Monday, July 7, 2014

iftar ala Terengganu

Assalamualaikum
Hai Hai Hai
:)

saya sebenarnya dah tak berapa nak pasti kita sekarang dah nak masuk hari ke berapa puasa
boleh? heee :D
tapi yang pastinya
hari ni kalau ada yanplan nak khatam quran bulan ni
hari ni kita kena baca quran dah masuk mukasurat 180 tau
ada yang segeng dengan saya tak? angkat tangan sekarang!! hihi

weekend baru ni saya bertiga balik Terengganu
memandangkan raya tahun ni adalah mengikut sistem satu tempat satu tahun
jadinya tahun ni giliran raya di Semenyih
jadi en.MM ajak balik Terengganu puasa tiga hari kat sana baru ni

sempat jugak merasa kuih-muih yang diidamkan
cumanya tak dapat nak makan nasi minyak, nasi lemak, nasi dagang yg sedap
yang dijual di bazaar ramadhan tak se-best yang di kedai-kedai yang selalu saya pergi tu

IMG_8272

 
kuih tepung pelita. bukan kuih tako ye anak-anak
saya sebenarnya baru tahu apa beza kuih tako dengan kuih tepung pelita
nampak macam sama kan?
tapi rasanya saya lebih sukakan kuih tepung pelita
IMG_8274 
ok ini namanya Nekbak
kuih tradisional yang biasanya orang-orang tua je yang makan  (yeke?hihi)
saya tak minat sangat sebab kuih ni disira dengan air gula. jadinya macam manis sikit
tapi en.MM suka kuih ni

IMG_8294 
dari kiri kuih tak tahu namanya, kuih akok dan kuih bakar mini
kuih yang tak tahu namanya tu kuih pilihan en.MM petang tu
kuih yang mengingatkan zaman kanak-kanak katanya
kuih bakar mini tu cuma ada di gerai kuih Gong Kapas sahaja (rasanyalah)
favourite saya dan umar :)
IMG_8307
dan ini?
semestinya bukan kuih
kalau balik puasa
keluarga saya mesti-wajib beli ayam golek Gong Kapas ni
kalau nak beli kena datang awal atau alamatnya kena tempah untuk hari esoknya
ramai juga peminat ayam golek Gong Kapas ni. laku betul.

makanan lain saya rasa sama je kat mana-mana bazar ramadhan
roti john, nasi kukus, nasi beriyani, murtabak, air buah
sama je mana-mana pun
cuma kalau kat Terengganu gerai yang jual kuih-muih tu lebih banyak nak banding dengan Shah Alam

Umar?
hmm…good boy…macam biasalah
cuma bila time dia mintak nasi tu…haihhhhhh
terpaksa tebalkan muka beli nasi goreng untuk Umar
nasib lah makan habis..
kalau tak, tak berbaloi mummy kena gelak dengan penjual nasi goreng tu
tapi takpe lah…gurau gurau di bulan puasa
saya maafkan awak pakcik pakcik penjual kuih gong kapas kikikiki

IMG_8317

jadi korang semua dah fikir nak balik mana raya tahun ni??
:) :) :)

4 comments:

Ajan said...

glupp sedap tu

sapphire said...

memang sedap pun hihi
teringat-ingat sampai sekarang :)

siti natrah said...

As salam...kuih kat terengganu memang best-best kan..rugi sape pergi terengganu tak rasa kuih tradisi terengganu..salam perkenalan,ti duk kat terengganu gak..kat paka,kerteh

sapphire said...

salam perkenalan Ti :)

memang sangat merugikan kalau sesiapa yg pergi Trg tapi tak merasa kuih kuih Trg yg sedap hihi

kalau pergi bukan bulan puasa lagi best sebab boleh melantak dari pagi sampai malam kihkihkih (dasar tamak haloba) :p