Monday, January 2

Singapura

minggu lepas
minggu akhir dalam 2011
adalah minggu yang penat yang sangat
rasa macam buat kerja sikit nak rehat
jalan sikit nak rehat berlunjur kaki urut urut

mana taknya
acara berdereta dari 24Dec, 25Dec dan 26-29Dec
nak kata cuti dah tak rasa macam tak cuti
tapi cuti tahunan masih berbaki lagi 2 hari
mungkin cuti lagi habiskan 2 hari
sebelum dipotong menjadi 1 hari?
tengok lah

acara pada 24 dan 25Dec saya cerita esok-esok eh
sekarang mari bercerita pasal acara 26-29Dec
bukan acara besor pun sebenornya hiks
saya dan en.mm ke Singapura je
untuk kali pertama (bagi saya)
dan untuk kali ke 100 untuk en.mm
kampung sendiri la katakan
pasrah jer bila terpaksa pergi tempat yang sama sekali lagi hikss

kami stay kat sana kat rumah nenek en.mm
di Beduk Reservoir Road
dan untuk ke mana-mana kami jalan kaki naik bas naik mrt
penatnya Tuhan saja yang tahu
Tuhan saja yang tahu berapa kilometer dah kami redah
dengan kasut tiba-tiba jadi sempit
dengan betis macam rasa macam perlu diurut setiap 5 minit
tapi all and all, ia satu pengalaman yang best
(mungkin latihan sebelum backpacking round Europe tahun-tahun depan?)

apa yang saya suka tentang Singapura?
semuanya macam sangat teratur
bandar bersih
banyak bangunan antik sampai habis filem nak snap
dan dan suasana yang tak berapa nak panas
(mungkin sebab tengah musim angin timur laut barat daya kus kus)

apa yang saya kurang gemar?
simpan baik-baik dalam hati. :)

ok.
jom layan 2-3 keping gambar yang sempat saya snap



DSCN5309 
Marina Barrage. tempat yang sesuai untuk buat research water quality. :)
DSCN5322
Rumah nenek. Blok 645. nak sampai sini amik bus no.60 dan mrt Eunos :)
DSCN5331 
lupa nama apa. tapi dekat dengan Raffles Place.
DSCN5343 
Marina Bay hotel. dari kejauhan. saya tak naik sampai atas. mungkin next time. kalau nak naik sampai atas cuma bayar $20. :D
DSCN5347
Merlion. tempat wajib?

DSCN5427 
China Town. boleh borong cenderamata. dan ada satu kedai lomo yang jual filem lomo super murah. :)
DSCN5444
jalan punya jalan. tiba-tiba dah sampai sini. tak masuk pun. just amik gambar luaran je. antik sangat kan. kalau dah sampai sini maknanya dah dekat dengan mrt Tanjong Pagar.

DSCN5452 
Little India  yang sangat warna warni.
DSCN5460 
dan last sekali sebelum ke Orchard Road kami singgah ke Arab Street. lunch di restoran Hajjah Maimunah dan dah lalu depan kedai murtabak ZamZam. tapi nak lupa nak singgah. dan sempat beli 2 pasang kain.

dan lepas tu. kami macam tak larat dah nak bergambar.
USS? next time la kot. kalau pergi pun bukannya saya boleh main semua benda kat situ kan.

maka.
itu sahaja.
baibai. :)

2 comments:

deena awanis said...

seronoknya jalan2..

sapphire said...

penat deena...nk pengsan! :D

tp best laa...:)