Wednesday, June 25

sekolah rendah


IMG_8094

  • seperti dalam gambar, diambil pada tahun 1993 di Sekolah Rendah Sultan Sulaiman 2 (masa ni belum ada tambahan Kebangsaan)
  • darjah 1 sampai darjah 3 kelas Anggerik. Naik darjah 4 baru ada sistem grade. Siapa pandai masuk kelas depan. Kelas depan ialah Kelas Seroja, Kelas Melati, Kenanga, (tak ingat), (tak ingat) dan kelas paling akhir kelas Anggerik.
  • darjah 4 dapat masuk Kelas 4 Melati. Peperiksaan akhir dapat nombor 3. dapat juga merasa naik pentas terima hadiah kecemerlangan dan lompat naik Kelas Seroja.
  • kebanyakkan kawan-kawan waktu sekolah ni akan bawa bekal air dalam bekas Tupperware. macam tak ada yang bawa selain bekas tupperware. laku betul jualan tupperware time tu. hiks.
  • cari saya yang mana satu dalam gambar. :)
  • SRSS2 pernah ada konflik dengan SRSS1. yang mana letaknya bersebelahan. kesnya ialah cuma pasal padang. last sekali padang dibahagi dua.
  • semalam macam banyak benda nak cerita lepas tengok gambar ni
  • sekarang macam blank plak. haihhh.
  • tapi yang pasti semua yang dalam gambar dah jadi seseorang dalam masyarakat. ada yang doktor, ada yang cikgu, ada yang pegawai ptd, ada yang lecturer. ALhamdulillah.

No comments: