Alhamdulillah
bertambah seorang lagi cucu TokMa
bertambah seorang lagi cousin Umar
bertambah seorang lagi anak kakak :)
berat 2.8kg
panjang 48cm
lahir secara normal di Hospital SALAM, Shah Alam
semoga membesar sihat dan menjadi anak yang soleh
Amin
Monday, May 20
19 May
Thursday, May 16
10 hari lagi
puding permata Nilam
beef lagsana
dua-duanya adalah menu berbuka saya dua hari yang lepas
tinggal lagi 10 hari untuk saya ganti puasa
daripada berapa hari? 30 hari uollss…pengsan ^^!
tapi
bak kata orang sikit-sikit lama-lama jadi bukit kan
ganti dua hari seminggu, lama-lama boleh lah raya hihi
harap dapat lah habiskan sebelum puasa nanti
untuk resepi puding permata dan beef lagsana boleh lah follow link tu k
selamat mencuba! :)
hari guru
hari guru
kalau kat sekolah dulu
apa yang best selain boleh tengok kawan-kawan buat persembahan
kita dapat hadiah jugak yang dipanggil ‘request’
bukan hadiah sangat la
cuma chocolate atau bunga atau kadang-kadang dapat apple
beserta dengan kad yang tulis nama si pengirim rahasia hihi
bajet secret admirer la tu :)
sekarang saya sendiri jadi cikgu
tapi tak dipanggil cikgu la
cuma fungsinya tetap sama
mengajar..memberi ilmu kepada anak bangsa
ecehsss
sempena hari yang istimewa ni
saya nak ucapkan selamatlah buat cikgu-cikgu diseluruh dunia
yang pernah mengajar saya secara langsung mahupun tak langsung
jasa kalian amatlah saya hargai sampai bila-bila :)
pada suatu hari yang lain
iaitu 13 mei yang lepas
saya dan students dah ke Tapak Perlupusan Sisa Pepejal, Bukit Tagar
ini kali pertama saya ke tapak perlupusan sampah
dah sampai ke pagar dah boleh bau semerbak…harum sungguh…
just nak share beberapa gambar lah eh
dari gambar ni korang semua dah boleh tahu
proses-proses yang terlibat :)
Jom masuk kelas Solid Waste Management!
Tapak perlupusan sisa pepejal Bukit Tagar menerima sisa pepejal daripada Selangor dan Kuala Lumpur setiap hari.
beberapa jenis liner yang digunakan untuk menutup lapisan sisa pepejal yang telah dimampatkan di tapak perlupusan bagi mengelakkan leachate (air sampah) mencemarkan air bawah tanah ![]()
proses-proses perlupusan sampah
Kolam rawatan leachate
Phragmites yang digunakan sebagai penyerap bahan-bahan pencemar yang masih ada di dalam leachate sebelum digunakan sebagai air siraman pokok
apa yang saya boleh disimpulkan di sini ialah
waste is money! :)
syarikat yang menguruskan sisa pepejal di Bukit Tagar ni mendapat keuntungan sehingga berjuta-juta ringgit setahun
itu baru untuk dalam Malaysia, belum lagi cawangan di China, Arab, India dan Philipine lagi
memang boleh buat duit betul :)
---------------------------------------------------
sebelum tutup tirai
en.mm cakap saya tulis blog macam huru-hara
macam cepat-cepat nak pergi mana ntah hihi
betul ke wahai pembaca-pembaca kesayangan saya sekalian? :)
Wednesday, May 8
Asakusa
di negara matahri terbit
di negara nobita dan doraemon
saya tak pasti hari ke berapa kami di sana
tapi mengikut plan, hari tu kami plan ke tiga buah tempat dalam satu hari
Harajuku, Tokyo Camii dan Asakusa
mengikut apa yang di study, ke tiga-tiga tempat ni terletak dalam satu arah
(yeke? betulkan saya kalau silap)
walau pun dalam satu arah, dari satu tempat ke tempat lain agak mencabar kaki jugak lah
mencabar tapi sangat best. :)
Asakusa tempat di mana boleh dapat cenderahati
banyak gerai kecik-kecik yang jual macam-macam cenderahati yang comel
kalau nak beli kimono pun boleh kat sini
saya hari tu tak beli kimono sebab dah ada dua kat rumah :)
untuk ke Asakusa
boleh berhenti di Asakusa Station samada dengan menggunakan Ginza Subway Line, Asakusa Subway Line atau Tobu Railways.
saya tak ingat dah saya guna train yang mana satu
tapi jangan risau. darii Tokyo Camii amik masa tak lama pun untuk sampai
cuma, disebabkan banyak jenis train yang ada
kena ingatlah apa-apa land mark supaya tak tersalah train nak balik nanti
kami hari tu hampir nak naik train yang salah dah
jadi....hati-hati ye hihi :)
dari train station
perlu jalan sikit lah..macam biasa
dan akan melalui kedai-kedai sushi yang sungguh mengundang keteliuran hihi
dari jauh dah boleh nampak Sensoji Temple dan Tokyo Sky Tree
dari sini kita boleh nampak Tokyo Sky Tree
tapi disebabkan sampai sana dah macam nak malam
dan kat Jepun kedai tutup awal
so we decided to come back again (don't know when) to visit tokyo sky tree
the famous Sensoji Temple
lepas je pintu gerbang ni
akan ada gerai-gerai kecik yang saya cakap tadi
yes
kami sampai sana dah lewat
dan...En.MM sangat frust sebab tak dapat merasa makan tempura yang paling famous di Asakusa
kedai ni namanya Tempura Daikokuya
dari Sensoji Temple akan ada 4 simpang
dan saya tak ingat dah simpang yang mana
tapi kedai ni seingat saya sederet dengan deret2 kedai makan yang lain jugak
ye kot. huhu. kalau nak tahu lebih boleh ke website dia lah eh hihi
untuk mengubati hati
kami makan je kat satu kedai tempura berdekatan yang best jugak
tempura besar dan rangup dan....haihhh nak makan kat sana lagi... :)
****
bagi saya yang suka berjalan slow slow dan tak rushing
lebih baiklah satu tempat satu hari
kahkahkahkah
habis tu berapa minggu nak kena duk kat sana???
tapi macam tu lah
especially kalau bawak baby
Thursday, May 2
menjelang pru13
menjelang nak pilihan raya tak lama lagi ni
lagi dekat lagi macam-macam
yang terbaru kawan-kawan share dekat fb
gambar berbaris-baris orang asing kat klia
kat berita pula video di depan kaabah
kat twitter plak...?
kalau tak ada facebook twitter semua ni
takde la serabut perut sangat nak mengundi huuu
keadaan di rumah saya?
mana satu pilihan hati?
tepuk dada tanya selera
al maklumla
kat rumah saya ada dua parti yang bertanding
makanya................... ;) ;) ;)
apa-apa pun
selamat menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia
5 Mei nanti jangan lupa turun mengundi yer
walau satu undi, ia tetap penting tau :)
marilah mari
kita mengundi
tunaikanlah kewajipan
pada negara
lalalalalala
bye
:)

