Tuesday, July 25

masak memasak

encik suami dah balik
lalu mata akal menu apa nak masak setiap malam
takde hal kalau tiba-tiba dia ajak makan luar
atau dia rajin nak masak
tapi kita dari petang dah fikir nak masak apa
kang nanti komen pulak kita masak lauk sama
(dia tak komen..tapi kita tahulah kan hihi)
(atau saya yg serkap jarang? memandai je)

korang ada idea tak nak masak apa
atau boleh share "menu sebulan makan malam yang super simple sesuai untuk para isteri"
hehehe

jangan bagi idea masak nasi arab atau nasi minyak plak :D

satu lagi
anak-anak pulak jenis memilih
masakan paling fav sup ayam carrot
(ayam tak makan..makan carrot je)
fatimah plak kadang-kadang tak nak kuah langsung
nak nasi putih dengan ikan goreng je
habis tu canne?
katakan semalamdah buat sup ayam
takkan malam esok nak buat sup ayam jugak
korang masak lauk asing untuk anak ke canne?

adoii
dah nak masuk tahun ke 6 ada anak pun
masih blur bab bab masak memasak ni


yang benar,
mommy yang setiap masa kena belajar benda baru

2 comments:

dorsett pink said...

bab ni saya tak boleh bagi suggestion sebab saya pun macam awak, asyik duk pikir je hari-hari apa benda nak masak. hehehe

sapphire said...

kan? kadang-kadang end up jadi malas..masak benda sama hahaha masalah negara betullah