Friday, November 23

Lepat pisang


percubaan pertama
lepat pisang versi terlebih pisang la pulak
tapi rasa yummm yummsss tau :)

resepi saya tiru dari blog Dapur Tanpa Sempadan

Bahan-bahan:
700 gram pisang emas, buang kulitnya (saya buat sesikat pisang)
70 gram gula melaka, hiris halus (saya guna separuh dari sekeping gula melaka)
1 cawan kelapa parut putih (pilih kelapa berkulit basah)
3/4 camca teh baking powder
1 cawan + 2 camca besar tepung gandum
Secubit garam
Daun pisang secukupnya, dilayur dan potong pada saiz yang sesuai


Cara-cara:
Lecek pisang tadi bersama gula melaka, sedikit garam dan baking powder hingga halus.
Masukkan kelapa dan gaul rata.
Tambah tepung sedikit demi sedikit sambil digaul hingga rata dan tepung habis. Ketepikan sebentar.
Panaskan kukusan. Ambil sehelai daun pisang yang telah disiapkan awal tadi.
Letak 2 camca besar adunan di tengah2 daun pisang dan ratakan.
Bungkus seperti biasa anda membentuk lepat pisang. Buat hingga siap dan kukus atas air menggelegak selama 20 minit. Sejukkan sebelum dihidangkan.
Menghasilkan 16 - 18 biji kuih bergantung pada saiz.

kalau kat Terengganu tak payah nak bersusah payah layur daun pisang segala ni
ada je gerai-gerai yang jual kuih kuih tardisional ni
yang biasa saya pergi kat Gong Kapas dan satu lagi kat Jalan Sultan Sulaiman
macam-macam jenis ada..kita cuma pilih dan bayar

kalau saya duk Terengganu skang mesti tak akan try buat lepat pisang ni
tapi disebabkan sekarangkan berada di perantauan ecehsss
mengiam punya pasal...kuatkan juga semangat melecek pisang hihi

kepada yang belum mencuba
selamat mencuba
bye
:)!

No comments: