24.4.15

jumaat datang lagi


salam Jumaat
hari ni jadual saya ialah meeting jam 11.30 dengan supervisor
lepas tu balik (on your dream nilam!!)
lepas tu settle kan hal-hal nak install ArcGis
lepas tu boleh balik (kot)
eh.....tak boleh balik lagi.....
lepas tu belajar la canne nak guna ArcGis tu
adoiii laaa....fikir nak balik je...teeheee :)

oh sebelum terlupa
saya teringat kata-kata sorang ustaz ni dalam rancangan Tanyalah Ustaz
antara waktu-waktu yang doa kita dimakbulkan ialah pada hari Jumaat
iaitu di penghujung Jumaat
dah petang dan nak Magrib (betulkan kalau saya silap k)
tapi sepanjang hari Jumaat ni doalah banyak-banyak
sambil makan ke...sambil basuh pinggan ke...sambil type blog ke
doalah...kuat-kuat ke...dalam hati ke...Allah dengar...
bestkan kalau Allah makbulkan terus doa kita seminit lepas kita berdoa :)

jangan lupa juga surah Al-Kahfi yer anak-anak
kalau rasa terbeban boleh baca sikit-sikit setiap kali solat
lama-lama kita akan terbiasa dengan ayat-ayat surah tu
pastu akan rasa macam lancar je bacaan kita
tiba-tiba macam dah habis satu surah...pastu rasa macam tak puas...
ok...boleh try nanti hehe

apa lagi ek
itu je lah kot
happy weekend semua
xoxo


3 comments:

dorsett pink said...

Owh. Nilam buat analisis guna arcgis jugak erk? Samalah kite

sapphire said...

aah...yg tu cuma satu bahagian kecil dalam tesis...tapi nak memahaminya haihhh bercinta rasanya hehehe... tolong ajarkan saya heee :)

sapphire said...
This comment has been removed by the author.