Friday, October 28

realiti dan fantasi

saya bangun pagi tadi dengan satu pemikiran dalam kepala

hari ni nak berimiginasi tentang masakan apa pulak?
semalam dah berimaginasi tentang ayam paprik
*harap tak ada yang sakit perut*


eh eh tak.

saya fikirkan tentang segala benda yang saya nak dalam dunia ni

saya nak iphone
saya nak lomo camera
saya nak camera baru (DSLR)
saya nak sambung study kat negara 4 musim
saya nak kereta saya sendiri

saya nak itu
saya nak ini

tapi realitinya

saya dah ada telefon yang boleh call, sms, pukul gambar, surf internet
saya dah ada camera yang ada 12megapixel
saya dah ada kereta putih yang boleh saya pinjam dan yang boleh bawak saya ke seluruh Malaysia
saya boleh sambung study kat Malaysia sebab Malaysia pun ada universiti terbaik di dunia


*mengeluh pendek*


fikir-fikir balik

perlu ke semua tu?
atau sekadar……. hmmm isi tempat kosong :)



apa-apa pun hari hari Jumaat
esok hari Sabtu lusa hari Ahad
hari ni hari gaji woohooo

senyum senyum senyum semua :)~~~

DSCN4822 DSCN4827 DSCN4829 DSCN4840

sekitar sambutan hari jadi SIL di MRSM Kuala Klawang Sabtu lepas. mengingatkan saya zaman saya di MRSM Kota Putra (2000-2001) dulu.

DSCN4859 DSCN4900 DSCN4912DSCN4918

saya rasa salah satu perkara yang best tentang Terengganu ialah makanan pagi dan malam dia. Pagi kita makan nasi lemak, nasi dagang, nasi minyak, nasi kunyit, laksam, laksa, keropok. time makan malam pun kita boleh makan benda yang sama. bunyi macam sangat tak sihat kan. tapi jangan risau, kita makan dalam kuantiti yang sikit jer. tak banyak. ala nasi lemak rm1 banyak mana la sangat kan. :)

5 comments:

azri said...

bila terasa mkn byk so bersenam pun lebih dr biasa..camni ok kot?? yeke?? yela agknye..sy wat mcm ni utk maintain..

najmi said...

kan? kadang2 kita nak benda yang dah ada depan mata, cuma yang kita mintak tu lagi better,

bukan tak bersyukur,


kita nak perbaiki diri.


me pun nak sambung belajar negara 4 musim,

nak buat snow angel!

sapphire said...

azri: huu..betul2.. :)

mie: hehe..itu yg sebenarnya kan. nk rasa stay kt sana. :D

deena awanis said...

kak nilam, berangan dengan usaha tak salah..jangan angan2 mat jenin sudah..kalau ikut keinginan, mungkin dina punye lagi panjang kot..;-D

sapphire said...

deena: hee..kalau dikutkan hati memang panjang lagi list tu hiks :p