Friday, June 27, 2014

welcome ramadhan


kejap je dah setahun kita beraya
kejap je dah setahun kita puasa-sahur-buka puasa-solat terawih
memang rasa kejap sangat kan
atau saya sorang yang rasa kejap? :D

tahun ni apa azam bulan ramadhan kita?
saya…..kalau boleh…
kalau boleh…harap sangat boleh lah
nak khatam quran dalam sebulan bulan ramadhan kali ni

selalunya awal-awal jebulan je bersemangat
pastu kelaut :(
ish teruknya perangai

tahun ni InsyaAllah akan puasa sebulan straight tanpa cuti
jadi harap-harap azam nak khatam tu tak tergendala di tengah jalan la
ameen..

jadi saya try google cara-cara nak khatam quran
macam-macam cara ada
yang tinggal keazaman hati dan kekuatan hati dan sanubari je ecehhhss
eh betul ni…kalau hati tak kuat mesti tergendala di tengah jalan
harap kali ni kita sama-sama dapat khatam quran k

ok here’s some tips yang mungkin boleh membantu

ramadhan tips 1 tips-khatam-Al-Quran-Dalam-Sebulan-2 428454_266564243459854_772549187_ndan untuk kekalkan momentumnya…saya terjumpa tips ni

05-quran-4000
bestkan kalau boleh habiskan dalam masa sebulan
kita cuba sebaik mungkin
kalau tak boleh tu…takpe…sambung sampai bulan syawal :)

k,
selamat menyambut bulan ramadhan yang penuh keberkatan
semoga diberikan kesihatan yang baik sepanjang bulan ni
semoga kita semua pun mendapat keberkatannya
dan dapat berjumpa dengan malam lailatuqadar
ameen…

doakan saya dapat mencapai azam khatam quran k

 

 

 


nota kecik:
saya pernah terbaca tanda-tanda hari kiamat
ialah kita akan rasa masa berjalan dengan cepat
takutnya… :(

2 comments:

k said...

Terima kasih berkongsi maklumat yang sangat berharga! Selamat berpuasa buat nilam sekeluarga :)

sapphire said...

jom sama-sama khatam quran bulan ni heee :) selamat berpuasa buat LLizam juga... kat florida puasa berapa jam? :)