Friday, March 9

berpuasa dan berbuka

kadang-kadang federal higway tak adalah kejam sangat
sebab semalam langsung tak jam
dan sampi rumah sebelum jam 6
ajaib tak..??

atau kalau saya keluar sikit federal buat hal..? :)

ok.
semalam saya berbuka puasa
walau pun saya tak puasa
adik dan BIL je yg puasa
saya pun join sama berbuka :')

lauk simple je
sebab tak ada idea nak masak apa....

hajat di hati nak goreng ayam
tapi ayam habis la pulak
makanya masak saja apa yang ada

kuah masak lemak cili padi udang dan timun
adik yang request.. :)
dan lauk sampingan ikan goreng dan ikan terubuk masin goreng 


sirap selasih
kalau berbuka tak minum sirap memang tak sah...
barulah ada feel bulan puasa :)

resepi kuah lemak tu sama mcm lemak ikan terubuk masin
cuma kita tukar ikan kepada udang...

ok.
tu je lah.
ada kelas jam 9

Selamat Hari Jumaat semua :)

2 comments:

ijan said...

Setuju dengan gambar yang last tu. Bila ada air sirap selasih, secara automatik rasa cam bulan puasa. hehehe

sapphire said...

betul... makanya sirap mesti sentiasa ada dlm peti :)