Monday, May 11, 2015

pergi


ingat lagi
setiap kali ada acara risik-merisik
tak kiralah kat mana pun serata Malaysia ni
Pak Hitam iaitu suami kepada kakak sulong mummy saya mesti akan menjadi ketua rombongan
dua-tiga sebelum mesti akan di adakan family meeting
dan paling tidak boleh lupa masa nak merisik mesti ada diselitkan pantun pantun
yang penuh berbunga-bunga….sangat penuh dengan adat

kalau ada kenduri kahwin
yang lelaki tak kiralah remaja ke dah remaja-tua ke
semua diwajibkan oleh pak hitam untuk pakai baju melayu lengkap
bersampin…songkok…kasut formal…berbutang baju melayu dan semestinya mengikut tema warna yang sebulan dua yang lepas dah ditetapkan
kalau tak ikut syarat-syarat ni alamtanya dihujung majlis mesti kena tegur kikikiki
bila fikir balik ada betulnya pak hitam begitu tegas dalam hal-hal kecik macam ni
sebab bila saya tengok ada family yang tak kesah yang cuma ber-tshirt ke majlis kahwin
rasa macam……hmmmmm….tak kemasnya….takde orang nak tegurke??
(bagi sayalah…jangan ambik hati ye)

selepas Wan dan Ki dah meninggal
pak hitam dan cik moh lah yang jadi ketua keluarga
apa-apa sahaja keputusan mesti nak juga sepatah dua dari pak hitam dan cik moh
sampai satu tahap saya pernah rasa annoying nya…(teruknya kau ni nilam!!)
macam perlu ke pendapat diorang untuk saya pergi belajar kat indon (dulu zaman tokkadok punya cerita ni)
tapi bila fikir-fikir balik……hmmm…ok…pak hitam ni nampak je tua macam tu tapi pengetahuan dia lebih banyak dari kita yang kononnya tahu segala benda ni…kononnya moden ni….padahal…hampeh… :P


tapi………….


Jumaat lepas
pagi-pagi sesudah subuh
dalam pukul 6 macam tu dapat whatsapp dari adik mengatakan Pak Itam dah meninggal
terkejut. dan terdiam. dan blur kejap.
sebab baru je jumpa arwah masa kat kenduri aqiqah cicitnya
memanglah macam dok rok doh tapi arwah masih boleh bergurau senda dengan cucu-cucu
kalau jumpa Umar mesti nak peluk peluk…tanya nama sape…

tapi jumaat lepas pak itam dah takde……………………… :(

takpelah
kat sana pak hitam takkan rasa penat dah
akan sentiasa rasa sihat bertenaga
mungkin juga boleh bermain bola kat sana macam zaman muda-muda dulu
(arwah merupakan mantan pengurus bola sepak Terengganu satu masa dulu)

terima kasih untuk segala pertolongan yang pak hitam dah berikan untuk saya sekeluarga
semoga arwah pak hitam sentiasa aman bahagia di sana
amin……

No comments: