Monday, April 30, 2018

si bongsu

korang pernah cabut wisdom tooth tak?
tak boleh tidur ni...sakit gigi :(
duk google pengalaman orang lain
ramai yang ke klinik kerajaan sebab murah je. tak sampai seratus pun.
kalau swasta sampai rm600
kalau kerajaan kita check kat klinik dulu
kalau perlu minor surgery kena refer ke hospital
masalahnya. saya pernah tgk kawan cabut gigi kat klinik kerajaan
dia punya struggle nak cabut tu scary gila :(

malam-malam ni dia buat sakit gigi plak
tak sure gigi yang mana
rasa macam gigi atas
rasa macam wisdom tooth yg bawah
benci betul...nak tidur pun tak lena
dah la penat join larian pagi tadi tak hilang lagi
tolong!!

esok kita ke klinik kerajaan dulu tgk canne doktor cakap apa.

Monday, April 23, 2018

mana-manalah

dua tiga menjak ni banyak plak orang cerita pasal beranak kat hospital gah la. hospital kerajaan la
tak nak meneran kalau tak beranak kat hospital besar la. macam-macam.
yang back up hospital kerajaan pun banyak. yg back up hospital swasta pun melambak.
ntah lah. masing-masing kot kan.
saya. secara jujurnya memang tak nak pergi hospital kerajaan. sorry.
ntah. bukan nak berlagak ke apa. tapi ntah. haha
dengar cerita-cerita yg dapat katil tepi koridor la. macam-macam. haha.
tapi masa umar dulu, masa mula2 sakit tu saya pergi hospital serdang dulu tau.
(jauh gila. padahal ada je hospital klang. tp sbb dgr cerita2 tu saya pergi la hospital serdang)
tapi bukaan masa tu baru sikit. doktor suruh balik dulu. lagi pun takde katil kosong lagi.
dah la penuh student keliling katil check bukaan haha. sabor je la.
(mesti dah jadi doktor semua dah tu haha)
pastu sebab jauh sgt. pergi umra je. haha.
yups. kena czer sebab tali pusat melilit.
yg fatimah plak. sbb nk sgt normal pergi salam. sebab ada dr. siti maryam.
Alhamdulillah. dapat merasa normal.
bukan sebab dr. siti je. mungkin sebab saya amalkan macam2 sepanjang pregnant tu.
setiap malam bangun tahajud. baca quran sampai khatam (umar dulu pun khatam).
minum air zamzam setiap hari. kurma. dah nak dekat tu minum olive oil (gigih betul haha)
yg ketiga macam2 benda bila scan. stress aku. haha. masih di salam
doktor cakap kena czer sebab tali pusat menyimpul 2 kali. sangat sangat risky.
suami plak. klu czer kita gi hspt shah alam je la. saya keras hati. cakap tak nak. tak kira.
(sbb bajet dapat normal kan. tp bila kne czer bayaran mahal sikit la kan)
tapi bukan saya nak czer kan. xde rezeki. dlm kepala memang dah set beranak kat salam ni je.
sekali tiba2 nak g hospital shah alam plak. stress betul masa tu. sakit hati pun ada.
tp suami ikutkan juga. thanks thanks.
pasal nak beranak mana ni. ntah la. ikut la kemampuan.
klu kat hospital kat klcc tu. memang saya sendiri pun tak mampu.
apa tah lagi hospital pantai ke apa ntah lagi. saya takkan sekejam tu paksa suami bayar mahal2
semuanya rezeki. rezeki normal ke czer ke. rezeki duit lebih untuk ke hospital idaman hati.
rezeki untuk membesarkan anak lepas beranak lagi. semua tu pun kena fikir.
apa-apa pun. doa banyak2. semoga dimudahkan. doa biar tak sakit sangat. semasa dan selepas.
saya paling suka masa pantang. sebab dapat rehat betul2. takyah masak. takyah jaga budak2 haha.
makan tidur. makan tidur. berbaring je. sampai masa menyusu. best betul.
(sebab sebelum beranakkan penat betulkan. bawak budak dalam perut lagi. jaga budak luar perut lagi kan) hahaha

ok lah. tu je.
ni pendapat saya je
tak sependapat takpe.
masing-masing.

Friday, April 20, 2018

percubaan kelima

baru-baru ni asaya da join baking class
lama dah teringin nak pergi baking class
tapi class ni yang untuk beginner macam saya ni la
yang tak tahu beza butter
yang tak tahu soda bikarbonat tu untuk apa
yang tak macam mana suhu oven sendiri
haha
(entah bila nak cerita pasal baking class ni)

so masa baking class ni ada diajarkan buat kek pisang
resepi nya mudah je
takyah guna mixer pun
kira macam mesti jadinya punya resepi la ni
buat kat class bukan main lagi...menjadi cantik betul
sekali balik rumah buat..hampeh 3 kali buat 3 kali mendap
rasa nak give betul. nasib baiklah bahan-bahan murah je
so kuatkanlah juga hati yang lara. try juga untuk kali keempat
text balik cikgu yang mengajar hari tu. kenapa? kenapa?

untuk kali yang keempat. Alhamdulillah. menjadi dengan cantiknya
budak-budak makan tak berhenti. mommy pun dapat rasa sikit je
so semalam buat lagi. menjadi lagi. ALhamdulillah.
rasa macam dah boleh open order.haha
kalau sesapa di area shah alam nak rasa kek pisang saya boleh la order hehe


ok meh saya share resepi kek pisang yang special sungguh ni

5 biji pisang (yang best guna pisang berangan yang dah hampir lebu)
1 cup gula
1 cup minyak
4 biji telur (gred A)
1 1/2 cup tepung
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonat (ketiga2 bahan kering ni diayak sekali)
1 tsp esen vanila
bakar pada suhu 170 deg C, selama 30-35 minit (bergantung kepada oven masing2)

ok senang kan?
silalah mencuba :)

Friday, April 6, 2018

last episode

semalam last episode dah
next week malam-malam takde lagi benda nak tgk kat tv
best cerita ni. simple. semuanya simple
takde watak berat pendengki ke apa. make-up pun simple-simple je
hazran & athia plak sweet. hazran hensem plak tgk dia dalam drama ni
ost pun best best. lagu aziz harun, ismal izani, masha. best plak dgr haha
sape yg layan drama ni jugak kita geng hehe
kalau tak tgk lagi boleh la tgk. kat online banyak.



Thursday, April 5, 2018

tingtong

setiap hari rakyat Malaysia membuang 0.8kg makanan yang tak disentuh setiap hari
tahun 2015, 15,000 ton makanan telah terhasil dan 3,000 ton adalah makan yang masih elok dan tak perlu dibuang pun. sisa makanan ni termasuklah sisa daripada dapur kita, daripada food industry mahupun daripada pasar-pasar. setiap step dalam pemprosesas makanan akan menghasilkan sisa makanan yg akhirnya dilupuskan ke landfill dan seterusnya berpotensi menghasilkan greenhouse gases terutama sekali gas metana. faham?hehe

bila penat dengan tesis dan sebab teringin nak makan cornflakes meringue ni. makan jadilah macam ni.
tingtong!!

Tuesday, April 3, 2018

diskusi

hujan lebat ni kat UM
parking jauh. kat fakulti business sana
seberang jalan sana
tengah buat diskusi ni
susahnya
pastu rasa macam result sikit. tak cukup.
sv plak tak reply lagi email.
entah cukup ke result yang diemail dulu
bencilah perasaan ni
Ya Allah. kurniakanlah ilmu, ilham, idea macam mana nak siapkan thesis ni cepat-cepat
aminn..amin..