2.4.14

Hijab Fesyen

ini sebenarnya cerita basi
super basi
mungkin dah nak berkulat
:D

tapi ye la kan
sejak dah rajin sikit tulis blog semula ni
saya nak cerita la jugak cerita-cerita basi yang terkumpul selama ni
boleh ke?

bulan Januari lepas
online business saya dilamar (ecehhh) oleh seorang wartaman ni untuk diselitkan dalam majalah dia
majalah Hijab Fesyen. mungkin untuk keluaran bulan Febuary

saya dengan berbesar hati terima laa
dan bila ke office, editor nak interview untuk ruangan ala ala lifestyle camtu laa
dengan suka hatinya saya pun terima
(dasar gila glemer ke apa ni??)

set time dengan make-up artist
dengan photographer
set tempat untuk shooting
set berapa pasang tudung untuk di-pukul-gambar

seharian ber-pukul-gambar
penat
tapi satu pengalaman yang baru la kan

IMG_3998 
ada sesiapa yang beli majalah Hijab Fesyen keluaran yang ni?

IMG_4003
buka ke muka surat 132 ehem ehem… (make-up bukan main tebal. macam nak kahwin hihi)

IMG_4016
yang ni tak pasti dah mukasurat berapa. semua tudung-tudung ada dalam IG saya

IMG_4014 
besar tak?? besar tak?? hihi

IMG_4012 
Gambar Umar je yang comel. Saya? Macam kelakor je huhu

tu je la nak cerita
harap sedikit sebanyak adalah manfaatnya apa yang saya cerita dalam majalah tu
segan juga sebenarnya

apa-apa pun memang memberi pengalaman yang baru
baru tahu macam mana prosesnya
dari pagi sampai petang
dan Umar sangat good boy tak banyak meragam pun
tahan je ngantuk. habis je photoshoot baru tertidur dengan sendirinya
thank you Umar

thank you Majalah Hijab Fesyen kerana peluang ini
harap dapat bekerjasama lagi dilain hari
:)

2 comments:

Anonymous said...

Cik Nilam..ape khbr awk n umar :)

sapphire said...

Alhamdulillah..kami sihat seadanya..siapa ni?