25.11.15

Graduate Student Seminar

tujuan utama saya ke Kyoto tak lain tak bukan sebab Graduate Student Seminar
Seminar ni diserta oleh graduate students from Malaysia (UM & UiTM), Japan (Kyoto University) dan China (Tsunghua University)
jadinya ada dalam lebih kurang 30 orang r dalam satu dewan
tak termasuk supervisors dari Kyoto Uni dan Tsunghua Uni
jadi setiap negara memerlukan 3 orang presenter untuk present research masing-masing
termasuklah saya…

bila dalam keramaian mereka-mereka yang macam expert sangat bukan sahaja dalam bidang masing masing tapi luar dari bidang mereka pun macam tahu macam macam benda
saya ni….adoillaaa…rasa sungguh kecik sangat
macam banyaknya benda yang kau tak tahu nilam #menangisbawahmeja

berbalil kepada presentation
saya cuma present progress setakat 2 semester saya belajar sekarang
kebanyakkan yang present dah nak habis belajar
mereka pun ada yang buat Master ada yang buat Phd
macam macam topik…dari membrane apa benda ntah (hahaha) sampailah research pasal kandungan bahan merbahaya dalam toys

IMG_3098[1]
inilah keadaannya bila esok kena present
kelam bin kabut .
dah lah badan penat penat lagi

IMG_3103[1]
seminar ni di adakan di Kyoto University di Katsura Campus
Campus yang menempatkan pelajar pelajar Master dann Phd sahaja
makanya campus ni sunyi sepi
mungkin semua orang tengah fokus dekat tesis masing-masing kot
seriously sunyi sepi… :D

IMG_3105[1]
untuk ke Katsura Campus, kalau dari Ritto kita kena ambil train sampai ke Katsuragawa
2 station selepas Kyoto station dan harganya 500yen lebih
pastu dari Katsuragawa ambil pula bus nombor 12 di platform 6, tiketnya dalam 240yen
untuk bus kita kena siap siap sediakan syiling cukup cukup
(ada je mesin nk tukar syiling tapi tak sempat la pulak nak belajar guna kan hehe)
dari katsuragawa naik bus ke katsura campus ambil masa dalam 30 minit juga

IMG_3136[1]

sampai je di campus, terus jumpa Prof Shimizu. Orang yang bertanggungjawab menaja saya ke kyoto ni hehe
terus dapat student card dan surat tawaran yang mengatakan saya ni student kyoto uni selama 2 minggu
macam kelakar je

IMG_3123[1]
lepas presentation diorg ada sediakan dinner untuk semua participant graduate student seminar ni
macam biasalah untuk muslim hidangannya seafood je la kan
nasib baik tekak boleh terima sushi..kesian juga kalau mereka yg tak suka makan sushi atau ikan mentah ni

IMG_3129[1]
bila terjumpa mereka yang bertudung kat luar negara kita mesti rasa teruja sikit kan (atau saya je??)
dari jauh dah nampak yg bertudung mesti rasa nak tegur
tanya dari mana. malaysia ke. indonesia ke. singapore ke. brunei ke.
yang ni Anisa dari Jakarta. Master student bawah biasiswa jepun. dah 4 bulan Anisa kat Kyoto. dah boleh cakap jepun dah….

Graduate student seminar ni merangkumi presentation dan technical tour
technical tour ni kami pergi ke tempat tempat yang berkaitan dengan water treatment dan juga waste management
jadi first stop was at Fish Bone Recycle Centre
centre ni me-recycle tulang tulang ikan yang diperoleh dari sekitar Kyoto
untuk dijadikan makanan ayam dan juga fish oil
menurut pengusaha centre ni, kilang dia ni dapat pulangan yang boleh dikatakan tinggi juga
ini mengingatkan saya kat Terengganu…kan ramai yang mengusaha kepok lekor kan
tulang tulang ikan tu semua diorang buang macam mana ye?

Processed with VSCOcam with c1 preset
ini ialah Fish Bone Recycle Centre
kecik je kilangnya
tapi sangat bagus dalam menguruskan tulang tulang ikan ni
bau pun tak ada langsung

next stop pula kami ke AEON Shopping Mall
bukan untuk shopping ye anak anak
tapi untuk lihat macam mana diorg menguruskan waste dari setiap kedai yang ada dalam AEON Mall ni
AEON mall ni pulak bukan kecik macam AEON Bukit Raja tu
tapi macam nak sama besar dengan One Utama
tapi tempat diorng menguruskan waste kecik je
macam bilik stor je..tapi ke-efisyenan pengurusan tu sangat bagus sampai kita takkan rasa kita berada kat bilik pengasingan sisa
diorg mengasingkan sisa dari sebesar-besar sofa yang rosak sampai lah ke sekcil kecil putung rokok
itu semua dalam kategori yang berlainan. even chopstick pun dalam kategori tersendiri

IMG_3007[1]

di AEON mall ni untuk lunch semua singgah makan kat food court
macam biasa makanan ruji kita kat sini iaah tempura la apa lagi kan hahaha
tempura semuanya dihidang panas-panas . digoreng depan kita
kenyang perut hehehe
IMG_3008[1]

ni mesin kupon untuk beli food kat food court ni
masuk syiling
dan pilih makanan dan nanti kita akan dapat kupon dan bagi kat kedai mana yg kita nak
IMG_3090[1]IMG_3092[1]
inilah dia Taishi Yazawa san yang banyak menolong saya sepanjang keberadaan saya di Kyoto
masa mula-mula sampai di Kyoto Station dia ni lah yang bawa ke hotel tunjuk macam nak beli tiket train
dan kalau kita nak pergi mana dia akan bagi tahu cara yang paling senang dan cepat dan jimat
Yazawa san ni dah banyak kali datang Malaysia
dan reseach phd dia pun pasal sungai kat Johor
dan dia sangat lah expert dalam water modelling dan GIS
fuhhhh…memang boleh membuatkan #menangisbawahmeja bila nak banding dengan saya yang tak tahu pape ni

lepas lunch semua bergerak ke Kyoto Kiage Water Treament Plant
pasal yang ni saya sambung dalam episod Jejak Jepun Nilam-san yang akan datang hehehe
kalau sambung sekarang satu kerja tak boleh siap ni
dah la nak kena balik awal hari ni
ok..sampai jumpa lagi
ke mana kita niiii!!!

ok
bye!!

No comments: