6.5.15

makan kek

memandangkan birthday saya dan en.MM cuma beza 4 hari
en.MM 1 May, saya 5 May
dan wedding anniversary pun jatuh tarikh yang hampir sama iaitu 30 April
jadinya kita celebrate sekali harung je tiga-tiga
lagi senang kalau anak-anak punya birthday pun jatuh tarikh atau bulan sama
jimat duit dan jimat masa gitewwww :p

untuk birthday en.MM keluarga sebelah semenyih dah plan nak surprise kan dia
tapi tak berapa nak surprise sangat kot
sebab preparation berlaku dalam rumah dan en.MM berada di luar rumah bakar ayam
dan boleh nampak kot melalui pintu tingkap
tapi saya rasa en.MM buat-buat takk nampak kikikiki

pada 1 May
kami sekeluarga buat makan-makan sikit
bbq disediakan oleh en.MM (suka sangat bakar-membakar)
mee goreng oleh kak ina (kakak ipar yg sulong)
air soda gembira oleh aiman (adik ipar ke tujuh)
dan perkara-perkara untuk surprisekan en.MM oleh adik-adik ipar yg lain
oh ye…nasi goreng hijau pedas terangkat oleh ida (adik ipar ketiga…kena belajar masak nasi goreng ni nanti)

IMG_8663[1]IMG_8673[1]

IMG_8671[1]IMG_8670[1]IMG_8706[1]IMG_8701[1]

selamat hari jadi en.MM

semalam 5 May
turn hari jadi saya pula hihi
sambut kecil-kecilan juga cuma takde yang masak-masak
makan kat luar je
sebab…….birthday penat dan “rajin” nak masak :p
so semalam pertama kali kami sekeluarga makan dengan satu kedai baru di Plaza Masalam, Shah Alam
namanya Macaroni & Food Café
dia punya environment macam café-café biasa
makanan western, harga boleh tahan jugak (ala standard harga café la kan)
(bankrup en.MM semalam kikiki)
tapi makanan dia sedap…
korang kena try dia punya pizza, spagetti, milk shake pun boleh tahan sedapnya
nanti nak pergi lagi lah…(kalau Mybrain dah masuk nanti hihi)

IMG_8829[1]IMG_8825[1]IMG_8822[1]

selamat hari jadi cik sapphire!!!

last year punya birthday was the worst day in my life
saya paling benci-benci birthday tahun lepas
dan mereka-mereka yang terlibat
tapi tahun ni Alhamdulillah
untuk segala rezeki dan peluang untuk sambut lagi kali ke 31 ni

xoxo

2 comments:

Ummu Athiyah Ismail said...

hepi befday..semoga pjg umur n dimurahkan rezeki :)

sapphire said...

amin...thanks!! :)