Sunday, July 10

bubur

pernah saya cerita yang saya pernah kerja sambilan dekat Bakery Pusaneka UKM? 
nama lagi part time. berapa sangatlah dapat kan. kalau tak silap rm2.50 sejam kot. 
ok lah tu kan. :) makan free tiap-tiap hari. memang jimat.

masa degree, bakery nih lah yang jadi tempat persinggahan saya dan kawan saya, Anna sebelum balik ke kolej atas bukit tu. biasanya kalau tak makan roti mesti makan bubur dengan sup cendawan. tambah dengan ikan bilis, daun bawang, bawang goreng dan  kicap yang suka hati jer nak letak banyak mana pun. :) owh jangan lupa air grape atau milo ais. simple jer. tapi suka.... :)

kerja kat sini tak adalah susah sangat. cuma susun roti, lap meja, susun meja kerusi, basuh pinggan mangkuk dan lipat tisu. orang baru macam saya takleh buat roti lagi. kalau dah lama kerja baru boleh. :)

boss pun baik. Aunty & Uncle yang sporting abes. anak aunty pun baik jer. so kerja pun relex jer. setiap orang akan dapat gaji tiap hujung minggu. best kan? :)

kalau time cuti sem memang tak ramai orang sangat. awal sem time paling penuh. time nih kadang-kadang memang tak menang tangan. memang laku habis. 

ingat lagi. ada satu hari tu, bulan puasa, kolej saya jauh so kena naik bus. biasalah bus kat ukm mana nak tepat masa. balik kerja dah awal konon nak balik awal. aleh-aleh dah nak berbuka baru bus muncul. dah la penat balik kerja. lapar lagi. sedih jugak la makan kurma jer dalam bus. hik :D *masa nih tak ada kereta lagi*

saya sempat kerja kejap jer. sebab bila dah masuk lab. memang tak sempat. apa apa pun kerja kat bakery nih banyak bagi kenangan manis dan pengalaman yang memang takkan lupa sampai bila-bila. sape boleh lupa pegang gaji pertama dalam hidup kan? :)

7 comments:

Mitsuo said...

ohh kamu yang jaga kaunter tu ke? hehe

saharinasaharudin said...

btol!1st tem dpt gaji,rase mcm bestttt sgt :)

sapphire said...

mitsuo: eh. kaunter aunty or uncle jer yg jaga..hik..salah kedai nih :p

sahairna: betul! bangga dengan diri sendiri :)

rhnnao tjgneo said...

terliur tengok cake.

sapphire said...

sedap..choc cheese cake... :D

Anonymous said...

itu coklat indulgence la, bkn choc cheese. tu pon tak tau..

sapphire said...

sape nih? letak link laaa :)