Sunday, September 29

instagram


kalau la ada button untuk unsubscribe dekat IG
macam kat FB tu
sebab kadang malas nak tengok sesetengah gambar
sebab malas nak ambil tahu (boleh?)
tapi sebab dah follow malas jugak nak unfollow


banyaknya perkara negatif entry kali ni
sorry

follow la ig saya untuk shawl yang cantik menawan kihkihkih







main-main
:)

Thursday, September 19

idea idea

birthday anak sedara yang sulong akan tiba
jadi ahmad albab tak tahu nak bagi hadiah apa
sebenarnya dah lepas
tapi baru nak celebrate
insyaAllah akan buat makan makan secara kecil-kecilan sabtu ni

dan saya
rasa macam dah mengalahkan ibu dia plak kikiki

jadi kami plan sikit sikit
saya dah macam awal-awal lagi dah reka-reka (ciplak) kad jemputannya
ingat lagi tak dulu
masa sebelum kahwin saya dah juga reke-reka (cikplak) kad kahwin saya?
boleh tengok kat sini hihi
so untuk kali ni pun lebih kurang sama
sebab maklumla tak reti nak design sendiri
kalau design atas kertas boleh la
kalau guna computer..lepas grad ijazah rekabentuk kad baru siap la kot kadnya :p

selain kad
saya macam nak buat candy buffet secara kecil-kecilan
semuanya kecil-kecilan sebab jemputan tak ramai pun
just jemput saudara-mara je pun
dan temanya nanti mestilah pink

jadi sekarang
sambil-sambil breakfast ni
tengah cari sikit idea-idea yang menarik yg boleh guna utk buat contoh
macam.....


comelkan
geram je tengok

turn umar nanti
habis laaaa
3 hari 3 malam r bertungkuslumus huhu
biasalah sindrom mak mak yang tak pernah merasa birthday party masa kecik kecik dulu :p

Wednesday, September 4

Penang Mural

masa dulu-dulu tengok pi mai pi mai tang tu
saya duk terfikit apabende la pi mai pi mai ni
maklum la dulu duk Trg je..so kawan kawan pun orang Terengganu je
tak keluar dari Terengganu  plak tu sampai la nak masuk Universiti
kronik tak
plus dulu mana internet..nak google canne kan?
so pendam je la persoalan makna pi mai pi mai ntah apakebendalah ni huhu

jadinya
bila dah keluar dr Trg dan bergaul dgn macam2 jenis orang
baru la tahu…ooooooooooooooo….ceh….. :p
pi mai pi mai tang tu
kalau dalam bahasa Terengganu maksudnya
gi mari gi mari situ gok
faham tak anak anak murid sekalian? hihi

sebenarnya nak cerita pengembaraan singkat saya di penang baru ni
(pengembaraan lah sangat kan)
tapi disebabkan rajin sikit hari ni
siap ada introduction bagailah…
nanti kita masuk ke bahagian literature review k..
harap bersabar

so saya ke penang dengan satu tujuan kali ni
nak mencari mural-mural yang sering diperkatakan orang selama ni
tengok orang amik gambar dengan creative nya..rasa macam tak boleh jadi ni
kita kena mesti wajib pergi jugak ni
(sebenarnya ke sana sebab ada kenduri kahwin..tp tu mcm dah jadi hal sampingan)

sampai ke Penang
saya dan en.mm dan adik dan mummy dan umar
ke kawasan yang dikatakan ada mural mural tu
nasib ada gps … so ke sana sani ke dengan bantuan gps la
pastu bila recalculating recalculating semua naik tension hahaha

untuk yang tak pernah lagi mencari mural ni
ada tips sikit saya nak kongsi:
1) untuk cari mural2 ni adalah senang kalau jalan kaki atau sewa basikal.
sebab satu-satu mural ni ada yg dekat. ada yang jauh. dan kadang2 tu ada yg terperosok masuk lorong
dan kalau naik kereta susah nak parking. jadi dinasihatkan naik basikal atau jalan kaki kalau laratlah.

2)kat area mural ni ada banyak kedai sewa basikal. dan murah sangat. cuma rm10 satu hari.
bagi yg nak bawak baby/budak kecik boleh sewa yg ada tempat duduk baby. cuma rm20.

3) kalau boleh pergi awal pagi atau bukan hari cuti. sebab ramai gila orang. kalau dah lewat kena beratur amik gambar. macam beratur nak beli nasi kandar pun ada. huhu

4) siap-siap bawa air. payung. dan tenaga yang banyak. sebab penang. panas dia semacam.
(dasar puteri lilin)

ok
cukup kot tips tu

mari kita layankan gambar-gambar yang sempat saya ambil masa kat penang.

IMG_5530 IMG_5531 IMG_5543 IMG_5657 IMG_5658 IMG_5659 IMG_5660 IMG_5661 IMG_5662  IMG_5744 IMG_5745 IMG_5674

sekian
sila la pack barang dan pergi ke penang dan amik gambar puas-puas
bye
:)

Tuesday, September 3

my days lately


ingat lagi masa interview untuk kerja 2 tahun lepas
the interviewer tanya kenapa saya nak kerja tu?
sebenarnya saya tak tahu nak jawab apa
selain dalam hati "saya perlukan kerja, i am newly wed, and i really really need money to start my new life"
of coz saya takkan jawab macam tu hihi
dan nak tahu saya jawab apa?
"sebab saya harap selepas setahun, company dapat sponsor saya untuk sambung study"
dan interviewer semua gelak kahkahkahkah
mungkin dalam fikiran mereka "in your dream!!"

memang betul pun
in my dream
company tak ada polisi sponsor pekerja untuk sambung study
bahkan untuk cuti belajar pun tak ada
sedih...sedih...sedih...

dan nak tahu apa yang berlaku?

saya berhenti kerja
dan sambung study
dan bergantung 100 and 10% kepada myBrain

keputusan berani mati ke apa ni?
:)

sebab utama kenapa nak sangat sambung study
1) memang saya suka study pun
2) sebab perbelanjaan semakin hari semakin meningkat, jadi kalau saya teruskan kerja di tempat iteww dengan gaji yang tak tahu la bila nak naik, iteww sangatlah merisaukan
3) impian dari dulu nak jadi salah seorang lecturer di IPTA dan nak masuk IPTA paling kurang kena ada PhD
4) so here i am doing my PhD and really confuse with it..boleh? kahkahkah

jadi tu je la
harap menepati tajuk entry 
hihi

semoga semuanya berjalan lancar..amin amin...
walaupun saya dah nampak ciri-ciri akan stress macam master dulu huhu
i can do it! i can do it!!

mari sambung kerja
bye
:)