25.11.15

Graduate Student Seminar

tujuan utama saya ke Kyoto tak lain tak bukan sebab Graduate Student Seminar
Seminar ni diserta oleh graduate students from Malaysia (UM & UiTM), Japan (Kyoto University) dan China (Tsunghua University)
jadinya ada dalam lebih kurang 30 orang r dalam satu dewan
tak termasuk supervisors dari Kyoto Uni dan Tsunghua Uni
jadi setiap negara memerlukan 3 orang presenter untuk present research masing-masing
termasuklah saya…

bila dalam keramaian mereka-mereka yang macam expert sangat bukan sahaja dalam bidang masing masing tapi luar dari bidang mereka pun macam tahu macam macam benda
saya ni….adoillaaa…rasa sungguh kecik sangat
macam banyaknya benda yang kau tak tahu nilam #menangisbawahmeja

berbalil kepada presentation
saya cuma present progress setakat 2 semester saya belajar sekarang
kebanyakkan yang present dah nak habis belajar
mereka pun ada yang buat Master ada yang buat Phd
macam macam topik…dari membrane apa benda ntah (hahaha) sampailah research pasal kandungan bahan merbahaya dalam toys

IMG_3098[1]
inilah keadaannya bila esok kena present
kelam bin kabut .
dah lah badan penat penat lagi

IMG_3103[1]
seminar ni di adakan di Kyoto University di Katsura Campus
Campus yang menempatkan pelajar pelajar Master dann Phd sahaja
makanya campus ni sunyi sepi
mungkin semua orang tengah fokus dekat tesis masing-masing kot
seriously sunyi sepi… :D

IMG_3105[1]
untuk ke Katsura Campus, kalau dari Ritto kita kena ambil train sampai ke Katsuragawa
2 station selepas Kyoto station dan harganya 500yen lebih
pastu dari Katsuragawa ambil pula bus nombor 12 di platform 6, tiketnya dalam 240yen
untuk bus kita kena siap siap sediakan syiling cukup cukup
(ada je mesin nk tukar syiling tapi tak sempat la pulak nak belajar guna kan hehe)
dari katsuragawa naik bus ke katsura campus ambil masa dalam 30 minit juga

IMG_3136[1]

sampai je di campus, terus jumpa Prof Shimizu. Orang yang bertanggungjawab menaja saya ke kyoto ni hehe
terus dapat student card dan surat tawaran yang mengatakan saya ni student kyoto uni selama 2 minggu
macam kelakar je

IMG_3123[1]
lepas presentation diorg ada sediakan dinner untuk semua participant graduate student seminar ni
macam biasalah untuk muslim hidangannya seafood je la kan
nasib baik tekak boleh terima sushi..kesian juga kalau mereka yg tak suka makan sushi atau ikan mentah ni

IMG_3129[1]
bila terjumpa mereka yang bertudung kat luar negara kita mesti rasa teruja sikit kan (atau saya je??)
dari jauh dah nampak yg bertudung mesti rasa nak tegur
tanya dari mana. malaysia ke. indonesia ke. singapore ke. brunei ke.
yang ni Anisa dari Jakarta. Master student bawah biasiswa jepun. dah 4 bulan Anisa kat Kyoto. dah boleh cakap jepun dah….

Graduate student seminar ni merangkumi presentation dan technical tour
technical tour ni kami pergi ke tempat tempat yang berkaitan dengan water treatment dan juga waste management
jadi first stop was at Fish Bone Recycle Centre
centre ni me-recycle tulang tulang ikan yang diperoleh dari sekitar Kyoto
untuk dijadikan makanan ayam dan juga fish oil
menurut pengusaha centre ni, kilang dia ni dapat pulangan yang boleh dikatakan tinggi juga
ini mengingatkan saya kat Terengganu…kan ramai yang mengusaha kepok lekor kan
tulang tulang ikan tu semua diorang buang macam mana ye?

Processed with VSCOcam with c1 preset
ini ialah Fish Bone Recycle Centre
kecik je kilangnya
tapi sangat bagus dalam menguruskan tulang tulang ikan ni
bau pun tak ada langsung

next stop pula kami ke AEON Shopping Mall
bukan untuk shopping ye anak anak
tapi untuk lihat macam mana diorg menguruskan waste dari setiap kedai yang ada dalam AEON Mall ni
AEON mall ni pulak bukan kecik macam AEON Bukit Raja tu
tapi macam nak sama besar dengan One Utama
tapi tempat diorng menguruskan waste kecik je
macam bilik stor je..tapi ke-efisyenan pengurusan tu sangat bagus sampai kita takkan rasa kita berada kat bilik pengasingan sisa
diorg mengasingkan sisa dari sebesar-besar sofa yang rosak sampai lah ke sekcil kecil putung rokok
itu semua dalam kategori yang berlainan. even chopstick pun dalam kategori tersendiri

IMG_3007[1]

di AEON mall ni untuk lunch semua singgah makan kat food court
macam biasa makanan ruji kita kat sini iaah tempura la apa lagi kan hahaha
tempura semuanya dihidang panas-panas . digoreng depan kita
kenyang perut hehehe
IMG_3008[1]

ni mesin kupon untuk beli food kat food court ni
masuk syiling
dan pilih makanan dan nanti kita akan dapat kupon dan bagi kat kedai mana yg kita nak
IMG_3090[1]IMG_3092[1]
inilah dia Taishi Yazawa san yang banyak menolong saya sepanjang keberadaan saya di Kyoto
masa mula-mula sampai di Kyoto Station dia ni lah yang bawa ke hotel tunjuk macam nak beli tiket train
dan kalau kita nak pergi mana dia akan bagi tahu cara yang paling senang dan cepat dan jimat
Yazawa san ni dah banyak kali datang Malaysia
dan reseach phd dia pun pasal sungai kat Johor
dan dia sangat lah expert dalam water modelling dan GIS
fuhhhh…memang boleh membuatkan #menangisbawahmeja bila nak banding dengan saya yang tak tahu pape ni

lepas lunch semua bergerak ke Kyoto Kiage Water Treament Plant
pasal yang ni saya sambung dalam episod Jejak Jepun Nilam-san yang akan datang hehehe
kalau sambung sekarang satu kerja tak boleh siap ni
dah la nak kena balik awal hari ni
ok..sampai jumpa lagi
ke mana kita niiii!!!

ok
bye!!

24.11.15

Ritto

saya datang ke Kyoto kebetulan pada pick season yang mana ramai tourist dari luar datang
terutama sekali chinese daripada tanah besar
mereka datang kyoto sama ada datang nak tengok daun daun luruh atau pun shopping
jadinya hotel di Kyoto penuh dan yang kosong dan dekat ialah di daerah Shiga

Shiga ni macam salah satu daerah di Jepun dan hotel saya terletak di bandar Ritto
sebuah bandar kecil yg berpopulasi rendah
plus, kebanyakkan bandar di area Shiga dan Kyoto berpopulasi rendah
dan macam sunyi sepi tak ada orang
tapi kalau pergi supermarket diorg baru la nampak

Processed with VSCOcam with c1 preset
ini dari pintu bilik hotel saya
setiap sorang dapat satu bilik dan bilik saya mengadap jalan raya
kalau jalan sikit ke kanan pastu terus je akan jumpa satu supermarket Haweda
kebanyakkan tempat di area Shiga ada supermarket Haweda ni
kat dalam ala-ala jusco pun ada..tapi kecik je la..
ada bahagian makanan, baju, bhg kanak-kanak dan daiso
IMG_2994[1]
IMG_3143[1]
permandangan biasa depan hotel
saya rasa Ritto ni adalah residential area
kebanyakkan bangunan tinggi ialah rumah
office ke apa saya rasa banyak di Kusatsu atau pun di Kyoto
(Kusatsu is one station away from Ritto)

IMG_3147[1]IMG_3324[1]
so this is the only one supermarket in Ritto. yang saya cakap tadi
dekat je kalau jalan kaki dari hotel. Dalam 5 minit camtu je kot
bolehlah kalau nak beli roti ke cake ke
kadang-kadang jemu juga makan nasi dengan rendang kan ehheeh

ok. Kalau dari hotel nak ke train station pun dekat je. sebelah je dengan supermarket ni
train station paling dekat ialah Ritto station
jadi kalau nak ke Kyoto akan ada 7 stesen
iaitu Kusatsu, Minami Kusatsu, Ishiyama, Zeze, Otsu dan Yamashina
train yang cuma lalu Ritto ialah JR Line (local)
JR Line pula ada dua jenis train; Local dan Special Rapid
jangan tersalah naik train Special Rapid pulak sbb train ni takkan stop dekat Ritto
dari Ritto nak ke Kyoto akan ambil masa dalam 30 minit dan harga tiket ialah 410yen di platform 2

IMG_2951[1]IMG_2969[1]Processed with VSCOcam with c1 preset

jadi tu je la yg saya tahu pasal Ritto
selalunya orang takkan datang ke Ritto sebab tak ada pape
cuma yang ada Lake Biwa je
tapi just incase ada yang kena stay kat hotel saya ni kan hahahah

ok jumpa lagi
lunch hari ni makan maggi cawan je hukhukhuk
sedihnya……….

…………………………………………………………………………………………………………………….

sebenarnya dah lama saya nak publish entry ni
tapi entah kenapa tak boleh plak
saya rasa mungkin sebab blogspot.com saya dah bertukar jadi blogspot.jpa
saya dah selamat sampai petang ahad lepas
semalam cuti satu hari dan hari ni tak boleh la cuti lagi
nanti hati tak tenang…byk benda kena siapkan sebelum masuk bulan 12 ni

breakfast hari ni ialah nasi lemak seringgit beli kat bus stop depan rumah heheh
tempura no more…ok boleh…tapi maybe selapas seminggu
minggu ni nak makan ayam goreng byk2, kari, asam pedas, budu, dan segala makanan yg xde kat kyoto hahaha

ok
bye!!

13.11.15

my days so far

Konichiwa…ni hao…dan apa khabar? :)

hari ni kita bersiaran langsung dari Ritto, Shiga, Japan.
Alhamdulillah. Saya selamat sampai di Kyoto pada 10hb lebih kurang 7pg waktu tempatan
pastu terus gerak ke Kyoto train Station dengan MK shuttle van yang saya dah siap book dari malaysia
shuttle ni cas 3600yen/person. dan 1 luggage. tapi kalau extra luggage akan dikenakan charge
untuk book MK shuttle ni just isi form kat website dan dia akan email untuk confirmation
tapi shuttle ni dia punya cover area only Kyoto
since hotel ialah di daerah Shiga. jadinya saya terpaksa ambil train untuk ke Shiga
dan hotel saya di bandar Ritto. dekat sangat dengan Ritto Station
kalau dari kyoto station akan ambil masa lebih kurang 30 minit
dan tiketnya 410yen (one way)
dan habis begitu sahaja duit ku hahahah

sepanjang 4 hari berada di Kyoto ni
malam ni lah boleh rehat dengan relex sikit
sebab esok weekend so macam tak perlu ke universiti
penat sungguh rasa minggu ni haha

so esok kawan saya yang dari UM akan ke Tokyo
since saya dah pernah ke Tokyo dulu jadi tak join sekali
plus macam tak mampu nak bayar tour guide haha
tour guide tu kawan kepada kawan yang study kat sana
dan biasa bawa malaysian jalan jalan sekitar tokyo
jadinya plan saya untuk esok mungkin akan ke Osaka
jumpa kawan masa degree dulu
pastu round round kejap then balik
plan untuk ahad tak tahu lagi
mungkin stay je kat hotel dan baiki slide presentation
ya Allah…presentation saya sangat sangat kecik kalau nak banding dengan student dr China n Japan
tapi Dr. Maya yang visiting professor dari UM di KU cakap ok (sedapkan hati)
but ada laa hear and there that need to improve
espcially on how I present the data/results
(saya akan share pasal ni dalam entry lain)

sepanjang minggu ni aktivitinya ialah lawatan dan graduate student seminar
cuma tadi baru dapat pergi lab
graduate student seminar semalam bertempat di Katsura Campus
iaitu salah satu dari banyak2 kampus di KU. dan campus ni hanya menempatkan student postgrad sahaja
at first saya tak tahu pasal ni. sebab campus ni sunyi sepi. jarang sangat dapat jumpa student
dan sama juga dengan sekitar kawasan hotel saya di Ritto. sunyi sepi. boleh kira berapa orang yang saya terserempak hahaha so saya ingatkan kyoto ni memang macam ni.
then friends kat sana cakap Katsura Campus untuk ni postgrad sahaja
kalau di main campus which is at Yashuda Campus
yang mana ada pokok besar dan clock tower ni


nanti kalau sempat mungkin akan singgah kejap kat campus ni
melawat library ke…berangan jadi student kat sana ke haha

siapa yang follow instagram saya mesti dah boring kot dengan gambar2 yg saya post sepanjang minggu ni
semua pasal water quality. dan train apa nk naik dan berapa kena bayar hahaha
soryy ye saja nak share dengan korang
mungkin boleh jadi reference untuk panduan akan datang hehe

ok
itu je
nanti saya cerita lagi
mungkin pasal bandar Ritto yang sunyi sepi ni hahah
bye Smile

3.11.15

butter cake lagi

Processed with VSCOcam with c1 presetProcessed with VSCOcam with c1 presetProcessed with VSCOcam with c1 preset

semalam buat butter cake lagi
kali ni bukan sebab umar yang mengidam, tapi sebab mummy nya tiba-tiba rasa nak makan
masih guna resepi yang sama
cuma kali ni saya dah tak lupa masukkan fresh milk
dan hasilnya sedap yumm yummm hehe

kalau rasa nak try
boleh follow resepi kak azie ni
confirm menjadi!

bye!

2.11.15

waktu yang tepat

image

dah lama nak tulis pasal ni
tapi asyik tak sempat je

gambar kat atas ni ialah caption daripada Hannah Johari yang saya follow instagram
dan saya rasa caption ni adalah paling best- paling win selama 4 tahun ber-instagram ni
first time baca berair mata
second time baca menitik air mata
third time dan seterusnya sikit lagi nak banjir

entah
emosi sungguh bila baca
bila teringat-teringat pun boleh berair mata

just nak share dengan korang je
kalau situasi kita sama
doa banyak-banyak
jangan sedih sedih
redha dengan perancangan Dia
doa banyak-banyak
inshaAllah…
Dia terpaling tahu apa yang baik untuk kita

#menangisbawahmeja :(