3.6.13

sambal terung ikan bilis


bagi saya
lauk yang lengkap
kalau ada kuah macam sup atau sayur lemak ke
ada sesuatu yang masin masin sikit macam ayam goreng ke ikan goreng ke
dan yang pedas macam terung sambal atau nak paling simple ada lada kicap dah ok dah

kalau nak senang
dalam kuah siap ada sayur
so tak payah masak sayur goreng dah
atau lauk utama dah pedas macam daging masak pedas
lawan dengan kuah lemak sayur
dah boleh membuncitkan bahagian bahagian tertentu hiks.. :)

ok, resepi kali ni ialah Sambal Terung Ikan Bilis

Bahan-bahan
2 biji terung (panjang) di goreng separuh masak
segenggam ikan bilis di goreng garing
cili kisar
bawang kisar
sedikit belacan
bawang besar (di hiris halus)
garam dan gula

Cara-cara
tumis cili dan bawang kisar hingga garing
masukkan belacan
masukkan bawang besar dan masak hingga layu
kemudiankan masukkan terung dan ikan bilis
gaul hingga rata
perisakan dengan garam dan gula secukup rasa

saya sebenarnya selalu je terlebih letak minyak
kalau tengok dalam gambar tu
macam dah jadi Sambal Terung Ikan Bilis banjir minyak hihi

ok
selamat mencuba
:)

No comments: