Wednesday, April 6

baca tulisan yang bold peach dulu kemudian baca dari mula

ia adalah "uji diri" siapa berbaik sangka atau buruk sangka..
seni bahasa yang satira tampaknya tidak bermakna kita sekadar menyindir namun tujuan utama perlu kita tanyakan,
antaranya adalah "agar apa?"

pandangan kita semua mungkin berbeza, adalah kerana pemikiran manusia yang ada diantaranya berbentuk horizontal, vertical, spiral atau circular. Ia mungkin bebas, namun ada dwa titik utama pada tiap hujung pemikiran..

. __________________________________ .

ini contoh orang yang "lurus" pemikirannya. yang horizontal..tetap ia memerlukan yang vertical agar tertegak mereka diatas dua pertemuan itu.
lihat lambang Cross sebagai contoh.
asas bentuk ada dua, satu vertical dan satu lagi horizontal.
yang dikatakan Tidak betul dan Salah bagi kita menggunakan lambang ini adalah kerana ia tidak seimbang. Terlampau diatas..bukan ditengah-tengah.
jika ditengah sekalipun, Islam melarang memakai Lambang tersebut, kenapa?
kerana Islam menyeluruh bentuk pemikirannya. ia adalah Spiral-Circular-Vertical dan pada awal sekalian adalah Horizontal.
tak percaya, cuba lihat pada setiap lambang Agama lain-lain dan Islam dengan pemikiran yang mungkin pluralisme atau monotheisme pada TEMPAT-TEMPATnya..nilaikan SIAPA sebenarnya kita TANPA agama-agama yang tlah tersedia ada sebelum kita?
Agama adalah Ideology yang diperturunkan oleh orang tertentu seperti Musa,Daud,Isa atau Muhammad bin Abdullah. terpecah dari itu pula adalah Guru Nanak, Siddharta Gautama Buddha, Judas dan sebagainya...ia maseh tetap sebuah Ideology, cara bentuk fikir agar dipandu kepada sesebuah jalan yang kita sendiri bakal tempuhi..Masehlah yang membawa jalan tersebut itu, diri kita sendiri.
cuba baca artikel saya dalam note, PORNO dan PERANAN.saya ada selitkan ia dalam kadar subliminal dan mengguna "sarcastical" sebagai sentapan hati yang terasa agar kita consider apa kita baca, dan bottomline adalah untuk ajak semua berfikiran lebih luas..

Benar, penjara bagi setiap mukmin itu adalah Dunia. Mukmin dalam bahasa Arab, tukar bahasa Melayu maksudnya adalah Pemelihara.dari Asma Ul Husna Allah, Al Mukmin.
Kita hari ni tak boleh nafi bahawa apa kita buat yang kita rasa betul disisi agama seperti menutup aurat sebagai contohnya.. ia maseh ditakat "suggestion" walau berpuluh-puluh ayat Quran mengatakan ia Haram buat Wanita. Maseh lah ditakat suggestion yang saya maksudkan tadi. Nabi adalah manusia yang kita anggap suci, sejauhmana kita menjaga kesucian diri, sedekat itu kita fahami apa maksudnya menjadi Nabi, tolong jangan salah sangka saya kata macamni semua orang boleh jadi Nabi namun menjadikan Rasul atau Nabi atau Isteri Nabi(untuk wanita khususinya) sebagai "Inspirasi", pemangkin kekuatan agar dicapai kesucian yang sama. Allah taala boleh je nak jadikan Nabi atau Rasul makhluk lain yang baharu diatas kehendakNya namun dijadikan mereka itu maseh Manusia, yang sama. Kenapa?
bermakna kita mampu berusaha pada tahap kesucian yang sama, namun yang menilai dan memilih tetap Allah taala.

Pada gugusan Tanah, Adam dijadikan bersama Hawa.
kemudian setelah perkembangan tamadun manusia, kita makin manusia. Setelah Idris, dizaman Nuh, Dunia dikiamatkan kerana KELALAIAN UMAT ketika itu dan berlakulah Bah besar. dulu saya berandaian dan tertanya juga, apa Agama Islam ni untuk Arab sahaja ke? dan apa Kisah Nuh itu Banjir besarnya cuma di Jazeerah Arab ke?
ternyata saya salah sama sekali andaian saya. Bila memahami Islam untuk semua maka banjirnya adalah full scale kadarnya, satu dunia banjir. dan hanya ada 7 "pulau" yang tinggal atas kehendak Nya.. dan tujuan utama Nuh menyelamatkan berpasang-pasangan binatang, serta lelaki-wanita dan seorang orang tua agar diagih-agihkan ia ke 7 pulau yang ada, disetiap "Package kehidupan" tu Nuh turunkan ke setiap 7 "pulau" tersebut. Agar bermula lah hidup yang baharu..as time pass by, banjir pun surutlah..turun sedikit demi sedikit hingga hari ini kita lihat "pulau" yang saya sengaja quote kan itu adalah sebuah Gunung. ya, kita bermula di Gunung. Kehidupan berkelompok itu bermula. Manusia mula merantau..namun belum di Bangsa kan.

yang membangsakan kita adalah Bapa sekalian Nabi. Ibrahim Alihisalam.. yang beristeri kan Sarah, Hajar dan Keturah.
kerana Anak-anak Ibrahim tersebut lah melahirkan pemimpin bangsa-bangsa tersebut. Berpandukan Moyang mereka iaitu : Sham, Ham, Yaspith, Kanaan.
dari Sham melahirkan "Arab",
dari Ham melahirkan "Khurasan"-African,
dari Yaspith melahirkan "Cina"-Mongoloid.
dari Kanaan melahirkan orang European.kita Panggil "Aryan".

dizaman Ibrahim lahir keturunan "Jawiyah".."kaum" pertama adalah Jawa(dibawahnya ada Sunda dan seterusnya yg dulu di Tanah Jawa), Bugis, Aceh dan Melaka..
(jika berminat boleh kita ceritakan lain kali secara lebih terperinci bab ni..insyaAllah. )
harapan saya mungkin jelas difikiran awak bahawa soalan "kenapa di tahyat akhir kita ada sebut nama Nabi Ibrahim selepas selawat kita turunkan setelah Syahadah..kenapa bukan Nabi lain turut disebut?"
nah, inilah jawapannya, Jika Ibrahim Bapa Bangsa, Muhammad itu Bapa Agama.
dan menyatakan bahwa betapa PENTING kedua-dua ini dalam mengorak arah kembali pada Tuhan yang dinamakan ALLAH.

hingga lah hari ni.
kita rasa kita tahu, pasalnya kita tak perlu cari dah "ilmu" kerana dah sedia ada belaka dalam kadar sempurna belaka.
tak ada susah payah dan sebagainya. Akhirnya kita beryakinkan buku atau bahan media lainnya..itu maseh "considerable" sebab hak kita untuk mengetahui, memahami, mengamali, dan akhirnya mengerti apa kita disuruh atau disyorkan oleh buku atau kitab.
bagi saya, percaya dengan kata buku itu tak adil, bahkan memegang Al-Quran sendiri ada lebih baik kita bagi orang Kafir je lah. kerana kita hari ni terlalu tekan bab bacaan makhraj, hukum tanwin dan sebagainya..sedangkan ia maseh dalam konteks Bahasa Arab. sementara kita sekadar "Baca" tapi tak faham apa isinya dan paling paling teruk adalah kita tak tahu pun idea sebenar yang ada sebalik kata-kata tersebut secara subliminally sedangkan "perjuangan itu adalah perlaksanaan kata-kata",
yang membikinnya adalah Saidina Osman radhiallahuanhu, dia yang menyalin ulang wahyu Rasul serta compile kesemua dalam bentuk Al-Kitab kita namainya Al-Quran Al Kareem.
Publish serata dunia sewaktu Kekalifahannya.
Pembawa Al-Quran cetakan pertama itu adalah Syarif Muhammad Al-Baghdadi. beliau bawa dari Makkah ke Hadralmaut bersama Nakhoda Sheikh Ismail yang dimakamkan di Kedah.
disitu mungkin barangkali pertemuan mereka dengan Merah Silu, Raja bagi rakyat masa itu. kemudian dapat mimpi Rasul datang padanya, ajar Mengucap kalimah syahadah kemudian diludahi kedalam mulut maka jadi fasih membaca quran..itu berlaku sebelum kedatangan Syarif dan Nakhoda Sheikh Ismail, dan bila sampai mereka esok hari dah pandai baca quran. Diberi Quran sebagai Amanat. Namun tidak dibaca semata-mata sebab infact, dia dah pandai bacapun.
Hanya dijadikan sebagai "manual" kepada mengislamkan rakyatnya. Makam akhir Merah Silu di Aceh sementara Nakhoda Ismail di Kedah
dan tempat akhir buat Syarif Muhammad yang merupakan keturunan Abu Bakar Al Siddiq Radhiallahuanhu, awak bahkan akan terkejut agaknya,
adalah di sini,
Terengganu.
sebab itu kita dinamai Darul Iman. kerana "Program Iman" bermula disini, untuk beramal di Kedah Darul Aman, untuk mengalami di Perak Darul Ridzuan dan Melaka dijadikan "Madinah"..tempat berpengkalan, pertemuan, penyebaran Agama, atau pelabuhan itu terserah...namun disini semua menunaikan maksud Darul Salam.
Sama macam Aceh, pun Darul Salam. Patani suatu masa dulu kita dengar atau mungkin tak pernah dengar gelarannya Darul Salam dan digelar juga "Serambi Makkah"..bukan semata-mata menunjukkan arah tuju geografis kita pada seberang sana,namun disini. Iman yang ada di Terengganu..

mungkin disini sedikit sebanyak awak dah faham bagaimana perjalanan kita. walaupun dibenak fikiran awak atau saya yang menyangka bahawa awak bingung, "apa dia nak bagitahu ni?" dan "apa kaitannya?"

tenang.

ok kita faham Bangsa lahir darimana usul nya.. Agama, no comment pasal memang basically kita dah sedia tau.
Agama yang mana jadi pilihan, jika anda pilih Islam ia adalah dari Quran al Karim bawaan Nabi Muhammad, Kristian, sebuah bentuk fahaman bermula dari injil Isa alaihissalam kemudian dirubah semua oleh sahabatnya. Zabur Daud alaihissalam. Taurat dari Musa alaihissalam dan sebagainya...
Fahami semua agama maka awak akan faham bahawa Hindu BUKAN agama, ia adalah BUDAYA dan Kisah bagi Jin. Jika benar Hindu itu agama, ia perlu pada monoteisme, kerana tiada Tuhan itu dua atau tiga atau empat atau lima yang sebenarnya..kita tengok dewa berapa ribu depa ada..faham-fahamlah.

Tengok sejarah dan kenal siapa Melayu, dan pastikan usul sebelum Melayu..Pengaruh Hindu itu ada. kini maseh ada..
contoh? kegilaan dan obsesi kita pada emas,itu salah satunya.
yang pada hakikatnya, bukan kita yang rasakan ia berharga, atau rasa ia sangat hebat..tapi yang "bersama" kita.

bersambung........... 

bab Tudung, memanglah dasarnya menutup aurat, dan ia bukan dan tidaklah satu kesalahan seandainya diperagakan macamanapun, the fact is kita tak boleh lari dari budaya Jin yang ada bersama kita yang saling meragakan diri dengan kecantikan atau kejelitaan atau kehebatan. ini contoh kedua.
dan pada kenyataan Islam bermula dari Arab,
berjubah jadi Sunnah, Berketayap jadi Sunnah, Bersugi jadi Sunnah..yang disegar amal oleh Nabi Muhammad salalahualaihi wasalam..
namun sedarkah kita apa tujuan Sunnah sebenarnya dan tahukah bahawa Sunnah itu maksudnya "Susunan"..
bagi fahaman saya yang kurang seberapa dan mungkin un educated dengan pengajian tinggi seperti di Eropah ke mana-mana, cuba consider purpose sebenar penyusunan berlaku?
kenapa berjubah,ketayap,serban,janggut atau bertudung jadi Sunnah, tidakkah untuk menutupi diri yang digelar Aurat, yang sebenarnya membela keistimewaan diri sebagai manusia yang pada halnya..
wanita yang bertudung pula, sesetengah mazhab berkata perlu tutup semua hingga berniqab atau hijab..(ala-ala ninja turtle tu)..
andai kita kaji apa tu mazhab dan kenapa 4 mazhab utama mula timbul, kerana usaha melaksanakan keluasan islam sebenar. mengikut keadaan dan darurat dan sebagainyalah..
but bottomline, kita tahu bahawa mazhab yang mula dari Hambali,Syafie,Maliki atau Hanafi kemudian terpecah jadi berpuluh-ratus..ia masehlah satu yang teoris sifatnya. Maksud saya, untuk amalkan kita perlu lihat keadaan dan kesesuaiannya..dan jangan kata sesat pula pada sesetengah Mazhab kata bertatoo atau minum arak itu tak apa, kerana ia adalah percubaan atau method untuk ajak umat berbaik dan melihat kebaikkan Islam..namun harini sedih, kita berbalah dan langsung berpecahbelah hanya kerana Mazhab, atau Tarikah atau sebagainya yang kita pilih..
Sunni dan Wahabi berperang sesama sendiri, sebabnya cuma salah-faham. Akibatnya ditanggung adalah anak cucu juga.
disini kita hilang pedoman atau contoh atau bukti KENAPA ISLAM AGAMA SEMPURNA sedangkan semua elemen ketuhanan,filosofi atau cara hidup lebih-kurang je.
seperti: kita humble..atau bukankah kerana kita terima fakta bahwa kita Hamba,
kita ada arts..kerana kehalusan Zabur buat kita menyanyikan namaNya yang sama?,
kita bermeditasi..bukan ke atas dasar memahami diri sendiri dalam alunan Zikir?..

itu semua kita lupa, sebaliknya kita hukum.

maksud sebenar status saya tu ada dikomen bawah tu je sebenarnya..tak ada disini.. hahahahahahaha

jadikan Inspirasi, agar kita memerhati diri, bukanlah fashion. coz fashion is not faith. faith is about fashion. dua perkara yang berbeza..
tak pakai baju dan bertelanjang itu dikata salah, sedangkan mendalami hikmah kita tahu ia tak salah, kita sama. bezanya pada jantina, bentuk atau rupa. functionality sama.
yang dikata salah pada wanita bertelanjang atau timbulkan aurat dari diri pada lelaki kerana laku itu menuntut keistimewaan.. logically, jika semua dan awal2 kita tahu lelaki tu macamtu, takkanlah kita nak usahakan..betul tak?
saya tak sentuh hanya bab kemaluan namun apa yang berada di"sebalik"nya....rahasia diatas rahasia lelaki, itu buat wanita guna keistimewaan akalnya agar memuaskan nafsu-nafsunya. baik buruk itu terpulang namun ingat kesan diatas balasan.
saya lelaki, 9 akal dan 1 nafsu, mungkin terpedaya kerana 1 nafsu maka guna 9 akal saya untuk memperdayakan wanita yang mempunyai 1 akal dan 9 nafsu. apapun hujung cerita kita maseh berusaha agar di SATU kan. melalui persetubuhan yang menimbulkan nikmat hingga melahirkan kehidupan yang baharu..atas kehendak Allah taala.
itu cerita awal kejadian kita la adinda Tengku Nilam. Allah jadikan kita dengan penuh nikmatNya suatu masa dulu...
bersyukur lah.

Hana Tajima cuma contoh je, sebenarnya saya bercanda pada kesadaran kita. dan pada sudut unconscious, saya menegur baik. Berubah kerana kita benar faham perbuatan tersebut, bukan kerana kita ikut dan terus ikut kerana takut apa orang kata.
yang baik diperlihara, yang buruk dijaga agar menjadi satu alasan kenapa kita takut pada Maha Pemberi Amanat yang kita sengaja salah guna.

ada perkara saya maseh kurang arif dan maseh belajar, maka saya memang selalu menggelar diri saya sa-orang pelajar di "sekolah Allah". sepertimana soal orang ramai yang ada message saya sepertimana awak tlah tanyakan ni dan bertanya, Kenal ke siapa Hana Tajima sampai gitu sekali kata dia?
..ya, saya tak kenal siapa dia. namun saya tahu siapa dia dipandangan peminatnya, yang mungkin betul kenal dia dalam real life dan akan ceritakan pada saya nanti, agar saya tak buat statement semberono macamtu lagi..
atau mungkin orang ramai yang tegur saya tu cuma minat dan tahu je setakatnya,
yang saya anggar ia adalah satu perbuatan yang bodoh. kerana saya fikir manusia adalah istimewa dan semua perlu usahakan hal BAIK agar kebaikkan difahami dan kenali sendiri. bukan setakat TAHU.
same applies to everything in life..
Knowing is Nothing, but Doing is Something, Understanding is Everything..
yet Nothing is Something Unless you are the witness of that Everything.

panjang penerangan owk?

terimalah ia pesanan dari Allah taala,
untuk awak. BUKAN SAYA.
kerana saya cuma yang menaip je.
Its a lesson for u to understand how much actually Allah taala Kaseh kan kita.SEBENAR-BENARNYA..

untuk sekadar tahu tak cukup, baca, dan alami sendiri kemudian kenali lah sendiri, fahami..
kerana saya takkan bercakap pada apa yang saya tak lalui sendiri dulu..itu Munafik, dan Munafik antara penyakit yang 2nd stage selepas AIDS & HIV, dan begitu jauh dari mohon menjadi orang Ilmu yang Sukk atau "Ulama Sukk" di 3rd stage kerana sangat takut merebak dalam diri pada last stage, iaitu Bersangka.
INILAH 4 PENYAKIT TANPA UBAT yang akan ada di akhir zaman.
adakah anda antara patient nya? banyak tengok diri. kerana penyakit ni takkan baik unless diri sedia membuang sombong dan kebanggaan diri.. yang akhirnya kita tahu, tanah dipijak tu juga tempat kita bersua.

;)
KBD 

-------------------------------------------------------------------------------------------------
ini jawapan yang saya terima bila saya tak berapa nak faham kenyataan KBD di status FBnya..


"..oh, kasi tahu hana tajima, wa cuma date awek tak bertudung SAHAJA. lain-lain M A A F. so add orang lain jelah ok?"


saya belum sempat nak hadam semuanya lagi
sebab [bagi saya] agak berat isinya :) [atau saya yang slow reader..? ] :p
ini cuma pendapat dia. mungkin ada yang berpendapat tak sama macam dia kat luar sana kan. saya cuma nak share dengan korang semua. kot kot la ada yang positif boleh la buat pengajaran kan.. :)

apa-apa pun thanx KBD.. :)

7 comments:

Shikin Ismail said...

wow. "uji diri" berjaya. kalau saya, saya akan jatuh dalam golongan 'buruk sangka'.

simply put, we can't judge a book by its cover. :)

nway, well explaination he got there, kan kak nilam? :)

sapphire said...

yups.. :)
owh dia pun ada blog..nnt akk share link dia.. :)

Anonymous said...

sy fhm apa yg dia sampaikan..menarik n mmg bermakna.cuma sy bole x sy kata kalau sy xnampak ape kaitan dgn ayat in peach color tu...


cik anon.
sapphire awk slalu x approve sy punya comment.tp xpe.tq.but i do like ur blog!

keep writing!

sapphire said...

cik anon..
bila plak saya x approve...?heeenway..thanx..jemput singgah lagi eh :)

lady vanilla said...

nielam,thism is really a brilliant post!sgt ilmiah,=)

Tuan Auz said...

alamak nilam, saya blur la baca ni.... ada kaitan apa dengan hana tajima?

basically, from whut he wrote , tutup aurat is not fashion actually. yg ada merata2 kat dunia skrg ni especially malaysia...fashion 'muslimah' yg tidak menuntut syarak Islam. (even saya sendiri pun masih tergolong dalam tidak follow syarak betul bertudung...huuuuuuu)

tu ke post KBD ni? hehe maap, leh simplify for me nilam ?=)

syira said...

masih amik masa nak hadam.
mungkin perlu makan yogurt agar mudah dihadam. mungkin.