Tuesday, May 27, 2014

something from my day

IMG_5307

  1. umar masuk taska lagi. kali ni betul-betul punya. hari ni dah masuk 2 minggu umar ke taska. mula start balik sejak awal bulan mei hari tu. tadi hantar macam dah ok sikit. nangis pun kejap je dah. harap esok lusa makin ok dan makin happy umar kat taska. Amin Amin. Kawan-kawan doakan Umar eh.
IMG_5317

2. Sejak bulan March dulu saya dah start ke fakulti untuk cari bahan. Untuk cari data untuk thesis. sebab tu umar saya kena hantar ke taska. kalau tak hari saya akan start pukul 11. iaitu selepas saya tidurkan umar. boleh tak, kadang-kadang saya rasa macam mementingkan diri sendiri plak. kesian umar kena hantar ke taska semata nak cari bahan untuk thesis. :( harap bila umar besar nanti, umar faham. bukannya mummy sengaja, tapi lebih kepada terpaksa. kalau boleh mummy nak bawa umar ke mana pun mummy pergi.

IMG_6308 3. awal bulan 5 baru ni juga saya sempat balik Terengganu. Teman adik yang ada kenduri kawan sekolah. sempat juga la melayan kehendak perut yang nak makan macam-macam ni. nasi lemak, nasi dagang, nasi minyak, laksam, kayu kamak, puding istana, kuih bakar mini, kepok lekor apa lagi?? hihi. umar pun suka sangat dapat main air pantai. sampai tak nak balik. best nya kalau dapat kerja kat terengganu. weekend boleh la picnic kat pantai sambil makan nasi lemak ke kepok lekor ke. hihi :)

IMG_6738 4. selain balik terengganu. sempat juga saya ke vietnam. heee. 2 malam 3 hari. memang best betul tengok kain kain cotton yang murah. kain chiffon. prada lace yang kalau dalam online harga mahu dekat setengah harga. tapi saya ke vietnam ni tak pergi melawat tempat bersejarah pun, cuma gi shopping je. lagi banyak bawa duit memang akan jadi lagi banyak shoppingnya. bahaya betul. tapi rasa nak pergi lagi. ada sesiapa yang nak pergi tak? saya nak ikut boleh? :)

IMG_6612 5. Bazaar ke tiga yang saya join. Kali ni di Red Bungalow. bersempena Anniversary Stellar. Bazaar kali saya rasa sangat merelex kan. rasa macam takde nak menjual sangat. tapi Alhamdulillah laku juga Fairytale Scarf. Thank you kepada yang dah beli. next bazaar bila plak? entah. kikiki

IMG_6428  6. Koleksi terbaru Fairytale Scarf. Bawal Parsley daripada kain bawal yang bermutu tinggi. dan semestinya tak jarang, tak perlu pakai inner neck. hihi. harga pun murah sangat. cuma RM12 (tak termasuk postage). kalau berminat boleh lah whatapps saya di 019-272-9678. kata laluan untuk harga kawan-kawan ialah: Pembaca blog. :)

IMG_6321 7. Ok lah. saya rasa tu je. nanti kalau sempat saya update lagi. thesis dah memanggil-manggil tu. bye.

No comments: