Wednesday, December 21

Get Here


You can reach me by railway
You can reach me by trailway
You can reach me on an airplane
You can reach me with your mind
You can reach me by caravan
Cross the desert like an Arab man
I don`t care how you get here
Just get here if you can

You can reach me by sailboat
Climb a tree and swing rope to rope
Take a sled and slide down slope
Into these arms of mine
You can jump on a speedcote
Cross the border in a blaze of hope
I don`t care how you get here
Just get here if you can

There are hills and mountains between us
Always something to get over
If I had the way
Surely you`d be closer
I need you closer

You can windsurf into my life
Take me up on a carpet ride
You can make it in a big balloon
But you`d better make it soon
You can reach me by caravan
Cross the desert like an Arab man
I don`t care how you get here
Just get here if you can

I don`t care, I don`t care
I need you right here right now
I need you right here right now right by my side yeah
I don`t care how you get here
Just get here if you can

----------------------------------------------------------------
semalam dalam perjalanan balik dari klinik
saya pasang lagu ni dalam kereta
dan en.mm tertidur kat sebelah
*dan boleh saya nyanyi tanpa gangguan huhu*

entah kenapa
saya rasa lirik dia sangat emosi
atau saya yang emosi terlebih (??)

macam menceritakan walau macam mana sekali pun
walau apa orang nak cakap
mesti dan mesti saya capai apa yang saya nak

saya teringatkan plan-plan saya untuk tahun depan
macam-macam benda saya nak buat
saya nak sambung study lagi
mcm kawan saya

saya terbayangkan bila saya dapat interview dan pergi dengan perut yang dah besar
macam mana pandangan panel tu nanti
sedangkan dia tak tahu betapa saya nak sangat scholarship tu 

macam mana eh?
hmmm. macam tu lah...hehe :)

doa banyak-banyak
start study sikit-sikit
jangan malas-malas.

semoga rezekii tu berpihak pada saya 
Amin.

:)

Tuesday, December 20

syira&ein

DSCN1586DSCN1590DSCN1613DSCN1732DSCN1565DSCN1554

tak sangka betul
menjadi official photographer tak semudah yang disangka-sangka
penat sungguh rupanya heee
tapi paling kurang saya dah ada pengalamankan
dan pengalaman tu sangat berbaloi
walaupun penatnya Tuhan saja yang tahu
ececece…over lah you :p

3 dan 4 Dec yang lepas
en.mm (dan saya sebagai pembantu hee) dah diberi kepercayaan untuk menjadi OP
majlis kahwin kawan saya, Syira di Batang Kali

majlis kahwin paling meriah pernah saya pergi
jemputan tak putus-putus datang dari pagi sampai la ke petang
dan makanan dengan menu ala kampung yang dimasak sendiri
haiiihhhh…..sangatlah membuka selera…tgk la gambar ikan keli tu..
kalau boleh nak tambah berpinggan-pinggan
tapi apakan daya. nanti sape pulak nak amik gambornye… :)
dan layanan yang diberikan oleh keluarga syira memang best


kepada syira dan ein
selamat pengantin baru
semoga berbahagia hingga ke akhirnya
semoga cepat2 dimurahkan “rezeki” :)

dan yang paling penting
semoga korang berpuas hati dengan gambar yg kitorang amik ni k :)



p/s: bila fikir2 balikkan. saya ni taklah terel mana amik gambar. amik gambar bunga pandai la kot. gambar kat atas sebagai bukti. tak berseni langsung :p

hari cuti

DSCN5030

hari ni saya cuti
dan cuti tahunan ada banyak lagi
dan entah bila nak habiskan pun tak tahulah

jadi hari ni
saya rasa saya nak update secara borong
tiga sapuloh!! tiga sapuloh!! tiga sapuloh!!

mcflurry tu nampak sedapkan :)

Tuesday, December 13

sebab musabab


masa saya jadi felo di KAB dolu-dolu
saya selalu jer breakfast in bed 
sambil nonton sambungan series yang tak terhabiskan malam semalam
buka tingkap luas-luas, buka pintu beranda luas-luas
bagi angin pagi yang sejuk-segar masuk
bagi suara burung bagi makan kat anak
selang seli dengan student perah air kain yang baru basuh


*rindu*


hmmm....
sorry saya macam liat sikit nak update blog sekarang
sebab utamanya ialah sekarang saya dah tak bawa saya punya laptop ke office
dan banyak gambar yang saya nak share tertinggal kat dalam laptop saya kat rumah
jadinya
kalau tak ada gambar saya macam tak tahu nak tulis apa

apa-apa pun
kepada ahli kelab sapphire terbaru yang baru follow blog ini
terima kasih daun keladi
nanti saya akan share cerita dan gambar yang dah terperam lama iteww ok?

k,bai-bai. Happy Tuesday!!

:) :) :)

Friday, December 9

friday things


  jumaatsabtuahadisninselasarabukhamis
berlumba-lumba macam si arnab dan si kura-kura
atau mungkin saya perlu belajar berjalan pe   lan    -    pe    lan    (??)

Tuesday, November 29

winter wonderland

DSCN5060 DSCN5066 DSCN5069 DSCN5076 DSCN5079 DSCN5104 DSCN5106
cuti yang tak berapa nak panjang
dihabiskan kesejukan di Cameron Highlands// winter wonderland lah sangat!
bermandian hujan sambil jalan-jalan tengok lambakan bantal strawberry
terung hutan sekarang dipanggil epal Cameron
buah cinta tapi rasa masam yang amat
semuanya sebab nak tarik perhatian
jangan tertipu eh :D



selalunya setiap tahun family mesti pergi Cameron
setahun sekali
macam dah jadi acara tahunan



cuma tahun ni Yaa tak ikut sama. balik Penang
tapi tambah dengan en.mm :)
tahun depan tambah junior cik Sapphire? hiks.

ok.bye.

p/s: perasan tak kereta yang ada letak bantal strawberry mesti kereta yang bermasalah.

Wednesday, November 23

astana

semua orang ada DREAM HOUSE masing-masingkan
tak kira rupa macam mana
hiasan macam mana
tapi itu kita punya dream house
tak ada siapa boleh bantah hehe :)


saya tak ingat bila kali pertama saya mula fikir tentang dream house
mungkin masa di tadika atau sekolah rendah
bila mummy belikan satu set buku cerita Disney
yang penuh dengan imaginasi-imanigasi yang indah belaka
*biasalah nama lagi Disney. semua pun indah belaka. hehe*


tapi rupa bentuk dream house saya akan berubah ikut umur

ini yang saya inginkan dulu *kot* masa tadika

tumblr_lq9awfGGgN1qgvn96o1_500_large 
haha. sungguh kanak-kanak. :)

tapi apa yang saya nak sangat sekarang ialah macam ni
basic color: black and white
simple and exclusive

berangan dulu la kan.hiks :)

tumblr_lv3bceL0t21qzq8zqo1_500_large 234679830552084987_noZKdO7f_c_large decocrush_visite_deco_kate_spade0002_large tumblr_lv3b04Eik71qzq8zqo1_500_large



so, korang ada dream house juga kan. share nak? :)

Friday, November 18

semata

DSCN0024 DSCN4780 DSCN4807 DSCN4929 DSCN4965 DSCN4999 DSCN5004 DSCN5007

|| kad-kad request masa form 4&5 di MRSM Kota Putra dari peminat hiks || saya nak sambung study tapi entah siapa nak sponsorkan || sushi king midvalley yums || dragonfly besi || makan roti boy panas-panas di midvalley oh sedapnye || buku yang mengingatkan saya Ki dan Wan di Kampung Dalam Bata || nacho libre di ben’s habis licin || tempahan 200 apam warna warni untuk party hari jadi || tak ada benda yang nak diceritakan lagi. layankan saja gambar-gambar lama ni k || :)

Tuesday, November 15

kecewa

DSCN5016

UKM sahaja dah hasilkan ribu-ribu lemon graduan
sama ada degree atau master atau phd
degree jangan cakaplah kan
jumlah dia sama banyak dengan jumlah penduduk kat pekan semenyih
ramai tak ramai

jadi adik-adik pelajar-pelajar ku sekalian
tolonglah rajin-rajin sikit
rajin belajar
rajin buat research apa yang nak dibentangkan
rajin buat latihan sebelum buat perbentangan
berlatih depan cermin
kalau tak tahu tanya
walaupun hanya pembentangan kecil dalam kelas


kesungguhan
kerajinan
ketersediaan
semuanya diambil kira
kalau isi bagus akan lagi banyak dapat markah

kalau tak rajin dari sekarang bila lagi?

saya dulu
cikgu bagi tajuk petang ni. malam karang present
pengsan!!

tapi saya tak buat macam tu sebab awak baru diploma

sekarang saya bagi 4 hari
masih tak dapat siap.
kecewa saya tahu.

semoga kita semua berubah ke arah yang lebih baik

sebab dunia luar selepas belajar sangat mencabar.
persaingan sangat sengit.



sekian sahaja dari cikgu sapphire.bye.:p

Thursday, November 3

Monday, October 31

cerita hari sabtu

seperti semua orang sedia maklum
sabtu lepas penyu menangis lagi
oh. sedih nguh laa. konyong doh rase muke sek sek ganu.
huhu.

saya yang bersemangat waja pergi tengok kat stadium ni
jangan cakap r. memang double the konyong lah. huhu. :)
terkonyong-konyong muke masing-masing.
kesian yang datang jauh-jauh.
doh la ahad keje. kolo menang mesti ahad cuti sehari
boleh deghrak KL sehari.

apa-apa pun sejak lawan dengan singapore dulu lagi
saya tak berkenan sangat dengan keeper ganu kite tu.
aiiyooo… dokrok cetong orang tranung kate…

tahniah la orang Negeri Sembilan
apo dayo..apo nok di kato
kalu buleh nok jadi cikgu sekolah kek kuale pilah… :p



kepada penjual tiket,
harga nak naik je kan. tapi kerusi kat stadium tu tolong la kasi bersih sikit.
padang tu. macam padang ragut dah saya tengok.
sebab tu Trg kalah kot. *eh??*

kalau lepas ni rakyat Malaysia dah tak berminat nak gi tengok perlawanan bola sepak negara lagi jangan nak bising.

yang benar,
saya yang comel dan prihatin. :p




ok.
habis cerita bola.
kita ke cerita bazaar sabtu lepas di Jaya One, PJ.
bazaar oh bazaar.
macam2 ada. comel dan murah-murah plak.
rasa macam nak beli semua wat balik.
tapi entah kenapa saya balik dengan tangan kosong.
pelik bin ajaib bin doh bakpe gitu? :)



dalam banyak bazaar yang pernah ada
boleh kira dengan jari tangan sebelah kiri berapa kali jer saya pergi bazaar bazaar ni sume
saya pergi bazaar kali ni pun sebab kawan saya ada bukak gerai
dia ialah Cik Ajjah kita yang pandai menjahit tu.. :)
kalau sesiapa yang tak sempat singgah gerai Cik Ajjah
boleh la ke website dan order secara online.

dan untuk hadiah untuk diri sendiri bulan ini
*pada hal bulan-bulan lepas tak ada pun acara hadiah utk diri sendiri*


saya beli…… susu kotak berfilem :) bye!

Friday, October 28

realiti dan fantasi

saya bangun pagi tadi dengan satu pemikiran dalam kepala

hari ni nak berimiginasi tentang masakan apa pulak?
semalam dah berimaginasi tentang ayam paprik
*harap tak ada yang sakit perut*


eh eh tak.

saya fikirkan tentang segala benda yang saya nak dalam dunia ni

saya nak iphone
saya nak lomo camera
saya nak camera baru (DSLR)
saya nak sambung study kat negara 4 musim
saya nak kereta saya sendiri

saya nak itu
saya nak ini

tapi realitinya

saya dah ada telefon yang boleh call, sms, pukul gambar, surf internet
saya dah ada camera yang ada 12megapixel
saya dah ada kereta putih yang boleh saya pinjam dan yang boleh bawak saya ke seluruh Malaysia
saya boleh sambung study kat Malaysia sebab Malaysia pun ada universiti terbaik di dunia


*mengeluh pendek*


fikir-fikir balik

perlu ke semua tu?
atau sekadar……. hmmm isi tempat kosong :)



apa-apa pun hari hari Jumaat
esok hari Sabtu lusa hari Ahad
hari ni hari gaji woohooo

senyum senyum senyum semua :)~~~

DSCN4822 DSCN4827 DSCN4829 DSCN4840

sekitar sambutan hari jadi SIL di MRSM Kuala Klawang Sabtu lepas. mengingatkan saya zaman saya di MRSM Kota Putra (2000-2001) dulu.

DSCN4859 DSCN4900 DSCN4912DSCN4918

saya rasa salah satu perkara yang best tentang Terengganu ialah makanan pagi dan malam dia. Pagi kita makan nasi lemak, nasi dagang, nasi minyak, nasi kunyit, laksam, laksa, keropok. time makan malam pun kita boleh makan benda yang sama. bunyi macam sangat tak sihat kan. tapi jangan risau, kita makan dalam kuantiti yang sikit jer. tak banyak. ala nasi lemak rm1 banyak mana la sangat kan. :)