Tuesday, July 1

puding gula hangus


mood memasak entah ke laut mana ntah dia pergi
tak tahu kenapa “rajin” betul nak masak

harap-harap bila dah pindah ke rumah sendiri nanti
mood memasak tu akan stay there sokmo sampai bila-bila

so semalam rasa nak makan puding gula hangus
maka rajin lah diri ini membuatnya hihi
(tepuk tangan sikit)

resepinya paling mudah
tak perlu asingkan telur kuning dan telur putih
tak perlu tepung kastard
tak perlu masak dulu atas dapur
campak-campak dah siap
siapa yang tak suka resepi yang mudah main campak-campak kan :)

saya follow resepi dari Hana’s Family
(eh…dah lama kak hana tak update blog kan?)
so here’s the recipe :


Bahan-bahan

  • 5 biji telur size B (jika size A, 4 biji)
  • satu tin susu cair (400ml)
  • 150ml air biasa
  • 4 sudu besar gula
  • 1sk esen vanilla
Karamel:
  • 5 sb gula
  • 2 sb air
Cara-cara
  • Sediakan karamel@gula hangus - masukkan gula dan air ke dalam kuali. Hanguskan hingga keperangan kemudian tuang terus ke dalam loyang. Sejukkan.
  • Dalam mangkuk, satukan semua bahan puding. Kacau perlahan jangan sampai berbuih. Cukup sekadar pecah kuning telur dan sebati. Kemudian tapiskan. dan tuang ke dalam loyang karamel.
  • Kukus selama 45min atau sehingga masak. Puding ini juga boleh dikukus di dalam oven dgn cara waterbath@bain marie (letak air di dalam loyang) Tutup loyang puding dgn aluminium foil dan masak selama 45-50min dgn suhu 180.
  • Sejukkan kemudian terbalikkan. Potong dan hidangkan.

 

saya follow sebijik-sebijik
dan menjadi weehuuuuu

IMG_8236

abaikan presentation yang sangat hancus iteww
but believe me the taste is sooo good hihi
tak manis sangat..tak tawar sangat…sedang sedang

untuk buka puasa petang nanti
masih makan benda yang sama
sebab ada berbaki sikit

lusa baru fikir nak masak puding apa plak

No comments: