65f9cd82ad44137da22b8308921001 3d0f1cc59e65453b925c69d665646cb6 25b93045356bf2d1e0e82f482c1fdc94 750e5b23d473a2fc2ec9806de3c8b50a 40058990b4635d1b1297740f3867f9a7 a720ac80b646426f8f1837b71e514833 c2d15fde1d6dbadd52d0a7c781ebf1f4 c56e869a2dab755bfbe565d7bc85a6bf cab019b32fa485ab010ec4ed7a3cf08e

cukup tinggi tak angan-angan saya?
semua gambar saya ambil dari pinterest

dan
kalau boleh saya tak nak tak nak dapur yang macam ni

08ae962eb5dbc812fc9b2532a001ffc5 5eff6792b3657e06a930135729ae8b01

yang jenis kayu-kayu antik macam ni..pleaseeeeeee ^_^

ok
jangan nak banyak soal
jom kumpul duit dari sekarang!!!

bye.

eh jap
kalau ada anak perempuan
dan ada duit lebih
nak sangat set dapur untuk budak-budak
maklumlah
kecik-kecik dulu tak pernah dapat kan…. hihi

2bd0323a35e51487eb0de9ba673a71aaok
bye

Tuesday, June 4

aishah suka conteng

sekitar majlis perkahwinan Cik AishahSukaConteng

sebenarnya
hari yang sama ada satu lagi kenduri di Putra Heights
dan kakak pula tengah berpantang
dan baby plak masuk hari ketujuh dan kena tunggu baby habis bercukur dulu
makanya dah nak habis majlis baru saya sampai di kenduri cik aishah
terlewat

saya kenal cik aishah masa mula-mula saya tulis blog dulu
masa tu saya tengah kemaruk dengan puisi-puisi
masa cari blog blog pemuisi terjumpa blog cik aishah..dan follow
tak sangka plak cik aishah akan follow saya balik 
yer la siapa la saya
pastu berbalas komen
berterusan hingga berbalas entry di blog private
tapi blog private tu dah tutup :)

tak ingat dah berapa kali je jumpa cik aishah ni
sekali di Frinjan
sekali di rumah kakak aishah 
sekali di rumah saya time umar baru 2 hari
yang lain lainnya di tempat yang mungkin hanya berlaga bahu je kot
macam di di tempat wani ardy jual tiket hari bintang jatuh
dan di hari bintang jatuh tiga venus
masa tu tak kenal pun cik aishah ni :) ajaibkan 

nak tahu lebih lagi pasal perkenalan saya dengan aishah
boleh la ke entry power puff girls ni
cik aishah memang pandai mengarang ayat :)
dan yes kita sememangnya the power puff girls
jangan main main hihi


kepada encik suami cik aishah,
jaga aishah baik baik tau
gembira dan happykan dia
semoga korang berdua bahagia selamanya
cepat-cepat dapat baby
nanti boleh geng dengan Umar :)

kepada cik aishah
majlis kahwin hari tu cantik sangat
simple dan warna-warni saya suka
muzik angklung yang mengiringi sepanjang majlis sangat sangat unik
tak pernah dibuat orang ni....tapi best...tak perlu dengar suara dj hihi
dan favor yang disumbat dalam bag..thanks..
sorry sebab datang lewat
dan sorry sebab tak dapat pergi hari nikah
apa-apa pun..i'm so happy for you
jaga en.suami baik baik k
i know you can be a good wife and mother...In sha Allah...amin :)






dan ini pulak? :)


peneman yang paling setia
yang paling good boy
thank you so much Umar
mummy tahu hari tu sangat panas
berpeluh peluh umar..rambut dah macam baru lepas mandi 
tapi umar good boy je sepanjang hari
dua minggu je lagi sebelum aboh balik
nanti kita gi jalan-jalan lagi eh :)

Monday, June 3

sambal terung ikan bilis


bagi saya
lauk yang lengkap
kalau ada kuah macam sup atau sayur lemak ke
ada sesuatu yang masin masin sikit macam ayam goreng ke ikan goreng ke
dan yang pedas macam terung sambal atau nak paling simple ada lada kicap dah ok dah

kalau nak senang
dalam kuah siap ada sayur
so tak payah masak sayur goreng dah
atau lauk utama dah pedas macam daging masak pedas
lawan dengan kuah lemak sayur
dah boleh membuncitkan bahagian bahagian tertentu hiks.. :)

ok, resepi kali ni ialah Sambal Terung Ikan Bilis

Bahan-bahan
2 biji terung (panjang) di goreng separuh masak
segenggam ikan bilis di goreng garing
cili kisar
bawang kisar
sedikit belacan
bawang besar (di hiris halus)
garam dan gula

Cara-cara
tumis cili dan bawang kisar hingga garing
masukkan belacan
masukkan bawang besar dan masak hingga layu
kemudiankan masukkan terung dan ikan bilis
gaul hingga rata
perisakan dengan garam dan gula secukup rasa

saya sebenarnya selalu je terlebih letak minyak
kalau tengok dalam gambar tu
macam dah jadi Sambal Terung Ikan Bilis banjir minyak hihi

ok
selamat mencuba
:)

mee kari nyonya



 tabiat 
sambil masak
sambil makan
tak bagus sangat
sebab? nanti dah kenyang
dan makanan yang baru masak tak termakan hikhikhik
jadi sila jangan tiru



ini menu untuk buka puasa baru ni
saja saja tukar selera
kadang-kadang boring juga makan nasi tiap hari kan

kali pertama buat mee kari
senang je rupanya
ingatkan leceh
hihi
*dasar penakut..dengar nama kari dah takut apadaaa*

resepi saya ambil dari kakak Jintanmanis
simple sangat dan mudah sangat
dalam setengah jam dah boleh siap
bagi yg berpuasa dan bekerja 
sampai rumah jam 6 sempat la buat mee kari simple ni :)

kita terus ke resepi lah ye 


Bahan-bahan ( Untuk 2 orang Makan )

2 paket mee kuning
2 sudu besar serbuk kari ayam ( kalau boleh jenama Babas)
2 sudu besar cili kisar
1/4 bawang besar
2 ulas bawang putih
beberapa tangkai daun kesum
sedikit daun kari
1/2 paket Fish ball
2 cawan santan (saya guna santan kotak = 2 kotak)
1 cawan air
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1/4 ekor ayam di cincang kasar
sawi, taugeh, telur dan bawang goreng sebagai pelengkap.

( semalam ros tambah juga 1/2 batang carrot - dihiris seperti anak mancis)

Cara-cara

1. Mula-mula kisar bawang besar dan bawang putih higga hancur, kemudian tumis dengan kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.

2. serbuk kari dibuat pes dan tumis bersama bahan kisar tadi dan masukkan daun kari. tumis hingga garing dan pecah minyak.
3. masukkan ayam dan kacau sebentar. kemudian masukkan santan dan fish ball. kacau sentiasa.
4. bila kuah telah menggelegak, masukkan daun kesum dan sesuaikan rasa, tambah garam atau gula jika perlu.
5. Rebus telur, celur sawi dan mee kuning, taugeh dibuang ekor ( ros cuma lalukan taugeh ni dengan air panas, sebab suke makan taugeh yang rangup). Cara Penyediaan, masukkan mee kuning dan kuah kari, susun sawi, taugeh, telur rebus dan tabur sedikit dengan bawang goreng. Sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.



untuk lagi yuummmneesss
saya buatkan sedikit sambal pedas
just tumis cili, bawang, belacan dan garam gula secukup rasa
kalau nak pedas tambahlah cilinya

atau kalau nak mudah
just buat sambal kicap
cuma potong cili nipis, kicap sikit, cuka sikit

ok?
ada apa-apa nak tanya?
:)