Monday, June 30

1 Ramadhan

large

berjaya juga mengharungi 1 Ramadhan dengan perut yang tidak meragam
saya sebenarnya macam risau juga…kot kot la perut buat masuk angin dan rasa pening dan akhirnya akan muntah
tapi semalam…ALhamdulillah….dimudahkan segala :)

sebab…biasanya kalau lambat makan sikit je
symptom symptom macam perut bergelora-pening-muntah dah menjadi kebiasaan
perut yang mengade sikit..tapi comel hihi

so semalam hari pertama puasa tahun ni saya dan family berbuka dengan keluarga mertua di Semenyih
biasalah weekend selalunya kalau en.MM cuti akan balik Semenyih
hari-hari biasa akan di Shah Alam lah

apa menu berbuka semalam?
saya simple je…Ikan masak sambal, tumis sayur taugeh, agar-agar milo, air laici
nampak macam simple…tapi nak menghabiskannya sepinggan nasi macam nak meletop dah perut ni kikiki
rumah shah alam pun simple je…paceri nenas, ayam masak kicap, sirap bandung dan kuih-kuih dari bazaar
hari ni tak tahu lagi nak masak apa…ada idea? :)

ok lah
kena sambung study ni
hari ni nak balik awal sikit sebab macam nak buat puding sikit untuk berbuka nanti
tekak asyik nak makan benda-benda manis je


oIMG_8224ini lah rupa orang yang paling penat berpuasa semalam :p

 




nota kecik: misi khatam quran.
sepatutnya hari ni dah boleh baca quran di mukasurat 21-40
harap momentum masih kuat dan bersemangat
:) :) :)

Friday, June 27

welcome ramadhan


kejap je dah setahun kita beraya
kejap je dah setahun kita puasa-sahur-buka puasa-solat terawih
memang rasa kejap sangat kan
atau saya sorang yang rasa kejap? :D

tahun ni apa azam bulan ramadhan kita?
saya…..kalau boleh…
kalau boleh…harap sangat boleh lah
nak khatam quran dalam sebulan bulan ramadhan kali ni

selalunya awal-awal jebulan je bersemangat
pastu kelaut :(
ish teruknya perangai

tahun ni InsyaAllah akan puasa sebulan straight tanpa cuti
jadi harap-harap azam nak khatam tu tak tergendala di tengah jalan la
ameen..

jadi saya try google cara-cara nak khatam quran
macam-macam cara ada
yang tinggal keazaman hati dan kekuatan hati dan sanubari je ecehhhss
eh betul ni…kalau hati tak kuat mesti tergendala di tengah jalan
harap kali ni kita sama-sama dapat khatam quran k

ok here’s some tips yang mungkin boleh membantu

ramadhan tips 1 tips-khatam-Al-Quran-Dalam-Sebulan-2 428454_266564243459854_772549187_ndan untuk kekalkan momentumnya…saya terjumpa tips ni

05-quran-4000
bestkan kalau boleh habiskan dalam masa sebulan
kita cuba sebaik mungkin
kalau tak boleh tu…takpe…sambung sampai bulan syawal :)

k,
selamat menyambut bulan ramadhan yang penuh keberkatan
semoga diberikan kesihatan yang baik sepanjang bulan ni
semoga kita semua pun mendapat keberkatannya
dan dapat berjumpa dengan malam lailatuqadar
ameen…

doakan saya dapat mencapai azam khatam quran k

 

 

 


nota kecik:
saya pernah terbaca tanda-tanda hari kiamat
ialah kita akan rasa masa berjalan dengan cepat
takutnya… :(

Wednesday, June 25

sekolah rendah


IMG_8094

  • seperti dalam gambar, diambil pada tahun 1993 di Sekolah Rendah Sultan Sulaiman 2 (masa ni belum ada tambahan Kebangsaan)
  • darjah 1 sampai darjah 3 kelas Anggerik. Naik darjah 4 baru ada sistem grade. Siapa pandai masuk kelas depan. Kelas depan ialah Kelas Seroja, Kelas Melati, Kenanga, (tak ingat), (tak ingat) dan kelas paling akhir kelas Anggerik.
  • darjah 4 dapat masuk Kelas 4 Melati. Peperiksaan akhir dapat nombor 3. dapat juga merasa naik pentas terima hadiah kecemerlangan dan lompat naik Kelas Seroja.
  • kebanyakkan kawan-kawan waktu sekolah ni akan bawa bekal air dalam bekas Tupperware. macam tak ada yang bawa selain bekas tupperware. laku betul jualan tupperware time tu. hiks.
  • cari saya yang mana satu dalam gambar. :)
  • SRSS2 pernah ada konflik dengan SRSS1. yang mana letaknya bersebelahan. kesnya ialah cuma pasal padang. last sekali padang dibahagi dua.
  • semalam macam banyak benda nak cerita lepas tengok gambar ni
  • sekarang macam blank plak. haihhh.
  • tapi yang pasti semua yang dalam gambar dah jadi seseorang dalam masyarakat. ada yang doktor, ada yang cikgu, ada yang pegawai ptd, ada yang lecturer. ALhamdulillah.

Monday, June 23

batik buddies

awal bulan baru ni
sempat join satu seminar di UM iaitu Batik Buddies
seminar on how to memajukan industri batik di Malaysia
dan yang menyebabkan saya pun kena join sekali sebab seminar ni juga ada menyentuh pasal uruskan waste daripada proses membuat batik sampailah ke keselamatan pembatik
menarik jugak

apa yang lagi menarik sebab dapat berjumpa dengan Tun Dr. Siti Hasmah
teruja sangat hihi :)
Tun pun cool habes
bodyguard tak ramai
sempat ber-selfie dengan Tun

apa pun
apa yang saya dapat dari seminar ni
lepas ni kalau nak beli batik mesti terfikir
mana pergi waste untuk hasilkan sepasang kain batik ni
macam mana keadaan kesihatan pembatik
selain itu dapat makan free yang best hihi
(dilema postgrad student memang canni. tahu nak makan free je)

ok. share gambar sikit sepanjang seminar

IMG_7475 IMG_7479 IMG_7494 IMG_7498 IMG_7499

Wednesday, June 11

maid

terbaca entry terbaru vivy yusof hari ni
(sepatutnya baca journal atau apa-apa yang berkaitan dengan tesis..tp......)

saya pernah ada pengalaman tinggal dengan maid
suatu masa dahulu
masa kecik-kecik
dulu maid kebanyakkannya orang kita
yang tinggal berdekatan dengan rumah
jadinya datang pagi balik petang
kalau sesiapa yang ada maid dari indonesia tu kira macam dah kaya r tu hiks
(sendiri buat tafsiran)

umar pun pernah ada pengalaman tinggal dengan maid
iaitu semasa tokmanya ke UK sebab adik bersalin
masa tu Umar baru 4 atau 5 bulan kot
baby sangat lagi

hari pertama tinggal
berdebor sungguh
nak buat canne..terpaksa
sorry umar...mummy sangat-sangat terpaksa
sebab tak sape dah yang boleh jaga
plan sebelum sebelum ni
kononnya nak hantar ke situ ke sini tergendala secara tiba-tiba
(sedih sangat time tu)

maid ni jaga umar sampai lah tokma balik dari UK
tiba-tiba dia cakap nak ikut teman yang kerja di restoran

bila fikir-fikir balik kelakor pun ada
geram pun ada
entah lah

beruntunglah siapa yang dapat maid yang baik
yang pandai masak
yang anggap anak kita macam anak dia jugak
bila baca maid yang dera anak la..buat macam2 kat anak majikan
rasa macam.......................malas baca..takut sangat

rezeki setiap orang tu memang lain-lain kan
ada yang senang
ada yang susah

semoga kita semua dilimpahi rezeki yang berkat
walau dalam bentuk apa sekali pun.
ameen.
:)

Thursday, June 5

Baju Raya Project



Jom happykan mereka-mereka yang lebih memerlukan
saya yakin korang semua mesti ada banyak baju yang masih elok
tapi tak tahu nak letak mana
nak pakai pun macam dah muat
nak derma pun tak tahu nak derma kat siapa

haaa

Sabtu ni, 7 Jun 2014
Baju Raya Project sekali lagi mengadakan Program Amal Baju Raya Project 2014
di Masjid UPM, Serdang
jam 8.30 pagi hingga 2.00 petang

seelok-eloknya baju tu yang masih elok la ye
(banyaknya elok hihi)
sebab mereka pun nak bergaya dengan baju raya yang cantik

inshaAllah
bila kita happykan orang lain
Allah akan balas dengan happy happy yang lebih berlipat ganda

jumpa di sana k!!

Monday, June 2

hey june

 

photo1

berdua-duaan di bulan Mei
bertigaan-tigaan di bulan Jun
dua minggu plus plus lagi sebelum en.MM balik cuti
dah boleh countdown dah ni :)

dan
bye bye bulan Mei yang super emosi
bulan yang emosi kurang stabil turun anik macam rollercoaster
bulan yang banyak sedih-sedih dan banjir kilat yang sampai bertatu sampai bila-bila dalam hati
(eceehhsss bertatu konon…bajet berseni r tu hiks)

ihatechu bulan mei (sorry)
sepatutnya bulan yang best
sebab birthday, teacher’s day, mother’s day, anniversary
tapi …….. Allah nak uji kot.. :(

dan Assalamualaikum bulan Jun
semoga awak baik-baik saja
please please and please be good to me ok
takmo sedih-sedih dah
nak happy happy sokmo
nak good news je banyak banyak hihi

dan separuh tahun 2014
apa je pencapaian kita setakat 6 bulan ni?
kalau belum tercapai kita ada lagi enam bulan sebelum masuk tahun baru
usaha banyak-banyak, doa banyak-banyak, tawakal..

semoga impian saya dan kita semua tercapai.,
ameen ameen.
:)