Monday, April 14

Kuyak Festival

5 dan 6hb yang lepas
saya dan kakak dan kawan kepada kakak ada join bazaar
bazaar ni namanya Kuyak Festival di The Strand, Kota Damansara

ini masuk kali kedua saya atau FairytaleScarf join bazaar
satu pengalaman yang best tapi memenatkan
penat…yang macam kena amik cuti dua hari pulak hihi

mana taknya
dari pagi sampai ke malam
pastu takleh nak berehat je duduk main handphone je
kena la keluarkan suara panggil pelanggan

dialog of the day
”kak singgah kak…”
”ada nasi ayam…nasi dagang pun ada kak”
”nasi minyak 5ringgit sebungkus…last day hari ni”
:) :) :)

mula-mula memang macam malu-malu kucing juga laa
tapi lama-lama ok dah
sebab pesaing ramai
berapa juta gerai yang jual shawl
berapa ramai lagi yang ada jual benda dan harga hampir sama dengan kita punya
so nak tak nak kena tebalkan muka sedikit

dan
Alhamdulillah
tiap kali join bazaar..stock lama…stock baru akan habis terjual
ALhamdulillah….penat lelah terbayar la jugak kan hihi :)

so our next bazaar will be on May
3 bazaar yang akan nama FairytaleScarf terselit sama
jadi…stay tune..nanti bila dah confirm saya akan war-warkan
tapi korang kena la datang bagi sokongan
beli satu shawl sorang pun jadi
hihi

ok
ni ada gambar-gambar sepanjang Kuyak Festival baru-baru ni

IMG_5403 IMG_5414 IMG_5420 IMG_5423 IMG_5427 IMG_5434

kepada pelanggan-pelanggan yang ada singgah
dan beli satu dua shawl dari FairytaleScarf
terima kasih banyak
semoga korang dimurahkan rezeki
next bazaar datang lagi tau :)

Friday, April 11

Kuala Kangsar

satu hari
En.MM tiba-tiba ajak pergi Kuala Kangsar
saya macam……huh??nak buat apa kat Kuala Kangsar?? :D
dan beliau jawab “saje..cameron dah biasa…penang pun dah selalu sangat..”
ooo ok…jom ah!!

esoknya bergeraklah kami tiga beranak ke Kuala Kangsar
dalam kereta search apa tempat yang menarik yang ada kat Kuala Kangsar
apa yang menarik? hmmm. tak ada apa sangat lah kot hee

Kuala Kangsar ni pekan kecil je
hotel besar sikit tak ada kot rasanya
yang ada hotel macam sesuai untuk backpacker
dan kami stay di satu hotel apa ntah namanya
yang agak mengecewakan juga lah hihi

lagi…
sempat singgah Masjid Ubudiah
yang dulu-dulu selalu tengok dalam kalendar je
ramai juga pelancong luar yang datang melawat masjid ni
memang cantik

IMG_2377 IMG_2379 IMG_2381 IMG_2383 IMG_2388

nak sampai ke sini mulanya macam senang
sebab ada sign board sepanjang perjalanan
lepas tu macam pening sikit
tapi yang pastinya masjid ni dekat dengan istana

IMG_2395 IMG_2396

Laksa Pak Ngah yang mengecewakan :(
tak cukup bahan
telur rebus takde
timun atau nenas takde
laksa tak best
kuah je sedap
sorry Pak Ngah

IMG_2398

MCKK

IMG_2466
last sekali kita ke Pokok Getah tertua di Malaysia


habis dah perjalanan 2 hari satu malam di Kuala Kangsar
lepas ni En.MM nak ajak pergi Temerloh plak
bye

Happy Weekend!!

Wednesday, April 2

Hijab Fesyen

ini sebenarnya cerita basi
super basi
mungkin dah nak berkulat
:D

tapi ye la kan
sejak dah rajin sikit tulis blog semula ni
saya nak cerita la jugak cerita-cerita basi yang terkumpul selama ni
boleh ke?

bulan Januari lepas
online business saya dilamar (ecehhh) oleh seorang wartaman ni untuk diselitkan dalam majalah dia
majalah Hijab Fesyen. mungkin untuk keluaran bulan Febuary

saya dengan berbesar hati terima laa
dan bila ke office, editor nak interview untuk ruangan ala ala lifestyle camtu laa
dengan suka hatinya saya pun terima
(dasar gila glemer ke apa ni??)

set time dengan make-up artist
dengan photographer
set tempat untuk shooting
set berapa pasang tudung untuk di-pukul-gambar

seharian ber-pukul-gambar
penat
tapi satu pengalaman yang baru la kan

IMG_3998 
ada sesiapa yang beli majalah Hijab Fesyen keluaran yang ni?

IMG_4003
buka ke muka surat 132 ehem ehem… (make-up bukan main tebal. macam nak kahwin hihi)

IMG_4016
yang ni tak pasti dah mukasurat berapa. semua tudung-tudung ada dalam IG saya

IMG_4014 
besar tak?? besar tak?? hihi

IMG_4012 
Gambar Umar je yang comel. Saya? Macam kelakor je huhu

tu je la nak cerita
harap sedikit sebanyak adalah manfaatnya apa yang saya cerita dalam majalah tu
segan juga sebenarnya

apa-apa pun memang memberi pengalaman yang baru
baru tahu macam mana prosesnya
dari pagi sampai petang
dan Umar sangat good boy tak banyak meragam pun
tahan je ngantuk. habis je photoshoot baru tertidur dengan sendirinya
thank you Umar

thank you Majalah Hijab Fesyen kerana peluang ini
harap dapat bekerjasama lagi dilain hari
:)