Tuesday, May 12

hari superhero


large



kadang-kadang bila macam penat sangat
saya rasa macam nak jadi single
pergi balik kelas lewat mana pun tak perlu fikir banyak
tak perlu fikir dah lewat nak kena pergi amik umar
susu fatimah cukup tak
kalau balik lewat nanti lewat masak lewat plak en.MM makan

jahat tak??
:(

tapi bila sebenarnya
seronok juga jadi superhero ni
takkan ada masa yang terluang tanpa berbuat apa-apa
(ok lah…ada lah juga masa nak buka instagram)
tapi kebanyakkan masa hanya tertumpu untuk dua orang askar tu
askar tua dah boleh berdikari dan dia asyik dengan basikal je skang
jadi…relex sikit kihkihkih

jadi mak orang ni
walau penat canne sekali pun
kena juga gagahkan diri pergi buat susu
malas canne pun kena juga rajinkan diri kemas rumah yang bersepah dengan mainan
mengantuk canne pun kena juga bangun buat susu malam-malam

lebih lagi kalau single mom yang si ayah cuma ada di rumah setiap 3bulan
dan tak punya orang gaji…
bestnya kalau ada pembantu rumah…paling kurang baju dah tersedia dijemur dan dilipat dan diiron
sekarang mak yang bertangan dua ni jugaklah yang nak kena buat semua tu
sebab tu kalau balik rumah kadang-kadang memang tak sempat dah nak buka laptop
supervisor memang ada nasihatkan bacalah journal sambil2 tidurkan anak
tapi gimana sihhh….
(habislah kalau supervisor baca ni)
dah try…tapi tak berjaya…. T_T

jadi
kalau orang cakap tiap-tiap hari adalah hari ibu
tiap-tiap hari kita boleh call mak kita
tiap-tiap hari kita boleh luahkan rasa sayang dan pengorbanan ibu
saya rasa………itu cuma alasan hihi
sebab kalau tiap-tiap hari adalah hari ibu macam dah takde makna dah
bayangkan tiap-tiap hari kita sambut hari jadi…dah jadi macam hari biasa la kot
dan lumrah seorang perempuan suka dihargai walau pun cuma sekali setahun
sepatutnya ibu-ibu sedunia dapat cuti satu hari daripada melalkukan kerja rumah hihi


tapi hari ibu yang lepas saya tak cuti pun
masih kena buat susu…masak…kemas rumah
macam hari-hari biasa
nak buat canne…superhero kan… :)

untuk kesempatan ini
saya nak ucapkan selamat hari ibu kepada mummy dan mak
terima kasih untuk segala
hanya tuhan je yang mampu balas jasa mummy dan mak
dan juga kepada superhero-superhero diluar sana
bertabahlah kita menjadi superhero sehingga bila?
anak dah habis sekolah? tak kot
sampai anak dah kahwin? tak juga kot
sampai pencen?
entah smapai bila bila kita diperlukan la kot hihi


Happy Mother’s Day!!!

No comments: