30.6.14

1 Ramadhan

large

berjaya juga mengharungi 1 Ramadhan dengan perut yang tidak meragam
saya sebenarnya macam risau juga…kot kot la perut buat masuk angin dan rasa pening dan akhirnya akan muntah
tapi semalam…ALhamdulillah….dimudahkan segala :)

sebab…biasanya kalau lambat makan sikit je
symptom symptom macam perut bergelora-pening-muntah dah menjadi kebiasaan
perut yang mengade sikit..tapi comel hihi

so semalam hari pertama puasa tahun ni saya dan family berbuka dengan keluarga mertua di Semenyih
biasalah weekend selalunya kalau en.MM cuti akan balik Semenyih
hari-hari biasa akan di Shah Alam lah

apa menu berbuka semalam?
saya simple je…Ikan masak sambal, tumis sayur taugeh, agar-agar milo, air laici
nampak macam simple…tapi nak menghabiskannya sepinggan nasi macam nak meletop dah perut ni kikiki
rumah shah alam pun simple je…paceri nenas, ayam masak kicap, sirap bandung dan kuih-kuih dari bazaar
hari ni tak tahu lagi nak masak apa…ada idea? :)

ok lah
kena sambung study ni
hari ni nak balik awal sikit sebab macam nak buat puding sikit untuk berbuka nanti
tekak asyik nak makan benda-benda manis je


oIMG_8224ini lah rupa orang yang paling penat berpuasa semalam :p

 




nota kecik: misi khatam quran.
sepatutnya hari ni dah boleh baca quran di mukasurat 21-40
harap momentum masih kuat dan bersemangat
:) :) :)

No comments: